WAJARKAH BAKAL PM KE-8 MAHU JADI PEMANTAU KEPADA KERAJAAN YANG SEDANG DIPIMPIN PM KE-7?

Ada semacam rasa pelik bila  Anwar Ibrahim memutuskan dirinya untuk menjadi pemantau kepada kerajaan Pakatan Harapan.

Meskipun alasannya untuk memastikan kerajaan pimpinan Tun Mahathir Mohamad dapat mentadbir negara dengan baik, Anwar juga sepatutnya sedar beliau adalah bakal Perdana Menteri yang akan diserahkan jawatan itu kepadanya oleh Tun Mahathir selepas ini.

Jadi, bagaimana bakal Perdana Menteri ke-8 boleh jadi pemantau kepada Perdana Menteri ke-7?

Adakah menjadi pemantau itu kerja yang sesuai bagi seorang bakal pengganti?

Mengapa Anwar tidak mahu menjadi penyumbang idea dan pendokong yang terbaik kepada kerajaan?

Bukankah dalam sistem demokrasi, lebih-lebih lagi Malaysia kini sedang menuju sistem dua parti dengan adanya Pakatan Harapan yang baru diluluskan dan BN sedia ada, tugas memantau itu sebenarnya adalah tanggungjawab BN yang mempunyai 79 kerusi di Parlimen?

Jika BN jadi pemantau dan Anwar juga jadi pemantau, apa jadi akhirnya?

Oleh kerana PKR adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan dan Anwar juga sudah dimasukkan dalam keanggotaan Majlis Presiden Pakatan Harapan, tindakan mahu memantau itu sebenarnya lebih menimbulkan kejanggalan berbanding mahu memastikan keberkesanan kerajaan.

Ini kerana Anwar sedang berada dalam kedudukan yang boleh menyuarakan apa jua pandangannya secara langsung mengenai sebarang perkara berkaitan kerajaan Pakatan Harapan.

Jika sudah boleh menyuarakan pandangan secara langsung, selain isterinya sendiri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail adalah Timbalan Perdana Menteri, apa perlunya lagi kerja-kerja pemantauan itu?

Anwar oh Anwar…. (ShahbudinHusin 28/05/2018)

Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 2:05 pm

93
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
rahman jpcMawar PrincessMer MRAFHKZack Armstrong Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Mawar Princess
Guest
Mawar Princess

Rafizi Yang mula dulu . Takkan nak diam je

Mer MR
Guest
Mer MR

Semacam ada gerakan PPBM yang diketuai kepala busuk Aziz Yasin dan Budin untuk melaga-lagakan Tun dan Anwar. Ini politik tidak sihat untuk PH. budin pls stop doing this

AFHK
Guest
AFHK

Ni masalah org Melayu.. mudah terpesona n terpedaya… pantang nmpak baik, alim, dianggap seolah2 setitik dosa pun tak dibuat..maksum.. kene pula klau bijak berkata2…siap menyanyi lagi.. hmmm… melayu dr zaman Kerajaan Melaka lagi mmg senang kene manipulate.. Wahai org2 Melayu, pls refer sejarah.. bijaklah berfikr… berfikir la secara kritis..

Mus M. S.
Guest
Mus M. S.

Orang2 tua dah pesan agar kita berhati-hati bila melepaskan anjing yang tersepit. Ehemmm…. nampaknya Bakal PM hari-hari lebih banyak cakap dpd PM sendiri seolah-olah Bakal PM yang menerajui Kerajaan sekarang.

Kejora Bapuk Bodo
Guest
Kejora Bapuk Bodo

Tun sudah lame kenal anwar ibrahim…kalo anwar berjalan dlm gelap pon tun tetap kenal…

Tun tidak tunjuk ape2 reaksi negatif pon terhadap anwar…jadi datok rahman dan penyokong2 bersatu tak perlu risau dan kluarkan komen yg tak membina…

Kejora Bapuk Bodo
Guest
Kejora Bapuk Bodo

Cuma saya risau macai umno berbulu ayam dlm bersatu yg sering sabotaj tun dan bersatu seblm ni…

rahman jpc
Guest
rahman jpc

tlg sdr memberi pencerahan bab mana yg tidak membina ?

pandangan yg d beri adalah ikhlas kerana saya tidak mengharapkan apa2 balasan.

saya kenal keujudan anwar sejak kami menuntut d uni lagi.

saya ada membuat surat rayuan terbuka kpd ds wan azizah n siarkan dlm addy's blog pd awal 2014. jemput membaca nya.

