Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

KOLEKSI PEMIKIRAN ZAID IBRAHIM

Semalam telah berlangsung pelancaran buku terbaru oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim yang bertajuk The Zaidgeist – Building Bridges For A Greater Malaysia di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor.
Buku terbaru beliau kali ini adalah kumpulan koleksi terbaik tulisannya yang pernah disiarkan dalam blog The Zaidgeist sepanjang lapan tahun lalu.
Ia memaparkan hasil pemikiran beliau mengenai negara, masa depannya dan bagaimana kita sebagai rakyat boleh memainkan peranan untuk menjadikan Malaysia ini lebih baik untuk generasi akan datang,
Turut menyerikan majlis pelancaran itu ialah ucapan oleh Dr. Farouk Musa, Hishammuddin Rais, selain Zaid sendiri.
Buku ini dijual dengan harga RM40 senaskah dan boleh didapati di kedai-kedai buku utama di seluruh negara. 
Bagi yang ingin membelinya secara online, mereka boleh berhubung melalui email – [email protected] atau [email protected](ShahbudinHusin 08/02/2018)
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

82 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
82
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x