TERIMA KASIH SPR….

Sebaik tamat proses penamaan calon, SPR sekali lagi mengundang kecaman yang tidak sedikit daripada orangramai berikutan beberapa tindakan badan pengendali pilihanraya itu yang dilihat kurang adil, berat sebelah dan seperti tanggapan biasa – mahu memberi kelebihan kepada UMNO dan BN.
Kes pertama – calon PKR di DUN Rantau ditolak pencalonannya kerana tidak membawa pas masuk yang dikeluarkan oleh SPR sehingga beliau tidak dibenarkan memasuki dewan untuk menyerahkan borang pencalonan.
Akibatnya, Mohamad Hassan, Menteri Besar sementara Negeri Sembilan, telah diisytiharkan menang tanpa bertanding.
Apakah pas masuk itu suatu syarat yang sangat wajib untuk memasuki dewan bagi menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihanraya?
Apakah tiada budi bicara langsung, walaupun borang pencalonan berserta resit wang deposit dan  pencadang serta penyokong sudah ditunjukkan kepada pegawai keselamatan?
Dalam waktu yang sama, bagaimana pula seperti yang didedahkan oleh Rafizi Ramli tentang calon Pakatan Harapan di Parlimen Tampin dan DUN Bukit Naning, Johor yang tiada masalah untuk memasuki dewan bagi menyerahkan borang pencalonan, meskipun tidak membawa pas masuk SPR?
Kenapa ada perbezaan peraturan di Rantau dengan dengan di Tampin dan Bukit Naning?
Kes kedua – tiga calon Pakatan Harapan iaitu di Penaga, Bukit Pasir dan dan Kuala Balah ditolak kertas pencalonan mereka kerana didapati telah muflis.
Tetapi, apa yang menghairankan, dua daripadanya iaitu Yaakob Osman, calon di Penaga dan Pizi Jihat, calon di Bukit Pasir, telah mengemukakan dokumen yang diperolehi daripada Jabatan Insolvensi sendiri yang bertarikh sehari sebelum 28 April 2018 yang mengesahkan kedua-duanya bebas daripada sebarang masalah bankrapsi.
Namun, dalam pemeriksaan terkini oleh SPR selepas mengemukakan borang pencalonan, tiba-tiba nama mereka disenaraikan sebagai seorang yang muflis dan dengan itu, pencalonan mereka telah ditolak.
Soalnya, bagaimanakah pemeriksaan di Jabatan Insolvensi  yang dilakukan sehari sebelum 28 April mendapati mereka tidak muflis, boleh bertukar menjadi muflis pada tarikh 28 April?
Siapakah punyai angkara semua ini?
Apakah memang proses biasa bagi SPR melakukan pemeriksaan sekali lagi, termasuk juga kepada calon-calon BN, meskipun dokumen daripada Jabatan Insolvensi yang mengesahkan tidak muflis, telah disertakan?
Tetapi, tindakan keadaan  yang paling ketara dan tidak boleh diterima ialah dalam kes ketiga apabila SPR menolak pencalonan Tian Chua bagi kerusi Parlimen Batu.
Tindakan SPR itu adalah berdasarkan keputusan mahkamah pada Mac lalu yang mengekalkan sabitan bersalahnya atas tuduhan menghina kehormatan seorang anggota polis dan mengurangkan dendanya kepada RM2000.
Peraturan yang menggugurkan kelayakan seseorang wakil rakyat ialah apabila mereka dihukum penjara tidak kurang 1 tahun atau denda tidak kurang RM2000.
Penolakan kertas pencalonan Tian Chua agak pelik kerana pada pilihanraya 2013, beliau juga pernah disabitkan dengan denda sebanyak RM2000, namun ketika itu SPR tidak pula menolak kertas pencalonannya.
Apakah SPR pada 2013 berbeza dengan SPR pada 2018?
Lebih daripada itu, ketika Tian Chua dijatuhi hukuman denda sebanyak RM2000 pada 2011 itu, Speaker Parlimen, Pandikar Amin Haji Mulia pada waktu itu menegaskan, hukuman tersebut tidak menjejaskan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Batu.
Bagaimanakah Tian Chua yang dihukum denda sebanyak RM2000 pada 2011 dan tidak dilucutkan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen, malah dibenarkan bertanding pada 2013, tetapi atas denda dengan jumlah yang sama pada Mac 2018, tiba-tiba tidak dibenarkan bertanding pada April 2018?
Selain itu, jika benar beliau tidak layak untuk bertanding, tidakkah SPR sedar tentang kedudukan Tian Chua yang tidak digugurkan kedudukan sebagai Ahli Parlimen Batu apabila dikekalkan sabitan denda RM2000 oleh mahkamah pada Mac yang lalu?
Dalam bahasa yang mudah, apabila disebut seseorang itu hilang kelayakan apabila hukum denda tidak kurang RM2000, ia bermakna seseorang itu hanya hilang kelayakannya apabila didenda melebihi RM2000. Tepat-tepat RM2000 belumlah lagi hilang kelayakan.
Dalam hal ini, SPR sendiri nampaknya keliru tentang tindakan yang dilakukannya terhadap Tian Chua apabila Pengerusi SPR, Hashim Abdullah sendiri mencadangkan agar kes itu dibawa ke mahkamah, sambil menyatakan penolakan itu bukan penamat baginya.
Kenapakah SPR sendiri seolah-olah keliru, ragu-ragu dan tidak pasti dengan tindakannya?
Mengapa Hashim tidak bertegas dengan keputusan yang diambil oeh pegawainya terhadap Tian Chua?
Bagaimanapun, harus juga disedari bahawa PRU14 ini adalah detik penting sama ada perubahan dalam politik negara dapat dilakukan atau sebaliknya.
Jika tindakan terbaru ini, dengan sebelumnya SPR melaksanakan lakaran kawasan pilihanraya, tidak membenarkan penggunaan gambar Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim dalam bahan kempen serta tidak memberi kebenaran kepada Suhakam untuk memantau perjalanan proses pilihanraya, adalah antara langkah yang bertujuan memberi kelebihan kepada BN, ia juga sebenarnya boleh menjadi asas untuk  menaikkan lagi semangat rakyat ke arah cita-cita perubahan.
Ini kerana dengan apa yang dilakukan SPR  kali ini, khususnya dalam kes Tian Chua, rakyat secara majoritinya akan lebih membenci Najib, UMNO dan BN yang ditanggapi telah mempergunakan badan itu untuk kepentingannya memenangi pilihanraya.
Ia lantas dengan sendirinya menjadikan rakyat tidak ada pilihan lain lagi selain harus menolak BN di kotak-kotak undi secara lebih menyeluruh demi menghentikan amalan memperguna SPR itu.
Jika itu apa yang bakal terhasil pada 9 Mei nanti, ucapan berbanyak-banyak terima kasih harus diberikan kepada SPR. (ShahbudinHusin 28/04/2018)
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 2:03 pm
Subscribe
Notify of
guest