Kejora Bapuk Bodo
Guest
Kejora Bapuk Bodo

Tolong bagi link tersebut dato..
Dato seolah memperkecilkan anwar ibrahim…dlm posting semlm dato ade sebut redho peliwat yg diampunkan…..adekah dato pernah menyaksikan perbuatan liwat anwar walopun satu univ?…

Semasa saya di tingkatan 4 tahun 70 han anwar telah aktif dgn abim bersama ustad fadhil nor dan rakan2 shamelin…pernah datang memberi ceramah…tiada kedengaran langsong perangai seks songsang…diawal tahun 2000 baru kedengaran anwar gila seks songsang semasa di mckk…bagi saya hanye rekaan semata2.., peliwat tidak kira musim…sentiasa intai peluang bila2 masa….

isa3
Guest
isa3

Maklumat Anwar meliwat drebar nya di perolehi Polis. Masa Tun Haniff Omar IGP. Itu nyata. Terbukti. Di laporkan di akhbar2 di masa itu.

Gamak nya Haniff bawa maklumat itu kpd PM. Sebab itu tugas dia. Mesti laporkan perkara amat sensitif berkiatan Anwar yang Timbalan PM masa itu.

Sebab implikasi nya besar. Kalau di ketahui ejen2 / spies kuasa asing (yang ada ramai di negara ini spt di negara2 lain), depa boleh ugut Anwar, mintak Rahsia2 Besar (Top Secrets) gomen dsb nya.

Membawa kpd Anwar di tuduh meliwat, di bicara dan di penjara.

Tarak sebab nak kata Anwar tak liwat.

isa3
Guest
isa3

Liwat Saiful tuh di zaman Najib. Kali ke dua dia di bicara dan di penjara. Nak kata itu tak kes liwat, tipu dsb nya, panjang cita. Tapi dah sampai Mahkamah tertinggi negara ini. Pendek crita, Anwar dah di ampunkan. Sampai ke tahun 1989, kata dia. Aku yakin dan tahu budak2 MCKK ada yang liwat. Liwat yang "jambu" masa di hostel. Pahal pun depa di UK dah ada fenomena "gay" beratus tahun. Skang dah ada negara yang benarkan kawin sejantina. MasyaAllah. Aku tak suka sapa nak bolehkan LBGT di negara ini. Mengarut. Kalo ada masalah "biologically inclined that way", pi jumpa… Read more »

Kejora Bapuk Bodo
Guest
Kejora Bapuk Bodo

Ade 3 dna..sepatutnye 2 sahaja…siapa punye dna ke 3?… Tak masuk akal orang tua boleh rogol orang muda yg besar dan gagah tanpa ugutan senjata…doktor hospital pusrawi telah mengesahkan jubo sefool tidak kena liwat…

Selepas berapa tahun baru kluar kess liwat 2?…peliwat bermusim?….ayah sefool sendiri telah sahkan jubo sefool digunakan najib untuk penjarakan anwar…

rahman jpc
Guest
rahman jpc

link = 'just my thoughts' eddydaud. saya rasa ia nya d siar pd awal 2014. kita Negara hukum. olih demikian kita wajib patuh n taat pd hukum. sila baca autobiography tun m 'd doctor in d hse' mengenai anwar. mantan ketua hakim Negara tun hamid ada juga memberi ulasan beberapa hari lepas. Allah swt tlh memberi 'akal yg waras utk kita menggunapakainya sebaik mungkin utk menentukan pendirian. bila karpal singh sudah kehabiasan helah utk membela anwar, dia bersetuju yg perbuatan terkutuk itu d laku kan atas dasar 'suka sama suka'. najib n rosmah tlh d tuduh merompak n mencuri khazanah… Read more »

Mawar Princess
Guest
Mawar Princess

Maaf tuan yg ni saya tak setuju.kenapa perlu redha kepada anwar yg sudah nampak mula main kotor.. Sudah banyak bukti wlaupun Dia cuba nafikan. Mulut manis ajak rakyat sokong tun m tapi dibelakang rakyat ?? Saya dari dulu mmg tidak pernah percaya kepada anwar kerana sejarahnya . Cuba utk bersangka baik dan harap dia insaf tapi tindakan Dia sejak keluar penjara amat mendatangkan curiga kepada saya Dan penyokong ph yg lain. Adakah Dia juga sama spt najib Yg ckpnya tidak serupa bikin??

rahman jpc
Guest
rahman jpc

kpd pembahas mawar,

tiada beza nya d antara sentiment kita.

serupa lah juga ,jika ia nya ketentuan Allah swt yg Malaysia akan menjadi Negara republic, tiada insan yg bolih menghalang nya.

