POLIS, JANGAN LAYAN PERMINTAAN ZAHID HAMIDI INI!!!

Sebagaimana yang dilaporkan media, Pemangku Presiden UMNO, Zahid Hamidi meminta pihak polis memulangkan wang yang dirampas oleh pihak polis dari kondo mewah yang didiami oleh anak Najib Razak yang dikhabarkan berjumlah RM130 juta.
Alasan Zahid berbuat demikian ialah kerana mendakwa wang tersebut merupakan lebihan daripada sumbangan dana kempen pilihanraya umum yang lalu.
Kata beliau lagi, UMNO amat memerlukan wang tersebut bagi keperluan membina semula parti yang baru kalah dan hilang kuasa baru-baru ini.
Hello Zahid Hamidi, benarkah wang tersebut merupakan lebihan  dana kempen pilihanraya?
Jika ia merupakan dana pilihanraya, mengapakah wang itu tidak ditemui di kediaman peribadi Najib di Jalan Duta atau di Seri Perdana?
Mengapakah ia ditemui di kondo mewah anaknya?
Kalau ia dana pilihanraya juga, mengapa Najib tidak menyerahkan lebihan wang itu kepada Bendahari UMNO atau menyimpannya di ibu pejabat UMNO?
Persoalan juga, jika ia dana pilihanraya, mengapakah wang tersebut antaranya dalam bentuk 26 matawang asing?
Mengapakah wang itu ditemui bersama barangan kemas dan intan bernilai yang dianggarkan bernilai RM200 juta serta bersama 284 kotak berisi beg tangan mewah yang juga nilainya berjuta-juta di dua kondo milik anaknya?
Adakah ia sengaja disorokkan di situ atau mahu dibawa lari ke mana-mana benua lain, tetapi hajat itu tidak kesampaian berikutan Tun Mahathir Mohamad lebih cekap dengan dulu menyekat Najib dan Rosmah daripada meninggalkan negara?
Tak mahukah Zahid Hamidi menuntut sekali intan berlian dan beg tangan mewah yang turut dirampas polis itu?
Sebenarnya adalah memalukan apabila Zahid Hamidi mahu menuntut wang tersebut serta mendakwa ia merupakan lebihan dana pilihanraya, sedangkan Najib diketahui umum terpalit dengan skandal mega 1MDB yang menjadi buah mulut di seluruh dunia serta sedang disiasat berkaitan penggubahan wang haram.
Lagi pun, Najib sendiri hanya setelah beberapa hari wang tersebut dirampas oleh polis, barulah beliau mendakwa ia merupakan derma atau dana pilihanraya yang tidak digunakan.
Kenapa tidak awal-awal lagi mengatakan ia derma pilihanraya?
Bagaimana agaknya jika Najib dan Rosmah sempat meninggalkan negara dengan jet peribadi kenalannya yang dipercayai dari Indonesia beberapa hari setelah kehilangan kuasa tempoh hari, adakah mungkin masih ditemui wang berjuta-juta tersebut?
Dalam hal ini, adalah lebih terpuji jika Zahid Hamidi berdiam diri saja dan menyerahkan sepenuhnya kepada penyiasatan pihak polis untuk menentukan kedudukan sebenar wang tersebut.
Dengan meminta pihak polis memulangkan wang tersebut atas alasan ia merupakan derma pilihanraya, walhal siasatan polis belum berakhir lagi, Zahid Hamidi yang baru dilantik menerajui UMNO, dilihat tidak bebas serta masih terkongkong untuk membela serta mempertahankan Najib, bekas bossnya itu.
Cakap-cakap kedai kopi sudah mula kedengaran, jangan-jangan apabila wang itu dikembalikan nanti, ia akan diserahkan semula kepada Najib.
Oleh itu, lebih baik pihak polis jangan layan sama sekali permintaan Zahid Hamidi ini.
Lagi pun, mustahil Zahid Hamidi tidak mempunyai dana sendiri atau tidak mampu untuk menguruskan UMNO!! (ShahbudinHusin 25/05/2018).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 2:05 pm

49
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Khatijah NunoMus M. S.isa3Fan Tunhangkedee Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Khatijah Nuno
Guest
Khatijah Nuno

Typo error. Imigran. Masok ameno

Khatijah Nuno
Guest
Khatijah Nuno

Wak Jahid tu melayu celop. Imogran dari Jawa, dtg sini menyamar Melayu. Madok ameno. Zahid sebenarnya tak layak jdi menteri, patut jdi tauke tempe. Sbb wak Jahid don't hv the class to be a minister. Jahid bodoh

Mus M. S.
Guest
Mus M. S.

