Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA

Sekarang sudah pukul 1.35 pagi, tetapi SPR masih lagi belum mengumumkan secara rasmi keputusan PRU 14.
Bagaimanapun, keputusan tidak rasmi menunjukkan Pakatan Harapan telah dapat membentuk kerajaan baru dengan berjaya mengalahkan BN.
Ini juga bermakna Tun Mahathir Mohamad akan kembali menjadi Perdana Menteri buat kali kedua dalam usianya yang sudah mencecah 93 tahun.
Dilaporkan, keputusan tidak rasmi menunjukkan Pakatan Harapan berjaya memenangi 131 kerusi, BN 74 dan Pas 17. 
Namun, jumlah kerusi itu mungkin berubah apabila keputusan rasmi diumumkan oleh SPR nanti. (Keputusan rasmi PRU 14 yang diumumkan SPR pada kira-kira 5 pagi tadi ialah PH 122, BN 79, Pas 18 dan lain-lain parti 3)
Pakatan Harapan juga dilaporkan berjaya menguasai negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
BN hanya berjaya mengekalkan kuasa di Pahang dan Perlis, selain Sarawak.
Pas pula berjaya mempertahankan Kelantan dan merampas kembali Terengganu.
Keputusan pilihanraya kali ini adalah kejayaan terbesar kebangkitan rakyat di seluruh negara sejak merdeka sehingga berjaya mewujudkan tsunami untuk menolak Najib Razak, UMNO dan BN.
Tsunami rakyat kali ini juga mengakibatkan ramai menteri ditimpa kekalahan dan bakal kehilangan jawatan masing-masing.
Sebelum Pakatan Harapan melangkah ke episod lain yang ditunggu-tunggu oleh semua, buat sementara ini ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas harus diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berani membuat keputusan untuk perubahan.
Saya sendiri merasa kepuasan yang tidak terhingga malam ini apabila perjuangan melalui tulisan dalam blog dan buku-buku politik untuk mengajak rakyat ke arah perubahan dan menolak BN sejak bertahun-tahun lalu, akhirnya menemui titik kejayaannya.
Dengan perubahan dan tumbangnya BN ini, Malaysia diharapkan akan melangkah ke dunia baru yang mudah-mudahan memberi lebih kebaikan dan kesejahteraan kepada rakyat.
Syabas dan tahniah buat seluruh rakyat Malaysia dan syukur kepada Tuhan atas kejayaan perubahan ini. (ShahbudinHusin 10/05/2018)
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

157 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
157
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x