tapi Allah swt mendengar doa serta rintihan suara terbanyak n Allah swt 'is d greatest'.

kpd Nya kita wajib berserah.

ainol rosli
Guest
ainol rosli

Alah. Lu org x pyh mau gaduh2 la. Mcm2 teori keluar skrg. Lu org takkan tau apapun yg berlaku disebalik tabir. Lu org takkan tau yg stiap keputusan dr mahathir, dgn anwar lah dia bincang. Sbb tu kehulu kehilir, anwar slalu tekankan perlunya memberi sokongan kpd dr mahathir. Oleh itu, kenapa byk teori di keluarkan.

isa3
Guest
isa3

Pernah dengar pepatah omputih "prevention is better than cure"?

Nanti aku ingat pepatah Melayu nya, aku kasi tau.

Pernah dengor "pre-emptive measures"? Nanti aku lapang, aku cerita lagi, ok?

Kejora Bapuk Bodo
Guest
Kejora Bapuk Bodo

Setuju ainol rosli…anwar tetap respect tun sebagai orang yg membawa beliau ke dunia politik…

Tun nak tebus kesilapan..anwar pon nak tebus kesilapan kpd tun jugak..

Tapi ade suara2 yg bimbang anwar khianat tun..

isa3
Guest
isa3

Pada aku, takda soal bimbang anwar khianat Tun.

Ha nya so'al boleh ke dia beri Tun 5 tahun merintah. Walau pun Tun ada sebut nak pegang kuasa ha nya 2 tahun, aku dah terangkan banyak kali di sini mengapa aku fikir dia perlu pegang jawatan itu 5 tahun. Lepas itu dia boleh pegang seberapa tahun yang boleh.

Aku rasa, ramai lain pun fikir gitu. Termasuk Budin, pemunya blog.

rahman jpc
Guest
rahman jpc

SAYA RASA ANWAR NI SEDANG KELIRU SEKARANG – KURANG PASTI BAGAIMANA HENDAK MEMAINKAN PERANAN SELAKU KETUA UMUM PH SEMENTARA MENJADI SUAMI KPD TPM (ISTERI NYA). BELIAU PERNAH D LABEL SEBAGAI 'RABBLE ROUSER' N BERJAYA MENGUJUDKAN KUMPULAN FANATIC MELALUI KEPETAHAN BERORASI. SAYA PERNAH BERKHIDMAT D BAWAH KEMENTERIAN YG D PIMPIN NYA. TIADA APA YG ISTIMEWA DARI SEGI 'ILMU PENGETAHUAN'. BUAT MASA SEKARANG DIA PERLU UNDUR SETAPAK UTK 'RECALIBRATE' POSISI NYA JIKA TIDAK MAHU D PANDANG SEBAGAI BATU PENGHALANG KPD PENTADIRAN YG D PIMPIN OLIH TUN M. KETUA UMUM PDIP, IBU MEGAWATI BOLIH D BUAT SEBAGAI CONTOH. PRES JOKOWI (KADRE PARTI) SERTA… Read more »

Hariom Sharma
Guest
Hariom Sharma

Helllloo Admin,Woww Amazing Blog… Same Day Tours India, #Agra is the #famous #city of #India and #famous for #Tajmahal #wonder of #World. Taj Mahal is main tourist attraction of #Agra. Agra is known as #Tajcity of India in all over world, India is the #most popular #country in the World, has a lot to give visitors we have more packages like… Same Day Agra Tour By Car Same Day Agra Tour By Train Same Day Agra Tour By Gatiman Express from Delhi #Discovery #Taj #IndiaEmails: [email protected] | [email protected], | [email protected]: +91-9997783182 | 9837709602Website: http://www.discoverytaj.com | http://www.agraroutes.com

Aminuddin - MAA Takaful Consultant
Guest
Aminuddin - MAA Takaful Consultant

Saya setuju usaha untuk pantau prestasi rakan satu parti dalam kerajaan tapi diharapkan segala feedback diberikan secara terus kepada orang yang dipantau atau dalam mesyuarat PH. Tapi kalau setiap kali nak feedback, buat conference call dan post pada media sosial, mungkin akan dianggap sebagai bertujuan untuk populariti atau lain2

Banjo
Guest
Banjo

Setuju dgn komen saudara.

PutraKraken
Guest
PutraKraken

Salam Sdra Budin…lama tak komen dalam blog sdra.

