DAP DALAM KONTEKS MEMBINA NEGARA DAN BAGAIMANA TUN M SEDANG CUBA MENGHILANGKAN KETAKUTAN RAKYAT KEPADA PARTI ITU

DAP selama ini hanyalah berperanan sebagai pembangkang dalam politik negara dan peranan mereka lebih terlihat dalam kecekapan serta keseriusan membangkitkan pelbagai isu demi kepentingan awam tanpa pernah jemu, meski kadangkala ganjarannya adalah lokap atau bermalam penjara.
Meski bertahun-tahun kita menyaksikan DAP memainkan peranan yang berkesan sebagai pembangkang, parti itu juga adalah “punching bag” bagi UMNO dalam usaha menakut-nakutkan orang Melayu agar tidak lari daripada mengundi BN.
Untuk itu, DAP tidak saja sering digambarkan sebagai parti chauvinis Cina yang mengancam ketuanan Melayu, malah kadang-kadang juga dilabel sebagai komunis.
Bagi orang Melayu kampung yang kurang arif bahawa komunisne hanyalah satu bentuk fahaman, tetapi perkataan itu akan langsung dikaitkan dengan gerakan komunis dalam hutan yang sebelum ini pernah memberi ancaman gerila, keganasan serta  pembunuhan dari hutan dan memberi ketakutan kepada orang-orang Melayu.
Dengan itu, selama lebih 60 tahun, setiap kali pilihanraya umum diadakan, UMNO dan BN sentiasa dapat mengekalkan kuasanya dengan antara lain menjadikan DAP sebagai sasaran utama kempennya.
Namun demikian, bermula selepas kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU14 pada 9 Mei lalu, semua itu pasti akan beruba selepas ini.
DAP bukan saja sudah menjadi sebahagian daripada kerajaan, malah Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad telah memberi kedudukan penting kepada wakil parti itu.
Dalam pembentukan kabinet awal Pakatan Harapan, daripada empat jawatan menteri yang diberikan kepada DAP, dua daripadanya adalah posisi penting dan strategik kepada negara iaitu Kementerian Kewangan yang disandang oleh Lim Guan Eng serta  Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang dipegang oleh Gobind Singh Deo, anak kepada mendiang Karpal Singh.
Lantaran itu, perlantikan mereka itu terus menjadi bualan pro dan kontra di mana-mana juga.
Dua lagi jawatan menteri yang dipegang oleh DAP iaitu Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan dan M Kulasegaran sebagai Menteri Tenaga Manusia, tidaklah menjadi isu besar atau diperbualkan sangat kerana selama ini pun wakil daripada MCA, MIC atau lain-lain parti yang biasa memegang jawatan tersebut.
Meskipun di awal kemerdekaan dulu Tun HS Lee dan Tun Tan Siew Sin pernah dilantik sebagai Menteri Kewangan, tetapi bertahun-tahun kemudian semua pemegang jawatan itu adalah pemimpin Melayu daripada UMNO.
Rakyat Malaysia secara umumnya telah terbiasa bahawa mesti Melayu menjadi Menteri Kewangan, lebih-lebih lagi apabila menunggu detik pembentangan belanjawan negara setiap tahun yang menjanjikan pelbagai habuan, insentif atau pemberian.
Tetapi, tahun ini belanjawan negara tentu bakal dibentangkan oleh Lim Guan Eng, seorang pemimpin Cina daripada DAP.
Begitu juga dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia atau dulunya Kementerian Penerangan yang antara lain bertanggungjawab menjaga RTM, Jabatan Penerangan, JASA dan sumber berita Bernama, sejak merdeka lagi pemegang jawatannya adalah pemimpin Melayu daripada UMNO.
