Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

SIAPA YANG KERAJAAN LEBIH SAYANG – SYARIKAT CHINA ATAU RAKYAT MALAYSIA?

Berikutan pendedahan oleh Husam Musa semalam berhubung pelepasan cukai GST yang diberikan  kerajaan kepada syarikat China yang melaksanakan projek membina Laluan Keretapi Pantai Timur atau ECRL, Jabatan Kastam Diraja Malaysia hari ini tampil mengesahkan perkara tersebut.
Ketua Pengarahnya, Subromaniam Tholasy berkata, Jabatan Kastam memberikan sokongan kepada pelepasan cukai GST yang diberikan oleh Kementerian Kewangan kepada China Communications Construction Company atau CCCC itu.
“Ia bagi mengurangkan kos projek yang berorientasikan  kemudahan awam.
“Secara amnya, pelepasan cukai GST itu adalah bagi memastikan  projek strategik ECRL dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi manfaat besar kepada rakyat,” ujar beliau.

Tidakkah dengan pengesahan Jabatan Kastam berhubung pelepasan cukai kepada CCCC ini bermakna kerajaan akhirnya akur dan menerima hakikat dengan sungutan ramai bahawa cukai GST telah menaikkan kos dan  menjadi beban tambahan kepada syarikat dan orangramai?
Tetapi, kenapa hanya kepada syarikat China saja diberikan pelepasan cukai GST itu?
Mengapa sekian banyak bil bulanan yang biasa menjadi keperluan rakyat tetap dikenakan cukai GST dan bukankah ia melibatkan kepentingan ramai juga?
Sementara syarikat tempatan, orang susah, orang miskin, orang tua, orang kurang upaya dan kanak-kanak secara borong dikenakan cukai pukat harimau GST, mengapakah syarikat daripada China dikecualikan daripadanya?
Apakah yang menyebabkan kerajaan sayang sangat kepada syarikat China berbanding rakyat tempatan sendiri?
Siapa yang kerajaan mahu jaga dan lebih sayangi sebenarnya – syarikat daripada China atau rakyat Malaysia?
Dengan kos projek sebanyak RM55 bilion, bayangkan berapa banyak kerajaan sanggup kehilangan pendapatan daripada syarikat China itu, sedangkan rakyat yang minum secawan teh tarik pun dikenakan cukai GST?
Apakah jenis kerajaan yang kita ada sekarang ini dan tidakkah ini sebab yang kuat untuk menolak BN dalam pilihanraya 9 Mei depan? (ShahbudinHusin 17/04/2018)
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

65 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
65
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x