Anwar sedang mabok. Kata kata dan tindak tanduknya tak ubah seperti beliau sedang mengalami withdrawal syndrome. Tetapi yang jelas beliau terlalu ingin menonjolkan diri. Apa muslihat mengadap Sultan di selatan dan kemudian menziarah bonda YDP Agong yang mana kita tahu kedua dua Sultan ini tidak senang dengan Tun M. Kenapa beliau tidak berdiam diri dan mensyukuri kemerdekaan yang diperolehi….stay cool before making
any move.

Kalau beginilah gaya laku yang Nuar tonjolkan…nampak beliau seorang yang gelojoh….Walaupun telah dipersetujui Nuar sebagai PM in waiting…kegelojohan beliau akan membawa padah….Banyak orang lain yang punyai PM quality.

Banjo
Guest
Banjo

Bukan nuar,anwar.Ni satu lg komen DNA Umno.Anwar bukan orng yg gelojoh yg gelojoh saudara yg buat komen.Kalau takut dilanda badai jangan bicara soal perjuangan…..

Cik Minah
Guest
Cik Minah

Setuju dengan pandangan awak PutraKarken. Anwar ni tak sedar dia sendang diperhati. Dia pikir jawatan PM dah ada dalam tangannya cuma pderlu kick out Tun Mahadir. He is full of self importance – tak sedar dia perlu bertanding dalam PRK atau PRU barulah boleh jadi PM.

Azid
Guest
Azid

anwar mmg gelojoh.kalau nanti dia tak dpt jd pm bukanlah sebab mahathir atau sesiapapun tapi kerana kebodohan anwar sendiri.

Zulkifli Abu Bakar
Guest
Zulkifli Abu Bakar

Forwarded as received… TERKINI: JLow is spending hundreds of millions (money stolen from 1MDB) hiring professional cybertroopers from various countries including US and Russia to create chaos through misinformation and to create disunity and animosity between the various PH parties. All these are done subtly where even PH supporters unknowingly help their cause by spreading these misinformation. JLow knows that if PH continues to govern, he will go to jail for a long time and these money that he stole from 1MDB will back to Malaysian rakyat. So, spend these hundreds of millions now to cause the collapse of the… Read more »

isa3
Guest
isa3

Don't agree.

They can stand upright down, on their heads, trying to attract attention. Or disttract our attention. Or try to cause confusion among us.

But, to use the famous quote (forgot said by who), we are not stupid.

And the PH authorities are watching them. PDRM, SPRM, MCMC, etc. When the time comes, they'll be brought in. And whacked in court. Tun M has said, we have an idea where the budak pipi meloyut is.

Aku rasa geram nak cubit pipi dia. Dengan dua2 belah tangan. Sampai koyak, hehe.

mencari kebenaran
Guest
mencari kebenaran

Semua asyik bercakap nak pantau negara,dibulan ramadhan peruntukkanlah masa untuk pantau diri sendiri,anak bini, mereka semua ok ka patuh pd tuntutan Allah , bersolat tak ? berpuasa tak ? Pakai tudung tak ? Ini tak kejar dunia saja dalam fikiran tu, tua muda akn mati tak kira umur , tak kira angka y muda belasan tahun pun akan mati inikan pula dah 90 lebih , asyik habiskan masa nak betulkan kesalahan orang lain… kesalahan diri sendiri,anak bini mcm mana pula ,takkan lah maksum tak dak sikit pun dosa?

Bulat Ken
Guest
Bulat Ken

Terima kasih atas nasihat saudara. Bagaimanapun, suka sy ingatkan saudara supaya jgn masuk ke sini di lain waktu. Ini blog politik. Isunya tentulah politik. Kalau agama, byk lg blog lain di luar sana.

isa3
Guest
isa3

Sokong pendapat Bulat Ken.

Dia sesat. Kot lapaq di bulan puasa nih.

Pangker
Guest
Pangker

Bersangka baik kearah Malaysia yang gemilang…komen membina perlu, teguran dan nasihat…..bukan sebar fitnah.

isa3
Guest
isa3

Kasi lah contoh, Bang.

Supaya pembaca tau yang mana "teguran dan nasihat…..bukan sebar fitnah."

Jamesdean1
Guest
Jamesdean1

Rasa sedap sikit bila membaca komen2 saudara semua dalam ni..bila kaki kopipes bodoh,pantun bodoh,dan sbagainya dah xada.cuma si GN je lagi tinggal dok melalak melolong dgn kopipesnya

isa3
Guest
isa3

Terima kasih Bang Jamesdean1,

Ha nya nak tegakkan kebnaran, beri pendapat.

Harap membantu pebaca dapat persepsi yang sewajar nya.