Apakah Zahid ada bukti yg segala wang dirampas oleh polis itu merupakan dana / derma PRU untuk UMNO/BN?
Sprt kata Tun M…, "Bullshit…"

Fan Tun
Guest
Fan Tun

Wak Jawa sudah merayu
Pulangkan balik 'duit PRU'
Ingat kerajaan buta kayu
Tak berduit AmeNo pun layu..

Duit parti ke duit songlap
Beratus juta sudah terperap
Wang cuci pasaran gelap
Bukan derma dari Pak Arab!

Bagan Datoh menang bergaya
Betul ke orang heboh cerita
Impot pengundi untuk berjaya
Orang NGO bagi berita!

Ini NGO pasal Ekonomi
Presiden sendiri kumpul ic
Ada bujang,isteri,suami
Homestay bagi,poket diisi!

8 Mei sudah bergerak
Convoi kereta menuju Perak
Sanggup menipu banyaknya borak
Menang tak guna taraf haprak!

Macamana nak jadi pemimpin
Kalau menipu siapa yg yakin
"betul,betul,betul" kata Si Ipin
Spesis begini patut ditalkin!

hangkedee
Guest
hangkedee

Dahulu bekas TPM,menteri dlm negeri…itu semua "barang kes".kes masih lagi dlm siasatan awal…Sabor yeop kalau rezeki halal x kemana

Ramly Ahmad
Guest
Ramly Ahmad

Terlalu lama mentekedarah rasuah..kepentingan menghimpun harta duit..duuluu lg..ada kedengaran kalo mau buat wang harta banyak join umno..ntahlh..
Skrng ada dengar ada syor bekas2 menteri umno hingga ke ketua cawangan dsita hartabenda wang ringgit untuk bayar hutang 1mdb..kan dorang pembodek pengampu melidungi tok najibalunwangbesar…hahahahaadakestaangkaap!!

AFHK
Guest
AFHK

Tindakan and statement Zahid dan sebilangan ahli Umno utk kali ini, termasuk statement yg di buat oleh Azeez Rahim baru2 ini,lebih menonjolkan sifat bodoh,dungu,primitif dan langsung tiada 'class' bagi mewakili parti yg pernah mentadbir negara selama 61 tahun.. Tindak-tanduk dan taraf pemikiran spt ini lah yg amat memalukan UMNO serta pegasas2nya dan para pemimpin yg terdahulu..

Bulat Ken
Guest
Bulat Ken

Harap umat Melayu buka mata seluas2nya. Inilah wajah sebenar pemimpin anda yg berselindung atas nama bangsa. Padahal agenda Melayu langsung tak ada dalam kepala otak mereka. Yg difikirkan cuma duit, sanggup melahap harta rakyat sampai buncit perut, kenyang mcm ular sawa. Puihhhhh… Pergi jalanlah dgn. ketuanan melayu. Rupa2nya itu cuma alat untuk mereka memerah harta negara dan rakyat semacam hamba.
Tahniah utk yg menolak mereka.

isa3
Guest
isa3

Ko tau ke apa itu Ketuanan Melayu. Ko tak sebut
apa. Apa salah nya ada Ketunan Melayu? Kamu Melyau ke bukan Melayu?

Ketuanan Melayu ia lah Perkara2 ([email protected]) dalam Perlembagaan negara yang menyatakan tugas, fungsi dan tanggungjawab YDP Agung, Majlis Raja2 dan Raja2 Melayu di negeri2 yang ada Raja. Tiada persetujuan mereka tiada PM atau MB boleh di lantik dan angkat sumpah. Dan laksanakan tugas dengan resmi.

Itu dah jadi Klausa2 sensitif. Di lindung Akta Hasutan. Tak boleh di bincang. Apa tah lagi di pinda.

