Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

SEMAKIN NYATA PAS SOKONG BN

Apabila hati kita menyukai seseorang, walaupun berkali-kali dinafikan oleh mulut, biasanya petunjuk daripada kata hati itu tetap akan terserlah akhirnya.
Begitu juga dengan Pas, meskipun selalu menyatakan mereka tidak menyokong UMNO dan BN, kebenaran yang datang daripada hati kecil Hadi Awang ternyata semakin sukar dinafikan.
Tidakkah kenyataan Hadi yang menyatakan Malaysia akan ke belakang jika pembangkang memerintah negara ini merupakan sokongan terbuka dan terang-terangan Pas terhadap BN?
Malah, ia dengan sendirinya menunjukkan Pas dan Gagasan Sejahtera yang merupakan pembangkang juga sebenarnya – sama seperti Pakatan Harapan –  tidak bermaksud sama sekali untuk memenangi pilihanraya dan mentadbir negara.
Sebaliknya, Pas dengan sendiri mengesahkan ia bertanding hanyalah untuk memecahkan undi dan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN serta mengelakkan Pakatan Harapan daripada berkuasa.
Jika tidak menyokong UMNO dan BN, apakah lagi maksudnya apabila Hadi menyatakan negara akan ke belakang jika pembangkang memenangi pilihanraya dan dapat mentadbir negara?
Semakin dekat tarikh pengundian, wajah sebenar Pas nampaknya semakin terserlah dan tidak dapat disembunyikan lagi.
Cuma, kesian dengan penyokong-penyokong Pas di kampung-kampung dan pedalaman yang selama ini dibuai dengan janji syurga serta pahala dengan tindakan mengajak mereka memusuhi UMNO dan BN sehingga ke hujung nyawa.
Rupa-rupanya, di hati para pemimpin Pas sekarang, syurga yang sebenar ialah bila mereka dapat berbaik dengan UMNO dan BN, bukannya di alam akhirat nanti. (ShahbudinHusin 03/05/2018).

220 responses to “SEMAKIN NYATA PAS SOKONG BN”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *