SELEPAS KEDIAMAN NAJIB DAN RUMAH AZEEZ DIGELEDAH, GILIRAN SIAPA SELEPAS INI?

Selepas kediaman Najib Razak dan dua kondo mewah anaknya digeledah polis dan kemudian rumah bekas Pengerusi Tabung Haji, Abdul Azeez Rahim pula diserbu SPRM, sudah pasti ramai bekas menteri dan bekas pengerusi GLC yang lain mula tidak lena tidur sekarang ini.
Lebih-lebih lagi bagi yang diketahui umum mengamalkan gaya kehidupan mewah, pernah disiasat atau sudah ada fail yang dibuka, barangkali melihat kereta polis dari kejauhan pun sudah berpeluh dingin dibuatnya.
Dengan antara lain manifesto Pakatan Harapan dalam tempoh 100 hari ialah untuk menyiasat skandal yang berlaku dalam 1MDB, Felda, Mara, Tabung Haji dan lain-lain serta merombak struktur kepimpinan di semua agensi tersebut, apa yang dilakukan oleh kerajaan baru ini tidaklah boleh dianggap sebagai membalas dendam.
Ia sebaliknya adalah komitmen dan kerana komitmen itulah juga rakyat memberi undi serta kemenangan kepada Pakatan Harapan.
Maknanya, kerajaan baru pimpinan Tun Mahathir Mohamad tiada pilihan lain selain menunaikan komitmen itu dengan penuh tanggungjawab serta mencari hingga ke akar umbi semua orang yang dipercayai ada terkait dengan apa jua skandal wang rakyat.
Rakyat sebenarnya sudah letih melihat bagaimana wang rakyat di era BN dahulu dirombak dan dicuri dengan pelbagai cara. Ada yang dilakukan dengan meluluskan projek yang dinaikkan harganya, membeli, syarikat, hotel atau hartanah di luar negara, juga dengan harga berlipat kali ganda, melalui pelaburan dalam saham amanah yang komisennya masuk ke dalam beg tangan isteri, tajaan bola dan macam-macam cara lagi.
Apa pun bentuk dan caranya, semua itu adalah kedurjanaan yang tidak harus dimaafkan.
Dahulu, ketika era BN, semua itu mungkin boleh ditutup atau dilindungi dengan mereka yang terbabit bertindak lebih kerap mengampu atau mencium tangan pemimpin dan isterinya, tetapi kerajaan baru ini mesti berbeza dengan sebelumnya.
Tindakan, penyiasatan dan hukuman harus dimulakan dengan segera. Tidak kira bekas menteri atau pengerusi GLC, bergelar Datuk Seri atau Tan Sri, keadilan mesti ditegakkan dengan tidak mensia-siakan undi serta sokongan yang rakyat telah berikan kepada Pakatan Harapan.
Jika di kondo mewah anak Najib ada beratus juta ringgit ditemui, begitu juga beratus ribu dijumpai di rumah Abdul Azeez, jangan terkejut jika di rumah beberapa bekas menteri dan pengerusi GLC lain juga akan ditemui wang tunai, barangan kemas atau himpunan beg tangan mewah yang banyak jumlahnya.
Jika tidak pun, sudah tentu semua mereka itu memiliki rumah yang besar dan himpunan kereta mewah yang ikut logiknya tidak sepadan pun dengan gaji atau pendapatan bulanan mereka.
Maknanya, daripada manakah segala sumber kekayaan itu diperolehi?
Apabila UMNO dan BN kalah dalam pilihanraya 9 Mei lalu, ini bermakna soal menang atau kalah bukan lagi mustahil bagi mana-mana parti. UMNO bukan lagi keramat dan jasa-jasa BN tidak lagi melekat di hati rakyat jika keburukan pemimpinnya sudah terlalu ketara dan membuatkah rakyat “berbulu mata” melihatnya.
Dalam pilihanraya akan datang mungkin Pakatan Harapan akan kalah lagi atau boleh jadi BN mampu berkuasa semula. Pilihan siapa yang akan menjadi kerajaan benar-benar di tangan rakyat berdasarkan prestasi dan perangai para pemimpinnya.
Rakyat kini adalah raja di Malaysia.
Oleh itu, tindakan yang diambil kepada bekas-bekas menteri atau pengerusi GLC ini berdasarkan jika mereka ada melakukan kesalahan, ia juga adalah peringatan kepada menteri-menteri yang sedang berkhidmat sekarang dan buat pemimpin GLC yang bakal dilantik nanti.
Kiranya mereka cuai, terpana dengan kuasa atau wang haram, suka kepada kemewahan, jika kerajaan berubah lima tahun akan datang, maka giliran merekalah pula menerima nasib buruk itu.
Pokoknya, siapa pun yang berbuat salah akan lebih mudah untuk diadili dan dijatuhkan hukuman melalui kerajaan yang boleh bertukar ganti sekarang ini.
Akhirnya, sekali lagi, rakyatlah yang tetap menjadi raja di mana mereka boleh menaik atau menjatuhkan sesiapa yang dikehendaki. (ShahbudinHusin 26/05/2018)
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 2:05 pm

87
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Othaman AhmadsaksamaKhatijah NunoGENG NAJIBKejora Bapuk Bodo Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
saksama
Guest
saksama

Gang Najib masih mengigau…..cakap merapuh…

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

Saturday, May 26, 2018How Malaysians have matured Salleh Said Keruak In the 1999 general election, there was a wave of support towards the opposition but many, especially the non-Malays, voted Barisan Nasional because they were worried that if they voted opposition there would be trouble. In fact, there was ‘strong talk’ that if Barisan lost its two-thirds majority in parliament there would be a repeat of what happened in 1969. In 2008, Barisan Nasional did lose its two-thirds majority in parliament but there was no trouble. And this month Barisan lost the federal government and many state governments and still… Read more »

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

SATURDAY, MAY 26, 2018
Saya bingung dengan kenyataan Menteri Kewangan kita #MalaysiaBaru #MalaysiaMemilih

Membingungkan.