Jadi, apa salah nya Ketuanan melayu?

Pangker
Guest
Pangker

ketuanan melayu takde masalah……sebab org marah yg merosakan ia adalah org melayu jugak…yg menyondol buta2 pon org melayu jugak…yg tak faham bahasa pon melayu jugak….tuhan bagi akal kan? gunakan dgn waras

Bulat Ken
Guest
Bulat Ken

Kesultanan Melayu adalah institusi beraja yg termaktub di bawah perlembagaan. Noktah. Ketuanan Melayu adalah istilah yg menjadi psycho-war UMNO. Lebih mudah kalau kau hadamjan petikan ini. Bercakap mengenai pendirian dan pandangan PR pula terhadap soal ini, saya teringat akan kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi penggulungan pada Kongres PKR Ke-7 di Petaling Jaya pada 28 November 2010.Katanya, konsep Ketuanan Melayu tidak ada makna sekiranya majoriti Rakyat termiskin di negara ini masih terdiri daripada kaum Melayu, dan daripada kajian yang dijalankan, terbukti 97 peratus daripada kira-kira 65,000 isi rumah termiskin seluruh Malaysia terdiri daripada golongan… Read more »

isa3
Guest
isa3

Terima kasih Pangekr keluarkan pendapat.

Bagus ko kata Ketuanan Melayu tu takda masalah.

Mesti takda masalah. Sebab di lambangkan di institusi Raja2. Dan di keramatkan dalam Perlembagaan negara.

isa3
Guest
isa3

Bulat Ken, Sori aku masih tak paham maksud kamu. Panjang bebenor copy paste tuh. Aku coba fahamkan – Anwar kata, "konsep Ketuanan Melayu tidak ada makna sekiranya majoriti Rakyat termiskin di negara ini masih terdiri daripada kaum Melayu .." Tak sebut apa itu Ketuanan Melayu, siapa itu tuan Melayu. “Sebelum ini tidak pernah disebut ‘Ketuanan Melayu’ dalam masyarakat Melayu. Dalam sejarah, hal sebegitu tidak betul. Yang ada dalam Perlembagaan cuma Ketuanan Raja. Orang Melayu mendapat hak keistimewaan kerana mereka adalah rakyat raja, kerana itu raja yang penting. Kedudukan orang Melayu memang diberikan pertimbangan khas dan tidak perlu dipersoalkan,” katanya. Jugak… Read more »

isa3
Guest
isa3

Kekeliruan antara konsep “Ketuanan Melayu”, “Ketuanan Raja-raja Melayu” dan “Hak Istimewa Orang Melayu” muncul selepas Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan konsep “Ketuanan Melayu” sebagai “slogan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu secara keseluruhan demi kepentingan diri.” Ooooooo, itu kata2 poliik – political statement. Tapi tidak jugak mengata apa itu Ketuanan Melayu. Berita yang disiarkan di Sinar Harian (28 November 2010), kumpulan kecil elit Melayu itu adalah “mereka yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kesalahan tanpa menghiraukan nasib kaum sendiri." Itu tafsiran bodoh – yang melakukan rasuah dsb nya bukan… Read more »

isa3
Guest
isa3

"Aku Melayu tp aku bukan tuan dkt negara ni." Apasal "dkt"? Jangan marah aku kata itu aneh sikit. Sebab Melayu tak kata "dkt" negara ini, depa kata "di" negera ini. Takpa lah, kot itu soal bahasa saja. Oooooo, mendalam kata ko, "Utk jadi tuan, aku kena bekerja keras mcm kaum pendatang." Ko maksud kaum pendatang yg kerja keras tu "tuan"? Mana boleh. Tapi ko boleh kerja keras, jadi kiasu (tak salah, asalkan tak ultra kiasu). Jadi kaya raya, boleh gajikan pekerja dan jadi tuan. Kalo itu ko maksudkan, tak salah. Jangan marah ye, kot aku terpegaruh ngn nama kamu "Ken"… Read more »

isa3
Guest
isa3

Ini pendapat yang menarik (extracts). Tak tau ngapa M'kini tak terjemah – Raja of Perlis must abide by constitutional roleMat Kaki The Raja of Perlis has promised that his appointment of the menteri besar would be based on the state constitution. Instead, he has now helped induce a constitutional crisis. On May 13, it was reported that Perlis Umno liaison committee chairperson Shahidan Kassim had submitted several names including his younger brother Ismail Kassim to the monarch for his consent. But the monarch’s reason for the delay in making the appointment was: "Some names have been brought to me but… Read more »

isa3
Guest
isa3

Shahidan pun salah juga. Bakpa nakkan adik jadi MB? Takda orang lain ke? Tak sedor rakyat tak suka nepotisme?