52 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Fan Tun
Fan Tun
29 April 2018 5:19 am

I'm proud of you, all bros PakatanWe're the ones to be in frontFor guarding the truth we don't mindDedak and positions we don't want! Klepto thinks money buys everythingCountry in ruins we ought to thinkThe Grand Old Man is ninety somethingSupport him,he's PM in waiting! Don't ever think Pakatan is weakObserve the reception Tun goes publicThis coming election vote Pakatan quickRemove klepto chief and his cliques! By all means,vote Pakatan HarapanIt's PKR,Bersatu,DAP and PANThe only logo is the PKR oneLet kleptos run for their sampans! Tun,Anwar,the country prospers againKleptos,conspirators gone with the windNew era starts, new episodes beginThe rakyat is… Read more »

Othaman Ahmad
Othaman Ahmad
29 April 2018 5:35 am
Reply to  Fan Tun

TAKTIK KOTOR SPR – Suruhanajib Penipu Rakyat:

KES 2:
Calon Pakatan Harapan Tian Chua tidak dibenarkan oleh SPR bertanding atas sebab beliau ada kes didenda RN2,000 pd tahun 2013.

Kini kita tertanya-tanya dgn kebingungan kenapa Tian Chua dibenarkan bertanding dalam PRU 13 pd tahun 2013 dan kini di PRU 14 tidak boleh pulak?

Apakah ini satu lagi repekan/rekaan ikut sesedap hati SPR saja untuk membodek Najib…..??

ps:
Nampak sangat SPR bukan lagi Suruhanjaya Pilihan Rakyat, tapi Suruhanajib Penipu Rakyat…….!!

Othaman Ahmad
Othaman Ahmad
29 April 2018 7:21 am
Reply to  Fan Tun

Lagi pula, saya ingin menambah…..

Di bawah penal code Section 124(b)(c) Akta SOSMA ciptaan Najib sendiri,

'mana2 pihak atau individu dgn sengaja atau niat jahat menghalang demokrasi berparlimen dianggap telah melakukan jenayah'.