Semalam dalam kenyataan media berkenaan hutang negara RM1 trilion, Menteri Kewangan Lim Guan Eng kata asas ekonomi Malaysia kekal kukuh.

Hari ini dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan Lim Guan Eng kata keadaan ekonomi kurang baik bila bercakap tentang Bantuan Hari Raya untuk penjawat awam. Dia mahu penjawat awam bertimbang rasa.

Kenyataan berubah-ubah seperti ini memang akan menambahkan keyakinan rakyat, penjawat awam dan pelabur kepada negara.

Keep up the good work!

Rujukan: Guan Eng: Bantuan Hari Raya akan dipertimbang – FMT: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/05/25/guan-eng-bantuan-hari-raya-akan-dipertimbang/

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

Br1m kena tukar nama..
macam mitsubishi rebrand proton..
mathir style..
Br1m = kerajaan najib punya perlaksanaan, mahathir menyampah sbb najib berjaya..
BLim = yg baru, janji ada, tutup mulut pengundi k popers..

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

Akhirnya BR1M sempena raya 500 hengget diumum atok mamak. Dulu brim dapat 2000 hengget. janji nak hapus brim sekarang janji dicapati.
kesian pengundi kpop yg pertama kali mengundi kena kencing atok sampai basah lencun beb !!!!!

Khatijah Nuno
Guest
Khatijah Nuno

Kepaka tok hang! BRIM tu asalnya bantuan wang diploporkan oleh kjaan P.Pinang di beah LGE fan juga bantusn eang serupa dibaeah limlinan parti Fayo Azmin Ali di Selangor masa PRU 12. Tetapi Najiv dan Umno cemburu dgn banruan wang tu lsku difitnah kata wang bantuan tu haran konon telah bercammpur dn wang hasil haram judi mcam, ToTo dan 4D gambling. RAmai melayu Penang yg bodohs terutama penyokong2 aneno tegar termakan hadutan dan fitnah geng ameno patuhs masa tu. Lantas mereka menolak bantuan wang khaan Oenang masa tu.Tup tup selepas beberapa bulsn Nsjib tiru bantuan kjaan parti P.Pinang mska diumumkan kjaan… Read more »

Mat Busu
Guest
Mat Busu

Harap jangan dilupa saudara Nasharuddin Mat Isa, agamawan PAS yang terulung lagi pemurah. Mudah-mudahan dapat kiranya satu lawatan sambil belajar dapat diadakan ke rumah beliau dan mungkin juga berbual dengannya mengenai sedekah jariahnya kepada PAS. Juga mungkin dapatlah kiranya Ustaz Nasha menerangkan gerangan siapakah penerima sedekah tersebut dan untuk apa dibelanjakannya.

Kejora Bapuk Bodo
Guest
Kejora Bapuk Bodo

Insya Allah…tun nak dapstkan balik semua wang 1 mdb bagi bayar hutang…nanti ade penerima wang derma dan wang sedekah 1 mdb akan istihar muflis…lobai2 pas bersedialah anda..

Yg tak boleh dituntut peserta haji 1 mdb…semuanye miskin..

Khatijah Nuno
Guest
Khatijah Nuno

Nasharuddin Md Isa. Keldai tonggangan Najib dan BN. PAS telah fijual oleh Nasha pd Najib. Hafi Bawa g dan PA juga rela dijual pd Najib/Umno.
Bak kata Presiden Kipas BN-PAS. Kami mengamalkan Politik Matang kui kui kui..

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

Apa cerita Tengku Razaleigh…makin ramai desaknya pimpin UMNOTERAKHIR DIKEMASKINI: 25 MEI 2018 BY ROSLI ISMAILinShare Siapa saja yang kerap lalu lalang melalui depan rumah Tengku Razaleigh Hamzah di Jalan Langgak Golf, Kuala Lumpur kebelakangan ini tentu merasa ada kelainan sikit suasananya. Dulu kebiasaannya rumah agam itu nampak sunyi saja.Namun akhir-akhir ini sejak selesai pilihanraya umum ke 14 saban hari kelihatan ada saja dereten kereta di pinggir jalan situ dan orang keluar masuk. Apa yang pasti kedatangan mereka bukanlah untuk ‘merayakan’ kemenangan Tengku Razaleigh menewaskan calon PAS dan PKR dengan majoriti 3,913 undi di kerusi Parlimen Gua Musang pada pilihanraya umum… Read more »

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

Bukan rahsia lagi kedatangan mereka dan kebanyakan lain dari masa ke semasa kebelakangan ini adalah untuk memujuknya main peranan dalam kepimpinan UMNO selepas Datuk Seri Najib Tun Razak letak jawatan. Namanya menjadi bualan di kalangan ahli UMNO dalam pencarian mereka untuk membangkitkan semula parti setelah melalui pukulan hebat dalam PRU14. Malah ada yang membariskan namanya dalam senarai pilihan jawatan Presiden UMNO dalam posting di media sosial selain Datuk Seri Dr Zahid Hamidi,Datuk Seri Hishamuddin Hussein,Khairy Jamaluddin,Datuk Seri Mohamed Hassan dan Datuk Seri Mustapha Mohamad. Ramai yang berpendapat mahu tidak mahu UMNO kini memerlukan set barisan kepimpinan baru yang utuh dan… Read more »

Jamesdean1
Guest
Jamesdean1

Adehhhh…ade pulak reporter utusan melayu kat sini hahahaha

Jamesdean1
Guest
Jamesdean1

Tak sudah2 budak hijau ni

Kejora Bapuk Bodo
Guest
Kejora Bapuk Bodo

Selepas rakyat tahu kesungguhan pasukan PH baiki dan binasemula negara le ih ramai rakyat akan sokong PH….

Umno dah tak relevan lagi…Perlis dibawah bn blm selesai lagi masalah mb…negeri bn akan tertingal dari arus kemajuan dibawah pembangkang umno yg tamak kuasa…

Kejora Bapuk Bodo
Guest
Kejora Bapuk Bodo

Tg Razaleigh nak di lantik presiden umno?……politikus yg tiada penditian tetap…tiada visi…jadi kuli seumur hidup…

Umno sudah jehabisan pemimpin yg berwibawa umtuk bela melayu…umno hanye untuk orang melayu yg nak buncitkan perut…

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

Tunggu minggu depan pengumuman bentuk BR1M kerajaan Pakatan Harapan…TERAKHIR DIKEMASKINI: 26 MEI 2018 BY ROSLI ISMAILinShare Apa agaknya nama baru yang hendak diberi oleh kerajaan Pakatan Rakyat pada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),program bantuan popular untuk rakyat berpendapatan rendah yang dilaksanakan oleh bekas kerajaan BN dulu. Pakatan Rakyat yang bimbang sokongan padanya terjejas masa PRU 14 lalu turut berjanji untuk meneruskan BR1M. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dulunya memperlekehkan BR1M bagaimanapun kata bantuan berkenaan akan dikaji semula untuk memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja dapat. Ekoran pelbagai tandatanya mengenai pemberian BR1M setelah tamat pilihanraya,Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada… Read more »

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

SAHAM MENJUNAM, MENTERI DAPigs BAGI ALASAN BERTARAF LONGKANG???POSTED BY SEMUT HITAM ON JUMAAT, MEI 25, 2018 WITH NO COMMENTS SO FAR "Jika anda melihat kepada prestasi pasaran saham, ia juga bergantung kepada pelbagai faktor. Kita juga dapat melihat pasaran serantau mempunyai kesan yang sama." Demikian kenyataan Menteri Kewangan yang masih lagi sarat dengan skandal penyelewengan kuasa dan masih ada kes rasuah sedang dibicarakan dimahkamah pada ketika ini. Ironiknya, kenyataan seumpama itu pernah menerima kecaman dari kalangan pemimpin serta pengikut – pengikut setia Rejim Pakatan hari ini. Tapi sekarang, diorang pulak guna alasan yang sama. Cuba bayangkan jika Menteri dari Barisan… Read more »

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

UMNO bimbang lebih ramai penjawat awam dipecatBY PEWARIS MELAYU | PUBLISHED 26.5.18 KUALA LUMPUR 25 Mei – UMNO melihat pemecatan ribuan pegawai dan staf kerajaan yang didakwa sebagai lantikan politik sebagai satu perkembangan yang tidak sihat dan perkara tersebut juga tidak seharusnya berlaku. Berikut merupakan kenyataan penuh Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Pre­siden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengenai pemecatan ribuan pegawai dan staf kerajaan lantikan politik: 1. Saya terpanggil untuk menyentuh sedikit mengenai ribuan pegawai dan staf kerajaan 'lantikan politik', seperti yang disebut oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini. 2. Beliau mengambil keputusan untuk… Read more »

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

26 May 2018Bila Kerajaan Roket Nak Jual Jet Yang Najib Beli??? Najib Beli Jet Yang Untung Siapa??? Untung jadi orang baru…. Ini yang barang kali orang cakap, sarung kaki aje…. Masa beli yang kena bedal Najib. Hutang banyak yang kena bedal, Najib. Yang melaram Jet adalah orang yang dulunya memprovok rakyaat supaya marah Najib beli jet. Apa agaknya komen Dato' Dr MAZA…..Beliau juga pernah komen pasal jet tersebut ketika baru dibeli dahulu termasuk katanya tersilap fakta tentang interior design jet tersebut. Kalau ikutkan Khalifah Umar Abdul Aziz, kereta kuda resmi yang mengambil baginda ketika perlantikan sebagai Khalifah, adalah di antara… Read more »