Yang sekoq tuh, tak payah sebut le, Bang. Memang aman suasana membaca bila dia tarak sini.

loveph2018
Guest
loveph2018

Antara sebab-sebab kejatuhan najib adalah….his ignore any critism of him

and

hulubalang-hulubalang disekelilingnya memberikan hujjah yang dangkal…..

padahal tanpa najib sedari..segala kritikan yang dilemparkan kepadanya sesetengahnya datang daripada mereka yang sayangkan dirinya….

so

admin and the followers..must be open

isa3
Guest
isa3

But you must not be dangkal (borrow your word, ye?)

You don't even say open what.

How to diskusi like dat one?

Malaysia Tanah Airku Hancus
Guest
Malaysia Tanah Airku Hancus

Kalau tak puas hati kat nuar bawak la ppbm masuk bn ajak pas sekali perintahla malaysia ikut suka hampa. Nak kasi umno 2.0 sangat.

isa3
Guest
isa3

Ko boleh tolong aturkan?

Tapi aku tak janji ahli2 PBBM tak pelangkong kepala ko.

Khairil Annas Mohd Ayob
Guest
Khairil Annas Mohd Ayob

Akhirnya dah nampak macam ada 1 agenda lain budin ni..mcm perangai umno ja

isa3
Guest
isa3

Itu pendapat ko.

Pendapat aku di sebalik nya.

Aku yakin dia tak Umno lagi sejak Najib buat hal dulu.

MeteorX
Guest
MeteorX

Anwar nak Mahathir cuci semua taik2..lepas tu dia boleh take over Maaysia yg dah aman damai dan makmur..senang kerja aku kata Anwar..kalo ada problem semula, dia boleh lari masuk penjara balik

Banjo
Guest
Banjo

Ni statement bodoh,org tak guan akal bila berbicara.Apakah kau fikir penjara itu progaram lawak.Ada kau fikir apa perasaan anak bini org yg terpenjara.Shame on you.

Banjo
Guest
Banjo

#guna

loveph2018
Guest
loveph2018
Guest
loveph2018

Disini turut mengkritik pemimpin PH..tetapi kritikannya amat membina…

Justeru disarankan saudara admin berhati-hati dgn artikel tuan sebelum lebih ramai yang meluat dan meninggalkan http://shahbudindotcom.blogspot.my

isa3
Guest
isa3

Nampak nama awak baru 1-2 hari masuk.

Kalo nak meninggal pun, takpa lah.

Ramai yang lain tahu Budin hanya keluarkan pendpat, sesiapa pun boleh masuk sini coba menidakkan pendapat nya.

Tak salah menidakkan. Salah mengahalang dia buat gitu.

hangkedee
Guest
hangkedee

Nampak seolah olah seorang anak yg pergi belajar kat overseas dgn pelbagai kepayahan si bapa yg usia lanjut mengusahakan toko.Besar berjaya maju.Anak tadi pulang tanpa bersusah payah.Cuci kaki meneruskan urusan bapanya…..Apa kah itu maksud PANTAU.?Tidak memihak kena mana ini kah tradisi ingin kita beri kpd generasi kita…Di mana hilangnya "Kalau tak pecah ruyong mana mungkin dapat sagunya".

Dayang Daeng
Guest
Dayang Daeng

Sangsi kat DSAI …

isa3
Guest
isa3

Saya google makna sangsi –

berasa bimbang atau berasa ragu-ragu.

Setuju dgn Dayang.

Banjo
Guest
Banjo

Tu komen DNA UMNO tu.

isa3
Guest
isa3

Sapa cakap? Ko cakap? Tak betul.

Aku cakap tu betul. Tak caya ………

loveph2018
Guest
loveph2018

tanda-tanda kejatuhan http://shahbudindotcom.blogspot.my/

jadi batu api itu menjengkilkan

isa3
Guest
isa3

Bukan membatu api. Cuma nak keluor pendapat. Tujuan yang bagus.

john doe
Guest
john doe

Di bawah PH pimpinan Tun Mahathir DSAI telah diberi peluang kedua dan sekarang ia sedang diberi pilihan untuk membuat keputusan.

Keputusannya kali ini benar-benar akan menentukan nasibnya kelak.

Secara peribadi saya berharap DSAI kekal sebagai salah seorang penyokong dan pendokong kerajaan pimpinan Tun Mahathir. Ini adalah keputusan yang betul.

Walaubagaimanapun sekiranya yang berlaku adalah sebaliknya, ia tetap tidak mengejutkan saya.

Walau apa pun pilihan DSAI, Tun Mahathir tetap akan berakhir sebagai pemenang in shaa Allah.

isa3
Guest
isa3

Kita nak elakkan jadi mcm dulu, Bang. Tak payah panjang cerita yang tu lah.

