RAKYAT LEBIH MENDERITA JIKA NAJIB KEKAL BERKUASA

Ke mana-mana saja Najib Razak pergi sekarang ini, beliau terlihat begitu baik hati dan pemurah. Ada saja projek baru, peruntukan baru, sumbangan baru dan dedak baru yang akan dihulurnya.

Ternampak beliau begitu mudah  meluluskan peruntukan pembangunan berbilion-bilion di kawasan pilihan, tambahan bangunan hospital,  turapan jalanraya, kemudahan lampu isyarat dan macam-macam lagi.
Tidak cukup dengan itu, elaun anggota Rela juga dinaikkan secara tiba-tiba. Imam dan bilal masjid turut diminta beratur menerima kupon yang boleh ditukar dengan wang tunai dengan segera.
Di tempat beliau melakukan lawatan pula, selalunya ada saja pesta jualan murah seperti ayam, keperluan harian dan sebagainya diadakan sama.
Sebagai tambahan lagi, Najib secara spontan akan memberikan sedekah ayam, sebagaimana dilakukannya di Terengganu baru-baru ini, kepada beberapa pengunjung untuk menunjukkan baiknya hati beliau sebagai seorang pemimpin.
Adakah Najib benar-benar pemimpin yang baik yang perlu rakyat kekalkan lagi kuasa pemerintahannya?
(Untuk keharmonian bersama, komen menggunakan nama Anonymous tidak lagi dibenarkan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran) 

Tidaklah sukar menjangka bahawa semua yang dilakukan Najib itu tidak lebih hanyalah gimik untuk menang pilihanraya saja. Setelah hampir 10 tahun menyusahkan rakyat dengan bebanan kos sara hidup, kenaikan harga barang, penarikan subdidi dan jerutan baru cukai GST, semua yang dilakukannya sekarang adalah semata-mata untuk menutup segala kelemahan, pekung, panau dan sopak dalam pentadbirannya selama ini.
Pemberian projek-projek segera hanyalah untuk mengabui dan melawan kekuatan parti lawan.
Selain itu, pemberian itu juga adalah sebagai  percubaan Najib untuk menutup skandal 1MDB yang akibat daripadanya ada wang beribu juta dalam akaun peribadinya, isterinya Rosmah Mansor dihadiahkan barangan kemas jutaan ringgit, anak tirinya Riza Aziz mampu membeli beberapa kondo mewah di Amerika dan Jho Low tiba-tiba mencanak sebagai bilionaire baru yang menjadi buruan artis-artis Hollywood.
Semua perlakuan Najib untuk memenangi hati rakyat dan menang piliharaya ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini. 
Mereka yang sebelumnya, setiap kali pilihanraya, hanya menjanjikan harapan dan masa depan yang lebih baik jika terus diberi kepercayaan menjadi kerajaan, tetapi Najib lebih gemar memberikan sesuatu dalam bentuk habuan dan umpan.
Pemimpin yang tiada skandal dan tidak pernah dikaitkan dengan kecurian wang untuk diri sendiri, isteri dan anak-anak, memang tidak takut untuk menjanjikan harapan bagi depan kerana tiada apa yang perlu dirisaukan apabila mereka berbuat demikian.
Sebaliknya, mereka yang terkait skandal akan sentiasa diburu keraguan dan kesangsian untuk menjanjikan masa depan. Mereka bimbang janji-janji mereka tidak dipercayai atau kesalahan dalam skandal diperkatakan ramai.
Cara mudah untuk menutup skandal diri itu ialah dengan memberi habuan dan peruntukan segera kepada rakyat seolah-olah mereka pemimpin yang pemurah dan baik hati.
Itulah yang dilakukan Najib sekarang ini. Ke mana saja beliau pergi, pasti ada program pemberian tunai dan penyerahan habuan dilakukan.
Jika perlakuan beliau ini boleh difahami semata-mata untuk menutup pekung, panau dan sopak berkaitan diri serta  kepimpinannya, bahaya yang menanti selepas memperolehi kuasa nanti adalah lebih berganda sebenarnya.
Semua yang diberikannya hari ini adalah daripada wang rakyat atau wang kita juga dan sudah tentu tindakan itu akan menambahkan lagi perbelanjaan atau jika tidak cukup wang, akan ditampung melalui penambahan hutang. 
Apabila hutang bertambah, wang untuk perbelanjaan semasa akan berkurangan. Tidak saja projek-projek pembangunan untuk kemudahan rakyat akan tergendala, bahkan bajet untuk mengurus pentadbiran kerajaan pun tidak mustahil akan berdepan masalah.
Oleh itu, mengekalkan lagi Najib terus memberi risiko kadar GST akan dinaikkan, lebih banyak subsidi akan dihapuskan dan harga minyak terus tidak stabil, selain rasuah dalam pentadbiran kerajaan serta skandal dan kemewahan dalam keluarga atau kroni Perdana Menteri menjadi sesuatu yang tidak berpenghujung. (ShahbudinHusin 12/03/2018)
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 2:00 pm
Subscribe
Notify of
guest