Dahtu kurang ajor pulak halang yang lain pigi ke acara angkat sumpah. Cari jalan lain le, Mamat. Buat gitu ko nampak biadap kangjor.

hong
Guest
hong

BEGITU LA TAMAKNYA ORG UMNO.ASAL CKP WANG TAK KIRA HALAL KE HARAM,TERUS TERJUN SMP DPT.

Kejora Bapuk Bodo
Guest
Kejora Bapuk Bodo

Bed birkin zahid tak mintak dipulangkan?….

Khatijah Nuno
Guest
Khatijah Nuno

Beg birkins tu Rosmah yg punya. Lagipun leceh pula nk kena lelong beg birkins tu e-bay utk dapatkan duit. Klu yg wang tunai berkilo2 tu lebih praktikal eal jahid nk tuntut konon. Berani dia nk tuntun birkins nanti kena msnderam dgn si Semah Badak tamak tu

Kejora Bapuk Bodo
Guest
Kejora Bapuk Bodo

Bagi bukti dulu wang lebihan sumbangan dana pru…zahid ni kuat klentong..

Boleh ke wang derma pru simpan bawah bantal?…ahli2 umno tak syak wang dana pru di salahguna?..beratus juta tu?…

Pangker
Guest
Pangker

Geng najib lom ade yang nak di copy and paste lam ni…..lembab betul penulis sampah dia nak keluarkan artikel untuk yg ni hari ni…..tengah pikir camne nak goreng ayat yer…..heheheheheheheh

Macy
Guest
Macy

Lega rasanya tak ada timbalan perdana menteri mcm zahid ni! Klu x tiap kli dia bsuara atas kapasitinya sbgai TPM, kita akan rasa malu dan geli geleman kerana isi kenyataan yg kuar dri mulut beliau tidak mengambarkan beliau adalah TPM!!!!!

Sekarang atas kapasitinya sbgai pemangku presiden umno, lantakla nak ckap apa pun, sementelah lagi umno ni bukan parti yg cerdik pun!

Itu pun rasanya x lama dia pangku jawatan tu! Kalau umno masih jugak simpan dia kat situ, mmg ummo ni parti haprak sehapraknya!

RD.
Guest
RD.

Kalau betul duit itu milik UMNO, Zahid mesti buat laporan Polis mengatakan Najib curi duit lebihan derma PRU14.

Sepatutnya duit derma yang diterima President-Party MESTI dimasukkan dalam akaun-party, bukan disimpan secara tunai(cash) dirumah sendiri, rumah anak atau rumah kawan.

abda
Guest
abda

Gamak nya, jika di pulang wang itu Zahid yang pegang. Bermaharaja lela dia dengan RM120 juta. Dan lain2 wang yang di kata "derma". Saya yakin setiap Ringgit wang begitu ada lah wang haram. Kalau tidak, takkan di simpan di rumah. Harap Polis pastikan siapa yang mengarahkan menghantar wang itu di simpan di tempat kediaman itu. Saya ingin lihat Rosmah di libatkan. Di tohmah di mahkamah, di dapati bersalah dan di penjara. Saya fikir berjuta rakyat Malaysia mahu lihat itu di lakukan terhadap Rosmah. Ramai yang kata bahawa Najib jadi begitu sebab Rosmah. Jenis yang tak boleh sesiapa mengata tak boleh,… Read more »

Mohd Azam Mohd Yusof
Guest
Mohd Azam Mohd Yusof

rejim zalim LAKNATULLAH..rejim jahaliah..neraka kau

Cik Minah
Guest
Cik Minah

Duit sudah dihantar ke BANK NEGARA.
Memang tak bole, tak akan dan tak mungkin dikeluarkan balik.

