Month: January 2018

BENARKAH GAMBAR INI? MOHON KETUA PESURUHJAYA SPRM SEGERA TAMPIL BERI PENJELASAN!!!

Telah beredar di media sosial sejak pagi tadi mengenai sekeping gambar seperti di bawah ini. Jika diperhatikan betul-betul, kecuali kalau ada pelanduk benar-benar dua serupa, gambar berkenaan saling tak tumpah mirip wajah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad. Difahamkan gambar berkenaan dirakam di Kuala Lumpur pada 28 Januari, iaitu Ahad yang lalu. Benarkah gambar itu menunjukkan […]

JIKA TELUS DAN TIADA PELUANG NAK MENIPU DALAM PILIHANRAYA, KENAPA TIDAK DIBENARKAN SAJA KEHADIRAN PEMANTAU ANTARABANGSA?

Kata Najib Razak, sistem pengundian dalam pilihanraya negara ini telah ditambah baik menjadi lebih telus dan tidak memungkinkan akan berlaku penipuan. Katanya, sistem pengundian yang ada sekarang juga jauh lebih baik berbanding ketika zaman Tun Mahathir Mohamad dahulu. Dalam masa yang sama, beliau turut menyifatkan tindakan Tun Mahathir dan Pakatan Harapan mengadu kepada diplomat Kesatuan […]

SIAPA PENYEBAR BERITA PALSU?

Ketika di Kelantan baru-baru ini, Najib Razak berkata, kerajaan akan mengkaji satu undang-undang baharu bagi mengekang penularan berita palsu di negara ini. Sebelum itu, pada penghujung tahun lalu, Salleh Said Keruak pula berkata, tindakan mengekang berita palsu adalah bagi melindungi keharmonian dalam negara. Tapi, siapakah sebenarnya penyebar berita palsu yang sebenar dan berlesen? Bank Negara, […]

GST HANYA MENYELAMAT KERAJAAN KLEPTOKRAT, BUKAN PENYELAMAT RAKYAT DAN NEGARA

1. Betapa ‘bangangnya’ pemimpin UmnoBN memerintah Malaysia apabila hanya bergantung pada pendapatan hasil negara daripada cukai GST sebagaimana PM Najib Razak ketika berucap pada majlis sambutan Hari Kastam Sedunia ke – 36 menyatakan negara selamat sebab GST, jika tanpa GST negara sudah tentu terjerumus dalam kancah kegawatan ekonomi. Kenyataan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) […]

TAK KESIANKAH NAJIB KEPADA PAS, SUDAHLAH DIUNGKIT-UNGKIT BANTUAN, KELANTAN PULA MAHU DIRAMPASNYA?

Semalam, Perdana Menteri Najib Razak melakukan lawatan sehari ke Kelantan. Seperti biasa, dalam lawatannya ke mana-mana negeri menjelang PRU 14 yang bakal diadakan pada bila-bila masa, banyaklah janji projek dan curahan wang dilakukan yang tentunya diharap akan dibalas dengan sokongan dan juga undi. Kelantan turut tidak terkecuali, meskipun negeri itu ditadbir oleh Pas yang merupakan […]

ANNUAR MUSA, IBRAHIM ALI, ANINA – SEMUANYA ADALAH SAMPAH!!

ANNUAR MUSA… AWAK HANYALAH SEORANG KAKI BODEK MINDA LEMAH OTAK UDANG!! ANINA SAADUDDIN AWAK MINUM BALIK KENCING NAJIB TUN RAZAK!! IBRAHIM ALI AWAK HANYALAH MAHARAJA KATAK LOMPAT!! Saya mengikuti forum Perjuangan For All dan dapati semua ungkapan-ungkapan dari ketiga-tiga orang tersebut hanyalah retorik sampah yang datang dari otak-otak sampah semata-mata!! Huraian-huraian annuar musa selaku ‘kaki […]

DENGAN SIAPA LAGI TOK HIM PERNAH AMBIL DEDAK?

Presiden Perkasa, Ibrahim Ali tanpa berselindung mengakui pernah mengambil dedak daripada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad ketika beliau mengetuai kerajaan dahulu. “Tidak sedikit jasa Tun Mahathir kepada saya. Ketika saya sertai semula UMNO, tak sampai sebulan saya dilantik jadi Ahli MT UMNO. “Beliau sayang dan tolong saya dalam hidup. Saya dapat dua atau tiga […]

TERIMA KASIH KU LI, LIMA TAHUN NAJIB MENJADI PM TANPA HAK MORAL RUPANYA….

Berkata tokoh veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, pihak yang tidak mendapat undi popular dalam pilihanraya bermakna kekurangan hak moral untuk memerintah negara, walaupun menguasai majoriti kerusi. Kata beliau, selain mendapat hak memerintah secara fizikal melalui jumlah kerusi, parti yang memerintah juga perlu memiliki hak moral. “Jika pilihanraya dijalankan berdasarkan prinsip kemenangan melalui ‘first past the […]

SIASATLAH TUN SITI HASMAH DENGAN LEBIH KERAP LAGI….

