Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

BN MASIH LAGI KERAJAAN ATAU SUDAH JADI PEMBANGKANG?

Jika BN menang PRU 14 (1)….

Jika BN menang PRU 14 (2)….

Jika BN menang PRU 14 (3)….

Jika BN menang PRU 14 (4)….

Daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan beberapa menteri, semuanya kerap mengungkapkan perkataan “jika menang PRU 14” dalam kebanyakan janji-janji yang dilafazka sejak kebelakangan ini.

Kenapa mesti menang PRU 14 terlebih dahulu baru mahu menunaikan janji-janji tersebut?

Bukankah BN sekarang ini sudah jadi kerajaan dan kuasa sedang berada dalam genggaman?

Sudah 60 tahun berkuasa, tak puas lagikah menipu rakyat dengan janji demi janji yang kononnya hanya akan ditunaikan jika terus diberi kuasa?

Kenapa Najib Razak hanya mahu menaikkan bantuan khas kepada pesawah padi selepas “jika menang PRU 14”?
Kuasa yang sedang dalam genggaman untuk apa?

Adakah kuasa tersebut hanya untuk menolong Jho Low saja?

Begitu juga, kenapa Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri berjanji untuk menghapuskan judi di Kelantan hanya “jika BN menang PRU 14” di negeri itu?

Bukankah sekarang beliau sudah boleh menghapuskannya kerana kuasa polis berada dalam tangannya dan ia tiada kaitan dengan soal siapa yang memerintah negeri Kelantan?

Jika benar mahu demi akidah, mengapa dengan kuasa yang ada sebagai Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi tidak mahu menghapuskan sama judi di seluruh negara, termasuk kedai-kedai judi yang mungkin ada di Bagan Datuk sendiri?

Kita mungkin tidak hairan jika pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan menyelitkan perkataan “jika menang PRU 14” itu dalam janji-janji mereka kerana sememangnya kuasa belum berada dalam genggaman mereka dan hanya setelah kuasa diperolehi barulah segala janji dapat ditunaikan.

Tapi, apa hal BN yang sedang berkuasa pun masih menunggu “jika menang PRU 14 juga”  untuk menunaikan janji mereka?

Ataukah semua ini petanda pemimpin BN sekarang sedang belajar untuk jadi pembangkang selepas PRU 14 akan datang? (ShahbudinHusin  05/04/2018)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

117 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
117
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x