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

Saturday, May 26, 2018PH langgar pantang Pakatan Harapan langgar hampir semua hukum dan pantang larang. Peraturannya parti politik tidak boleh amal kronisme dan nepotisme namun PH tetap disokong meski kedua² perkara itu semua orang tahu berlaku dalam PH. Bukan kronikah apabila PKR mengumpulkan Anwar, isteri, dan anak perempuannya dalam jawatan tertinggi. PBPM pula meletakkan tun mahathir sebagai PM dan anaknya mukhriz menjadi MB Kedah. Bukan sahaja penyokongnya bahkan orang awam juga tidak membantah. Itu bukan kroni? Dalam DAP Lim Kiat Siang dan anaknya LIm Guan Eng menguasa parti juga tidak dipeduli. Mungkin dalam PAS tidak begitu ketara namun keluarga almarhum… Read more »

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

26 Mei 2018Chegubard Dedah Kem Mahathir Serang Anwar Isu Naik Jet Kerajaan Ke Kelantan Pembebasan Anwar atas titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong juga sememangnya mengundang perbagai reaksi khususnya ketidak selesaan kem Mahathir. Selepas PRU ketika Anwar masih di hospital tentera cyber Mahathir Syed Akhbar Ali telah menulis fitnah dalam blognya yang menyatakan kononnya Zahid Hamidi hadir ke Hospital bertemu Anwar 11.00 malam untuk berunding. Malah dalam tulisanya dinyataan kiraan bagaimana Anwar (PKR) bergabung dengan Zahid (BN) juga Hadi (Pas) untuk membentuk kerajaan. Tulisan ini viral dan disalin siar oleh ramai pihak yang akhirnya ada yang mula mempercayai… Read more »

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

KP SPRM perlu undur diri siasat 1MDB26 MEI: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull digesa mengundurkan diri daripada mengetuai agensi itu dalam menyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Saranan itu dibuat Presiden Sukarelawan Malaysia Isham Jalil, rentetan tindakan Mohd Shukri yang dilihat prejudis terhadap pelaku dalam kes berkenaan. “Saya desak agar Datuk Seri Mohd Shukri ini supaya undurkan diri daripada menyiasat kes 1MDB ini. “Sekiranya beliau mempunyai etika dan profesional dalam kerjanya beliau sepatutnya undurkan diri sebab beliau ada sentimen peribadi dan tidak profesional,” katanya dalam Program FB Live Sinar Harian, hari ini. Beliau… Read more »

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

#MansuhTol Dilema Buat Kerajaan Pakatan HarapanPosted by Penang Kini on 17:49 in dalam negeri nasional Terkini | Comments : 0 Terdapat 31 lebuhraya bertol dalam negara ini.Sehingga tahun 2010, RM383.3 bilion diperlukan untuk ambil alih semua lebuhraya.Pada minggu lalu, Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) bertemu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Berhad iaitu pemegang saham terbesar syarikat konsesi tol terbesar negara, Projek Lebuhraya Usahasama Bhd (PLUS). Pertemuan ini untuk membincangkan langkah penstrukturan semula tol. Setakat ini belum dapat dipastikan sama ada tol akan dimansuhkan sepenuhnya atau dibuat secara berperingkat tetapi menurut kenyataan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Tun Daim… Read more »

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan pernah berkata penyelesaian yang komprehensif amat diperlukan untuk menangani isu tol lebuhraya ini. Beliau mengingatkan bahawa banyak wang telah dilaburkan melalui pasaran modal. Justeru, wujud keperluan mendesak untuk mengimbangi situasi ini. Berdasarkan laporan kerajaan,sehingga hujung tahun 2017, terdapat 31 lebuhraya bertol di negara ini. Pada tahun 2016, sebanyak RM6.82 juta hingga RM1.5 bilion diperlukan untuk operasi tahunan dan kos penyelenggaran di setiap lebuh raya ini. Jumlah kutipan yang telah diperoleh pula antara RM27 juta dan RM2.867 bilion. Pakatan Harapan pula melalui Bajet Alternatif 2018 telah menunjukkan bahawa langkah membeli semula syarikat konsesi… Read more »

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

Hasil yang diperoleh ini akan digunakan untuk mengurangkan hutang dan meningkatkan nilai dividen khas kepada para pemegang saham. Sementara itu, PublicInvest Research masih pesimis langkah kerajaan ini akan berakhir segera. Sebaliknya, badan penyelidik itu yakin pengambilalihan syarikat konsesi yang bertujuan untuk memansuhkan kutipan tol akan terus berlarutan pada satu tempoh masa tertentu. Hal ini kerana, isu pampasan yang menjadi perkara utama itu akan mengganggu sentimen para pemain yang disenaraikan seperti Gamuda, IJM Corp, Taliworks dan Litrak serta syarikat Ekovest dan Bina Puri yang hanya mempunyai sebuah konsesi tol sahaja. Justeru, beberapa janji Pakatan Harapan sebelum ini termasuk pemansuhan tol dijangka… Read more »

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

APA JADI KEPADA HARGA BARANG DAN EKONOMI MALAYSIA SELEPAS GST DIHAPUSKAN NANTI?at 8:00 PMPosted by Admin PahangKu Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sudahpun menyatakan hasratnya untuk mewartakan kembali Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada kadar 10% apabila Dewan Rakyat mula bersidang kelak. Penetapan kadar tersebut diumumkan sendiri oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, beberapa hari selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diturunkan kadar daripada 6% kepada 0% berkuatkuasas 1 Jun 2018. Presiden Dewan Perdagangan Malaysia-China, Tan Yew Sing, dipetik Utusan Online bersetuju bahawa pelaksanaan GST sebelum ini menyumbang kepada kenaikan harga barang dan berharap… Read more »

