Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

TALAM DUA MUKA VS TALAM DUA MUKA?

Meskipun merupakan rakan karib, Pas juga nampaknya tidak dapat menahan diri daripada turut “membedal” UMNO dan BN berhubung tindakan kerajaan memberi kebenaran masuk kepada diplomat Israel ke Malaysia, baru-baru ini.
Dua pemimpin Pas, Mohd Amar Nik Abdullah dan Tuan Ibrahim Tuan Man masing-masing bersuara dengan menyifatkan tindakan kerajaan itu sebagai bersikap “talam dua muka” dalam sokongan kepada rakyat Palestine selama ini.
Tuan Ibrahim malah menyifatkan tindakan terbaru ini membuktikan kerajaan BN tidak boleh dipercayai lagi dalam membela Baitulmaqdis yang merupakan kiblat pertama umat Islam daripada dijadikan ibu negara Israel yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat.
Hebat nampaknya “pukulan” Pas terhadap UMNO dan BN kali ini!!
Tapi, bolehkah kata-kata pemimpin Pas ini diyakini?
Kenapa Presiden Pas, Hadi Awang sendiri tidak bersuara?
Tidak mungkinkah Pas juga cuba bersikap “talam dua muka” dalam perkara ini untuk menjaga hati pengikut bawahan mereka yang dikesan tidak tidak setuju dengan pendirian Pas berbaik-baik dengan Najib dan UMNO sejak kebelakangan ini?
Hakikatnya, UMNO dan BN bukan saja tidak boleh dipercayai dalam membela Islam dan kedudukan Baitulmaqdis, malah hampir dalam semua perkara.
Apa saja yang diserahkan kepada UMNO dan BN untuk menjaganya, segala-galanya akan musnah binasa akhirnya.
Kepentingan negara, kepentingan Melayu, tanah milik negara, tanah rizab Melayu, wang negara, malah enjin jet pun boleh lesap bila dijaga oleh UMNO dan BN.
Oleh kerana UMNO dan BN sudah tidak boleh dipercayai itulah, maka pertukaran kerajaan adalah satu-satunya jawapan bagi penyelesaian kepada segala masalah dalam negara ini.

Apakah Pas dan Hadi masih tidak sedar mengenai perkara itu dan masih lagi mahu terus berkawan baik dengan Najib, UMNO dan BN serta sanggup dilihat sama bersikap “talam dua muka” juga (ShahbudinHusin 16/02/2018)

153 responses to “TALAM DUA MUKA VS TALAM DUA MUKA?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *