Month: April 2018

DAPATAN TERBARU – UNDI MELAYU SOKONG BN HANYA 18 PERATUS

DAPATAN KAJISELIDIK PENGUNDI SETAKAT APRIL 2018: UNDI MELAYU BN MERUDUM KEPADA 18 PERATUS SAHAJA MAKLUMAT AM  Kajiselidik dijalankan melalui telefon oleh penemuramah (“call agents”) yang bercakap dengan pengundi yang dipilih secara rawak oleh sistem computer.  Kajiselidik disertai oleh 1,961 pengundi berdaftar yang maklumat mereka telah disahkan sama dengan daftar Pengundi. Kajiselidik berjalan di […]

APA NAK JADI DENGAN SPR SEJAK DI BAWAH TERAJU HASHIM INI?

Satu demi satu kelemahan dan sikap berat sebelah SPR terdedah dalam pilihanraya kali ini. Di sebalik ia menguatkuasakan peraturan tambahan yang tidak membenarkan gambar Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim diletakkan sebagai bahan kempen dengan menggunakan alasan hanya gambar presiden dan timbalan presiden parti yang bertanding saja dibenarkan, sebuah komponen BN iaitu MCA telah memasang beberapa […]

MAHKAMAH SEHARUSNYA BUAT KEPUTUSAN SEGERA DALAM KES BATU DAN RANTAU, BUKAN SELEPAS 9 MEI

Difahamkan kedua-dua calon PKR, Tian Chua dan Dr. S Streram yang tidak dapat atau lebih tepat dihalang daripada menyertai pilihanraya pada 9 Mei depan akan membawa kes mereka ke mahkamah pada esok, 30 April 2018. Tian Chua ditolak kertas pencalonan semalam kerana didakwa ada sabitan kes mahkamah yang menghukumnya dengan denda sebanyak RM2000, meskipun pada […]

SUDAH 14 KALI PILIHANRAYA, MENGAPA PASUKAN KESELAMATAN MASIH TAK FAHAM PERATURAN SPR?

Ini adalah arahan yang dikeluarkan oleh SPR yang terdapat di mana-mana pusat penamaan calon di seluruh negara. Adakah terdapat keperluan mengenai pas masuk SPR? Ini pula arahan yang lebih spesifik daripada SPR di mana jelas disebut, seseorang yang berhasrat menjadi calon yang datang bersama pencadang dan penyokong, walaupun tanpa pas masuk, Pegawai Pengurus Pilihanraya boleh […]

TERIMA KASIH SPR….

Sebaik tamat proses penamaan calon, SPR sekali lagi mengundang kecaman yang tidak sedikit daripada orangramai berikutan beberapa tindakan badan pengendali pilihanraya itu yang dilihat kurang adil, berat sebelah dan seperti tanggapan biasa – mahu memberi kelebihan kepada UMNO dan BN. Kes pertama – calon PKR di DUN Rantau ditolak pencalonannya kerana tidak membawa pas masuk […]

HARI PENAMAAN CALON – LANGKAH PERTAMA KE ARAH PERUBAHAN, MALAYSIA AKAN BERTAMBAH KOTOR JIKA BN TIDAK DIKALAHKAN

Hari ini adalah hari penamaan calon  bagi pilihanraya ke-14 dan merupakan langkah pertama ke arah perubahan yang diidam-idamkan oleh majoriti rakyat Malaysia. Selepas ini dan ruang masa kempen selama 11 hari sebelum hari pengundian pada 9 Mei depan, ia adalah detik penting bagi merubah wajah negara yang telah dikotorkan oleh kepimpinan Najib Razak sehingga Malaysia […]

TIADA MENTERI UMNO DIGUGURKAN, BERMAKNA KABINET LAMA NAJIB AKAN KEKAL JIKA BN MENANG LAGI

Berdasarkan senarai calon-calon BN yang diumumkan setakat ini, kecuali jika ada perubahan di saat akhir sebelum hari penamaan calon esok, ia menunjukkan semua menteri-menteri daripada UMNO dipilih semula untuk bertanding pada pilihanraya 9 Mei depan. Begitu juga menteri besar dan ketua menteri daripada UMNO, semuanya juga dicalonkan semula untuk bertanding di peringkat DUN. Ini dengan sendirinya memberi […]

BAHAYA MENGUNDI BN, KENAIKAN BERGANDA HARGA MINYAK BAKAL MENANTI SELEPAS 9 MEI NANTI?

