Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

ZAHID HAMIDI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB?

Adakah kenyataan seperti ini sesuai dikeluarkan oleh seorang pemimpin yang memegang jawatan nombor dua dalam kerajaan?
Di mana sebenarnya tanggungjawab Ahmad Zahid Hamidi dalam usaha menggalakkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi?
Apakah menyarankan mereka tidak menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi semata-mata kerana majikan di Singapura tidak memberi cuti merupakan suatu sikap terpuji atas kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri?
Kenapa Ahmad Zahid Zahid tidak cuba memudahkan urusan mereka yang tidak mendapat cuti itu dengan cuba mencari jalan agar pekerja-pekerja tersebut dapat mengundi di pejabat Kedutaan Malaysia di Singapura misalnya?
Bukankah Singapura dan Malaysia merupakan jiran dekat dan jika dapat disediakan ruang mengundi di pejabat kedutaan, kertas undi boleh dibawa balik untuk dikira dengan mudah saja?
Mengapa terus menyarankan agar lebih baik mereka tidak mengundi saja?
Di mana sikap bertanggungjawab beliau untuk menggalakkan rakyat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi?
Atau kenyataan ini seperti mengesahkan Ahmad Zahid Hamidi memang tahu perancangan mengadakan tarikh mengundi pada hari Rabu itu adalah bertujuan untuk menghalang pekerja-pekerja di Singapura daripada dapat menunaikan tanggungjawab mereka?
Kenapa mereka ditakuti dan cuba disusahkan daripada mengundi?
Adakah kerana majoriti mereka itu menyokong perubahan dan tidak lagi meyakini UMNO dan BN?
Tetapi, bagaimana agaknya sikap Ahmad Zahidi Hamidi jika didapati majoriti pekerja di Singapura itu adalah penyokong UMNO dan BN?
Meski demikian, kenyataan oleh beberapa majikan di Singapura sebelum ini yang mengumumkan akan memberi cuti kepada pekerja mereka untuk menunaikan tanggungjawab adalah sesuatu yang harus dipuji.
Yang lebih nyata, sikap tanggungjawab majikan itu lebih terpuji berbanding Ahmad Zahid Hamidi. (ShahbudinHusin 14/04/2018)
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

49 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
49
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x