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

SATURDAY, MAY 26, 2018Tun M jadi PM hanya tambah masalah – Nik Abduh Tindakan kepemimpinan Pakatan Harapan untuk menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang diterajui DAP memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hanya mendatangkan lebih banyak masalah kepada negara. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, secara sinis mempersoalkan kewajaran pemilihan Dr Mahathir yang disifatkannya sebagai punca masalah negara untuk menggantikan Datuk Seri Najib Razak "Mereka kata Datuk Seri Najib (Razak) pencetus masalah negara. Katakan ia betul, tetapi mereka memilih Dr Mahathir, punca segala masalah negara dulu sebagai pengganti. "Ini nak selesaikan… Read more »

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

DILEMA MELAYU SIRI 664ANWAR IBRAHIM INSAFLAH! Saya kawan lama dengan Anwar Ibrahim. Tidak ada 'datuk seri' dengan dia. Hanya 'hang' dan 'aku' saja. Pernah makan nasi campur di restoran Amjal beberapa dekad lalu waktu Anwar jadi mudir Yayasan Anda. Waktu dia jadi menteri kewangan dalam BN saya menulis buku ANWAR IBRAHIM ANTARA NAWAITU DAN PESTA BORIA (1993). Saya mengingatkan dia tentang tanggungjawabnya sebagai seorang pejuang Islam dan kegagalannya sebagai menteri kabinet. Sekali air bah sekali pasir berubah. Anwar juga seperti pasir. Dari presiden ABIM, bekas tahanan ISA dia jadi menteri disintuklimau Mahathir sampai jadi TPM merangkap menteri kewangan. Nafsu Anwar… Read more »

The Phantom
Guest
The Phantom

Dari petikan di atas……
"Talibarutnya ialah Zahid Hamidi yg menjadi bomoh Ponorogo."

Begitu ropenye ye……ish…ish….ish

Sekarang bergiat aktif di mana…??

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

Saturday, May 26, 2018Brader Says Its OK To Criticise Dr Mahathir; An Assignment For The Malaysian Media Anwar Ibrahim wants media to be voice of people be steadfast in duties as fourth estate to keep government leaders in check “media supported Pakatan due to euphoria of coalition won elections on May 9. “after everything settles down, media has to speak up, criticise all state, federal govts" Anwar media must be voice of peoplethey must be free to speak up against govt leaders must not react angrilythey must be prepared to accept what media reports Anwar said he himself not spared… Read more »

Jamesdean1
Guest
Jamesdean1

KUALA LUMPUR: : Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mendedahkan pernah menegur bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan pimpinan UMNO lain agar tidak menyerang peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad Jelasnya, teguran yang dibuat kira-kira dua tahun lalu itu bagaimanapun ternyata tidak diendahkan Najib sehinggalah kerajaan ditadbir Pakatan harapan. "Semasa saya jumpa beliau dua ke tiga tahun dulu di mana 1MDB sudah meletup, apabila beliau sebut bahawa Tun Mahathir mengkritik beliau mengenai 1MDB, saya nyatakan kepada beliau Datuk Seri sendirilah yang selesaikan. Cuma saya cakap saya beritahu supaya beritahu pemimpin-pemimpin UMNO dan orang sekeliling supaya… Read more »

Jamesdean1
Guest
Jamesdean1

Tok heng memulakan langkah membodek tun m….

The Phantom
Guest
The Phantom

Biasa lerrrr yeoooppp……mana ada gula situ deme hurong.

Ini tarak bole pakai punya woraannggg…..

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

TUN MAHATHIR AKUI SILAP TUDUH DATO SERI NAJIB JUAL KEDAULATAN NEGARA DAN PROJEK DENGAN CHINA DITERUSKAN Berduyun-duyun anak muda dari seluruh negara datang ke Qinzhou Park, Kuantan untuk peluang pekerjaan. Dulu projek ini dikatakan menjual kedaulatan negara. Sekarang mengaku ianya taktik raih undi untuk pilihanraya! Padan muka rakyat kena tipu! Macam mana lah saya nak terangkan kepada rakyat supaya mereka faham kenapa saya katakan saya tidak lagi boleh menyokong Tun Mahathir? Tetapi orang Melayu ni kurang cerdik mindanya. Maaf saya cakap. Tapi terima lah kenyataan ini. Mereka taksub kepada orang yang membina bangunan berkembar tertinggi di dunia. Tapi hari ni… Read more »

The Phantom
Guest
The Phantom

Katak yg dulu terrrpekikkkk terrrlolong kata Najib kencingkan rakyat Msia.

Kahkahkahkahkah

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

Pasaran merudum: ‘Seronok’ jadi tajuk utama merosakkan negara26 MEI: Keghairahan Menteri Kewangan baharu, Lim Guan Eng di dalam mendedahkan jumlah hutang negara yang telah dibuat oleh kerajaan terdahulu memakan diri apabila pasaran saham memberi reaksi negatif dan para pelabur mula membawa keluar pelaburan masing-masing. Kesilapan tersebut bukan sahaja mendapat teguran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Facebooknya malah turut mendapat perhatian daripada ‘orang dalam’ Pakatan Harapan sendiri. Menurut Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A. Kadir Jasin, Guan Eng seharusnya berhati-hati di dalam membuat sebarang kenyataan dan hebahan kepada media massa. Malah tokoh dalam… Read more »

I
Guest
I

Kejujuran tetap akan dihargai…hari ini turun tetapi akan naik semula bila klepto dah berambus….

The Phantom
Guest
The Phantom

Dulu zaman Tun M 1997 kita dah lalui krisis yg lagi genting dari ni…….tapi Alhamdulillah kita berjaya atasi masalah.

Masa tu Geng Naga masih kencing dalam seluar lagi.

Ingat chant ko baru2 ni……Mahathir mati jadi _______………sila isi tempat kosong.

Haakakkktuiii !!

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

Sabtu, 26 Mei 2018HARGA BARANG MELAMBUNG !!! MAMPUKAH KERAJAAN PH TANGANI ?? @MuhyiddinYassin @chedetofficialLepas 2 minggu kerajaan Pakatan memerintah sudah mula nampak beberapa kecelaruan berlaku tambahan pula dengan menifesto yang dilihat belum mampu untuk dilaksanakan walaupun satu. Menifesto kerajaan PH untuk menurunkan kadar harga minyak kenderaan juga seperti bayangan kelmarin kepada rakyat terutama kepada pengundi Pakatan. Kali ini harga barangan pula dilaporkan mengalami kenaikan dan ianya bukan melibatkan satu atau dua barang malah KPDNKK mengatakan bahawa terdapat 99 barangan dikesan mengalami kenaikan. Dengan kemelut kakitangan kerajaan berstatus kontrak kehilangan pendapatan yang baru sahaja melanda, kini kenaikan harga barangan sudah pasti… Read more »

The Phantom
Guest
The Phantom

Kerajaan Pakatan baru setahun jagong………yg puak ko dulu pegang 2 penggal pon gagal turunkan harga barang.

Asssiikkkk naik harga maaanjaanggg jerrr. Kata dengan GST harga akan turun.

Mydin sendiri pon rugi besar dalam KR1M….

Bila kos sara hidop naik…..kerja tak derrrr……suroh orang bawak uber atau jual nasi lemak.

Dalam pada rakyat hidop susah dan perit……..ada orang hidop bermewah-mewah dengan dikelilingi jongkong2 emas……birkin & hermes…..jam, permata berrrliaannn…….tau2 bangun pagi ada duit berrrrjuta mengeram dalam akaun peribody……..tah kan dari sape pon tak tau woiiii…….

Rakyat didulukan………tu pasal rakyat bersuara melalui KERTAS UNDI baru2 ni…..period.

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

Untuk memberi keadilan paad semua, rakyat mengingatkan SPRM jangan buat2 lupa atau buat derk aje laporan dan memorandum yang telah diserahkan oleh JMM agar membongkar jugak harta2 Tun M serta anak beranaknya, Tun Daim, Azmin, Guan Eng, Zuraidah Mak lampir serta kroni2 mereka…bongkar dan dedahkan macam dalam lagi Irwan Fals tu..barulah ngam dan cun beb !!!!!! Rakyat marhaein tak sabar2 nak tau…kira macam angpow untuk aidil fitri ni kan ????

The Phantom
Guest
The Phantom

Cari points nak cover pekong kepala bapaaakk…

Ramly Ahmad
Guest
Ramly Ahmad

Beb..lepas ini rmh lu lak..nyuruk nmpak..
kami sokong komen kalian..wuuh bnjk kojo sprm..
Bkn domdam tu bang Shah..nak cuci bosih je..
jgn pulak nnti lopes ni bertukar pulak kerajaan skrng jd hantu saka puaka mcm kerajaan klepot dulu..
Seko tolopes yo bang..

Anonymous
Guest
Anonymous

Lps ni rumah Gone End le pulak…

isa3
Guest
isa3

Eh, ko orng BN ke?

Skang gomen PH le.

Kena geledah rumah orang BN le dulu.

PDRM dan SPRM kena ikut kehendak gomen PH le skang.

The Phantom
Guest
The Phantom

Gelidah rumah Jho Lo dulu.

abda
Guest
abda

Memang lah Wak Zahid ini tak berapa pandiai. Lihat lah kta kata nya –

Termination of political appointees 'just the beginning', warns Zahid

He is concerned the new gov't will use the excuse of high debts to lay off more civil servants.

Tak perlu di komen lagi.

The Phantom
Guest
The Phantom

Dulu negara rosak angkara sape…??

Timah tin
Guest
Timah tin

Check umah Zahid. Byk dan mcm2 ada. Pimpinan BN pun kna semak, Nazri Tajudin Rahman Salleh Sahril Jamil Sharizat Hisyamudin Sabri Chik Sahidan Pendekar Amin Nawawi PA2 Najib, SU Najib, SU Rosmah SU Zahid ramai lg yg udah kaya bila jd Menteri 1 penggal.

abda
Guest
abda

".. apa yang dilakukan oleh kerajaan baru ini tidaklah boleh dianggap sebagai membalas dendam." Siapa yang mengata membalas dendam mungkin dia merasa terdesak. Mungkin dia ada kesalahan. Niat nya supaya jangan rumah nya di geledak. Jangan pedulikan orang saperti itu. Teruskan kerja menggeledak rumah sesiapa yang di curigai mencuri, merompak atau melanun, atau yang makan rasuah. Ada ramai begitu "out there". Zaman Najib memang zaman lintang pukang, ramai yang tak hormatkan undang2 dan peraturan, terutama nya orang orang politik yang memegang jawatan. Bermula dengan Najib sendiri. Perlu di geledak semua rumah yang berbau barang atau wang curi, atau hasil bermacam… Read more »

The Phantom
Guest
The Phantom

Yeop………istilah membalas dendam tu diguna pakai oleh orang yg nak melindungi kejahatan saja.