Berikutan harga minyak kekal tidak berubah sejak 5 minggu lalu, Menteri Kewangan Kedua, Johari Ghani menyatakan ia adalah kerana kenaikannya ditangguhkan buat sementara waktu. Kata beliau, penangguhan kenaikan dilakukan oleh Najib Razak walaupun berdepan tekanan peningkatan ketara harganya di peringkat global. Walaupun Johari tidak menyebut sebab-sebab kenaikan itu ditangguhkan buat sementara, tetapi tidaklah sukar menjangka […]

APA SUDAH JADI DENGAN SPR?

Nampaknya tidak habis-habis SPR mencari jalan untuk memberi kelebihan kepada Najib Razak, UMNO dan BN memenangi pilihanraya pada 9 Mei depan. Berbanding memastikan seluruh proses pilihanraya berjalan dengan adil dan telus, SPR seolah-olah dalam waktu yang sama hanya mahu memberi tekanan kepada parti-parti lawan. Selepas membuat lakaran baru kawasan-kawasan pilihanraya yang dilihat mahu menguntungkan UMNO […]

LETAK JAWATAN SAJA TIDAK MEMADAI, PUAD ZARKASHI WAJIB JADI CALON BEBAS LAWAN NAJIB DI PEKAN

Dr. Puad Zarkashi yang kecewa kerana namanya tidak dipilih sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen Batu Pahat akhirnya mengambil keputusan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah JASA, berkuatkuasa semalam. Sambil mendakwa sistem pemilihan calon dalam BN sudah rosak, Dr. Puad juga mengatakan tidak berbaloi lagi baginya untuk terus mempertahankan kerajaan melalui JASA. Dengan itu, tambah beliau, […]

CUCU TUN GHAFAR MAMPU 'PENINGKAN KEPALA' ANAK TUN RAZAK….

Meskipun hanya terkemudian dicalonkan, pemilihan Ahli MPT Bersatu, Zahid Md Arip untuk menentang Najib Razak di kerusi Parlimen Pekan pada pilihanraya 9 Mei depan secara umumnya disambut baik oleh para pencinta perubahan. Sebelum ini, Ketua Bersatu Bahagian Indera Mahkota, Kamarul Ariffin Mohd Shahar telah dinamakan sebagai calon Pakatan Harapan bagi kerusi Parlimen Pekan, tetapi Tun Mahathir Mohamad […]

MAHU DIJADIKAN APA TIGA BEKAS MENTERI INI ATAU IA PETANDA NAJIB SUDAH 'BUANG TABIAT'?

Ada semacam kejanggalan, keluarbiasaan dan tidak masuk akal apabila tiga bekas menteri ini dipilih semula oleh Najib Razak untuk bertanding dalam pilihanraya 9 Mei depan akan datang. 1 – Zulhasnan Rafique, bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Duta Besar Malaysia ke Amerika tanpa disangka-sangka dipilih semula sebagai calon untuk bertanding di Parlimen Setiawangsa. Ketika Najib Razak […]

TINDAKAN KHALED, ZAMBRY TANDING DUA KERUSI BAYANGAN JOHOR, PERAK BAKAL MILIK PAKATAN HARAPAN

Dalam UMNO, bukanlah suatu kelaziman bagi mana-mana pemimpinnya bertanding dua kerusi – satu Parlimen dan satu DUN – secara serentak. Ini kerana UMNO dan BN merupakan parti yang besar dan ramai yang berebut-rebut mahu menjadi calon. Selain itu, UMNO dan BN juga sudah lama menjadi kerajaan, maka pembahagian untuk bertanding itu perlu dilakukan secara lebih […]

SUDAHLAH TAK CERDIK, CUBA MENIPU PULAK TU!!!

