Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

BEZA TUN MAHATHIR DENGAN NAJIB

Para pengampu Najib Razak, termasuk beberapa menteri dan timbalan menteri, demi mempertahankan keputusan SPR mengadakan hari pengundian PRU 14 pada hari Rabu, turut menyatakan bahawa perkara yang sama juga berlaku ketika era kepimpinan Tun Mahathir Mohamad dahulu.
Mereka membandingkan bahawa pada PRU 1995 dan 1999, hari pengundian juga diadakan pada hari bekerja.
Dengan demikian, kata mereka,  apa beza antara Najib dengan Tun Mahathir?
Apa yang mereka barangkali lupa ialah meskipun Tun Mahathir bersetuju dengan pilihan SPR mengadakan pilihanraya pada hari bekerja di tahun 1995 dan 1999 itu, beliau kemudiannya telah mengisytiharkan cuti umum di seluruh negara untuk hari berkenaan.
Hari mengundi yang diisytiharkan sebagai cuti umum itu ialah pada Isnin, 24 April 1995 dan Isnin juga, 29 November 1999.
Yang lebih cantiknya, dengan mengadakan hari pengundian yang jatuh pada hari Isnin di kedua-dua pilihanraya tersebut dan kemudian mengisytiharkannya sebagai cuti umum, rakyat telah mendapat tiga hari cuti sebagai kemudahan serta keselesaan kepada mereka untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
Tapi, apa yang Najib lakukan?
Sudahlah pemilihan hari pengundi kali ini diadakan pada “hari tersepit” iaitu Rabu di mana jika pengundi luar yang mengundi di Kelantan atau Kedah misalnya, mereka perlu mengambil sekurang-kurangnya dua hari cuti tahunan, Najib juga  tiada keberanian untuk mengisytiharkan tarikh 9 Mei  itu sebagai cuti umum?
Kenapa Najib tak seberani Tun Mahathir? (ShahbudinHusin 11/04/2018)
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

69 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
69
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x