Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

PAS MENGAKU TERIMA WANG RM2.5 JUTA, TAPI SIAPA PENDERMANYA?

Pas akhirnya mengakui parti itu ada menerima dana sebanyak RM2.5 juta sebagaimana yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar sebelum ini.

Dengan pengakuan itu bermakna Mahfuz tidak berbohong atau membuat fitnah berhubung dakwaan wujudnya dana meragukan yang diterima oleh Pas.

Sebanyak RM1.5 juta dana dikatakan dimasukkan ke dalam akaun Pas Pusat, manakala RM1 juta lagi ke akaun yang dimiliki oleh tiga pemimpin Pas Terengganu.

AJK Pas Pusat, Dr. Zuhdi Marzuki ketika mengakui mengenai wang tersebut bagaimanapun berkata, ia adalah derma individu tertentu kepada Pas.  

Katanya, dana itu bukannya datang daripada UMNO.

Oleh kerana Dr Zuhdi sudah mengakui wang RM2.5 juta itu merupakan suatu derma, satu alasan yang sama digunakan Najib Razak ketika mengakui ada wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadinya, orangramai kini tentunya ingin tahu siapakah individu pemberi derma tersebu?

Adakah beliau itu seorang yang kaya dan ternama, ada perniagaan besar dan mempunyai banyak wang dalam akaunnya sendiri?

Oleh kerana Dr Zuhdi mengatakan wang tersebut adalah derma individu dan tiada kaitan dengan UMNO, pendedahan siapa individu berkenaan tentu saja sangat penting, bukan saja kepada orangramai, malah juga buat Pas sendiri.

Setidak-tidak kita ingin tahu penderma itu bukan ahli UMNO, bukan kroni UMNO dan bukan juga bekerja dengan mana-mana pemimpin UMNO.

Jika tiada apa yang mahu disembunyikan dan Pas juga benar-benar ikhlas, telus serta tulus, Pas seharusnya tiada masalah untuk mendedahkannya.

Pernahkah Pas selama ini menerima derma dalam jumlah sebanyak itu daripada mana-mana individu?

Jika selama ini Pas banyak bergantung kepada derma ahli-ahlinya melalui kutipan tin milo, mengapakah sejak berbaik dengan UMNO ini Pas tiba-tiba mendapat derma individu dalam jumlah yang besar?

Tindakan Pas terus berteka-teki dengan sekadar mengatakan ia derma, tetapi tidak berani mendedahkan butiran lengkap pendermanya, semuanya ini hanya menjadikan Pas sama seperti Najib saja kelakuan dan perangainya.

Atau adakah Pas sendiri belajar daripada Najib berhubung penggunaan alasan derma itu? (ShahbudinHusin 20/04/2018)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

68 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
68
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x