Month: March 2018

JIKA BEGITU, KENAPA UMNO TAK BUAT PROGRAM DENGAN KEHADIRAN 10 ORANG SAJA?

Barangkali kerana terganggu dengan jumlah kehadiran puluhan ribu rakyat dalam program-program Pakatan Harapan yang dihadiri oleh Tun Mahathir Mohamad, terbaru di Kedah dan Perlis sehari dua yang lalu, menteri pengampu, Salleh Said Keruak seolah-olah cuba mententeramkan rasa gundah gulana seluruh pimpinan UMNO, khususnya Najib Razak dengan mengatakan ramainya  yang hadir itu tidak menjamin undi yang […]

ADIK TAK SOKONG, ANAK SENDIRI MENJAUHKAN DIRI…

Ketika seseorang sedang berjuang, sokongan ahli keluarga terdekat seperti isteri atau suami, adik-beradik dan anak-anak biasanya adalah amat penting sekali. Ia adalah sokongan moral terbaik dan mampu menambahkan lagi keyakinan ke arah menggapai kemenangan yang diidam-idamkan. Najib Razak yang PRU 14 ini merupakan hidup matinya kariernya, tentunya juga tidak terkecuali daripada perkara  itu. Meskipun beliau […]

UMUR PANJANG TAPI MENENTANG KEMUNGKARAN LEBIH BAIK DARIPADA UMUR TAK BERAPA PANJANG, NAMUN SERONOK DENGAN KESILAPAN

Bagaimanakah Zahid Hamidi boleh tahu atau mengagak panjangnya umur Tun Mahathir Mohamad yang dianugerahkan Tuhan kepada bekas Perdana Menteri itu semata-mata untuk melihat kesilapannya sendiri? Adakah ia berdasarkan ilmu agama yang ada dalam dadanya atau kerana sentimen politik untuk membela Najib Razak semata-mata? Apa pula salah dan silap Tun Mahathir selama menjadi Perdana Menteri? Bolehkah […]

RAKYAT SEDANG DIASAK KE DINDING UNTUK AKUR DENGAN KEMENANGAN NAJIB DAN BN….

Hakikat bahawa persempadanan baru kawasan pilihanraya dan akta berita palsu adalah senjata baru bagi Najib Razak untuk memastikan kemenangan BN dalam pilihanraya akan datang semakin tidak dapat disangkal lagi. Kedua-duanya terus diusulkan di Parlimen, meskipun bantahan kelihatan nyata dan memuncak di mana-mana. Usul persempadanan baru kawasan pilihanraya hanya dibahaskan dalam tempoh kira-kira 4 jam sebelum […]

INVOKE PATUHI SEMUA DAN PERATURAN DAN UNDANG2 – RAFIZI

CUBAAN MELUMPUHKAN OPERASI INVOKE, MENAKUTKAN SUKARELAWAN DAN FITNAH JAHAT NAIB KETUA PEMUDA UMNO DAN TV3 Selasa lalu (27 Mac 2018), Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun semasa berucap di Dewan Negara telah membuat beberapa fitnah jahat terhadap operasi INVOKE, seperti berikut: 1. INVOKE telah melanggar undang-undang kerana menelefon orang ramai untuk membuat kaji selidik […]

TAHNIAH MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM

Mahkamah Tinggi Shah Alam mengenepikan hukuman bon berkelakuan baik dengan jaminan RM20 ribu yang dikenakan terhadap seorang yang dipercayai bergelar Datin, Rozita Mohamad Ali oleh Mahkamah Syesen Petaling Jaya sebelum ini atas kes kesalahan mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia. Sebaliknya, beliau hari ini dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun atas kesalahan […]

"AHLI UMNO, PAS TIDAK HARUS TAKSUB KEPADA PARTI DAN PEMIMPIN DEMI SELAMATKAN NEGARA INI"