Khatijah Nuno
Khatijah Nuno
29 April 2018 3:00 pm
Reply to  Fan Tun

Saudara2 Pejuang PH … bukan saja wakil2 calon PH ditolak pencalonan dgn alasan yg tak munasabah dan petty, malah terbaru pengundi2 pula akan dikenakan tindakkan dan penipuan utk SPR mengistiharkan pengundi2 yg terjerat sebagai "undi yg tidah sah. Ini bertia2 yg sedang viral. At PACA briefing today, rules changed – voting ti,e is from 8am to 5pm only. All the voter have to enter the "Saluran" before 5pm. If voters enter thru school gate and not enter thru "Saluran" , the voter will not be allow to vote. Please inform our family members, relatives, neighbours and friends of these EC… Read more »

KEJORA
KEJORA
29 April 2018 5:08 am

FuckTun tepi gantang punya melukutDia ni pemantun wakil puak penjahatSi bingai ini mmg lah sangat penakutDia berani keluar, kalu Kejora berehat Kah kaahh kaaahhh kaaaahhh kaahh Pantun yng dia buat, tidak ada kualitiTak tak mau mengalah, dia buat jugaMmg ternyata, nak buat dia tidak retiHerot senget, mcm burit naik tangga Kah kaahh kaaahhh kaaaahhh kaahh FuckTun rasa nya ,sekolah tak tinggiDia pun mcm kurang didikan agamaPantun dia mcm tapai tak cukup ragiLiihat pantun Kejora, baris nya sama Kah kaahh kaaahhh kaaaahhh kaahh Pantun FickTun, serupa taiik diramasBaris panjang pendek, tersekat-sekatPantun Kejora cantik tersusun kemasPanjang baris2 pulak macam disukat Kah kaahh… Read more »

zenda
zenda
29 April 2018 4:43 am

MasyaAllah, masuk akal ke Housing and Local Government Minister Noh Omar kata The ministry will build 500 units here (Tanjung Karang) at the cost RM200,000 each but will sell it to the public at RM35,000 each The projct will be completed in two years. Begitu banyak untung siapa yang dapat membeli, sudah tentu berkeliaran, berkejaran, lintang pukang pejabat tempahan membeli bila tempahan di buka. Sudah tentu timbul iri hati, cemburu, geram, maki hamun mereka yang tak dapat membeli. Ha nya 500 unit masakan yang berpendapatan rendah ada beratus ribu, malahan berjuta. Apa jenis pemikiran ini Noh Omar? Apa kah dia… Read more »

Othaman Ahmad
Othaman Ahmad
29 April 2018 4:10 am

Sekali bah, pantai pun turut berubah. Gerakan pembaharuan/reformasi cukup kuat hingga Tun Mahathir pun terpaksa akur menyertainya. PAS juga berubah bila anak2 pemimpin2 utamanya menyertai parti Amanah dalam Pakatan Harapan seperti …. – Mujahid Rawa anak Ustaz Yusof Rawa, – Faiz Fadhil anak Ustaz Fahdil Noor, – Nik Omar Nik Aziz anak Ustaz Nik Aziz Nik Mat. GST – Benawe Najib 'GASAK SAMPAI TERLINGKOP' negara. PAS hadi dah kena libas tutup mulut disogok rasuah UMNO…..!! Bitchy Najib aka Benawe Najib is merely a trash & therefore should be chucked into the garbage bin. Mari bersama PH (Pakat Henyak) BN (Benawe… Read more »

Joe Harry
Joe Harry
29 April 2018 3:50 am

SPR sepatutnya semak dahulu status kelayakan setiap permohonan untuk menjadi calon pilihanraya.Setelah pemohon cukup syarat, baru lah pemohon membayar deposit dan melakukan pengisian borang.Setelah SPR mendapati semua dokumen sudah lengkap maka semua dokumen itu dimasukkan dalam sampul dan diserah pada calon untuk dibawa ke tempat penamaan calon. Tujuaan nya untuk semakkan pihak lawan dan bukannya untuk semakkan SPR. Mana-mana calon yang tidak berpuas hati terhadap lawannya boleh kemukakan bantahan dimahkamah.Dengan cara ini baru lah nampak SPR adalah pihak yang berkecuali dan hanya merupakan "penganjur" dalam pertandingan pilihanraya dalam negara demokrasi.Setiap tahun ada saja calon yang "menang buta" dan menidakkan hak… Read more »

Joe Harry
Joe Harry
29 April 2018 3:51 am
Reply to  Joe Harry

# setiap pru

Ramly Ahmad
Ramly Ahmad
29 April 2018 4:10 am
Reply to  Joe Harry

Sampai bila bro..pegawainya spr x ada qualiti..sia sia cerdik..nmpak jelas berat sebelah..maka x salahlh kami katakan ianya celaka!!

Fan Tun
Fan Tun
29 April 2018 3:17 am

Bro Abda, Pakatan semuanyaSejak dulu Kojola mencelaPada Pak Othaman boleh bertanyaDi Putramerdeka kojola dah mula! Bab politik pelbagai pandanganKomen membina jangan carutanIni kojola spesis bajinganBenda maknya jadi sebutan! Tak sah dia tidak mencarutKonon hero orang pun takutTengok komennya semua mengarutPengkhianat negara disokong ikut! Selalu di libas bro John DoeTerdiam mungkin tak dapat tidurKita bantai dia pun kendurNyorok di lorong tak tinggal kondo! Masa dulu tak pernah pantunTengok pantun dia pun cubaMemaki,mencarut tidak bersantunMata buta teraba raba! Semua orang nak buat musuhKonon di sini dirinya hebatKita tahu perangainya lusuhSebab dedak jadi musibat! Pembohong,penipu nak psiko kitaKonon hebat abuk pun takdeMengaku cikgu… Read more »

Othaman Ahmad
Othaman Ahmad
29 April 2018 4:00 am
Reply to  Fan Tun

Terima kasih sahabat. Jadual saya amat padat dgn tugas khas di bahagian perisek/polling agent melihat tindakan-bertanduk SPR (Suruhanajib Penipu Rakyat).

Kpd semua rakan2 seperjuangan di blog ini, teruskan perjuangan.

KEJORA
KEJORA
29 April 2018 5:07 am
Reply to  Fan Tun

FuckTun tepi gantang punya melukutDia ni pemantun wakil puak penjahatSi bingai ini mmg lah sangat penakutDia berani keluar, kalu Kejora berehat Kah kaahh kaaahhh kaaaahhh kaahh Pantun yng dia buat, tidak ada kualitiTak tak mau mengalah, dia buat jugaMmg ternyata, nak buat dia tidak retiHerot senget, mcm burit naik tangga Kah kaahh kaaahhh kaaaahhh kaahh FuckTun rasa nya ,sekolah tak tinggiDia pun mcm kurang didikan agamaPantun dia mcm tapai tak cukup ragiLiihat pantun Kejora, baris nya sama Kah kaahh kaaahhh kaaaahhh kaahh Pantun FickTun, serupa taiik diramasBaris panjang pendek, tersekat-sekatPantun Kejora cantik tersusun kemasPanjang baris2 pulak macam disukat Kah kaahh… Read more »

Othaman Ahmad
Othaman Ahmad
29 April 2018 5:18 am
Reply to  Fan Tun

TAKTIK KOTOR SPR – Suruhanajib Penipu Rakyat:

KES 1:
Calon PKR dihalang dgn sengaja & tidak munasabah oleh pihak SPR untuk masuk ke dewan menyerahkan borang pencalonan menyebabkan calon BN Mohamad Hasan menang tanpa bertanding di DUN Rantau.

Kenapa di kawasan lain, calon2 yg tidak mamakai tag/lencana dibenarkan masuk ke dewan untuk menyerahkan borang pencalonan, kenapa ada double standard….??

Atau ini bukan pra-syarat yg termaktub dalam undang2/peraturan SPR, tapi hanya rekaan ikut sesedap hati SPR saja tak…..??

ps:
Nampak sangat SPR bukan lagi Suruhanjaya Pilihan Rakyat, tapi Suruhanajib Penipu Rakyat…….!!

Othaman Ahmad
Othaman Ahmad
29 April 2018 7:22 am
Reply to  Fan Tun

Lagi pula, saya ingin menambah…..

Di bawah penal code Section 124(b)(c) Akta SOSMA ciptaan Najib sendiri,

'mana2 pihak atau individu dgn sengaja atau niat jahat menghalang demokrasi berparlimen dianggap telah melakukan jenayah'.

Othaman Ahmad
Othaman Ahmad
29 April 2018 9:35 am
Reply to  Fan Tun

Ketua Polis Negara ciptaan Najib nampak sangat pembohong.

Bukti sangat jelas terpampang di internet menunjukkan polis menahan & menghalang calon PH untuk menyerahkan kertas pencalonan terpampang.

chimpira
chimpira
29 April 2018 3:15 am

spr busuk, kotor, toy umno. anak beranak spr mmg kaya raya. peduli apa diorg klu kena terus byr gst ka, x da subsidi minyak ka..

zenda
zenda
29 April 2018 2:44 am

SPR tidak ada "hotline" ke antara "Returning Officer" di tempat pencalonan dengan sesiapa yang bertanggung jawab di Ibupejabat SPR yang boleh menuntukan keputusan di atas perkara perkara remeh temeh boleh menjadi "standard"?

