Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

"JANGAN MENCUCI KAIN KOTOR DI KHALAYAK RAMAI"

Walau apa pun hujah dan alasannya, apa yang dilakukan oleh Rafizi Ramli ini  di saat-saat Pakatan Harapan baru saja mengambil alih kuasa dan rakyat sedang bergembira dengan tumbangnya BN, adalah tidak wajar serta tidak kena sama sekali.
Rafizi tidak seharusnya merosakkan mood rakyat dalam hal ini. Jika pun ada isu-isu yang tidak selesai, ia harus dibincangkan secara dalaman dan tertutup melalui saluran yang betul, bukannya melalui media.
Mempertikaikan perlantikan yang baru dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri secara terbuka tidak ubah seperti perlakuan “membasuh kain kotor di khalayak ramai”.
Ingatlah bahawa Pakatan Harapan kini bukan lagi gabungan pembangkang, sebaliknya sudah menjadi kerajaan.
Hormati kedudukan itu dan jangan lukakan hati rakyat yang membuat pilihan.
Adab sebagai kerajaan adalah berbeza dan tidak sama dengan ketika belum ada kuasa dahulu.
Tidak perlu diungkit tentang kelebihan kerusi yang dimiliki PKR untuk mewajarkan tindakan Rafizi itu kerana kemenangan Pakatan Harapan pada pilihanraya baru-baru ini adalah diperolehi melalui kerjasama serta kesepakatan antara semua parti dalam gabungan itu.
Semua pihak ada peranan dan sumbangan masing-masing yang perlu dihargai dan dihormati.
Episod ini harus dihentikan segera di mana Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku Presiden PKR dan baru saja dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri wajar berbuat sesuatu agar isu ini tidak terus berpanjangan.
Seperti kata S Ambiga, bekas Pengerusi Bersih – tolong hentikan karut-marut ini – ia adalah ungkapan yang barangkali paling tepat dan wajar difikirkan secara waras oleh PKR. (ShahbudinHusin 13/05/2018)
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

143 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
143
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x