Namun, dengan Gobind Deo menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru di bawah kerajaan Pakatan Harapan, kementerian itu buat pertama kali dikendali oleh bukan Melayu, malah daripada DAP.
Apakah signifikannya Tun Mahathir memberi jawatan itu kepada wakil bukan Melayu daripada DAP?
Jika kita masih berfikir dalam kepompong perkauman yang tebal, kita mungkin sentiasa terdorong untuk tidak setuju dengan perlantikan oleh Tun Mahathir itu. Tetapi, jika kita rasional dan menyedari bahawa sama ada Melayu, Cina, India, Sikh dan lain-lain adalah rakyat Malaysia juga, pertimbangan kita pasti lebih mudah untuk menerima mereka itu.
Dan itulah yang barangkali cuba ditanamkan oleh Tun Mahathir kepada kita sebagai rakyat Malaysia untuk menuju persaingan yang sihat di hari-hari yang mendatang. 
Selagi kita melihat cerminan kaum sebagai asas sesuatu perkara, selagi itulah bibit masalah dan rasa tidak setuju akan terus berakar dalam kepala kita.
Dalam hal ini, daripada langkah awal Guan Eng dan Gobind Deo sebagai menteri pada hari pertama selepas mengangkat sumpah, harus diakui bahawa kedua-duanya terlihat begitu meyakinkan dalam fungsi masing-masing.
Guan Eng dengan pendedahan RM7 bilion wang rakyat untuk menyelamatkan 1MDB di sebalik Najib Razak dan Arul Kanda sebelum ini berdegar-degar mengatakan pelan rasionalisasi telah berjaya serta Gobind Deo mahu menyediakan perkhidmatan jalur lebar internet dengan kelajuan dua kali tanda tetapi pada harga yang diturunkan separuh daripadanya, semua ini pasti memberi kegembiraan serta kelegaan kepada kita.
Terlihat bahawa  meskipun Guan Eng dan Gobind Deo bukan Melayu, kecintaan mereka kepada rakyat dan negara ini tidak berkurang sedikit pun berbanding pemimpin Melayu, malah intergiti dan wibawa mereka mungkin lebih terpuji.
Selepas ini, jika kedua-dua menteri itu terus menunjukkan komitmen dan kecemerlangan dalam berkhidmat kepada rakyat dan negara, bukan saja nama mereka akan meniti dari bibir ke bibir rakyat Malaysia, malah DAP juga akan terpahat menjadi komponen penting dalam catatan sejarah sebagai antara pembina kepada negara ini.
Tidak lain ternampak bahawa Tun Mahathir memberi tugas penting itu kepada DAP, selain bertujuan agar kita menipiskan salut-salut perkauman dalam pemikiran kita, ia juga untuk kita membiasakan menerima DAP sebagai antara penyumbang kepada pembangunan negara, seterusnya membuang ketakutan atau stigma buruk terhadap parti itu.
DAP yang didakwa sebagai chauvinis, perkauman, ektremis dan pengancam kepada orang Melayu akan perlahan-lahan diterima baik oleh seluruh rakyat berdasarkan sumbangannya dalam sama-sama membina negara, malah UMNO dan BN bakal kehilangan senjata utama dalam kempennya mulai pilihanraya akan datang.
Ini satu lagi antara sumbangan terbesar Tun Mahathir buat masa depan rakyat Malaysia, meskipun tempoh masa beliau menerajui kerajaan Pakatan Harapan baru saja mencecah dua minggu. (ShahbudinHusin 23/05/2018).
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 2:05 pm