Kalau itu pun tidak di aturkan dek Pengerusi SPR, kita perlu propagandakan supaya dia meletak jawatan, walau pun menjelang hari pengundian.

abda
abda
29 April 2018 1:48 am

Penjangak tukang angkat bola pakai nama Kojolla @ Geng Najib @ dll diam tak aktif sejak semalam. Kot dia dah kena "sound" pihak Umno supaya jangan ligat kopipes dan asyik mencarut sebab tak mendatangkan U13, Njib maki depa saperti itu "bangang hamjadah", tak mencari fakta dan hujah yang pengundi boleh terima bagi meniakkan imej dia yang merudum hingga kena Tsunami Cina dan dapat keputusan PRU yang paling buruk alam sejarah Umno. Kot di PRU14 ini, Najib kan maki dia "Kepala Bapak Kau", kalau terus mencarut, berkahkahkah, tidak mencari fakta2 dan hujah2 yang boleh di terima pengundi. Oooooops, silap, bakpa aku… Read more »

Fan Tun
Fan Tun
29 April 2018 1:10 am

Khas untuk Tun Mahathir: Semalam Tun melakar sejarahUsia lanjut tetap berbaktiKerana fikirkan negara dah parahBersenang lenang dia tak reti.. Aduhai Tun pahlawan ulungTidak kenal hujan dan panasAsap tebal ombak menggulungAkal fikiran tetap bernas! Dulu Langkawi tak pernah janjiSemasa kuasa Tun tak punyaBila PM Langkawi dipujiMembangun hebat dikenali dunia! Negarawan Ulung dihormati duniaMalaysia maju pembangunan pesatWalau dicaci diberi aniayaKepimpinan Tun takkan tersesat! Jika mahu bersenang lenangTun takkan menongkah arusDibina negara bukannya senangNegara tersohor Tun yang urus! Kini bila negara terancamRakyat susah pelbagai kerenahTun bangkit walau dikecamNiatnya jangan negara musnah! Bukan niat nak naik anakAtau untuk merebut jawatanSejahtera negara sentiasa di benakRela… Read more »

Ramly Ahmad
Ramly Ahmad
29 April 2018 3:56 am
Reply to  Fan Tun

Bila klepto dbuang rakyat bebas..
Tun memang pejuang Fan Tun ada klas..
HahahaBN hanyut terbuang

Othaman Ahmad
Othaman Ahmad
29 April 2018 4:12 am
Reply to  Fan Tun

Setuju 100%.

KEJORA
KEJORA
29 April 2018 5:08 am
Reply to  Fan Tun

FuckTun tepi gantang punya melukutDia ni pemantun wakil puak penjahatSi bingai ini mmg lah sangat penakutDia berani keluar, kalu Kejora berehat Kah kaahh kaaahhh kaaaahhh kaahh Pantun yng dia buat, tidak ada kualitiTak tak mau mengalah, dia buat jugaMmg ternyata, nak buat dia tidak retiHerot senget, mcm burit naik tangga Kah kaahh kaaahhh kaaaahhh kaahh FuckTun rasa nya ,sekolah tak tinggiDia pun mcm kurang didikan agamaPantun dia mcm tapai tak cukup ragiLiihat pantun Kejora, baris nya sama Kah kaahh kaaahhh kaaaahhh kaahh Pantun FickTun, serupa taiik diramasBaris panjang pendek, tersekat-sekatPantun Kejora cantik tersusun kemasPanjang baris2 pulak macam disukat Kah kaahh… Read more »

Zulkifli Abu Bakar
Zulkifli Abu Bakar
29 April 2018 12:52 am

B) Terdapat pula bakal-bakal calun yang ditolak pencalunan mereka kerana mereka didapati seorang bankrap. Sememangnya seorang bankrap tidak boleh menjadi calun. Tetapi terdapat kes di mana bakal calun telah menyemak sebelum ini dan mendapati beliau bukan seorang bankrap. Akan tetapi apabila Pengurus Pilihanraya membuat semakan pagi ini, didapati bahawa belaiu seorang bankrap. Bagaimana ini boleh terjadi? C) Penolakan Tian Chua di Parlimen Batu Bagaimanakah Pengurus Pilihanraya menolak penamaan calun beliau di atas alasan bahawa beliau telah disabitkan kesalahan dan didenda RM2000.00 sedangkan terdapat keputusan Mahkamah Agung yang menyatakan seseotang itu tidak lucut kelayakan beliau untuk bertanding sekiranya didenda RM2000.00 atau… Read more »

Zulkifli Abu Bakar
Zulkifli Abu Bakar
29 April 2018 12:51 am

For those who know the Malay Lawyer Azhar Harun, below is what he said about the disqualification of the candidates. Quote "Beberapa persoalan timbul hari ini berikutan dari penolakan borang pencalunan calun-calun Pakatan Harapan oleh Pengurus Pilihanraya. A) Calun Pakatan di Negeri Sembilan yang berniat untuk bertanding melawan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan telah dihalang dari memasuki tempat penamaan calun kerana tidak mempunyai pas calun. Peraturan mengenai pas calun ini tidak terdapat di dalam Peraturan-peraturan Pilihanraya (Perjalanan Pilihanraya) ("Peraturan Tersebut") 1981. Peraturan Tersebut menghendaki calun-calun menyampaikan borang pencalunan ditempat penamaan di antara jam 9 hingga 10 pagi. Calun boleh berbuat… Read more »

Ramly Ahmad
Ramly Ahmad
29 April 2018 12:41 am

Ok..x apa..penamaan calon selesai..sikit punya hal spr sial..takut lg puak puaka ini celaka bikin hal..dwaktu mengundi serta kiraan keputusan..
So..semboyan udah berbunyi..kita kelapangan kempen cari kemenangan ini kali..10 hr lg perubahan mau dkecapi. apa yg kalian mampu segala mcm bantu waima sebagai perayu..jom..turun bilik gerakan masing2..jom..Lawan tetap Lawan!!

Fan Tun
Fan Tun
29 April 2018 12:29 am

Kenapa lambat nak bagi respon
Kata hebat tapi Jee Bon
Sudah ke buku tulis berhimpun
Bajak wangkang,tak kemana pun!

Kau dah tengok buku aku?
Banyak pantun ada disitu
Benda benar taknak mengaku
Cerita lucah itu kau restu!

Kojola ini spesis apa
Benda betul dibuat buta
Kerana dedak dia terlupa
Tunggu hari Pakatan bertahta!

Fan Tun
Fan Tun
29 April 2018 12:19 am

Keldai di tepuk dia mengilaiKonon rasa tepukan manjaTerbukak dungu sehelai helaiMencarut baghal takde kerja! Semalam menempel berapa dapatCukup ke belanja si Aci tuaOrang takde dia nak lipatCarut langsung takde wibawa! Suman celebrity kerjanya pentingBukan macam si keldai iniBudak hingusan menghisap putingDataran ke JB mana berani.. Biol tak pandai si tua ganyutPada klepto penjilat taikRugi keldai nafas berdenyutMati cepat alangkah baik! Bro Macy pun dibuat musuhTiga orang keldai dah targetBila terkena keldai merusuhRamai yg lepuk lagilah kaget! Sakit jiwanya teruk merapuCarut marut dah darah dagingElok berdepan kasi penyapuSeks maniac jantan ditonggeng! Sedangkan pembunuh dapat dicariInikan pulak nama kojolaPakatan menang tunggulah hariKeldai… Read more »

KEJORA
KEJORA
29 April 2018 5:09 am
Reply to  Fan Tun

FuckTun tepi gantang punya melukutDia ni pemantun wakil puak penjahatSi bingai ini mmg lah sangat penakutDia berani keluar, kalu Kejora berehat Kah kaahh kaaahhh kaaaahhh kaahh Pantun yng dia buat, tidak ada kualitiTak tak mau mengalah, dia buat jugaMmg ternyata, nak buat dia tidak retiHerot senget, mcm burit naik tangga Kah kaahh kaaahhh kaaaahhh kaahh FuckTun rasa nya ,sekolah tak tinggiDia pun mcm kurang didikan agamaPantun dia mcm tapai tak cukup ragiLiihat pantun Kejora, baris nya sama Kah kaahh kaaahhh kaaaahhh kaahh Pantun FickTun, serupa taiik diramasBaris panjang pendek, tersekat-sekatPantun Kejora cantik tersusun kemasPanjang baris2 pulak macam disukat Kah kaahh… Read more »

Unknown
Unknown
28 April 2018 11:31 pm

Anything related to Najiss is cap ayam brand. Jom Malaysian lets boot out dacing n gang. Show them rakyat still hv the power and lets get rid of substandard service/ppl within the gomen. We have enuf of this stupidity.

DR. HAJI RAJIEE HADI
DR. HAJI RAJIEE HADI
28 April 2018 11:03 pm

SPR usahlah hilang maruah dan wibawamu.Usah biarkan Ketua Pegawai Pilihan Raya (R.O) yang biasanya bukan kakitangan tetap SPR buat tafsiran, persepsi, tanggapan dan keputusan sendiri.Apatah lagi sikap dalam hati ada sezarah berpihak boleh memakan diri R.0 itu dan isu yang berpanjangan. Sebagai individu yang pernah menjadi Ketua Pegawai Pilihan Raya PRU 1990 dahulu; kami termasuk saya selamat menjalankan tugas dengan selamat dan lancar walau akhirnya saya dikenakan "cuti tanpa gaji" dalam buku perkhidmatan kerana kelalaian pihak SPR W.P atau pihak lain yang gagal memberi surat perakuan CTG kepada majikan saya.Apakah pada zaman kecanggihan ICT kini SPR masih menghadapi kekurangan info?