The Phantom
Guest
The Phantom

Cik Minah………deme pakei undang2 Gohead Gostan Saddiq Segaraga dari negeri Isketambola………bukan ikot Bank Negara punya regulation.

Harap maklom.

Tajul
Guest
Tajul

Wak jahid skg sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan khidmat raja bomoh yg xjadi btanding lawan dia haritu utk menjalankan upacara 'tarik duit' bagi mendapatkan duit najip tu

Khatijah Nuno
Guest
Khatijah Nuno

Hehe..mmng org ameno ni fanatik dlm ilmu2 sihir bomog ni ker. Mungkin Pak Jahid ke tanah Jawa utk temu dukun indo yg terhandal utk kerah jin dan jembalang korek peti besi Bank Negara dan terbang di awan bawa balik su er brg2 dan wang rampasan ke tumah Pak Jahus jawa kunto al mosanto rav
Cun perosak serannga

Mawar Princess
Guest
Mawar Princess

Zahid hamidi tak mintak polis pulangkan balik Ke duit rakyat yang disonglap untuk bayar hutang IMDB? Bodoh punya zahid. Memang patutlah jahanam barisan nasional kali ni

Tajul
Guest
Tajul

Memang bertambah jahanamla amno berboskan si bodoh bernama wak jahid ni Sebab tu yang masih setia dalam amno semuanya sama ada gila pangkat (umpama shahidan kassim derhaka), gila duit (azeez baling) atau gila betul (jamal tongkol) Tu mcm samsul debat skg ni kompom tangan dok atas dahi dok menung kenapa menggatal join amno siap jadi calon. Kerja kat majlis perb. nilai dah letak, btanding kalah, parti pun dh jahanam. Nak keluar tv lagi pun dh naik segan. Kalau alhijrah kesian kat dia nasib baik la dia anak beranak. Kalau alhijrah xnk reputasi jatuh alamat nganga je la dia bawak uber… Read more »

abda
Guest
abda

Mana boleh di pulangkan selagi belom selesai siasatan.

Jika sudah selesai pun jika Polis mahu bawa kes ke mahkamah di atas apa2 tuduhan, tidak boleh pulangkan wang itu. Ia menjadi bukti / evidence.

Berbagai kes boleh di bawa ke mahkamah. Mataw wang asing ada had yang boleh di bawa masuk ke negara ini / di simpan.

Tapi jika wang itu disyakki berkaitan dengan 1MDB, panjang lah cerita. Perlu tunggu kes 1MDB selesai di mahmakah baru boleh di pulang.

Kot pulang ke Kerajaan. Setakat ini tiada bukti itu wang Umno.

Banjo
Guest
Banjo

# selagi najib tu.

Banjo
Guest
Banjo

Zahid ni selamanya bodoh.Senanh je mengaku duit umno.Tangkap ke najib tu cepat,selagi makib tu tak ke dalam selagi itulah akan keluar ayat2 yg amat memualkan dari pengikut2 yg bodoh ni.

The Phantom
Guest
The Phantom

Kalo bijak takkan anak dibinkan kepada datok yeop.

MFOAHIARMUASD
Guest
MFOAHIARMUASD

Amboi bijaknya. Dia igt kita bodo ke. Kenapa hujah ini tdk dikeluarkan semasa rampasan atau sehari slps rampasan. Kenapa kenyataan ini br dikeluarkan sekarang slps DS menyatakan bhw itu wang derma. Apakah zahid x tahu jumlah wang derma kpd umno semasa pru14? Kalau itu adlh wang derma tentu ada penyata bukti utk mengelakkan KENA CUKAI LHDN. Bijak-bijak belaka pemimpin UhmNo ni. Kalau pemimpin mereka kata makan tahi maka tahi lh yg mereka makan. Perumpamaan saja…jgn marah dak UhmNo nnt posa batal.

abda
Guest
abda

Selagi Najib tidak keluarkan bukti itu wang derma, tidak boleh di anggap begitu. Kita tahu Najib banyak membohong – wnag "misappropriation of 1MDB funds and money laundering" kata DoJ USA di kata nya wang derma dari putera Arab.