39 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Jugam Celum
Jugam Celum
13 March 2018 3:21 am

Tahniah tuan… Dah takde sampah sarap yang menyemak kat ruang komen!

ntahla ntah
ntahla ntah
12 March 2018 9:57 pm

Bila nk PRU ni????

Khatijah Nuno
Khatijah Nuno
12 March 2018 4:49 pm

Aah, nyaman, halaman Budin ni, aman dan damai sikit si Kejora Gila dah kurang hujah2 dan komen2 zero value nya di sini although someone said he is still around. Sure lah faham faham najis ni kan walau pun dah di buang atau tutop pintu/tingkap , masih ada lagi bau nya. Unless dibasuh betul2 (means blocked him permanently) baru la takde bau2 busok tu kat sini . Thanks Tuan Budin. Selamat berjuang semua. Long live justice …. and good riddance to rubbish (PM, BN, Umnongok and cronies, oops also the lapdogs & bootlickers, and dedak eaters too huhuhu

Si kacak
Si kacak
12 March 2018 11:31 am

yeay..harapnye mak badak akan ditangkap

dad
dad
12 March 2018 10:05 am

nice move syah, getting rid of trolls!

not sure if this true. latest news, najib's war room is moving ahead to making it illegal to talk, to write anything on 1mdb. is this a sign of desperation? they have banned it in parliment, now they want to do a blanket ban, while across the border, they are speechless.

omar daud
omar daud
12 March 2018 10:19 am
Reply to  dad

Anything can happen,najib is so desperate,should PH govern this country,he knows where he/rosmah heading to!

omar daud
omar daud
12 March 2018 9:29 am

thanks budin for the new rule!

Unknown
Unknown
12 March 2018 9:27 am

Janji pru13 dah habis ditunaikan najib?

Zack Armstrong
Zack Armstrong
12 March 2018 10:03 am
Reply to  Unknown

Belum lagi. Tunggu dia masuk penjara.

Tajul
Tajul
12 March 2018 3:34 pm
Reply to  Unknown

Kalau janji melayu tu semua dh sedia maklum

Rupanya janji bugis lebih dahsyat lagi

rance
rance
12 March 2018 9:21 am

Hello John Storm, is it you who was storming around this web site?

Cik Minah
Cik Minah
12 March 2018 8:45 am

GOOD……………..!
Terima kasih Encik Shahbuddin, kalau tak, saya
malas nak masuk sini.

john storm
john storm
12 March 2018 8:22 am

Wah…

Ada kemajuan …
nampak lebih harmoni…

Zack Armstrong
Zack Armstrong
12 March 2018 10:02 am
Reply to  john storm

Terima kasih Budin.

mustafa8785
mustafa8785
12 March 2018 8:00 am

mcm ni bagus tuan budin, senang baca komen2 dari semua berkenaan.

