Month: May 2018

BELUM SEBULAN HILANG KUASA, KENAPA UMNO SUDAH JADI PAPA KEDANA?

Adakah UMNO sudah papa kedana ketika ini? Baru tidak sampai sebulan kehilangan kuasa dalam kerajaan yang dipegang sejak lebih 60 tahun lalu, UMNO kini seolah-olah sudah hilang daya untuk menggerakkan parti itu dengan menamatkan serta-merta penyaluran kewangan bulanannya yang lazim diterima sebelum ini. Dalam surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor, […]

CEHHH…PENAKUT JUGA RUPANYA!!!

Kalau dilihat lagak dan perbuatan Jamal Md Yunos selama ini, gambarannya seolah-olah beliau tidak takut kepada sesiapa. Dia main “langgar” saja semua undang-undang dan peraturan. Undang-undang dan peraturan bagaikan terletak dalam tangannya. Rupa-rupanya dia tidaklah seberani mana. Baru kerajaan bertukar, kecut hatinya nampak bukan kepalang lagi. Kenapa takut untuk menyerah diri kepada pihak polis? Sampai […]

SEBELUM DAN SELEPAS…

Sebelum PRU4, Hadi Awang menggesa pengundi agar menolak DAP yang disifatkannya gagal menjadi kerajaan yang bersih serta kerana pemimpinnya yang bukan muslim serta dianggap anti Islam. Tidak cukup dengan itu, Hadi juga menyifatkan parti-parti Melayu dalam Pakatan Harapan yang bekerjasama dengan DAP ibarat “lembu kenyang” yang tidak akan berbuat apa-apa untuk mempertahankan Islam. Tapi selepas […]

KHAIRUDDIN MAHU CADANGKAN RAFIZI DIBERI JAWATAN DALAM KERAJAAN

Ini adalah masa untuk keseluruhan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan bekerja secara bersungguh-sungguh untuk tunai segala janji-janji pada 32 juta rakyat malaysia!! Kita mesti ‘perform’ secara kadar segera berfasa-fasa bagi melunaskan setiap butiran yang tertera dalam manifesto Pakatan Harapan!! Rafizi Ramli tidak perlu pertikai lagi Pakatan Harapan menang pru14 atas faktor apa?! Bagi saya rumusan kajilidik untuk […]

ORANG MUDA SUKA JIKA NAJIB TERIMA HUKUMAN….

Berbual-bual dengan anak-anak muda yang pertama kali mengundi, tetapi belum mempunyai pekerjaan, kadang-kadang memberikan kita perspektif yang berbeza mengenai pemikiran mereka. Memang golongan ini merupakan antara penyumbang kepada kejayaan Pakatan Harapan menumbangkan BN, tetapi tersingkirnya Najib Razak daripada persada kuasa seakan-akan belum lagi mencukupi bagi anak-anak muda itu. Mereka kini tidak sabar menunggu bila lagi […]

WAJARKAH BAKAL PM KE-8 MAHU JADI PEMANTAU KEPADA KERAJAAN YANG SEDANG DIPIMPIN PM KE-7?

Ada semacam rasa pelik bila  Anwar Ibrahim memutuskan dirinya untuk menjadi pemantau kepada kerajaan Pakatan Harapan. Meskipun alasannya untuk memastikan kerajaan pimpinan Tun Mahathir Mohamad dapat mentadbir negara dengan baik, Anwar juga sepatutnya sedar beliau adalah bakal Perdana Menteri yang akan diserahkan jawatan itu kepadanya oleh Tun Mahathir selepas ini. Jadi, bagaimana bakal Perdana Menteri […]

KENAPA TIDAK NAJIB BERDEBAT SAJA DENGAN GUAN ENG?

Lim Guan Eng dan Najib Razak nampaknya terus terbabit dalam pertelingkahan terbuka, malah mungkin berpanjangan, khususnya berkaitan kedudukan ekonomi negara, kadar hutang dan juga 1MDB. Apa saja yang diutara dan disebut oleh Guan Eng, pantas saja Najib menjawabnya, meskipun menteri-menteri lain hampir semuanya memilih untuk mendiam diri saja. Sebagai bekas Menteri Kewangan, Najib dilihat begitu […]

JIKA DUA TAHUN TAK MENCUKUPI, BAGI PELUANG TUN MAHATHIR JADI PERDANA MENTERI SELAGI MAMPU

Semua kita sedia maklum  dan memang mengikut perancangan, Tun Mahathir Mohamad dijangka hanya mahu menjadi Perdana Menteri untuk tempoh dua tahun saja. Dalam tempoh dua tahun itu, Tun Mahathir merasakan beliau mempunyai masa yang mencukupi untuk menjalankan kerja-kerja menyelamatkan negara dan memulihkan ekonomi daripada pelbagai kerosakan yang diakibatkan oleh Najib Razak. Selepas tempoh dua tahun […]

BAGAIMANA NAK BERI KERJASAMA JIKA SUDAH LARI KE LUAR NEGARA?