Yg jujor dan amanah tentu maukan KEBENARAN.

Fan Tun
Guest
Fan Tun

Alamak takut tak boleh tidurSenak nanti orang siasatSimpan billion di dalam kondoSeram sejuk bergetar pusat! Geng jamban sudah pun lariPecah botol lagak beraniHilang di wad tak dapat cariKemana lari 'Sarip Dol' ini? Sorang lagi samseng taik kucingTun Mahathir selalu nak balingBunyi kuat umpama locengAjak debat dia berpaling! Samseng ini gemar menyalakKecoh di parlimen bersama anakdatang dari Pasir SalakKonon pemimpin tapi benak! Makcik ini penjaga lembuBuat kandang dia tak mahuDalam kondo bela beribuDah kena taik baru tahu! Ada musang bermain bolaWang si miskin dia pun talaKutuk Mahathir dah jadi tularTak lama lagi mungkin bala! Ini di antara mereka yg ramaiDapat kuasa… Read more »

Arnab Jingga
Guest
Arnab Jingga

yg penting harap Menteri dapat batalkan lesen monopoli beras.

I
Guest
I

Setuju Tuan Shah.. jangan pula yang mengganti jadi seperti yang diganti..Sejarah Negara Jepun. seperti yg di tulis oleh Tsumugu Hashimoto memberitakan apabila LDP dikalahkan oleh DPJ yg hanya bertahan 1 penggal sahaja dengan tempoh yg singkat DPJ telah bertukar ganti PM nya akibat berkelakuan seperti pemimpin2 LDP. Akhirnya sekarang LDP KEMBALI MEMERINTAH hingga sekarang. Pemimpin2 yg ada di PH hendaklah beringat2 dan jangan nk sombong kerana rakyat semakin sedar dan berani membuat perubahan…

abda
Guest
abda

Pada saat ini tiada soal sombong. Cari mana yang salah, dapatkan bukti, dakwa di mahkamah.

Arnab Jingga
Guest
Arnab Jingga

yooo mahligai seni, ko punya komen kena padam oleh ibnu haysim. aku punya pun kena sekali.

hampeh tul walaun tua tu. tak leh terima kritik org!!! ingat maksum ke?

Banjo
Guest
Banjo

Hahaha..ahli perniagaan separuh jalan tu.Aku mmg tak komen la kat blog dia,mmg dia padam punya.

omong
Guest
omong

Komen aku sebelum pru dulu pun dia padam.maklumlah dah kantoi.

Aku tak jenguk dah blog munafiq tu.

abda
Guest
abda

Mari kita komen di sini selalu. Takda buang komen pun setahu aku.

isa3
Guest
isa3

Aku nak cari lain blog yang bole tekan Publish button dan komen terus keluor belom dapat.

Nak pigi komen sana jugak bila mulut aku rasa banyak nak ckp.

Nak komen di 1-2 blog selalu sangat oang fedap.

Kejora Bapuk Bodo
Guest
Kejora Bapuk Bodo

Rumah zahid hamidi wajar di gelidah….tokey pendatang berlesen ..

abda
Guest
abda

Rasa nya itu sudah tentu. Ha nya menunggu masa. Atau mengikut jadual di senarai yang panjang.

Amir Haiqhah
Guest
Amir Haiqhah

Betul

Bulat Ken
Guest
Bulat Ken

Melihat kepada isu yang mengelilingi pucuk pimpinan kerajaan terdahulu dan suku sakatnya, maka sudah sewajarnya BN dijenamakan semula dari Barisan Nasional kepada Beg Najib.

abda
Guest
abda

Apa pun jenama nya, perlu di geledah rumah dan di pantau akaun akaun bank mereka yang kuat di curigai (strongly suspicious) mencuri wang rakyat di 1MDB dll, atau yang makan rasuah. Pengarah Polis Bahagian Jenayah Komersial di Bukit Aman menggunakan pegawai pegawai bank bagi menolong hitung RM114 juta di rumah Najib / anak nya itu. Jika ada lagi kes berjuta wang di jumpai, tentu boleh di buat begitu lagi. Pihak Polis dan SPRM tidak perlu lemah semangat lagi dengan prospek Peguam Negara Apandi mengata berhenti, jangan seledak lagi, tak boleh di bawa ke mahkamah sebab "no wrong doing". Sebab dia… Read more »

Unknown
Guest
Unknown

geledah rumah apandi lah. kawan najib tu.

mad
Guest
mad

second… bila nak geledah rumah taib mahmud di sarawak?

WINSTON ALLEN
Guest
WINSTON ALLEN

Stuju bangat

Unknown
Guest
Unknown

Setuju!!

abda
Guest
abda

Semua yang pegang jawatan CEO atau Pengarah yang ada fungsi eksekutif di 1MDB, sejak mula hingga sebelom Arul Kanda, mesti di periksa akaun akaun bank dan di gelidah rumah nya.

Tak mungkin Arul Kanda makan wang 1MDB – dia mula bertugas di masa 1MDB sudah rebeh dan di bawah Kementerian Kewangan.

The Phantom
Guest
The Phantom

Menyiasat dan menyelesaikan skandal2 rasuah dan kes2 jenayah ni bukan MEMBALAS DENDAM atau REVENGE.

Ini BUKAN revenge atau dendam………tapi ini satu perkara yg sepatutnya dijalankan.

Ini merupakan TANGGONGJAWAB KERAJAAN untuk jalankan siasat dan penyelesaian.

Jangan kita rumuskan ia sebagai REVENGE.

Jangan hanya kerana satu kesimpulan "REVENGE"…………maka orang2 yg terbabit dalam skandal dan kes jenayah dilepaskan begitu saja dari bertanggonjawab ke atas perbuatan mereka………..ini TIDAK BETOL yeop.

This is not about revenge……this is about RESPONSIBILITY.

Khatijah Nuno
Guest
Khatijah Nuno

The Phantom, nak ta.bah. bukan saja resonsibility, tpi juga accountability and credibility. Sbb penyangak2 umno/BN ni dah jdi libility pd rakyat dan negaa
Gitu Bro

Gie
Guest
Gie

sama sama kita tunggu dan lihat….

The Phantom
Guest
The Phantom

Next turn……towkay lembu.

Enculez Vous
Guest
Enculez Vous

Sesiapa yg dah ada fail SPRM, senang saja nak mulakan kes.

Taib Mahmud tu, kalo cekup, senang2 ja dpt RM300b. Najib dlm RM100b. Zahid Hamidi kurang2 RM50b. Kak Ijat pun dlm RM10b. Tajuddin Rahman Pasir Salak pun dlm RM10b.

Banyak sgt bro nak listkan.

isa3
Guest
isa3

Tengok kawan2 rapat Najib & Rosmah.

Lembu Kondo memang kawan rapat Rosmah.

isa3
Guest
isa3

Rasa nya pihak berkuasa dh ada list. Tapi nak tunggu masa sesuai baru nak geledak.

Masa sesuai termasuk bila dah pasti geledak rumah si polan tak jadi masalah. Contoh nya, jika si polan ada kaitan dengan politikus atasan.

Tak mungkin? Diskusi lah. Teori dan praktik nya.

Kejora Bapuk Bodo
Guest
Kejora Bapuk Bodo

Towjey lembu kondo terus saman supaya muflis…248 juta blm masuk bunge blm bayar kpd kerajaan bertahun2…

abda
Guest
abda

Ketua Pesuruhjaya SPRM sudah tidak mengadakan sidang akhbar lagi.

Bagus lah, mungkin dia sedang fokus ke atas laporan laporan yang ada bagi menentukan rumah siapa pulak patut di geledak.

Pengarah Polis Bahagian Jenayah Komersial Amar Singh bahru saja di sambung perkihidmatan nya, terus bertugas, tidak perlu bersara wajib (compulsory retirement) di Jun ini.

Dia mesti lah bersemangat bahru bagi menghantar pasukan pasukan nya menggeledah lain lain rumah di dalam senarai suspek nya.

Bagus.

Mohammad Azren
Guest
Mohammad Azren

Kalau boleh saya mohon Nazri Aziz dulu. Tolong lah……Hehehekikikihahahakahkahkah

Amir Haiqhah
Guest
Amir Haiqhah

Tangkap je semua

isa3
Guest
isa3

Waaah, banyak tuh, Enculez.

Bole kurangkan hutang negara dengan banyak. Mana depa dapat? Mcm Ijat tu, ada lain kes dari Lembu Kondo ke dia boleh dapat sampai bilions.

Tolong share la skit ..

isa3
Guest
isa3

Share amacam dia dapat bilions.

Unknown
Guest
Unknown

rakyat mesti dibodohkan, divide and conquer, kemudian baru boleh berrasuah, menyeleweng dan mengular. jangan harap!!!!

Unknown
Guest
Unknown

nothing to hide 3.0 najib dan mahathir. ok tak? najib kena wajib datang.

The Phantom
Guest
The Phantom

Kes2 yg mesti diberi keutamaan dulu ialah….1. 1MDB2. Jho Lo & Riza Aziz3. Scorpene & Altantuya4. Lembu NFC5. Felda dan FGV6. ???7. ??? Semua skandal dan kes di atas menjadi FOKUS dan PUBLIC INTEREST seluroh rakyat Msia……..dituruti dengan kes dan skandal yg lain yg tak disebut di atas. Siasatan 1MDB dah pon bermula…….sekarang kita masih menanti PDRM membuka semula fail kes Scorpene & Altantuya. Kes Altantuya kelihatan jelas terrrgantung begitu saja……..hingga kini kita tak tau siapa yg mengarahkan Sirul & Azilah membunuh Altantuya…….dan itulah tanda tanya yg paling besar dalam kepala rakyat Msia. Presiden Mongolia sendiri sudah mohon kerajaan untuk… Read more »

Othaman Ahmad
Guest
Othaman Ahmad

Kes2 yg mesti diberi keutamaan dulu ialah….
1. 1MDB
2. Jho Lo & Riza Aziz
3. Scorpene & Altantuya
4. Lembu NFC
5. Felda dan FGV
6. Fitnah Berita Palsu oleh Kejora
7. ????

Jgn lupa tuu…!!