Permadu Malaysia
Permadu Malaysia
12 March 2018 7:58 am

Semoga para pengundi memilih calon2 secara rasional di pru14 nanti. Menidakkan kebaikan BN sama sekali rasanya tak wajar juga.

Tajul
Tajul
12 March 2018 8:21 am

Kebaikan BN zaman bila tu tuan?

Zack Armstrong
Zack Armstrong
12 March 2018 10:02 am

Kebaikkan dan kegemilangan BN hanya di zaman Tun sahaja. Lepas tu bn merudum dan merompak duit rakyat.

Siapa sebenarnya PN Malaysia skrng ni?

Najib atau Rosmah?

Mohd Sufian
Mohd Sufian
12 March 2018 7:16 am

INVOKE predicted BN 76 seats peninsula. PH 89. PAS 00. Sarawak BN mampu menang 25 dan Sabah 15. Maknanya PM kekal. Siallu najissss.

john storm
john storm
12 March 2018 8:27 am
Reply to  Mohd Sufian

BN 76 seats means ppbm no seat..
atau camna…

Banjo
Banjo
12 March 2018 7:04 am

Lega…dh tak de dah sidungu dgn sibebal komen kat sini.Tq budin

Othaman Ahmad
Othaman Ahmad
12 March 2018 2:12 pm
Reply to  Banjo

Dia masih berkeliaran dgn nama samaran lain, cuma dia dah kena didisiplinkan suka2 hati dia kopipes berjela-jela & berulang-ulang untuk menimbulkan kebosanan pembaca2 blog terhadap blog ini.

giorgio
giorgio
12 March 2018 7:03 am

Tak Hairan kalau saya katakan GST Akan naik ke 8% jika pemerintah skg dikekalkan , GST merupakan cara yang paling mudah utk pemerintah mendapat perdapatan…

Mohammad Azren
Mohammad Azren
12 March 2018 6:56 am

Pada saya ,yg paling teruk, bila sistem perundangan Negara dicabuli. Tiada lagi kedaulatan undang-undang. Apatah lagi kesopanan dan kesusilaan.

Tajul
Tajul
12 March 2018 8:20 am
Reply to  Mohammad Azren

Kepercayaan kepada Tuhan pun dah xada

Apa nak cakap lagi..

Adi Sharul
Adi Sharul
12 March 2018 8:56 am
Reply to  Mohammad Azren

Maaflah saya nak komen. Kalau Najib kekal, yg menderita adalah kroni Tun M dan pembangkang, bukannya rakyat keseluruhannya.
(saya rasa komen saya ni tak akan disiarkan)

Othaman Ahmad
Othaman Ahmad
12 March 2018 2:18 pm
Reply to  Mohammad Azren

Anda tersangatlah salah rasa.

Buktinya, komen anda day pun disiarkan. Kalau ikut undang2 najib, anda boleh didakwa kerana menyebarkan berita palsu. Sabit kesalahan, kepala anda boleh kena sabit.

lebaimodern
lebaimodern
12 March 2018 6:28 am

Ada orang kata golongan yang menjadi hamba yang mendengar dan mentaati perintah ALLAH sebagai pak turut lebai sedangkan yang berkata itu pula adalah golongan yang mendengar dan mentaati ajaran dajal yang dijenamakan semula sebagai liberal. Memamg benarlah golonngan pertama itu pak turut lebai dan tidak ada salahnya menjadi pak turut lebai, sebabnya… Lebai adalah cara melayu mengenali ulamak, ulamak itu yang dikatakan lebai dan ulamak pula adalah personaliti contoh dan ikutan umat.Ulama hanya memberitahu dan mengajak umat untuk melakukan segala perintah ALLAH dan meninggalkan segala larangan ALLAH.Jadi sesiapa yang nak tergolong dalam golongan mentaati perintah ALLAH mesti terlebih dulu mendengar… Read more »

Maskinah Damairah
Maskinah Damairah
12 March 2018 5:43 am

FB kena blok ke? Pagi tadi ada lagi …. lepas lunch dah tak boleh access

Khairul anuar Abd malek
Khairul anuar Abd malek
12 March 2018 5:19 am

SILBE KITE,jadi ler…

Malaysiabaru
Malaysiabaru
12 March 2018 5:06 am

KSU KTTHE

SILA LETAK JAWATANG

JANGAN JADI PONDAN

…!!!!