Kita nak elakkan jadi gitu.

Jadi, biorkan Tun perintah 5 tahun. Pastu Anwar perintah. Selama mana yang boleh. Kita sokong Anwar begitu.

Joe Harry
Guest
Joe Harry

Anwar ni tin kosong, bercakap dia memang pandai tapi buat kerja memang hampeh.
Kalau dia jadi pm, lebih kurang pak lah juga la.
Azmin lebih jauh berkebolehan jika naj dibandingkan dengan anwar.
Belum ada perancangan / kerangka hala tuju negara yang diilhamkan dari pemikiran anwar.
Cuma yang selalu kita dengar reformasi untuk hapuskan corruption..
Apakah dengan menangkap dan penjarakan semua pemimpin dan pentadbir yang korup naka malaysia akan terus maju??

Joe Harry
Guest
Joe Harry

Jika anwar jadi pm selepas tun, saya percaya selepas 5tahun anwar jadi pm, PH akan kalah. Samada orang ramai akan undi BN semula atau PAS tapi bukan parti yang ber PM kan anwar bin ibrahim.
Kalau umur panjang, insyaallah, boleh lihat

I
Guest
I

joe harry lupa kebolehan dsai ini… pakatan rakyat berjaya di bawah dsai… masa itu 1mdb belum meletup lg… dsai dah ke dalam . kalau dia tak ke dalam… agak2nya boleh ke bn bertahan? PAS pula masa tu belum keluar dari PR…guaner?

Mer MR
Guest
Mer MR

Anwar bukan tin kosong. Pernah mendapat anugerah menteri kewangan terbaik asia pasifik.

nasarudin ayob ayob
Guest
nasarudin ayob ayob

pantau tak salah..demi kebaikan..yg salah..melaga lagakan pemimpin…

isa3
Guest
isa3

Habaigh, tak boleh nak keluor pendapat atau perasaan berkenaan apa Nuor buat ke?

Apa saja di anggap melaga ke?

Tak adil, man.

Kejora Bapuk Bodo
Guest
Kejora Bapuk Bodo

Anwar ajak rakyat jadi pemantau, pengkritik kerajaan Bernama27 Mei 2018, 8:59 malam (Dikemaskini 27 Mei 2018, 9:06 malam) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat untuk menjadi pemantau dan pengkritik kepada prestasi kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN). Ketua Umum HARAPAN itu berkata beliau akan bersama-sama rakyat memantau gerak geri kerajaan HARAPAN di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memastikan nasib rakyat dan masa depan negara terbela. "Saya cakap dengan Dr Mahathir yang kita akan pantau (sebagai contoh) macam mana tugas timbalan perdana menteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) di (Parlimen) Pandan. Kita pantau macam mana tugas Izham… Read more »

Kejora Bapuk Bodo
Guest
Kejora Bapuk Bodo

Ape yg peliknye kalo anwar jadi pemantau…pengkritik jugak beri idea supaya kerajaan tidak tergelincir…anwar akan kritik bini dia jugak…takkan dia nak jatuhkan bini dia jugak…

Tak sepatutnye dipandang dari sudut nagatif srmata2……

isa3
Guest
isa3

Soal persepsi, Bang.

Persepsi antara kita, satu hal.

Tapi kalo pengundi dapat persepsi mcm yang Mawar Princess cakap di atas tu, teruk le PH.

Dinn Osman
Guest
Dinn Osman

Bang Isa Tak faham. Dia jadi pemantau sebab bini dah jadi Menteri. Kalau dia dok Ada sama dlm tu BN akam kata dok sibuk pasal urusan pentadbiran negara pula. Dah kata kerajaan anak beranak. Jadi satu Cara terbaik jadi pemantau Dan bagi teguran. DSAI akan beri idea secara senyap sebab dia pun Ada dlm majlis presiden. Tak Kan nak bagitau semua Kat news bang Isa.

Jamesdean1
Guest
Jamesdean1

Betul jgk…jadi pemantau tak salah pun.mmg pakatan digalakkan menegur salah silap diantara satu sama lain. Jgn jdi macam kj bila dah kalah terlungkup baru melalak nak tegur itu ini

Jamesdean1
Guest
Jamesdean1

Manusia biasa kalau buat silap mmg tak dinafikan…cuma kalau ditegur patut ambil positif. Jgn dibenci orng yg menegur tu.

Tapi teguran yg membina lah..bukan teguran yg menjatuhkan

isa3
Guest
isa3

Wahai adiku Dinn,

Setuju. Ha nya satu masalah –

Kalo dia dok diam, tak pi sana sini, tak hebohkan nak pantau, takpa.

