Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

CUKUPKAH SEKADAR BERANI BERKICAU DI TWITTER SAJA?

Selepas menulis surat terbukanya semalam, Syed Hamid Albar terus meluahkan rasa lucunya apabila tulisannya itu dianggap sebagai menyokong BN.

Kenyataan saya jelas bahawa saya menyokong perubahan yang positif, demokrasi dan pilihanraya yang adil. Bukan untuk menyokong Barisan Nasional, demikian tweet Syed Hamid Albar di laman twitternya hari ini.

Cukupkah menyokong perubahan yang positif, demokrasi dan pilihanraya yang adil serta bukan menyokong BN, tetapi sekadar melakukannya melalui twitter saja?

Kenapa tidak berani malangkah setapak lagi dengan memilih untuk bercakap secara terbuka  sepertimana Tun Daim Zainuddin, Rais Yatim dan Rafidah Aziz?

Atau mungkin tambah berkesan jika umum saja keluar daripada UMNO sebelum pembuangan undi pada 9 Mei ini?

Jika sudah bukan menyokong BN, untuk apa lagi kekal dalam UMNO?

Apakah perubahan positif yang Syed Hamid Albar boleh harapkan dengan hanya berkicau di twiiter ini? (ShahbudinHusin 07/05/2018)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

55 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
55
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x