Setelah sebelum ini menjanjikan pemberian BR1M bernilai RM2,500 jika beliau menjadi Perdana Menteri, Naib Presiden Pas yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah kini tampil lagi dengan janji barunya yang lebih sensasi.  Kali ini beliau menjanjikan akan memberi cuti selama dua tahun kepada ibu-ibu yang bersalin dan melahirkan anak. Tetapi, sama sepertimana […]

DI SISI NAJIB, HASAN MALEK NAMPAKNYA 'LEBIH MULIA' BERBANDING ISA SAMAD…

Jika pagi tadi ramai yang terkejut dengan tidak tersenarainya nama Ketua Pengarah JASA, Ahli MT UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Dr. Puad Zarkashi sebagai calon bagi pilihanraya 9 Mei ini, satu lagi “kejutan kecil”  berlaku di Negeri Sembilan petang ini apabila Isa Samad turut diketepikan sama. Isa adalah Ahli Parlimen Jempol sebelum Parlimen dibubarkan 7 […]

PENGAMPU NOMBOR SATU KECUNDANG JUA AKHIRNYA…..

Siapa yang tidak kenal dengan Dr. Puad Zarkashi, terutama sejak beliau kalah pada pilihanraya 2013 dan kemudian dilantik sebagai Ketua Pengarah JASA. Meskipun JASA adalah sebuah agensi kerajaan yang berperanan menerangkan hal-hal berkaitan dasar kerajaan kepada rakyat, tetapi Dr. Puad seolah-oleh menjadikan JASA alat propaganda untuk mempertahankan tubuh badan Najib Razak, Rosmah Mansor dan menyerang […]

TSUNAMI RAKYAT SEMAKIN MENUJU KENYATAAN

Pagi tadi, Pengerusi BN Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan senarai calon BN negeri bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang. Malam ini pula diadakan ceramah umum Pakatan Harapan di Wangsa Maju, salah satu kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan yang dihadiri oleh Tun Mahathir Mohamad dan lain-lain pemimpin utama gabungan pembangkang itu. Lihatlah kehadirannya…. Petandanya […]

UMNO SUDAH MULA BERGOLAK….

Calon-calon UMNO di seluruh negara untuk pilihanraya 9 Mei depan, kecuali untuk beberapa negeri, dijangka akan diketahui secara rasminya bermula hari ini. Pengerusi-pengerusi perhubungan UMNO/BN dijadualkan akan menyerahkan tauliah yang ditandatangani oleh Najib Razak sebagai calon PRU 14 di negeri masing-masing.  Bagi yang terpilih sebagai calon, individu berkenaan sudah pun dihubungi dan dimaklumkan secara rasmi,  begitu juga dengan […]

BUKU YANG MESTI DIMILIKI SEBELUM 9 MEI INI

Dalam penulisan buku-buku politik, nama Ahmad Lutfi Othman barangkali tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau merupakan antara penulis yang banyak mengupas isu-isu pergolakan dalam UMNO dalam bentuk buku, terutama yang melibatkan Tun Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Ghafar Baba, Najib Razak dan lain-lain pemimpinnya. Kerancakannya berkarya lebih memuncak lagi apabila Anwar dipecat daripada UMNO dan meskipun Anwar […]

UMNO TERHARAM ADALAH TANDA KEGAGALAN NAJIB YANG TIDAK HARUS DIMAAFKAN OLEH AHLI2 PARTI ITU

Apa pun hujah dan alasannya, kegagalan UMNO mengadakan pemilihan sehingga ia kini berdepan kemungkinan menjadi pertubuhan yang diharamkan, tidak lain adalah tanda gagalnya Najib Razak sebagai presiden parti itu. Kegagalan ini tidak seharusnya dimaafkan oleh ahli-ahli UMNO kerana setelah beliau merosakkan imej parti dengan pelbagai perangai dan kelakuannya sejak menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO […]