Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

DAPATAN TERBARU – UNDI MELAYU SOKONG BN HANYA 18 PERATUS

DAPATAN KAJISELIDIK PENGUNDI SETAKAT APRIL 2018: UNDI MELAYU BN MERUDUM KEPADA 18 PERATUS SAHAJA

MAKLUMAT AM

 Kajiselidik dijalankan melalui telefon oleh penemuramah (“call agents”) yang bercakap dengan pengundi yang dipilih secara rawak oleh sistem computer.
 Kajiselidik disertai oleh 1,961 pengundi berdaftar yang maklumat mereka telah disahkan sama dengan daftar Pengundi. Kajiselidik berjalan di antara 12 April 2018 hingga 23 April 2018. Dapatan kajiselidik melalui proses “weightage” untuk memastikan ia mewakili strata pengundi (“stratified”) iaitu mewakili setiap kumpulan pengundi mengikut kaum, umur dan latar belakang. Margin of error adalah 2.21%POLA SOKONGAN PENGUNDI MELAYU Undi Melayu BN jatuh merudum dari 41.1% (Disember) kepada hanya 18.1% (April) membayangkan peralihan besar pengundi Melayu. Undi Melayu di kalangan pengundi yang telah membuat keputusan di antara BN, PH dan PAS hampir sama. 50.7% responden memberi jawapan “Tidak pasti” atau “Undi rahsia” yang membayangkan mereka pengundi atas pagar.POLA SOKONGAN PENGUNDI CINA Undi Cina BN jatuh merudum ke paras 9.3% dalam bulan April 2018. 66.3% pengundi Cina menyatakan mereka “atas pagar” walaupun besar kemungkinan mereka penyokong PH. Pola sokongan yang sama ditunjukkan oleh pengundi Cina: tahap sokongan kepada BN jatuh merudum sebanyak 50% dalam tempoh 5 bulan.POLA SOKONGAN PENGUNDI INDIA Sokongan pengundi India kepada BN merudum ke paras 18.7% berbanding sokongan kepada PH (32.9%). Ini kali pertama sejak INVOKE menjejaki tahap sokongan pengundi bermula Januari 2017 yang menyaksikan sokongan pengundi India kepada PH lebih tinggi berbanding sokongan kepada BN. Angka menunjukkan peralihan undi yang besar kepada PH di kalangan pengundi India berbanding sokongan kepada BN di saat-saat akhir, yang akan membawa kesan besar kepada banyak kerusi-kerusi marginal.PROFAIL PENGUNDI ATAS PAGAR Jumlah pengundi atas pagar meningkat mendadak dua minggu sebelum pilihanraya, membayangkan peralihan pengundi setiap kaum lari dari BN. Pecahan pengundi atas pagar mengikut kaum: Melayu (50.7%), Cina (66.3%) dan India (46.9%)PROFAIL PENGUNDI PAS Hanya 32.6% dari pengundi PAS adalah penyokong tegar PAS. Selebihnya, sebanyak 32.1% ada potensi akan mengundi PH dalam senyap.KESIMPULAN Perbezaan sokongan antara BN, PH dan PAS di kalangan pengundi Melayu yang telah buat keputusan adalah tidak besar (sekitar 1% ke 3% sahaja). Undi Melayu BN telah jatuh merudum berbanding 6 bulan lalu dan kini berada dalam lingkungan undi Melayu PH. Di kalangan pengundi semua kaum, pilihan Perdana Menteri yang paling atas adalah Tun Mahathir/PH (29.9%) mengatasi Dato’ Seri Najib/BN (23.8%). Majoriti pengundi (40.5%) yakin kerajaan persekutuan akan bertukar tangan, berbanding hanya 27.6% yang percaya BN akan kembali berkuasa.

Bagi Pihak Invoke
RAFIZI RAMLI
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

164 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
164
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x