Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

KENAPA ZAHID HAMIDI TAK MAHU BERTANDING LAGI? SUDAH TERPADAMKAH CITA-CITA MAHU JADI PERDANA MENTERI ATAU SEDAR TEMPATNYA AKAN DIISI OLEH HADI?

Secara tiba-tiba dan entah disampuk apa, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi semalam mengumumkan PRU 14 adalah pilihanraya terakhir baginya.
Katanya, beliau sudah pun menyediakan pelapis bagi menggantikan tempatnya di Bagan Datuk.
Dalam waktu yang sama, Zahid Hamidi juga sempat menyindir Tun Mahathir Mohamad dengan berkata, beliau mengumumkan pengundurannya itu kerana tidak mahu terus kekal dalam politik sehingga ke usia 93 tahun.
Kenapa Zahid Hamidi secara tiba-tiba mengumumkan tidak mahu bertanding lagi?
Apakah Zahid Hamidi tidak mahu menjadi Perdana Menteri selepas Najib?
Bukankah, sebagaimana dakwaan Tun Mahathir, beliau pernah menemui bekas Perdana Menteri itu tidak lama selepas dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu untuk mendapat sokongan bagi mengambil alih tempat Najib?
Sudah terpadamkan cita-cita itu sekarang ini?
Tak kesiankah juga Zahid Hamidi dengan para penyokongnya yang sudah sekian lama berharap beliau dapat menjadi Perdana Menteri akhirnya?
Ataukah ini menunjukkan Zahid Hamidi sudah dapat merasakan PRU 14 akan dimenangi akan oleh Pakatan Harapan, lalu tiada gunanya lagi beliau terus bertanding selepas itu?
Tetapi, bagaimana jika BN terus kekal lagi, maka tidak menyesalkah Zahid Hamidi mengumumkan lebih awal tidak mahu bertanding selepas PRU 14 nanti?
Sebenarnya banyak persoalan timbul dan bermain di fikiran orangramai di sebalik pengumuman Zahid Hamidi kali ini, tambahan lagi beliau belumlah terlalu tua untuk mengumumkan pengundurannya sekarang ini.
Zahid Hamidi hanyalah beberapa bulan lebih tua berbanding Najib dan dalam usia sepertinya, masih tidak menjadi kesalahan untuk terus mengejar cita-cita politik yang lebih tinggi.
Tetapi,  yang nyatanya dengan pengumuman itu, Zahid Hamidi seolah-olah tidak yakin lagi tentang masa depannya, apatah lagi untuk terus mengejar kerusi Perdana Menteri selepas ini.
Pertarungan dalam PRU 14 tidak dinafikan hanya memungkinkan dua perkara – sama ada BN tumbang atau kekal berkuasa lagi itu, itu pun paling mungkin dengan terpaksa mengemis sokongan daripada Pas.
Lantaran dua kemungkinan itu, sekiranya BN kalah, Zahid Hamidi dianggap telah membuat keputusan paling tepat dengan mengumumkan pengundurannya lebih awal.
Andai kata BN terus kekal berkuasa pula, tetapi dengan hanya adanya sokongan Pas melalui pembentukan kerajaan campuran, Zahid Hamidi juga barangkali dapat merasakan tempatnya sebagai orang nombor dua dalam kerajaan sudah tidak selamat lagi kerana pastinya tempat itu akan diisi oleh Hadi Awang, sekutu baru kepada Najib, UMNO dan BN.
Hadi Awang sendiri mengumumkan, jika Pas gagal mendapat majoriti untuk mentadbir negara (sebenarnya memang akan gagal pun), parti itu sedia membentuk kerajaan campuran atau menjadi penasihat kepada kerajaan.
Jika demikian, pastinya jika ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, Hadi tidak akan menolaknya.
Najib selepas itu akan terus mentadbir negara ini sambil mempunyai ruang yang cukup terbuka untuk melantik sepupunya, Hishammuddin Hussein bagi mengambil alih tempatnya bila ketikanya beliau mahu berundur nanti.
Dengan sendirinya, maka terpadamlah impian dan cita-cita Zahid Hamidi untuk mengejar kerusi Perdana Menteri, tidak kira sama ada BN dapat dikalahkan oleh Pakatan Harapan atau sekiranya terus kekal berkuasa lagi.
Selamat bersaralah untuk Zahid Hamidi!! (ShahbudinHusin 19/03/2018)
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

77 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
77
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x