KIKIS SIKAP SENTIMENTAL PADA PARTI POLITIK DEMI SURVIVAL NEGARA DALAM PRU KE-14   1. Tan Sri Rafidah Aziz melalui entri akaun facebook beliau (Rafidah Aziz Malaysian Citizen – 24 Mac 2018) jelas menampakan rasa kekecewaan beliau terhadap UMNO/BN sejak akhir-akhir ini. Entah apa yang mendorong beliau lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak. 2. Berbagai […]

DIPERGUNA APA PULAK CIK AZALINA, BUKANKAH TUN MAHATHIR KETUA PAKATAN HARAPAN?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said mendakwa Tun Mahathir Mohamad telah digunakan oleh pembangkang untuk kepentingan politik mereka apabila bekas Perdana Menteri itu dibawa menyertai sessi taklimat Rang Undang-Undang Berita Palsu di Parlimen, semalam. “Saya pun tidak pasti bagaimana Tun Mahathir boleh masuk, tapi biarlah dia masuk, nak buat macam mana. “Saya buat […]

JHO LOW BELI KAPAL MEWAH EQUANIMITY GUNA DUIT CURI 1MDB – INI BUKAN BERITA PALSU, OKAY!!!

Jabatan Kehakiman AS atau DOJ mengulangi pendiriannya bahawa bilionaire kontroversi, Jho Low membeli kapal mewah Equanimity berharga hampir RM1,000 juta adalah dengan menggunakan “dana yang dicuri dan diselewengkan” daripada 1MDB. “Memang, seperti dakwaan sepanjang aduan, Jho Low adalah dalang utama yang mencuri berbilion ringgit wang 1MDB,” kata DOJ dalam pemfailannya di mahkamah di California Tengah, […]

SELAIN MENGAKUI KARISMA ANWAR LEBIH TINGGI DARIPADA NAJIB, ANNUAR MUSA JUGA MASIH MEMANDANG TINGGI TUN MAHATHIR

“Najib seolah-olah mewarisi kesabaran Tun Abdullah Ahmad Badawi, karisma Anwar Ibrahim, ketegasan Tun Hussein Onn dan kelicikan serta kebijaksanaan ayahandanya, Tun Razak.” Wahhh…baik punya bodek dan ampu oleh Annuar Musa  kali ini!! Ada dua aspek boleh dilihat dalam kenyataan Ketua Penerangan UMNO yang tidak lama sebelum ini telah dibebaskan daripada pertuduhan rasuah melibatkan MARA dan […]

UNDI PAKATAN HARAPAN, UNDANG2 BERITA PALSU AKAN SEGERA DIMANSUHKAN

Minggu ini dua usul yang mendapat kecaman serta bantahan ramai dibentangkan di Parlimen – usul undang-undang berita palsu dan usul persempadanan baru kawasan pilihanraya. Usul berita palsu yang boleh membawa hukuman penjara selama 10 tahun dan denda sehingga RM500 ribu dibentangkan hari ini, manakala usul persempadanan baru kawasan pilihanraya akan dibentangkan pada hari Rabu. Tidak […]

USUL SEMPADAN BARU SPR HARUS 'DIAJAR' MELALUI PETI UNDI

Usul persempadanan baru kawasan-kawasan pilihanraya akan dibentangkan di Parlimen Rabu ini dan ia dijangka dibahas serta  diluluskan pada hari yang sama. Dengan itu, persempadanan baru yang bakal memberi kelebihan kepada UMNO dan BN mengekalkan kuasanya itu akan digunapakai dalam PRU 14 akan datang ini. Pengerusi SPR, Hashim Abdullah beberapa hari lalu ada memberitahu, sebaik saja […]

NAJIB DIINGATKAN JANGAN TERLALU AWAL "SYOK SENDIRI"

NAJIB TUN RAZAK JANGAN SYOK SENDIRI!! PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG DI NEGARA KITA TAK BERANI BERTINDAK!! TUNGGU DAN LIHAT PERKEMBANGAN PENGUATKUASA  UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA DALAM SEDIKIT MASA LAGI!! Perdana menteri paling korup boleh mendabik dada mengatakan siasatan penguatkuasa undang-undang di negara kita membuktikan beliau tidak bersalah!! Biarlah dia nak syok sendiri serta mahu cakap apa sekalipun!! Badan-badan penguatkuasa […]

KALAU UNDANG2 BERITA PALSU SUDAH ADA, NAJIBLAH ORANG PERTAMA YANG PATUT DIDAKWA!!!

Dalam sebuah program siaran langsung dua hari lalu, Najib Razak dengan bangganya mengatakan bahawa laporan PAC atau Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara telah mengesahkan beliau tidak mencuri wang 1MDB. Adakah dalam laporan itu yang mengatakan saya telah mencuri wang 1MDB? Tidak sama sekali, kata Najib. Betulkah kata-kata Perdana Menteri itu? Menurut salah seorang anggota PAC, Tony […]

MENGAPA ZAHID HAMIDI TERLEBIH GHAIRAH BERCAKAP TENTANG TARIKH PILIHANRAYA?

Berbanding mana-mana Timbalan Perdana Menteri sebelum ini, Ahmad Zahid Hamidi didapati paling kerap membuat jangkaan atau ramalan mengenai bila tarikh pilihanraya umum akan diadakan. Hanya dalam tempoh antara November 2017 hingga Mac 2018, beliau sekurang-kurangnya sudah lima kali menjadi “nujum pak belalang”  mengenai perkara itu. Keghairahannya bercakap mengenai tarikh pilihanraya itu nyata melebihi apa yang […]

DEBAT TERBUKA ANTARA NAJIB, TUN MAHATHIR DAN HADI AWANG WAJAR DIADAKAN

Salah satu faktor terpenting dalam memilih dan menentukan calon Perdana Menteri melalui PRU 14 akan datang ialah kebolehan atau kemampuan seseorang itu dalam usaha  menyelamatkan negara, memulih ekonomi dan memberi kesejahteraan kepada rakyat yang kian terbeban dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup. Sebagaimana yang kita tahu dan sedia maklum, negara kini terbeban dengan hutang yang […]

YANG PENTING UNTUK MEMIMPIN NEGARA BUKAN TUA ATAU MUDA, TAPI TAHAP PEMIKIRAN

Antara sebab usia Tun Mahathir Mohamad menjadi isu ialah kerana Najib Razak sendiri terlalu kerap menyebut dan membangkitkannya, malah kadang-kadang mempersendakannya. Beliau bukan saja menyebut usia 93 tahun itu sudah terlalu tua untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, bahkan mengatakan tiada negara lain di dunia ini yang masih mahu memilih pemimpin dalam usia sebegitu sebagai Perdana […]

ANTARA MENGAMPU DAN MENSABOTAJ

Meskipun tarikh pilihanraya umum belum ditetapkan, BN dilaporkan akan mengumumkan senarai calon-calon yang akan bertanding dalam PRU 14 pada 2 April depan. Pengumuman itu dikatakan akan diadakan dalam satu majlis khas di PWTC yang akan turut dihadiri oleh semua 13 pemimpin kanan parti komponen BN. Najib Razak selaku Pengerusi BN dijangka akan menyampaikan watikah kepada calon-calon yang […]

TUJUAN SEBENAR UNDANG2 BERITA PALSU KINI SUDAH TERSERLAH….

Matlamat dan tujuan sebenar mewujudkan undang-undang berita palsu kini terserlah akhirnya. Hanya kira-kira seminggu lagi sebelum undang-undang tersebut dibentangkan di Parlimen, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Jailani Johari tampil membawa suatu pencerahan yang tidak sukar untuk difahami. Beliau berkata, secara amnya definasi berita palsu adalah sesuatu berita yang tidak disahkan oleh pihak berkuasa serta pihak […]