Month: December 2017

NAJIB TERBUKTI KIAN TERTEKAN DAN JIWA KACAU, KALAU RCI FOREX DITUBUHKAN KERANA KIT SIANG, KENAPA TAK WUJUDKAN RCI 1MDB?

Najib Razak ternyata semakin tertekan, mengalami jiwa kacau tahap kronik dan kian tidak sesuai lagi untuk terus menjadi Perdana Menteri buat rakyat Malaysia. Gugatan Tun Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan menjelang PRU 14 akan datang nampaknya memberi kesan yang amat mendalam terhadapnya. Jika sebelum ini, Najib dilihat sukar mengelak daripada bayangan Tun Mahathir dengan selalu […]

SELAMAT TAHUN BARU, AZAM MENYINGKIRKAN NAJIB PALING SESUAI MENYAMBUT KEDATANGAN 2018

Hari ini adalah hari terakhir dalam tahun 2017 dan bermula jam 12.01 minit tengah malam nanti, semua kita akan menyambut kedatangan tahun baru 2018. Tahun 2017 mencatat banyak sejarah duka kepada rakyat dan negara negara, lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara yang dikaitkan dengan Najib Razak. 1Malaysia yang dulu dibangga-banggakan untuk disebut dan diucapkan sudah lama tidak […]

BERSATU ADALAH PARTI MASA DEPAN UNTUK MALAYSIA, ADAKAH UMNO MENYESAL MELULUSKAN PENDAFTARANNYA DAHULU?

Sesiapa yang biasa hadir dalam Perhimpunan Agung UMNO sebelum parti itu tercemar dengan imej skandal dan kleptokrasi yang dibawa oleh Najib Razak, pasti dapat merasakan ia seolah-olah telah menjelma semula dalam Perhimpunan Agung Tahunan atau PAT Bersatu kali pertama yang diadakan di IDCC, Shah Alam hari ini. Dengan kehadiran hampir 100 peratus perwakilan daripada 137 […]

GAMBAR2 SEKITAR PERHIMPUNAN AGUNG PPBM (BERSATU) KALI YANG PERTAMA

Hari ini berlangsung Perhimpunan Agung Tahunan PPBM kali yang pertama di IDCC, Shah Alam, Selangor. Gambar-gambar di bawah ini mampu menceritakan betapa meriah dan gahnya perhimpunan tersebut serta begitu bersemangatnya ahli-ahli PPBM dalam perjuangan bersama wadah baru ini. Ulasan selanjutnya mengenai perhimpunan ini akan menyusul kemudian. (ShahbudinHusin 30/12/2017) No tags for this post.

PUTRAJAYA, LANGKAWI, MERBOK – MANA PUN KAWASAN PILIHAN TUN MAHATHIR, PERDANA MENTERI BARU GANTI NAJIB TETAP AKAN LAHIR DI SITU

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir Mohamad kini sudah hampir pasti akan dinamakan sebagai calon Perdana Menteri bagi pertaruhan gabungan itu untuk menyingkirkan Najib Razak dan menumbangkan BN dalam pilihanraya akan datang. Ia hanya menunggu untuk diumumkan secara rasmi dalam Konvensyen Pakatan Harapan yang dijangka akan diadakan pada awal Januari 2018 mendatang. Gandingan beliau sebagai Timbalan […]

JOM KITA CIPTA SEJARAH BARU UNTUK MALAYSIA!!

Kebulatan kata yang akhirnya setuju menamakan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sementara sebaik Pakatan Harapan memenangi PRU 14 akan datang, bukan saja berita baik untuk sesiapa saja yang mahukan perubahan, bahkan merupakan peluang terbuka untuk mencipta sejarah tersendiri buat negara. Dari segi rekod, kemampuan, ketajaman fikiran, penerimaan antarabangsa, malah budi bahasa dengan tidak pernah […]

SELEPAS CHINA, CHINA DAN SEKALI LAGI CHINA JUGA….

Menurut laporan sebuah akhbar Singapura, pelupusan aset 1MDB kepada sebuah syarikat China telah membantu mengumpul dana untuk membayar hutang syarikat pelaburan itu yang berjumlah AS$602.7 juta kepada IPIC yang perlu dijelaskan sebelum hujung tahun ini. Bagi tujuan itu, 1MDB dikatakan menjual instrumen kewangan dan kepentingan dalam dua entiti yang menguasai tanah di Selangor dan Pulau […]

SELAIN 1MDB, ISU TANAH FELDA AKAN MEMUDAHKAN LAGI NAJIB TERSUNGKUR DARIPADA SINGGAHSANA PUTRAJAYA

Walaupun Najib Razak sudah sedia terbelit dengan pelbagai isu dan masalah sejak menjadi Perdana Menteri pada 2009, penolakan yang lebih besar terhadapnya bermula sebaik meletusnya skandal 1MDB dan pendedahan tentang kemasukan wang RM2,600 juta ke dalam akaun peribadinya. Sehingga sekarang pun, isu 1MDB dan derma RM2,600 juta itu terus menghantui UMNO dan BN serta membuatkan […]

APA NASIB ISA SAMAD KALI INI?

Menurut apa yang dinyatakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Noor Rashid Ibrahim, bekas Pengerusi Felda, Isa Samad akan dipanggil minggu depan bagi diambil keterangannya berhubung kehilangan tanah agensi itu di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. “Siasatan awal mendapati Isa adalah individu penting yang boleh membantu siasatan dalam kes tanah Felda tersebut. “Beliau adalah Pengerusi Felda ketika […]

APA PUN PENYUDAHNYA, ISU TANAH FELDA TETAP UNTUNGKAN TUN M DAN PAKATAN HARAPAN

Semua pihak kini ternanti-nanti apakah kesudahannya berhubung isu tanah Felda yang dikatakan telah berpindah milik ke tangan pihak lain setelah Najib Razak mengarahkan siasatan serta-merta dan kemudian pihak polis menubuhkan pasukan petugas khas berkenaan dengannya. Apakah bekas Pengerusi Felda, Isa Samad akan ditahan sekali lagi setelah dalam kes pembelian hotel di London dahulu beliau sudah […]

SAMPAI MASANYA PENEROKA FELDA PERLU BERANI BERUBAH

Menurut beberapa kenalan di tanah rancangan Felda, isu tergadainya tanah milik agensi itu di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang didedahkan baru-baru ini telah menjadi perbualan hangat di kalangan penghuninya. Mereka bukan saja memperkatakannya di kedai-kedai kopi atau dalam perbualan sesama sendiri, malah bagi yang memiliki telefon pintar turut berpeluang menatap pelbagai berita dan video lain […]

JANGAN LUPA 30 DISEMBER INI!!!

Sukacita saya mengumumkan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan Kali Pertama pada 30 Disember 2017 bertempat di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam. Perhimpunan Agung Tahunan ini akan dihadiri oleh Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Ahli-Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan perwakilan daripada 137 bahagian PPBM di seluruh negara yang telah berdaftar dengan Pendaftar […]

KALAU TUN M BOLEH DISUBAHATKAN DALAM KERUGIAN FOREX, APAKAH NAJIB TIDAK HARUS DIKAITKAN DENGAN HILANGNYA TANAH FELDA?

Tiada siapa boleh setuju dan reda tanah milik Felda terlepas ke tangan pihak lain, tidak kira siapa pun dalang atau pihak yang bertanggungjawab melakukannya, lebih-lebih lagi jika ia dilakukan secara curang dan berunsurkan wang. Kehilangan tanah bukan saja bermaksud Felda kehilangan wang, tetapi juga bererti mereka sudah kehilangan maruah dan jaminan masa depan. Sebab itu […]

DEKLARASI RAKYAT HARAP NAJIB TIDAK DIKECUALIKAN DARIPADA SIASATAN

FELDA DI BAWAH PERDANA MENTERI PALING KORUP!! PDRM DAN SPRM HARUS TAHAN SERTA SIASAT NAJIB TUN RAZAK TERLEBIH DAHULU!! Dalam apa jua situasi Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri paling korup harus ditahan oleh PDRM dan SPRM terlebih dahulu untuk disoal-siasat mengenai penyelewengan kes skandal Felda!! Ini adalah kerana Felda terletak di bawah kelolaan Perdana […]

ISA SAMAD "KAMBING-HITAM" PRU 14?

Berdasarkan respon beberapa pihak dalam UMNO berhubung isu tanah Felda di Jalan Semarak yang telah berpindah tangan kepada sebuah syarikat swasta, termasuk kenyataan Najib Razak sendiri yang mengarahkan siasatan serta-merta serta tindakan akan diambil hasil daripada siasatan itu, kedudukan bekas Pengerusi Felda, Isa Samad dilihat tidak lagi selamat. Hampir dalam semua yang kenyataan yang dikeluarkan […]

KAWAN ISA SAMAD ATAU KENALAN NAJIB?

Di sebalik Felda sudah kehilangan hak milik tanahnya di Jalan Semarak kepada sebuah syarikat swasta secara percuma gara-gara diberikan “surat kuasa penuh” oleh agensi tersebut,  dua persoalan kini menjadi tanda-tanya ramai. Pertama, siapakah yang mahukan atau mengarahkan “surat kuasa penuh”  itu diberikan dan siapa pula yang menandatangani surat tersebut? Pelbagai khabar berlegar mengenainya, antaranya mengatakan […]

UMNO SUDAH HILANG STATUS PEMBELA MELAYU, MENYOKONG UMNO SAMA SEPERTI MAHU MELAYU KEKAL DIMISKINKAN

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita tanah milik Felda di Jalan Semarak yang dibangunkan untuk pembinaan Kuala Lumpur Vertical City telah berpindah milik kepada syarikat yang membangunkan projek tersebut tanpa pengetahuan dan tanpa dibayar walau sesen wang kepada agensi tersebut. Ia berikutan Felda telah memberikan “power of attorney”  atau surat kuasa penuh kepada syarikat tersebut […]

BENARKAH HADI TIDAK HADIR KERANA BERKHUTBAH DI MASJID RUSILA?

Presiden Pas, Hadi Awang yang nama dan gambarnya sudah disebarkan  secara meluas serta digembar-gemburkan akan hadir dalam Himpunan Solidariti Baitulmaqdis bersama Perdana Menteri, Najib Razak di Masjid Putra, Putrajaya selepas solat Jumaat hari ini, akhirnya tidak muncul dalam program tersebut. Hadi sebaliknya hanya diwakili oleh anaknya, Khalil Hadi yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat. […]

BOLEHKAH NAZRI DIPERCAYAI?

Dilaporkan bahawa salah seorang pemegang saham dalam syarikat yang menguruskan sistem IMAMS bagi menguruskan visa umrah yang telah dibatalkan minggu lalu anak kepada penasihat Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Nazri Aziz sendiri. Menurut laporan sebuah portal berita, berdasarkan direktori rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Md Salleh Huddin Abu Hanifah adalah penasihat kepada Nazri, di samping penasihat […]