Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

UNTUNG PENGUNDI LANGKAWI…APA KATA TUN M UMUM KAWASAN LAIN PULA UNTUK DITANDINGINYA?

Sah UMNO dan BN kini sudah semakin “goyang” di Langkawi!

Berikutan ura-ura Tun Mahathir Mohamad mungkin bertanding di Langkawi, Najib Razak semalam mengumumkan peruntukan pembangunan berjumlah RM1.3 bilion untuk pulau itu.

Projek yang diumumkan ialah pembinaan bangunan tambahan Hospital Langkawi bernilai RM500 juta, kuarters baharu petugas kesihatan (RM135 juta), balai bomba dan kuarters baharu di Padang Matsirat (RM30 juta), menaik taraf Jalan Bulatan Lapangan Terbang- Pulapol Langkawi (RM50 juta) dan projek mengatasi masalah bekalan air (RM600 juta).

Ini baru ura-ura Tun Mahathir mahu bertanding di Langkawi kerana beliau juga ada beberapa kawasan lain sebagai pilihan seperti Kubang Pasu, Putrajaya dan lain-lain, tetapi nampaknya sudah berbilion-bilion ringgit dicurahkan.

Bagaimana jika sudah sah beliau bertanding nanti, berapa bilion lagi agaknya akan dicurahkan oleh Najib?

Untung pengundi Langkawi, jika dulu sebagai Perdana Menteri, Tun Mahathir sudah membangunkan Langkawi, kini belum pun jadi wakil rakyat bagi pulau itu, beliau sudah pun mampu mendatangkan banyak pembangunan yang banyak banyak penduduknya.
Jika bukan Tun Mahathir yang mahu bertanding di Langkawi, pasti peruntukan RM1.3 bilion itu tidak diumumkan oleh Najib.

Hebat kan Tun Mahathir!!

Tetapi, adilkah hanya Langkawi saja yang dicurahkan peruntukan pembangunan yang melimpah ruah oleh Najib?

Bagaimana dengan kawasan-kawasan lain?

Adakah BN boleh menang di kawasan lain dengan selesa tanpa wang berbilion-bilion atau hanya Langkawi penting bagi Najib?

Atau bolehkah selepas ini Tun Mahathir mengumumkan kawasan lain pula untuk ditandinginya supaya Najib turut  mencurahkan juga beberapa bilion ringgit untuk pembangunan  kawasan itu? (ShahbudinHusin 18/02/2018)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

177 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
177
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x