Mula-mula diberitakan Musa Aman sudah melarikan diri ke London. Beliau dipercayai pergi melalui Brunei beberapa hari lalu sebelum pihak Imigresen sempat menyekat namanya. Peguamnya pula dilaporkan enggan memberi kerjasama kepada pihak SPRM yang ingin menggeledah kediaman bekas Ketua Menteri Sabah itu. Terbaru Musa Aman dilaporkan sedia memberi kerjasama kepada SPRM yang ingin memasuki rumahnya bagi […]

SELEPAS KEDIAMAN NAJIB DAN RUMAH AZEEZ DIGELEDAH, GILIRAN SIAPA SELEPAS INI?

Selepas kediaman Najib Razak dan dua kondo mewah anaknya digeledah polis dan kemudian rumah bekas Pengerusi Tabung Haji, Abdul Azeez Rahim pula diserbu SPRM, sudah pasti ramai bekas menteri dan bekas pengerusi GLC yang lain mula tidak lena tidur sekarang ini. Lebih-lebih lagi bagi yang diketahui umum mengamalkan gaya kehidupan mewah, pernah disiasat atau sudah […]

POLIS MESTI SIASAT SEGERA DUA ANAK NAJIB DAN JANGAN LUPA CARI JUGA DI MANA RIZA AZIZ BERADA

Pihak polis akhirnya mengesahkan jumlah wang tunai yang dirampas daripada kondo mewah yang dipercayai ada kaitan dengan Najib Razak ialah berjumlah RM114 juta. Wang tersebut terkandung dalam 35 daripada 72 beg yang telah dirampas oleh pihak polis sebelum ini. Wang berjumlah RM114 juta tersebut, selain dalam ringgit Malaysia, turut juga ditemui dalam 26 matawang asing […]

POLIS, JANGAN LAYAN PERMINTAAN ZAHID HAMIDI INI!!!

Sebagaimana yang dilaporkan media, Pemangku Presiden UMNO, Zahid Hamidi meminta pihak polis memulangkan wang yang dirampas oleh pihak polis dari kondo mewah yang didiami oleh anak Najib Razak yang dikhabarkan berjumlah RM130 juta. Alasan Zahid berbuat demikian ialah kerana mendakwa wang tersebut merupakan lebihan daripada sumbangan dana kempen pilihanraya umum yang lalu. Kata beliau lagi, […]

TEMBELANG 1MDB SEMAKIN TERDEDAH…..

Berikutan pendedahan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam bahawa kerajaan telah menyelamatkan pembayaran hutang 1MDB dengan jumlah hampir RM7 bilion sejak April 2017, CEO syarikat itu, Arul Kanda Kandasamy telah dipanggil  untuk menjelaskan beberapa perkara kepada Kementerian Kewangan. Arul Kanda yang ketika musim kempen PRU14 lalu pusing seluruh negara menceritakan kekukuhan 1MDB, tetapi di hadapan […]

"PENDEDAHAN KP SPRM BUKTI NEGARA PERNAH DITADBIR ALA MAFIA"

1. Pendedahan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Shukri Abdull pada hari ini bahawa beliau terpaksa meninggalkan Malaysia kerana merasakan nyawanya terancam ketika mengetuai siasatan ke atas skandal kewangan berkaitan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB, 3 tahun lalu benar-benar menggemparkan negara.  2. Kenyataan Datuk Shukri itu membuktikan bahawa Malaysia pernah […]

DAP DALAM KONTEKS MEMBINA NEGARA DAN BAGAIMANA TUN M SEDANG CUBA MENGHILANGKAN KETAKUTAN RAKYAT KEPADA PARTI ITU

DAP selama ini hanyalah berperanan sebagai pembangkang dalam politik negara dan peranan mereka lebih terlihat dalam kecekapan serta keseriusan membangkitkan pelbagai isu demi kepentingan awam tanpa pernah jemu, meski kadangkala ganjarannya adalah lokap atau bermalam penjara. Meski bertahun-tahun kita menyaksikan DAP memainkan peranan yang berkesan sebagai pembangkang, parti itu juga adalah “punching bag” bagi UMNO […]

APA KHABAR ARUL KANDA?

Rupa-rupanya ini adalah tipu belaka… Ini pun tipu juga… Yang ini pun sama tipu… Yang betul ialah 1MDB telah menerima dana untuk menyelamatkan syarikat itu daripada Kementerian Kewangan hampir RM7 bilion. Ini baru pendedahan hari pertama Lim Guan Eng masuk ke pejabatnya sebagai Menteri Kewangan. Barangkali lebih banyak lagi akan terdedah selepas ini.Bayangkan jika BN […]

SELAIN BANYAK SALAH NAJIB, SEMUA AHLI MT UMNO PUN BERSALAH SAMA

Setelah BN kalah dan kehilangan kuasa, macam-macam “pahat” mula berbunyi  di sana sini kebelakangan ini. Bermula dengan Khairy Jamaluddin yang menyatakan rasa kesalnya kerana tidak memberitahu hakikat sebenar tentang sokongan yang makin merosot diterima BN, di samping turut menyalahkan skandal 1MDB, kini seorang lagi ahli MT UMNO, Nur Jazlan Mohamed turut melontarkan nada suara yang  […]