Siapa pun yang waras dan sihat akal fikirannya, pasti tidak setuju dengan tindakan menyiasat Tun Siti Hasmah Mohd Ali di bawah Akta Perhimpunan Aman berhubung kehadirannya dalam himpunan menuntut politik bersih yang diadakan pada September, tahun lalu. Sama ada berdasarkan kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah atau Rafidah Aziz atau sesiapa yang lain yang tidak setuju dengan […]

WAJAH SEBENAR PAS AKHIRNYA TERSERLAH

Makin dekat tarikh pilihanraya, wajah sebenar Pas kian terserlah dengan nyata. Daripada mahu menubuhkan kerajaan sendiri bersama Gagasan Sejahtera, menjadi kuasa penentu atau “king maker”, Pas kini dengan nyata memperlihatkan wajah dirinya yang sebenar. Tanpa berselindung lagi mereka menyatakan pilihan selepas PRU 14 akan datang hanya ada dua – bekerjasama dengan BN atau kekal sebagai […]

PETUNJUK PAKATAN HARAPAN DIYAKINI ANTARABANGSA UNTUK AMBIL ALIH PUTRAJAYA

Bukan sesuatu yang biasa bagi duta-duta asing mengadakan pertemuan dengan parti-parti pembangkang, lebih-lebih lagi secara berkumpulan dan beramai-ramai, menjelang pilihanraya umum diadakan. Dalam banyak pilihanraya sebelum ini, tidak pernah duta-duta asing mengambil langkah yang sama. Tetapi, ia nampaknya berbeza dengan Pakatan Harapan menjelang PRU 14 akan datang.  Seramai 14 duta dan tiga “Charge de Affairs” […]

PENYOKONG TPM JUGA BOLEH LAKUKAN UNDI ROSAK JIKA MAHU ZAHID HAMIDI TERBUKA PELUANG JADI PM

Berikutan tulisan berkenaan undi rosak atau protes PRU14 yang disiarkan sebelum ini, seorang pemimpin UMNO yang tidak mahu disebut namanya menyarankan penyokong Timbalan Perdana Menteri agar beramai-ramai melakukan perkara yang sama. Kata pemimpin berkenaan, berdasarkan keadaan biasa, peluang Zahid Hamidi untuk menjadi Perdana Menteri boleh dikira tipis atau tertutup sama sekali. Menurut beliau, sekiranya BN […]

#UNDI ROSAK ATAU #PROTES PRU 14, PENYOKONG BN LEBIH BERPAHALA JIKA MELAKUKANNYA

Kempen untuk merosakkan undi atau memboikot PRU 14, atas apa alasaan sekali pun, ia tidak seharusnya dilakukan oleh penyokong Pakatan Harapan dan mereka yang mahu kepada perubahan. Tindakan itu, jika diteruskan hanya akan memberi ruang lebih terbuka kepada UMNO dan BN untuk terus berkuasa serta Najib Razak mencaturkan kerakusannya dalam negara ini. Sepertimana yang disebut […]

BAGAIMANA PEMAJU MAMPU BAYAR RM500 JUTA KEPADA FELDA? KENAPA FELDA PILIH SYNERGY PROMENADE SEDANGKAN IA ADA ENCORP BERHAD?

Saya meneliti jawapan-jawapan yang cuba diberikan oleh Tan Sri Shahrir Samad apabila saya membangkitkan beberapa persoalan utama mengenai kedudukan dan kepentingan Felda berhubung tanah-tanah di Jalan Semarak: 1) Bagaimana Tan Sri Shahrir Samad boleh mengatakan Felda telah mendapatkan kembali hakmilik ke atas tanah itu sedangkan hakmilik akan bertukar kepada hakmilik strata yang akan dijual kepada […]

JANJI OH JANJI

Perdana Menteri, Najib Razak mengulangi pendirian kerajaan bahawa kadar cukai GST akan kekal pada kadar 6 peratus. Saya beri jaminan, kerajaan tiada cadangan menaikkan kadar GST, katanya. Ada sesiapa mahu percaya janji ini? Ini namanya janji bulan madu sebelum pilihanraya, selepas menang dan dapat kuasa, sudah pasti lain ceritanya.Ketika itu, pelbagai alasan dan rasional akan […]

1MDB GAGAL, PENGAKUAN JUJUR ATAU SANDIWARA PILIHANRAYA? ADAKAH INI TANDA2 ADA "KAMBING HITAM" AKAN DIMANGSAKAN?

Setelah berhempas-pulas membuat cerita bahawa 1MDB sebuah syarikat yang berjaya, didakwa menjana keuntungan dan memberi kebaikan kepada negara, selain turut menangkap, memenjara dan memecat mereka yang membangkitkannya, Najib Razak akhirnya mengakui syarikat pelaburan yang ditubuhkannya itu adalah suatu kegagalan. Sekarang saya tidak akan menafikan isu ini. Memang berlaku kegagalan serta ada kesilapan kerajaan, kata Najib […]

BENARKAH TANAH FELDA TELAH HILANG BUAT SELAMA-LAMANYA?

Saya memberi ruang sepenuhnya kepada kepimpinan Felda untuk meneruskan sandiwara mengenai tanah Felda yang dilaporkan hilang hakmilik dan kemudiannya telah mendapat kembali hakmilik. Sepanjang sebulan sandiwara ini dimainkan, saya menunggu sama ada Tan Sri Shahrir Samad akan menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada rakyat. Malangnya, beliau terus terjebak dengan sandiwara politik untuk meredakan kemarahan rakyat mengenai […]

BAGAIMANA NAJIB MAHU MENANDINGI TUN MAHATHIR?

Dengan sahnya Tun Mahathir Mohamad dipilih sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, cabaran paling besar bagi Najib Razak dalam PRU 14 akan datang ialah bagaimana mahu menandingi lelaki berusia 93 tahun itu. Dari segi pemikiran, kecerdikan, kewibawaan, penerimaan dunia, rekod kecemerlangan dalam pentadbiran, kemampuan berhujah, malah sehingga kepada kesihatan dan struktur bentuk tubuh badan, segala-segalanya […]