Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

ADAKAH INI BUKAN RASUAH?

Menjelang pilihanraya ini, selain menabur pelbagai peruntukan dan projek pembangunan segera di sana sini, Najib Razak hari ini melebarkan lagi petunjuk takut kalahnya dengan menghulurkan bantuan bernilai RM800 kepada pemandu-pemandu teksi menerusi Kad Bantuan Teksi 1Malaysia.
Melalui peruntukan RM800 yang terdapat dalam kad tersebut, ia boleh digunakan oleh pemandu teksi untuk mengisi minyak dan NGV di mana-mana stesen Petronas di seluruh negara.
Selain itu, menerusi kad tersebut juga, pemandu teksi akan menerima perlindungan insurans peribadi bernilai RM50 ribu serta pelbagai kemudahan lain di bawah Program Kesetiaan Mesra Petronas.
Selain pemberian ini menunjukkan Najib semakin gagal melindungi ketakutan dalam hatinya terhadap kekalahan yang semakin di ambang mata, ini juga adalah satu rasuah politik yang terang lagi nyata kepada pengundi menjelang pilihanraya.
Wahai SPRM, takkan tutup mata saja dengan perlakuan Najib ini?
Atau beranikah SPRM mengisytiharkan pemberian Najib itu bukan suatu rasuah politik?
Jika pemandu teksi diberi rasuah politik bernilai RM800 setiap seorang,  bagaimana dengan kelompok pengundi-pengundi yang lain?
Tentulah tidak munasabah jika hanya pemandu teksi saja yang diberikan habuan tunai, sedangkan kelompok pengundi yang lain tidak diberikan apa-apa.
Adakah pemandu teksi saja yang penting dan boleh menjamin kemenangan Najib dan BN, manakala yang lain-lain tidak penting?
Jika demikian, apakah selepas ini lebih banyak lagi kelompok pengundi yang akan Najib temui sambil beliau juga akan bermurah hati menghulurkan wang kepada mereka?
Kalau begitu, berapa banyak pemberian tunai akan digunakan Najib sepanjang kempen pilihanraya kali ini?
Di mana beliau dapat wang untuk semua itu?
Untuk pemberian kepada pemandu teksi ini, adakah wang RM800 yang diberi Najib itu wang daripada poketnya sendiri, wang BN atau wang kantung Petronas? (ShahbudinHusin 13/04/2018)
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

51 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
51
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x