SPRM dah kata si Arab yang mengaku dia penderma itu tidak boleh menunjukkan bukti. Contoh nya, gamak nya, ia lah akaun bank dia yang menunjukkan wang itu di hantarkan nya ke akaun bank Najib.

The Phantom
Guest
The Phantom

Tuan Shah………wang money laundering yg dibekukan oleh pihak Swiss dan US tu deme tak derrr bising nak claim balik……….padahal berrrrbillion-billion banyaknya……..kalo diguna untuk pembangunan rakyat kan banyak manfaatnya.

Duit money laundering yg dibekukan di luar negara tu deme buat donno, buat bodoh jerrr……….macam kan tak derrrr kaitan apa2……

Tapi bab2 beg birkin, hermes, rantai, gelang, cincin perrrmata dan jongkong2 emas tu deme titik beratkan pulaaakkk.

Rakyat Msia……sila bukak mata dan nilaikan di mana logiknya yeop…

Tajul
Guest
Tajul

Dah sampai masanya rumah zahid hamidi pulak diserbu polis & sprm

Ntah brapa jota pulak yang ada tsorok

Jam Thierry Mugler ntah brapa bijik dia ada

Benarlah kata bijak pandai:

1) Seseorang mengambil masa 2-3 tahun utk belajar bercakap, tetapi seumur hidup pun dia belum tentu pandai untuk berdiam; dan

2) Diam menutup kebodohanmu

Skg nampak bebenar bodohnya wak jahid ni

Dia ingat dia menteri dalam negeri lagi gamaknya

The Phantom
Guest
The Phantom

Deme ni udah tak relevan lagi yeop…..
Udaaah sampei masanya deme tu ditalkinkan di PRU15 nanti……..insha-Allah ameen…..

abda
Guest
abda

Selagi ada wang di dapati di tangan, di rumah atau di bank dia, Najib senang2 kata wang derma. Kepala Bapak Dia. Jika demikian dia perlu beri senarai nama dan butiran peribadi "penderma" itu. Jumlah nya besar2, bukan pakai masuk "tong derma" yang di letak di rumah nya di mana pendermma tidak di ketahui siapa dan berapa banyak. Macamm2 helah Najib coba pakai. Semalam hampir 7 jam di "interbiu" gamak nya (sepatut nya interrogated") SPRFM. Bukan sikit2 masalah di buat Najib. Kes 1MDB sahaja mesti 5-6 jam soal siasat punya. Kes RM120 juta wang tunai perlu 1-2 jam sekurang kurang nya.… Read more »

The Phantom
Guest
The Phantom

Sikit2 derma……sikit2 derrrrmaaaa….

Ilmu apa yg dipakai sampai ramai sangat tengok jadi kesian asik bagi derrrrmaaa maanjaaanggg ajerrr….??

The Phantom
Guest
The Phantom

Wang yg dijumpa dalam bagasi deme nak claim………..yg berrrrbilion-bilion dibekukan oleh Swiss dan US tu apa pasal senyaappp….??

Ilman M
Guest
Ilman M

Memang orang jawa yang bodoh, tidak seperti orang jawa yang lain

Jamesdean1
Guest
Jamesdean1

Zahid cuba memujudkan persepsi atau tangggapan dimata rakyat dan polis bahawa wang berjota jota tu bukan wang sumber haram..dia macam la tak tahu ini bkan sprm yg dulu lagi dah yg nak dgar bukti air liur..

Sama bodoh dgn geng najib pak jahod ni hahahahaaha

isa3
Guest
isa3

Wak Jahid mesti coba. Dapat tak dapat lain kira.

Dia nak tunjukkan ahli Ameno dia keroje kuat.

Kalo Polis serah duit tu kpd dia, dia akan hebohkan, lihat apa aku dapat utk korang. Menang le dia jadi Presiden Ameno.

isa3
Guest
isa3

Mudin tak berani cakap gamak nya.

Dulu dia Mwnteri Amaran Dalam Negeri. Skg tak berani kasi amaran kpd Polis pulangkan duit.

Dia pun rasa dah suei. Sebab sepupu Najib.