Jika semalam Rais Yatim mengingatkan Salleh Said Keruak bahawa Jho Low sedang dicari oleh 8 negara serta meminta siasatan dibuka terhadapnya, hari ini beliau nampaknya bersuara lagi.
Kali ini Rais bersuara berhubung kenyataan Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun yang menyatakan Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB.
Kata beliau, kiranya begitu anggapan IGP, maka wajar disyorkan agar Jho Low dapat dibawa kembali ke tanahair tanpa sebarang prasangka.
Selain itu, beliau juga mengucapkan tahniah kepada pihak polis kerana berjaya membuat keputusan kilat dalam waktu yang singkat dalam membersihkan Jho Low.
Betul juga syor Rais kali ini…jika benar Jho Low tidak bersalah dan tiada kaitan dengan 1MDB, kenapa beliau masih bersembunyi?
Pulanglah ke Malaysia dan mari berdepan sebagai lelaki berani dengan seluruh rakyat Malaysia.
Hmmm…apa komen segala pengampu dan macai Najib terhadap saranan Rais ini? (ShahbudinHusin 09/03/2018)