49
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
lebaimodernMohdgiorgioSkimo Horndiny yusof Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Mohd
Guest
Mohd

Saya tak setuju Anwar Ibrahim jadi PM.1.Yang utama ialah kerana dia ni seorang yg tak bermoral – meliwat sejak di bangku sekolah di MCKK. Kalau tak percaya, bertanyalah pd rakan2 sekolahnya. 2.Berhubung seks dgn isteri2 org spt dgn Samsidar Tahrin, isteri Azmin Ali sampai dapat seorg anak perempuan. Bila nak buat ujian DNA terhadap anak itu, mereka telah menipu dgn memberi sampel darah dr org lain. Budak perempuan itu pun dgn segera telah dilarikan ke Australia. Rujuk kpd pengakuan Umi Hafilda dan Nalakurapan (Boleh google aje).3.Ada video dgn China Doll yg telah disahkan memang betul org lelaki itu adalah Anwar.4.Pihak… Read more »

Kejora Bapuk Bodo
Guest
Kejora Bapuk Bodo

Umno gunakan cina Dap untuk takutkan melayu supaya kekalberkuasa…dapatlah isi tembolok dan buncitkan perut lagi…melayu bodooh percaya bulat2 cakap umno penipu….

Semua bangsa ade sentimen tersendiri….tapi yg mustahak bangsa yg dapat bekerjasama dgn bangsa lain…

Kejora Bapuk Bodo
Guest
Kejora Bapuk Bodo

Harga minyak kekal walaupun harga dunia melonjakZikri Kamarulzaman23 Mei 2018, 1:32 tengahari (Dikemaskini 23 Mei 2018, 2:27 tengahari) A AHarga minyak kekal walaupun harga pasaran dunia kini mencecah lebih AS$70 setong, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. "Harga pam tetap sama, kita tidak akan menaikkan harga," katanya pada sidang akhbar pertama kabinet di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya hari ini. Susulan pemansuhan subsidi, harga minyak di bawah pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, adalah berdasarkan sistem apungan mingguan. Walau bagaimanapun, menjelang pilihan raya umum ke-14, harga minyak tetap tidak berubah sejak 22 Mac. Sementara itu, Mahathir… Read more »

Kejora Bapuk Bodo
Guest
Kejora Bapuk Bodo

Syukur harga minyak tak naik…ikut formula najib harga minyak dah lebih 2.40 seliter…

Harga barang pon akan ikut naik…

Nasib baik ramai yg bijak pilih PH…

Anonymous
Guest
Anonymous

Tak sabar tunggu harga RON95 turun RM1.50 seliter. Semoga tak sia2 saya pilih PH.

I
Guest
I

Dah sampai ke 100 hari ni…?

I
Guest
I

Dah sampai ke 100 hari ni…?

isa3
Guest
isa3

Musim panas satu mcm sekang.

Hujan panas, kena tempias, ada yg kena tuduh pengkhianat negara, ada yg kena pigi Kem Kewangan, jumpa Guan Eng kot, kena cakap 1MDB betul ada duit nak bayar RM144 juta hujung bulan ni. Mcm mcm lain.

Aku tak kisah Menteri Kewangan Cina. Atau sapa2 komplen. Aku tahu Tun Mahathir best cabinet line up utk 4 component parties PH tu.

Ip man
Guest
Ip man

Tak tanya pong!!

Kejora Bapuk Bodo
Guest
Kejora Bapuk Bodo

Kerajaan BN : rakyat kena ubah gaya hidup, berjimat, buat kerja part time, ayam mahal jangan makan ayam…. Etc

Kerajaan PH : potong gaji menteri, bubar agensi perabis duit, nilai semula projek mega..perangi rasuah Etc

Kerajaan Pas : royalti, royalti, royalti

Yg lama, tambah beban rakyat.
Yg baru, kurangkan beban rakyat.
Yg satu, kekal pasu

Bersyukurlah
✓copy paste

isa3
Guest
isa3

Tun Mahathir amat bnyak nak di buat. Baikki pulih mcm mcm.

Sokong depa yang kata kasi dia satu penggal penuh 5 tahun merintah.

Nak tengok sampai berkesan apa yang dia buat.

Anwar boleh ambik 2 penggal lepas dia.

AlSyiasahProdasa
Guest
AlSyiasahProdasa

DAP pemegang kerusi paling banyak kerana semua pengundi2 cina MCA dan Gerakan pakat2 undi DAP. Kesepakatan mereka ternyata berhasil. MCA dan Gerakan bungkus teruk. Tak seperti Melayu, masih 50:50 masih berkelompok dalam Bersatu, PKR dan Amanah dan PAS. Cuba Melayu disatukan dalam satu parti, apa macam? Pasti jumlah jadi juara melebihi 170 kerusi.

isa3
Guest
isa3

Setuju. Satu parti PPBM.

Ok lah, PPBM, PKR & Amnah.