abda
abda
29 April 2018 12:05 am

Kalau buat kesalahan dengan tidak ada niat jahat, lain lah. Tapi saya rasa kelakuan saperti melarang calon masuk kawasan pencalonan ha nya sebab tak pakai kalong anjing (dog tag) yang di sediakan SPR itu ada lah otak kecil, tidak gunakan budi bicara (discretion) langsung. Agak nya pegawai saperti itu punyai otak robot. Juga yang memutuskan calon PKR Tian Chua tak boleh bertanding di kawasan Parlimen Batu sebab dia punyai rekod hukuman mahkamah denda RM2,000. Masakan Tian Chua kata ada kes saperti itu yang di bawa mahkamah tak lama dulu tetapi Hakim membenarkan nya. Takkan lah tidak ada Pegawai Undang2 di… Read more »

abda
abda
29 April 2018 12:10 am

Ada berita mengatakan SPR di petang semalam mengatakan kes Tian Chua boleh di pertimbangkan.

Kalau betul depa kata begitu, bukan kah dah terlambat nak pertimbangkan? Nasi sudah jadi bubur, suruh Returning Officer dan Pengerusi SPR makan bubur itu selepas di letak 1 kilo garam!

Kalau pun boleh, bukan kah begitu susah nak adakan pencalonan semula, rugi tempoh untuk berkempen dsb nya.

Unknown
Unknown
28 April 2018 8:47 pm

SPR yang memalukan.

Jamesdean1 Jamesdean1
Jamesdean1 Jamesdean1
28 April 2018 5:54 pm

Ketua Umno bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata Sultan Johor Ibrahim Sultan Iskandar yang menitahkan beliau agar tidak bertanding sebagai calon bebas di kerusi parlimen berkenaan."Sebagai bangsa Johor, saya akhirnya mengambil keputusan tidak bertanding atas tiket bebas setelah mendapat nasihat daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor."Sebagai rakyat Johor yang setia kepada Rajanya saya patuh kepada titah Tuanku Sultan Johor kerana saya yakin sudah tentulah Tuanku memberikan nasihat itu atas kepentingan “Bangsa Johor," katanya dalam satu kenyataan malam ini.Beiau dalam pada itu mengambil kesempatan menjunjung kasih terhadap tuanku Sultan Johor di atas keperihatinan, tunjuk ajar dan… Read more »

Jamesdean1 Jamesdean1
Jamesdean1 Jamesdean1
28 April 2018 5:59 pm

Respek jgk aku kat puad ni…utk kali ini.berani dedahkan punca sebenar beliau tak jadi bertanding di batu pahat. Mungkin ada seseorng yg amat berkuasa risau undi umno sendiri terpecah dua.

Good luck puad..

Tanah Melayu Dulu
Tanah Melayu Dulu
28 April 2018 10:22 pm

alaaasaan..

diny yusof
diny yusof
28 April 2018 5:26 pm

Menang tanpa bertanding ???? Due to technical error as claimed ???

Dimana lagi jika tidak dikawasan menteri paling idiot !!! Maka akan terlompat lompatlah si KJ saperti monyet di pokok pokok getah yang banyak terdapat di kawasan Rembau . Lompatannya akan lebih hebat dari yang di pertunjukkan olih si siamang ini tatkala memenangi jawatan ketua pemuda UMNO dulu !

A very sad day to the Malaysian democracy . The winner is declared through manipulative instrument .

Rosdi Hanafiah
Rosdi Hanafiah
28 April 2018 4:50 pm

Mulai sekarang hingga 9mei,tolong block semua penulis upahan UMNO Dan PAS..Mereka memang sial dgn tulisan sampah mereka.

Jamesdean1 Jamesdean1
Jamesdean1 Jamesdean1
28 April 2018 5:49 pm
Reply to  Rosdi Hanafiah

Ehh…mana kejora ek? Pegi pekan sambut penamaan calon panglima bugis ke?

Bosan pulak pantun dunguuu xde malam ni.bkan ape pun,sje suke ngok kejora membodohkan diri sendiri demi rosmah mansur dan panglima bugis

KEJORA
KEJORA
28 April 2018 11:31 pm
Reply to  Rosdi Hanafiah

Bilaa hamba tiada, cai2 merindu
Kerinduan caii2, hamba dpt hidu
Tiada pantun Kejora, cai terkedu
Tak ingat ke dekat Suman Hindu

Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhhh

Mohd
Mohd
28 April 2018 4:50 pm

Itu belum lagi usaha2 Najib yg lebih dasyat.
Tengoklah apa dia akan buat lepas ini.
Jika PH menang, semua pengkianat negara akan dihadapkan ke mahkamah, dilucutkan jawatan dan dimasukkan dlm penjara. Tunggulah habuan kamu semua.