Shafiek Abdat
Shafiek Abdat
12 March 2018 7:33 am
Reply to  Malaysiabaru

Bukan setakat menderita tetapi cilaka badan dibuatnya…..!! Sudahlah Rakyat sekelian humban saja MO1 ke longkang jangan bela peminpin haprak ini……..!!

Tajul
Tajul
12 March 2018 8:19 am
Reply to  Malaysiabaru

Longkang pun xmuat

Dalam jel lebih afdal

lebaimodern
lebaimodern
12 March 2018 9:18 am
Reply to  Malaysiabaru

APABILA anda telah menjadi perdana menteri selama 22 tahun, bukan mudah untuk memberikan harapan baharu kepada rakyat. Orang akan bertanya, mengapakah anda tidak melakukan sebelum ini apa yang anda mahu lakukan sekarang. Namun Tun Dr Mahathir Mohamad dan rakan-rakannya telah melancarkan manifesto Pakatan Harapan minggu lepas. Dalam sistem demokrasi, manifesto ialah satu dokumen pemasaran idea, harapan dan masa depan. Manifesto lebih dari sekadar janji-janji pilihan raya. Saya percaya selepas ini Barisan Nasional dan Gagasan Sejahtera juga akan melancarkan manifesto mereka juga. Dan, saya juga percaya manifesto Barisan Nasional akan lebih komprehensif berbanding Pakatan Harapan. Malah, ia mungkin mencakupi bidang-bidang yang… Read more »

Zack Armstrong
Zack Armstrong
12 March 2018 10:09 am
Reply to  Malaysiabaru

Lebai tiga suku!!!!

Si kacak
Si kacak
12 March 2018 11:50 am
Reply to  Malaysiabaru

lebai pas memang sokong mak badak

FreeMan
FreeMan
12 March 2018 1:47 pm
Reply to  Malaysiabaru

Memang sah la Tun cakap dia ni sembah duit. CASH is KING! Katanya. Patut la Overtime untuk staff kerajaan dah 3 bulan tak dapat bayar! Rupanya kerja dia tabur dedak sana sini! Adoi apa la nasib dapat PM jenis ni!

Othaman Ahmad
Othaman Ahmad
12 March 2018 1:58 pm
Reply to  Malaysiabaru

Zack…

Lebai tahap inilah yg menyebabkan 100% pengundi China humban bn jauh terkangkang ke longkang.

Cina tak rela dekati lebai songsang sebab nanti dicap…

Cina + lebai = CiBai….!!

lebaimodern
lebaimodern
16 March 2018 2:07 am
Reply to  Malaysiabaru

PAS dah isthiar akan bertanding paling kurang 130 kerusi parlimen,apa lagi puak puak PH menyalak? Tak boleh terima ker? Sampai begitu sibuk dengan gendang PAS, itu dan ini.Lagipun sama ada PAS akan bergabung dengan Umno atau tidak kenapa PH sibuk? kita dalam demokrasi, Mahathir sendiri pernah kata, tak ada kawan atau lawan yang kekal dalam politik.Kalau Mahathir dulu lawan PH tetapi sekarang dah jadi kawan PH ,kenapa PAS tak boleh jadi kawan UMNO walaupun dulu lawan? Pendek kata sepatutnya tak perlu bising dengan apa saja keputusan politik mana mana pihak dan kalaupun nak lawan propaganda tak perlulah dilaung laung secara… Read more »