Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

HARI MINGGU YANG MEMENINGKAN KEPALA…..

Hari ini adalah hari minggu di mana semua orang sepatutnya dapat berehat dengan tenang bersama keluarga dan orang-orang tersayang.
Ada yang ingin makan-makan, berjalan-jalan, berkunjung ke rumah sanak saudara, berjumpa kawan-kawan atau melepak di mana-mana untuk merehatkan minda.
Tetapi, beberapa peristiwa yang berlaku dalam sehari dua ini tentu saja membuatkan ada yang tidak tenang memikirkan apa sudah jadi dengan negara kita ini.
Pertama, wang berjumlah RM400 juta daripada dana berkaitan 1MDB yang kini dibeku oleh pihak berkuasa Switzerland tidak mahu dituntut oleh Malaysia.
Oleh kerana ia tidak dituntut, Switzerland berhasat untuk menuntutnya dengan menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada yang membenarkan mereka berbuat demikian.
Pening kepala kita, adakah Malaysia sudah cukup kaya sehingga tidak mahu menuntut wang sebanyak itu?
Kedua, berikutan rampasan kapal mewah Equanimity di perairan Bali oleh FBI Amerika dengan kerjasama polis Indonesia, dua orang pengampu tersohor kepada Najib Razak iaitu Peguam Negara, Apandi Ali dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak memberikan reaksi yang membuatkan kita juga jadi pening kepala.
Kata Apandi, kapal tersebut bukan milik Malaysia, manakala Salleh lebih ajaib komennya – tiada bukti Equanimity itu milik Jho Low.
Meskipun pejabat Jho Low lebih dulu memberi reaksi dengan mengatakan rampasan kapal itu sebagai keterlaluan, bermotif politik dan tindakan penuh kelemahan, Salleh seolah-olah lebih pandai, lebih bijak dan lebih  berpengetahuan daripada empunya kapal sendiri.
Tak peningkah kita dengan perangai menteri tersebut?
Ketiga, seorang pegawai tinggi PDRM telah dikaitkan dengan penggubahan wang wang haram di Australia di mana di dalam akaun banknya terdapat kemasukan tunai secara berkala yang mencecah hampir RM1 juta banyaknya.
Oleh kerana pihak berkuasa Australia meragui kesahihan wang tersebut dan mempercayai ada kaitan dengan penggubahan wang haram, akaun bank itu telah dibekukan.
Bagaimanapun, menurut laporan media, pegawai terbabit sudah pun dibebaskan dan didapati tidak bersalah oleh PDRM kerana wang tersebut dikatakan adalah hasil penjualan rumahnya dan untuk membiayai pembelajaran sarjana anaknya di Australia.
Tetapi, dalam waktu yang sama, pegawai polis terbabit juga dilaporkan tidak mahu mencabar rampasan atau pembekuan wang yang dilakukan oleh pihak berkuasa Australia terhadapnya.
Sekali lagi kita pening kepala, kenapa wang tersebut tidak mahu dituntut?
Jika ia hasil penjualan rumah dan dokumen mengenainya boleh dibuktikan kepada PDRM, kenapa dokumen yang sama tidak mahu ditunjukkan kepada pihak berkuasa Australia?
Adakah pegawai polis terbabit sudah cukup kaya sehingga sanggup membiarkan wang penjualan rumahnya sendiri lesap begitu saja?
Bukan sikit tu beb…hampir RM1 juta jumlahnya!!!
Dengan tiga berita di atas, tak peningkah kepala kita dibuatnya di hari minggu ini? (ShahbudinHusin 04/03/2018)
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

88 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
88
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x