Month: February 2018

BALA 1MDB DATANG LAGI!!

Semalam kerajaan Switzerland dilaporkan mahu menuntut wang berjumlah RM400 juta berkaitan 1MDB yang dirampas daripada beberapa bank negara itu berikutan tiada pihak yang menuntutnya. Wang itu kini disimpan di perbendaharaan Switzerland dan Malaysia barangkali sengaja tidak mahu menuntutnya kerana ingin melindungi Jho Low dan sederetan nama lain yang dikaitkan dengan kecurian dana 1MDB yang keseluruhannya […]

KENAPA 1MDB HENDAK DITUTUP? ADAKAH KERANA MISI SAMUNANNYA TELAH SELESAI?

Alamakkk…apa pulak ni? Kenapa tiba-tiba 1MDB mahu ditutup? Apakah 1MDB hanya diwujudkan untuk membuat hutang, walaupun sebahagian daripada wangnya didapati hilang, lalu apabila hutang-hutang dapat dapat dibayar dengan menggunakan pendapatan kerajaan, syarikat itu perlu ditutup begitu saja? Bukankah selama ini 1MDB dikatakan syarikat yang baik, asetnya banyak melebihi hutang, ada bangunan tertinggi, ada macam-macam kejayaan […]

SERANGAN KE ATAS ROBERT KUOK TANDA KEANGKUHAN UMNO

Terdapat dua aspek paling nyata di sebalik serangan beberapa pemimpin UMNO, temasuk Najib Razak sendiri,  terhadap taikun Robert Kuok yang juga merupakan orang terkaya di Malaysia. Pertama, ia menunjukkan UMNO sendiri merupakan penggalak, penyokong dan penyebar berita palsu di sebalik dentam-dentum mahu menggubal undang-undang mencegah berita palsu dan kononnya mereka benci kepada berita-berita palsu. Hakikat […]

SELEPAS TIDAK DIBERI RUANG BERUCAP, ISA SAMAD HARUS SEDAR SIAPA DIRINYA DI SISI NAJIB

Semalam, dalam satu lagi program kempen PRU 14 iaitu Majlis Pemimpin Bersama Rakyat, Najib Razak telah turun ke Port Dickson, Negeri Sembilan. Dilaporkan kira-kira 10 ribu orang hadir dalam program tersebut. Selain ahli UMNO, ahli parti komponen dan rakyat biasa, sudah tentu turut dikerah hadir ialah pegawai kerajaan, guru dan tidak terkecuali pihak tentera serta […]

SETELAH DIKETAHUI BISNES QUINOA KEPUNYAAN ANAK NAJIB, APA MASA DEPANNYA DI MALAYSIA?

Apabila Najib Razak memberitahu beliau kini tidak makan nasi, sebaliknya mengambil quinoa, sejenis bijirin dari Peru dan kemudian diketahui pula bisnes mengimport masuknya dilakukan  oleh syarikat yang anak bongsunya ada kepentingan, persoalan seterusnya ialah apakah masa depan bijirin tersebut di Malaysia? Sebagai bapa, dengan mendedahkan mengenai amalan pemakanannya itu, Najib dalam waktu yang sama telah […]

DIUJI DAN TERUJI, TAPI BN DI BAWAH NAJIB TIDAK LAGI TERPUJI

Kata Najib Razak, pilihlah BN yang sudah duji dan teruji untuk menerajui kerajaan dalam pilihanraya akan datang dan bukannya sebuah gabungan lain yang belum lagi diuji. “Kami BN sebagai kerajaan telah dicuba serta diuji berulangkali dan kami telah berjaya melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat. “Sudah tentu, kami akan cuba menjadi lebih baik, saya tidak menyatakan bahawa […]

SIAPA KEUTAMAAN NAJIB – ORANG CINA MALAYSIA ATAU ORANG CINA DARI NEGARA CHINA?

Apabila Najib Razak turut menjadikan hubungan Malaysia dengan negara China sebagai salah satu bahan kempen menjelang PRU 14 akan datang, ia tentu saja menimbulkan beberapa persoalan buat kita semua. Apakah keutamaan Najib sebenarnya? Rakyat Malaysia atau negara China? Orang Cina di Malaysia atau orang Cina dari China? Dalam ucapan merasmikan sambutan Tahun Baru Cina Hua […]

APA MASALAH BELIAU INI?

Dulu “parti itulah” yang pernah didakap dan dipeluknya  sehingga parti yang dipimpinnya berjaya menang banyak kerusi Parlimen dan DUN di seluruh negara. Kononnya, atas nama tahaluf siyasi, bekerjasama dengan “parti itu” adalah dibenarkan serta tidak haram. Kini beliau sudah menjatuhkan hukum haram menyokong “parti itu”.  Dulu ada sebuah parti lain didakwanya kafir dan taghut kerana […]

INDEKS RASUAH NEGARA JATUH MERUDUM, PERASUAH KEKAL MO1

INDEKS PERSEPSI RASUAH NEGARA (CPI) JATUH MERUDUM: PERASUAH KEKAL SEBAGAI MO1 1. Kedudukan Malaysia yang jatuh sebanyak tujuh tangga dalam indeks rasuah dengan kini berada di kedudukan ke 62 di bawah Greece daripada 180 buah negara amat memalukan dan menjatuhkan maruah Malaysia. Kedudukan ini menjadikan prestasi negara menjadi yang terburuk dalam tempoh lima tahun lepas. 2. Malaysia […]

JIKA SETIAP BUTIR BERAS ADALAH HASIL PERJUANGAN UMNO, KENAPA NAJIB MAKAN KUINOA?