Macy
Macy
28 April 2018 3:56 pm

Inilah demokrasi versi najib klepet! Habis semua benda nak diklepetnya. Piliharaya pun nampaknya x terlepas! Rakyat dah dirampas hak mereka!! Bukan setakat duit rakyat disakau, negara digadai, swkarang hak memilih rakyat dinafikan! Apalagi yg tinggal??? Taik jho lo jer yg berterabur jadi santapan macai @ anjing belaan najib.

Sad day for malaysian! Kita dah boleh agak kemana keputusan akan memihak, bukan kerana undi tetapi kerana penipuan yg telah dan bakal dilakukan.

Sambil berusaha, mari kita sesama berdoa kerana doa itu senjata org mukmin! Swmoga penguasa yg zalim tumpas!

kjaklsja
kjaklsja
28 April 2018 3:31 pm

Xpa hero kalah dulu… person laugh last laughtbthe best

Ady Unixmoment
Ady Unixmoment
28 April 2018 3:25 pm

spr jadi.ajen umngok

mad
mad
28 April 2018 3:18 pm

FIRST?

Sumiriyi
Sumiriyi
28 April 2018 9:07 pm
Reply to  mad

Banyak calon-calon Pakatan telah disqualified dengan alasan yang tidak masuk akal dan munasabah. Di Negeri Sembilan contohnya, pasal tak ada pas masuk pun disqualified. SPR strict tidak bertempat. Lebih kepada menyalah guna kuasa. Boleh rujuk kenyataan rasmi Rafizi Ramli berhubung perkara kini telah viral. Tian Chua disqualified kononnya kerana telah dijatuhi hukuman oleh mahkamah. Padahal Mahkamah Tinggi dah maklumkan yang Tian Chua LAYAK bertanding. PRU ke-13 ada precedent case yang Tian Chua sememangnya layak pasal denda dia tak sampai tahap yang menyebabkan beliau hilang kelayakan. Tetapi nampaknya SPR lagi ‘arif’ dari hakim Mahkamah Tinggi. Tian Chua kononnya telah dijatuhi hukuman… Read more »

Shafiek Abdat
Shafiek Abdat
28 April 2018 11:44 pm
Reply to  mad

S.P.R
Support Parti Rasuah

abda
abda
28 April 2018 11:51 pm
Reply to  mad

Budi bicara dari SPR, Shahbudin sebut. Kepala Bapak SPR (pinjam kata2 Najib). Kalau dah berbulan bulan memikirkan, membincang, melaksanakan penukaran sempadan kawasan pilihan raya (re-delineation of electoral boundaries) untuk memberi kelebihan (advantage) kapada BN, mana tak otak depa dah mereng ke BN. Celaka SPR. Bawa malang kapada phak Pembangkang. Kalau mereng hingga gila, bagus, boleh di heret ke hospital gila setaf nya yang terlibat buat begitu. Bagus nya ia lah saperti yang telah di cadangkan beberapa pihak di Parlimen dll: jadikan SPR bertanggung jawab kapada Parlimen dan beroperasi di bawah arahan suatu Jawatankuasa bipartisan Parlimen, ia itu JK yang terdiri… Read more »

Ronin
Ronin
29 April 2018 2:20 am
Reply to  mad

Kes-kes ini blh dibawa ke mahkamah. InsyaAllah PH ambil alih kerajaan, pilihanraya kecil akan dibuat. Pd masa tu PH blh memastikan proses keadilan diperolehi.

rahman jpc
rahman jpc
29 April 2018 3:20 am
Reply to  mad

WOW! d sini saja saya sudah nampak yg SPR akan d saman olih PKR n calun sendiri.
jumlah saman nya sudah tentu berbaloibagi 'mangsa'.

tak perlu juga bimbang kerana sebaik saja PH menawan Putrajaya nanti, semua kes2 'nanya' ini akan d perbetulkan.

Insya'allah.

lebaimodern
lebaimodern
30 April 2018 1:09 am
Reply to  mad

AIDCNews -28/04/18 –Parti Amanah Negara meluahkan kekecewaan dengan prestasi PKR berdasarkan penamaan calon wakil rakyat parti Keadilan itu hari ini. Sentimen kekecewaan Amanah itu diluahkan oleh wartawan pro-Amanah, Malaysia Dateline, Arif Atan. “PKR mengecewakan. “Apa masalah PKR ni sampai terlepas Dun Rantau? PH kena betul-betul siasat. Dah kena beli? Parti 20 tahun tapi calon tak bersedia macam PKR ni parti baru 20 hari wujud. “Dahlah tamak kerusi sampai ketepikan AMANAH dan PPBM. Di Shah Alam, satu kerusi Dun pun tak beri kepada PPBM. AMANAH jangan cakaplah. Memang PKR fikir dia sorang saja bagus. Semangat berkawan apa macam tu. “Parlimen Batu… Read more »