Catit aje mana yang tak betui. Atau suruh saja isteri nya Dr Wan beri tahu Chedet ke, bawak ke cbinet meetings ke, tak jadi masalah,
amat berkesan, bermakna besaq. Tarak sapa nak ingat ada udang di sebalik apa2 pun.

Kalo dia buat gitu, tentu Tun Chedet pun akan umumkan dari masa ke masa bahawa Nuor ada beri pendapat, pantauan dan habaq sikit butiran … jadi tarak sapa ingat udang tuh.

Banjo
Guest
Banjo

Ntah….apa yg peliknya budin???.tak kesah la tun nak jaga negara smpi 5 tahun pun klu dia larat.Orang nk pantau pemerintah salah ke?budin..budin…jangan buruk sangka sgt.

Cik Minah
Guest
Cik Minah

Encik Banjo – SIAPAKAH ANWAR…???????
Dia bukan sesiapa dalam HARAPAN cuma mungkin akan ganti Tun Mahadir. Just MUNGKIN tapi TAK MUNGKIN ni ada – semuanya bergantung kepada dirinya sendiri, how he handle himself. Kalau dia tak pandai jaga diri dan rakyat meluat, boleh ke dia jadi PM….? Dia bukan boleh terus jadi PM. Dia kena jadi calon dan menang pilihanraya dulu. Jadi, jagalah perangai tu sikit supaya kami tak meluat. Bila kami dah meluat, dia kekal sebagai bekas banduan, sumai Wan Azizah dan bapa YB NuruIzat.

Raplipaudzi
Guest
Raplipaudzi

Tengok sejarah lh Anwar dh buat plan nk amik jwtan PM dari tun nk buat ala Suharto jatuh dulu nasib tun tau,takut dia tak tak nk tunggu lama2 mesti move kalau x mmg dia x jd PM smpi sudh tkot tun naikkan Mukris Nanga la Pak nuar

Azid
Guest
Azid

pantau konon.hahahaha elok semua rakyat skrg pantau anwar ni.dah ada tanda2 nak kedalam balik tu

Mawar Princess
Guest
Mawar Princess

Aku dah kata anwar ni banyak agenda tersembunyi.. Tak rasapun dia ni ikhlas nak Bantu mahathir betulkan negara

isa3
Guest
isa3

Setuju, Princess.

Sedap nama tu, Princess.

Gembira bila nampak Princess masuk sini selalu.

Banjo
Guest
Banjo

Kau yang tau ikhlas ke tak,ko ada duduk dlm penjara ke.Korang yg sembang back up Tun ni boleh la cakap ko bukan kat tempat Anwar bukan Anuar.Eja nama orang mesti betul (untuk yg suka eja Anuar).

Cik Minah
Guest
Cik Minah

Anwar bukan MANDELA. Anwar juga b ukan Mahyiddin atau Shafie Apdal. Anwar duduk dalam penajara, kita demua fighting bagi nak rak di luar penjara. Kerana Anwar duduk dalam penjara, bukan bererti MALAYSIA HAK DIA. Dia kena buktikan keikhlasan dan kemampuan dia dulu. Kami berhak menailai dia kerana dia mahu jadi Perdana Menteri kami dan kami tak mahu keluar mulut buaya masuk mulut NAGA. Jadi, Anwar kena berhati-hati sebab KAMI MEMERHATI GELAGAT DIA.

Raplipaudzi
Guest
Raplipaudzi

Gelagat belakang pusing tu ker

isa3
Guest
isa3

Saya dan kekawan saya tak mintak banyak. Ha nya dia bersabar dn jangan kacau daun politik PH hingga 5 tahun. Tak kira lah berapa banyak kesan baik pulih keadaan dalam negara yang Tun Mahathir capai dalam 5 tahun itu.

Selepas 5 tahun, sila lah Anwar, Tun pun dah janji kamu PM ke 8.

HBM
Guest
HBM

Jika mahu lihat ekonomi negara kita dipulihan oleh Tun…..tolong jangan ganggu Tun penggal ini. Kecuali Tun sendiri serah jawatan pm.
Orang pkr jangan kalut sangat ye?

Ady Unixmoment
Guest
Ady Unixmoment

kuatkan barisan kepimpinan

Arnab Jingga
Guest
Arnab Jingga

kita nak kukuhkan PH, bukan laga2kan parti2 komponen. ada saja cite nak lagakan anwar dgn tun.

amanah pula sibuk dgn ruu355. nak ganti tempat pas ke perang dgn dap? sblm ambil alih kerja pas ini, elok bincang dgn parti2 komponen lain.

lagi satu, apahal dgn macai umno dah jadi besfren pemimpin2 PH? nak kena lagi ke?

