Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

BATAL KEKAL ATAU BATAL SEMENTARA?

Tidak tahan dengan kecaman pelbagai pihak di media sosial, termasuk daripada kalangan mereka yang pro UMNO, kerajaan akhirnya membatalkan perlaksanaan Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia atau IMAMS, hanya sehari selepas ia dikuatkuasakan.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Rashidi Hasbullah berkata, pembatalan itu selepas mengambil kira aduan orangramai dan pihak yang berkaitan dengan pengendalian umrah.

Nampaknya kerajaan BN sekarang ini begitu cekap dan prihatin kepada rakyat sehingga bukan saja pantas dalam membatalkan sesuatu yang tidak disukai rakyat, malah pada hari Sabtu iaitu cuti hujung minggu pun Ketua Setiausaha masih bekerja dan sanggup membuat pengumuman yang penting ini.

Hanya di era Najib Razak semua ini didapati berlaku.

Meskipun demikian, keputusan cekap dan cepat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu tetap menimbulkan keraguan kepada orangramai di mana ramai yang bimbang pembatalan itu hanya bersifat sementara saja.

Dua kemungkinan yang dirasakan ialah pertama, sistem IMAMS ini akan diserahkan kepada GLC seperti Tabung Haji misalnya untuk mengelakkan isu syarikat bukan Islam terbabit dalam urusan umrah daripada terus berbangkit, tetapi kemudian pengendaliannya tetap diserahkan kepada syarikat yang sama untuk menguruskannya.

Oleh kerana pihak kementerian telah memperkenalkan LKU atau Lesen Khas Umrah yang merangkumi 65 syarikat pengendali umrah berdaftar dengannya, melencongkan cara perlaksanaannya kepada kaedah lain adalah tidak mustahil, lebih-lebih lagi kerana sistem IMAMS ini menjanjikan pulangan kewangan yang lumayan kepada syarikat yang diberikan kontraknya.

Kedua, IMAMS mungkin hanya ditangguhkan buat sementara menunggu pilihanraya saja dan akan diteruskan semula sekiranya BN kembali menang PRU 14 akan datang.

Cara ini adalah biasa dilakukan oleh BN sebelum ini, contohnya tol Lebuhraya Persekutuan ketika diumumkan oleh Samy Vellu dahulu ia mendapat tentangan daripada MB Selangor ketika itu, Muhammad Mohd Taib dan tidak dibenar dilaksanakan, tetapi selepas pilihanraya dan mandat diperolehi, ia akhirnya dengan senang-lenang dikuatkuasakan semula.

Apakah sistem IMAMS ini juga bakal mengikut contoh yang sama?

Jadi, bagaimanakah untuk rakyat mahu memastikan IMAMS tidak kembali sampai bila-bila?

Mudah saja – pastikan UMNO dan BN kalah pilihanraya. Hanya dengan Pakatan Harapan menguasai Putrajaya, kesejahteraan dan kebajikan rakyat lebih terpelihara. (ShahbudinHusin 16/12/2017)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

164 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
164
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x