Tidak pasti sejak bila Najib Razak tidak mengambil nasi sebagai makanan hariannya – adakah sejak dulu lagi, sejak bergelar Perdana Menteri atau sejak dalam akaun banknya ada wang berjumlah RM2,600 juta? Pendedahan Najib mengenai kuinoa sebagai makanan hariannya bagi menggantikan nasi bukan saja menarik perhatian ramai, malah menimbulkan beberapa persoalan. Ini kerana ramai yang tidak […]

JANGANLAH TERKEJUT BRO…INDEKS RASUAH AKAN TERUS JATUH SELAGI NAJIB TIDAK DIJATUHKAN

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad dilaporkan terkejut dengan kedudukan indeks rasuah negara yang terus menurun berbanding tahun lalu. Kata beliau, berdasarkan tindakan agresif dan tangkapan yang dibuat oleh SPRM pada tahun lalu, indeks itu sepatutnya menjadi lebih baik. Sebab itu saya agak terkejut kerana ia nampak tidak selaras dengan realiti, kata Dzulkilfi yang turut diselubungi […]

KENAPA RAMAI JADI 'GILA' BILA BERSATU BUAT KUTIPAN DERMA? BUKANKAH CALON PRESIDEN AMERIKA PUN LAKUKAN PERKARA YANG SAMA?

Entah kenapa, ramai puak sebelah sana yang tiba-tiba jadi “sakit hati”, “mereng kepala” dan “semacam sudah gila” apabila Bersatu melancarkan tabung kutipan derma di kalangan orangramai bagi menghadapi pilihanraya akan datang dan untuk memudahkan lagi usaha menumbangkan kerajaan kleptokrasi sedia ada. Mereka mengatakan kutipan derma itu sebagai tindakan zalim dan menganiaya rakyat jelata kerana Tun […]

SEMUA INI KERANA MENTERINYA SALLEH SAID KERUAK!!!

Kenapa internet 4G di Malaysia paling lembab di dunia? Dilaporkan bahawa purata kelajuan internet 4G di negara ini ialah 14.83 megabit sesaat dan ia merupakan antara yang terendah di kalangan 88 negara yang dikaji. Tidak itu saja, kelajuan yang dicatatkan itu juga menunjukkan ia jauh tertinggal berbanding negara-negara jiran seperti Singapura, Vietnam, Brunei dan Myanmar. […]

SAMAN ROS KEPUTUSAN TEPAT

Tindakan Pakatan Harapan untuk mengemukakan saman terhadap Pendaftar Pertubuhan atau RoS kerana kegagalannya memberikan jawapan berhubung status pendaftaran gabungan itu dikira suatu keputusan yang tepat dan bijak. Sebagaimana dilaporkan semalam, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir Mohamad sebagai berkata, tindakan saman itu akan dikemukakan pada minggu ini. Katanya, tindakan perundangan itu adalah bagi mendesak RoS memberikan […]

BERANIKAH LAGI NAJIB UMUM PERUNTUKAN BERBILION-BILION?

Berikutan pengumuman Najib Razak memberi peruntukan pembangunan berjumlah RM1.3 bilion bagi Pulau Langkawi kerana ura-ura Tun Mahathir Mohamad mungkin bertanding di pulau tersebut, Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, beliau akan menjelma di banyak kawasan lain selepas ini. Saya akan menjelma di banyak kawasan lain, termasuk Pekan dan Putrajaya, kata Tun Mahathir. Apa lagi akan Najib […]

KERAJAAN BN MELAKA SAKIT TENAT?

Apakah yang terlintas di fikiran kita apabila mendapati “seseorang yang sedang berdoa” di hadapan jalan yang berlopak adalah seorang timbalan menteri daripada sebuah kerajaan yang sedang memerintah negara? Apakah ia aksi yang baik dan normal atau “perangai gila” seorang pemimpin? Difahamkan jalan yang berlopak dan membahayakan pengguna jalanraya itu segera dibaiki setelah Ahli Parlimen Tangga […]

LEBIH BAIK NAJIB ADAKAN PILIHANRAYA SELEPAS HARI RAYA, DAPATLAH JUGA BERAYA DULU BUAT KALI TERAKHIR DI SERI PERDANA!!

Tidak ada mana-mana Perdana Menteri selain Najib Razak yang pernah menangguhkan tarikh mengadakan pilihanraya sehingga ke penghujung tempoh seperti mana sekarang ini. Biasanya, menghampiri empat tahun atau lebih sedikit empat tahun daripada tarikh pilihanraya sebelumnya, mana-mana Perdana Menteri akan segera mengadakan pilihanraya bagi mendapatkan mandat baru daripada rakyat. Tindakan Najib sekarang ini tidak lain ialah […]