Bulat Ken
Guest
Bulat Ken

Nampaknya begitulah bro.. Macai umno dah beralih angin. Awas!!!!

samprong samperiit
Guest
samprong samperiit

budin dah mula kempen nyah dsai.
umno tetap umno.
dulu sebelum menang puji melangit.
sekarang jarum sudah jalan.

terima kasih budin selamat puasa dan raya.

isa3
Guest
isa3

Lagi sekali aku sokong apa Budin kata. Tak hiraukan apa puak lain kata.

Dah nampak dan terasa "tak kena dia buat gitu", apa nak buat? Takkan diam aje?

Takkan tak boleh keluar suara. Kan ini demokrasi – kalo puak lain rasa tak boleh, tak keras le.

isa3
Guest
isa3

Korang boleh keluar suara. Mcm sesiapa juga. Tapi bagus le kalau beri hujah2 yang boleh melawan apa Budin kata tuh. Tak aci lah nak nuduh Budin nak "laga"kan aje. Contoh nya, sebut lah kot Nuor tak boleh duduk diam aje. Tak larat nak nulis buku. Tapi bila dia kata nak jadi "pemantau Kerajaan PH", persepsi rakyat/ pengundi, dia nak cari jalan nak lemahkan PH supaya dia cepat di panggil ambik alih tugas PM. Aku rasa Umno sorak dalam hati bila dia kata gitu. Kalo gitu lah pemikiran Nuar, very short sighted, Beb. Aku bukan nak ngata dia. Aku nak pertahankan… Read more »

Enculez Vous
Guest
Enculez Vous

Anwar ajak rakyat pantau dan kritik utk check n balance. Bukan utk cari salah Tun.

Shafiek Abdat
Guest
Shafiek Abdat

Anwar masih belum 100% sembuh dari stress angin di dalam penjara…………!!

tok janggut
Guest
tok janggut

Tuan Shabudin..please cukup2 dah tu nak berpolitikingnya, cukup lah yg sudah2,apa yg telah UMNO lakukn..sampai bila pun melayu x boleh maju..biar kita maju kehadapan..Pd sy apa yg Anwar nak buat supaya tidak jd mcm kerajaan yg lama..simpan je jarum tu..bersangka baik la.

Cik Minah
Guest
Cik Minah

Wah!!!!!……tak boleh kritik Anwar pulak!
INI KRITIK TAW – KRITIK PERANGAI DIA, bukan nak lagakan dia dengna Tun M.
Bukankah Anwar pun mahu rakyat bebas mengkritik, apasal cuma boleh kritik orang lain tapi tak boleh kritik Anwar…………nak balik ke zaman Najiblah ni.

isa3
Guest
isa3

tok janggut, tolong huraikan kata2 "apa yg Anwar nak buat supaya tidak jd mcm kerajaan yg lama".

"yang lama" tu Kerajaan Najib ke?

Kerajaan Najib banyak mencuri wang rakyat di 1MDB dll. Najib sendiri yang buat sebagai PM.

Apa kah tok fikir PM Tun Mahathir mungkin buat gitu? Curi in broad daylight?

Najib used 1MDB sebagai alat mencuri. Apa kah mungkin Tun Mahathir buat gitu?

Kalo tak, apa tok fikir yang Nuor nak buat?

Saya tak setuju tuduhan Budin nak cucuk jarum. Ramai yang lain di sini pun nampak gitu jugak.

Terima kasih.

Wak Kang
Guest
Wak Kang

Aku setuju dgn Enculez Vous.. Utk renungan;1 masa dulu d thn 70an umno sangat d terima oleh majoriti masyarakat melayu kerana tokoh spt Datok Harun Hj Idris, Syed Albar, Hj Suhaimi & bbrapa pemimpin dlm umno merupakan pembangkang dlm parti sendiri. Mereka lantang mengkritik & membangkang agenda kerajaan Be End jka nampak kerajaan tidak mengambil kira maslahah rakyat.Peranan mereka memantau dari dalaman hal2 urus tadbir sesuatu negeri & negara khususnya. Jika Anwar mngambil smangat yg sedemikian aku lbh mngharapkn agar Anwar lebih beretika kerana senario politik masa kini yg rata2 telah celik politik & celik IT sangat2 berbeza pda era… Read more »

Zack Armstrong
Guest
Zack Armstrong

Tok janggut tu janggut saja panjang tapi akal pendik