Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

PENJELASAN KHAIRUDDIN ISU TANAH IJOK

SAYA AKAN AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG KEATAS RAHMAN DAHLAN ‘OTAK UDANG’ YANG TELAH MEMFITNAH SAYA SECARA SENGAJA DAN BERNIAT JAHAT!! ISU INI BERLAKU DI ZAMAN UMNO TADBIR NEGERI SELANGOR!! IANYA TIADA KAITAN LANGSUNG DENGAN DATO SERI AZMIN ALI!!
Rahman dahlan telah memfitnah saya secara sengaja dan berniat jahat!! Dia ‘otak udang’ tak faham fakta serta sejarah isu tanah peneroka mukim ijok!!
Sebab itu saya tak faham dengan kalangan para penasihat perdana menteri paling korup kerana mereka suka cakap bodoh tanpa usul periksa fakta!!
Saya akan berbincang secara kadar segera dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang saman malu di atas fitnah yang tidak berasas oleh rahman dahlan ‘kaki bodek minda lemah otak udang!!’
Tindakan undang-undang juga akan diambil keatas chegubard yang mula-mula memfitnah diri saya dalam isu tanah peneroka mukim ijok!!
Isu ini tiada kaitan langsung dengan yab dato seri azmin ali!! 
Kes tanah peneroka mukim ijok ini mempunyai kaitan secara langsung dengan pemimpin-pemimpin umno selangor terdahulu!!
Pembelian tanah peneroka mukim ijok ini dibeli oleh syarikat mujur zaman sdn bhd pada tahun 1990an ketika tan sri muhamad taib menjadi menteri besar selangor!!
Pembelian tanah ini oleh syarikat mujur zaman sdn bhd telah diinstrumenkan oleh pemimpin-pemimpin umno selangor pada saat tersebut!!
Pada waktu itu saya tidak pernah menganggotai syarikat ini!! Saya dilantik menganggotai syarikat ini pada tahun 2009 selaku pengerusi prime utilities bhd serta fountain view bhd di mana mujur zaman sdn bhd adalah anak syarikatnya.
Komplikasi urusan tanah ini berlaku di zaman tan sri khalid ibrahim menjawat jawatan menteri besar selangor.
Tanah peneroka mukim ijok bukan milik kerajaan negeri selangor!! Ianya adalah tanah persendirian yang dibeli oleh syarikat mujur zaman sdn bhd dari para peneroka di situ!!
Ketika saya menjadi pengerusi syarikat ini; tugasan saya adalah untuk menyelesaikan masalah projek perumahan yang terbengkalai.
Semua rumah-rumah yang terbengkalai pada waktu itu telahpun disiapkan pada awal tahun 2012. 
Syarikat Perumahan Negara (SPN) turut terlibat untuk menyiapkan projek perumahan syarikat tersebut yang terbengkalai pada waktu itu!!
Tugasan kedua saya juga pada ketika itu adalah untuk menyelesaikan masalah ‘cukai tanah’ yang dikatakan tertunggak oleh tan sri khalid ibrahim ketika menjadi menteri besar selangor.
Apabila semua permasalahan projek tersebut diselesaikan; maka pada tahun 2013 saya telah meletak jawatan sebagai pengerusi syarikat prime utilities bhd serta fountain view bhd.
Sesungguhnya juga, saya tidak memegang sebarang saham syarikat tersebut langsung!! Saya hanyalah seorang pengerusi syarikat yang dilantik sahaja!!
Niat jahat rahman dahlan ‘otak udang’ ini tidak menghairankan saya!! Pemimpin-pemimpin umno pada hari ini terdiri dari ‘kaki bodek minda lemah otak udang’ semata-mata!!
Sebab itu umno habis ‘lingkup!!’ Parti umno rosak teruk disebabkan oleh penyangak-penyangak ini!!
Puak bangang ini sanggup melakukan apa saja untuk membodek perdana menteri paling korup demi untuk kepentingan peribadi!! 
Demi poket, pangkat dan perut; puak-puak bangang ini sanggup melakukan apa saja bagi mempertahankan bos mereka yang teramat korup!!
Insya-Allah, saya sudah bersedia untuk berjumpa dengan rahman dahlan di kamar mahkamah dalam sedikit masa lagi!!
Fakta yang selebihnya saya akan pamerkan di kamar mahkamah kelak!!
Permasalahan kes tanah peneroka mukim ijok ini tiada kena-mengena dengan dato seri azmin ali kerana sejarah pembelian tanah tersebut berlaku di zaman umno perintah negeri selangor!!
Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator
Deklarasi Rakyat
15 Februari 2018
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

122 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
122
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x