Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

KITA DIMALUKAN LAGI…..

Tanpa berselindung, sebuah majalah terkemuka Indonesia, Tempo, menamakan Jho Low yang merupakan pemilik kapal Equanimity yang dirampas baru-baru ini adalah individu yang rapat dengan Perdana Menteri, Najib Razak.

Dalam laporan muka depannya yang bertajuk “Pesiar Rasuah 1MDB”, tajuk kecilnya pula ditulis, “Diduga dibeli dengan uang korupsi, kapal Malaysia disita polisi di Bali, pemiliknya orang dekat Perdana Menteri Najib Razak”.

Adakah ini berita palsu?

Jika begitu, beranikah Najib, bukan sekadar menafikan, bahkan mengambil tindakan undang-undang terhadap majalah berkenaan?

Yang nyata, hanya kerana adanya Najib, Jho Low dan 1MDB di Malaysia, kita dimalukan sekali lagi, kali ini oleh tetangga dekat kita sendiri.

Sampai bilakah kita sanggup dimalukan sebegini?

Untuk itu, jika tidak mahu terus dimalukan, jangan kita lepaskan peluang melakukan perubahan melalui saluran yang dibenarkan dalam pilihanraya yang bakal diadakan tidak lama lagi. (ShahbudinHusin 11/03/2018).

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

78 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
78
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x