PAS no dice. Banyak lobai bohong.

chimpira 8
Guest
chimpira 8

apa yg perlu anak melayu takutkan? dgn ilmu pasti sesiapa pun boleh berjaya. bangunlah anak2 melayu, timbalah ilmu sebanyak mungkin. berhijrahlah, berubahlah.

abda
Guest
abda

Satu macam juga jenis boss baru SPRM nih – Kena sembur dek bekas Peguam Negara sekarang Ketua j'kuasa 1MDB. Dia tegur KP SPRM – Ketua Jawatankuasa 1MDB Tan Sri Abu Talib Othman mengingatkan sebarang kenyataan awam berhubung skandal itu berisiko menjejaskan penyiasatan dan prosiding mahkamah. Beliau yang juga bekas peguam negara mengulas sidang media Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berhubung skandal itu semalam. "Pandangan peribadi saya, semakin kurang kenyataan umum dibuat semakin bagus, kerana ia akan menjejaskan siasatan dan apa-apa prosiding mahkamah, jika ada. "Sepatutnya kurangkan bercakap, lebihkan kerja," katanya kepada pemberita ketika… Read more »

isa3
Guest
isa3

Pahal Shukri nak ghairah tak memasal?

Betul kata bekas Peguam Negara Abu Talib, buat kerja dulu, tak payah press conference cerita itu ini.

I
Guest
I

Rasanya dia cerita yg semasa siasatan dulu banyak rintangan yg dihadapinya… terutama ugutan bunuh tu… kalau kali ini dia mati terkorban… perlu ada orang yg menyambung tugasnya…

diny yusof
Guest
diny yusof

Dia hanya ingin meluahkan perasaan tertekan yang telah lama terbenam didalam diri dia .

Kemungkinan dia terbawa bawa perasaan terpendam sehingga tidak dapat mengawal emosi .

Rasanya ..lepas ni dia akan lebih 'cool'.

Anonymous
Guest
Anonymous

It'll be another 17 days from now…
Someone is going to face a real heavy Saturday night fever…

abda
Guest
abda

Tun jugak gamak nya nak hilangkan ketakutan rakyat bila dia kata perlu siasat si Jamal Ikan Bakar yang dapat RM20,000 sini, RM30,000 sana, tapi tak tahu siapa yang beri. Ini sabelom dia di tangkap mentayangkan pistol nya dan di reman 3 hari hingga Jumaat ini – Jamal direman 3 hari tayang pistol di media sosialMay 23, 2018 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata, reman itu tamat Jumaat ini. Kenapa tak remand hingga seminggu? So'al dia bertalu talu, ikut cara "interrogation" yag guna taktik saperti tak kasi dia rehat, tak tidur cukup, soal dengan lampu arah ke muka… Read more »

isa3
Guest
isa3

Si Jamal masukkan dia penjara, hilang hak jadi wakil rakyat, jadi pariah lah dia.

Tabi'at samseng tu. Bawak geng baju merah Umno berdemo lawan Bersih di kawasan Cina Petaling Street KL bikin tension aje.

giorgio
Guest
giorgio

Bagi pandangan saya, masih terlalu awal untuk memberi keyakinan, yang penting Syabas Malaysia menuju kehadapan, rakyat harus Ber Terimakasih kepada Isteri Tun N Tun, berserta Azizah n Anwar Kerana berjaya bermaufakat, menungbangkan BN.. buat masa ni, kerajaan harus membersihkan kotoran dan merbaiki keadaan Malaysia yang sudah rosak disebabkan oleh yang tak bertangguangjawab… Syabas Tun

isa3
Guest
isa3

"membersihkan kotoran" …

Kikis kotoran Najib, Rosmah tu.

Guna berus besi bila perlu.

giorgio
Guest
giorgio

Berus titanium pun tak cukup sedangkan berus besi

abda
Guest
abda

Sejak penubuhan PH, DAP bertanggung jawab dengan kata2 dan tindakan mereka. Tidak lagi kata2 janggal atau menyentuh perasaan orang Islam saperti yang Teresa Kok buat beberapa lama dulu. Lim Kit Siang pun tidak mahu pegang jawatan. Cukup dengan anak nya Guan Eng jadi Menteri Kewangan. Pendirian yang baik dan berpatutan. Membayangkan hormat kpd Tun Mahathir, tak mahu menyusahkan dia membentuk Jemaah Menteri. Bagus peranan dan sumbangan mereka dalam pembangunan negara. Nampak Teresa Kok bersama Anthony Loke berjalan di belakang Tun Mahathir sebelom mengumumkan jumlah Menteri yang telah di persetujuan empat parti komponen itu. Anthony Loke di lanntik menteri, Teresa Kok… Read more »

fauziasmara
Guest
fauziasmara

Indahnya MALAYSIAKU….

Pangker
Guest
Pangker

Tun the man….

Rizal Ali
Guest
Rizal Ali

Syabas Tum. Dirgahayu Malaysiaku

I
Guest
I

YAB TM telah berjanji dalam video dengan 2 orang kanak-kanak agar diberikan peluang untuk membetulkan semula pentadbiran negara ke landasan yang betul serta memperbaiki semua kepincangan yg mungkin terjadi semasa 22 tahun pemerintahannya…. di baki umur yang mungkin tak lama lagi Allah telah memberikan peluang kepadanya untuk melaksanakan janji2nya itu… ini termasuklah mendamaikan DAP dan Bani Melayu yang terasa curiga dengan kemajuan bangsa Cina di Malaysia. Syabas Tun… Saya sendiri bukan peminat Tun dari 1998 lagi tetapi apa yang sangat saya benci ialah Tun betul dalam kebanyakan tindakannya… huh terpaksa saya akui kehebatan YAB TM ini.. Semangat perkauman antara kaum2… Read more »

isa3
Guest
isa3

Bakpa plak benci bila Tun betul? Pelik ni.

Tak setuju kata2 "Semangat perkauman antara kaum2 kt Malaysia sangat tinggi dan tanpa disedari tumbuh subur kerana kepentingan berebut kuasa .."

Perkauman timbul bila ada yang tak hormatkan Perlembagaan negara. Tak mau terima Perkara2 yang dah jadi "sensitive clauses" spt BM, agama Islam, Kedudukan Istimewa Melayu & Bputra Sabah dan Sarawak.

Tapi, sebab bencikan Najib, Melayu, Cina dll dah bergabung melingkupkan dia.

john doe
Guest
john doe

Yang menjual maruah, kehormatan dan kedaulatan negara ini kepada komunis China bukanlah DAP tetapi UmNo. Yang mencipta skandal kewangan mega 1MDB juga bukanlah DAP tetapi UmNo. Seorang pemegang amanah yang menjalankan tanggungjawabnya dengan amanah sekalipun ia bukan Islam, kebaikan daripada sifat amanahnya itu akan dirasai oleh kesemua rakyat baik yang beragama Islam mahupun yang bukan Islam. Ada pula keburukan yang akan diakibatkan oleh seorang pemegang amanah beragama Islam yang khianat kepada amanahnya akan dirasai oleh sekalian rakyat termasuklah yang beragama Islam. Tun Mahathir tentu telah mempertimbangkan sehalusnya apabila memutuskan menyerahkan Kementerian Kewangan kepada LGE. In shaa Allah kelak kita akan… Read more »

fauziasmara
Guest
fauziasmara

Saudara John Doe,

Keputusan Tun amat tepat untuk jangka panjang, terutama selepas beliau melepaskan jawatan.

LGE dan DAP akan menjadi benteng dari tangan-tangan yang rakus…..

john doe
Guest
john doe

Sdr Fauzi

Saya sangat bersetuju dengan pendapat tersebut.

isa3
Guest
isa3

Dah tentu nya Tun betul.

Dulu pun pernah ada Menteri Kewangan Cina.

Tun Tan Siew Sin, zaman T A Rahman.

Sapa tak caya boleh baca sejarah.

DuluPKR
Guest
DuluPKR

Syabbas Sdr John Doe dgn pandangan bernas dari saudara.

Err… Bagaimana pula dgn PM yg akan ganti TDM? Maksud saya…Pak Sheikh..DSAI…?

Harapnya Sdr tak jadi munafiq dlm menjawab soalan saya ini…

Skimo Horn
Guest
Skimo Horn

DuluPKR pakailah otak kamu sendiri untuk berfikir. Harap Sdr tidak jadi munafiq tipu diri sendiri dalam soalan dari kamu ini.

Kluangman
Guest
Kluangman

Kaum sudah bukan lagi satu jaminan atau faktor, semua sekarang kena akur kepada Rule of Laws merujuk kepada Perlembagaan Negara sekaligus semua rakyat boleh faham dan terima.

isa3
Guest
isa3

Mesti hormat & hidup dengan Perlembagaan negara.

