Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

BOLEHKAH NAZRI DIPERCAYAI?

Dilaporkan bahawa salah seorang pemegang saham dalam syarikat yang menguruskan sistem IMAMS bagi menguruskan visa umrah yang telah dibatalkan minggu lalu anak kepada penasihat Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Nazri Aziz sendiri.

Menurut laporan sebuah portal berita, berdasarkan direktori rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Md Salleh Huddin Abu Hanifah adalah penasihat kepada Nazri, di samping penasihat Destination Perak Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak atau PKNP.

Anak beliau, Md Mahathir disenaraikan sebagai salah seorang pemegang saham OPG Global Group Sdn Bhd, syarikat yang diberikan kontrak untuk menguruskan sistem IMAMS yang mengundang bantahan dan kemarahan ramai itu.

Hmmmmm…..

Oleh yang demikian, bolehkah kita percaya apabila Nazri sebelum ini mengatakan sistem IMAMS dibatalkan kerana ada seseorang di kementeriannya salah faham dan IMAMS yang diumumkan perlaksanaannya  itu bukan sebagaimana yang beliau kehendaki?
Siapa salah faham, siapa tidak faham dan apa sebenarnya yang Nazri kehendaki?

Adakah IMAMS dibatalkan bukan saja kerana kemarahan ramai, tetapi juga kerana kebimbangan bahawa lebih banyak perkara akan terdedah, khususnya mengenai siapa di belakang syarikat yang dilantik itu?

Bagaimana pula dengan gambar yang tersebar luas yang memaparkan Nazri dengan salah seorang pengurusan kanan syarikat pengendali IMAMS yang namanya menjadi kontroversi dan didakwa sebagai punca IMAMS dibatalkan?

Apakah hubungan Nazri dengan individu terbabit?

Dalam pada itu, benarkah juga sebagaimana percakapan umum yang tersebar luas sekarang bahawa seseorang di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah ditukarkan berikutan isu IMAMS ini? 
Sediakah Nazri memberi penjelasannya? (ShahbudinHusin 22/12/2017)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

143 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
143
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x