Siapa tak suka negara ini boleh hijrah. Kata Najib.

Itu satu yang dia kata yang aku sokong.

Yang lain2 tu dia boleh masuk gaung.

steady eddie
Guest
steady eddie

hidup PH..

fauziasmara
Guest
fauziasmara

Mengapa LGE jadi Menteri Kewangan?

Ada rahsianya…

fauziasmara
Guest
fauziasmara

DAP menjadi sebahagian dari kerajaan.

PAS menjadi Kingmaker.

Tajul
Guest
Tajul

Pas baik jadi motherfucker je la

benjamin liang
Guest
benjamin liang

Yg lebih penting ialah kepakaran seseorang tu, kalau nak pilih kaum..letak lah lebai2..kamu rasa lebai2 boleh membawa perubahan kearah yg lebih cemerlang? Kes2 felda, tabung haji Dan Mara tak serik2 lagi ke….

abda
Guest
abda

DAP pegang jumlah kerusi Parlimen yang paling banyak. Kena bayangkan mustahak nya mereka dalam PH dari kerusi menteri yang di beri kapada nya.

PKR pun pegang kerusi Parlimen banyak. Sudah di beri jawatan Timbalan PM. PPBM dapat jawatan menteri dalam negeri. Yang lebih penting dari jawatan menteri pertahanan.

Amat sesuai pilihan Tun Mahathir itu. Takda rahsia. Kalau ada, tolong beri tahu. Tak baik bikin snide remark begitu.

The Phantom
Guest
The Phantom

Dulu puak2 UMNO duk menyalak Kit Siang akan jadi PM kalo Pakatan menang. Sekarang sumernya tipu belaka………terrpekikk terlolong menyalak konon Kit Siang akan jadi PM akhirnya jadi lawak badut sarkis. Sekarang apa cerrrr……..terbukti jawatan menteri pon Kit Siang tolak. Dulu Melayu yg lesaaapkan duit Felda…Yg janjikan projek ikan sturgeon pon Melayu….Yg melesapkan tanah Felda pon Melayu….Mana ada Cina dalam Felda. Skandal MARA…..Kementerian Belia dan Sukan…..Tabong Haji…..duit KWAP…..dan banyak lagi bukan Cina yg buat tapi Melayu. Melayu yg meranapkan MelayuMelayu yg tipu orang MelayuMelayu yg kedarah duit Melayu Sampai pakcik makcik Felda sanggup ambik loan bank beli saham FGV………kemudian harga saham… Read more »

isa3
Guest
isa3

PAS menjadi Kingmaker?

<ama dia King yang PAS maker nye?

Mengarut.

Unknown
Guest
Unknown

PAS and UMNO are counting their doomsdays.

Skimo Horn
Guest
Skimo Horn

Baca Bro Phantom punya komen. Kepada yang bahlol dan bangang yang telah dibangsatkan oleh Najis dan melayu UMNO sekiranya tak faham atau tidak dapat terima komen Phantom sila pergi terjun laut ok.Jangan lupa bawa ahli2 BN dan Lebai2 PAS terjun sekali. Sekian, terima kadih.

lebaimodern
Guest
lebaimodern

PRO LIBERAL DIHARU MACAM-MACAM…PADAHAL SAMA PARTI..MEMANG BETUL KATA ALLAH ORANG KAFIR TAK AKAN PUAS HATI SEHINGGA KAMU IKUT AGAMA MEREKA Dr Maszlee diminta martabatkan Bahasa Melayu22 MEI 2018FacebookTwitterWhatsAppEmailMore1.6KRais YatimA- A+ (Ubah saiz teks)KUALA LUMPUR – Presiden Universiti Islam Antrabangsa Malaysia (UIAM) Tan Sri Dr Rais Yatim hari ini melahirkan harapan agar Menteri Pendidikan yang baharu Dr Maszlee Malik dapat memartabatkan bahasa Melayu dan menerapkan amalan budi di pelbagai peringkat pelajaran. Amalan budi itu, kata Rais, hendaklah juga dipupuk kepada rakyat Malaysia bermula di bangku sekolah lagi. “Apa yang dihajatkan adalah agar bahasa Melayu dan amalan budi tidak dicicirkan. Sekolah Kebangsaan… Read more »