Month: November 2017

RCI FOREX – DIBENTANG DI PARLIMEN, DIBAHAS DI PERHIMPUNAN UMNO DAN SAH MENJADI BAHAN KEMPEN PRU 14

Sebagaimana ramai mempersoalkan keputusan kerajaan pimpinan Najib Razak mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan urusniaga forex sebelum ini, hasil siasatannya yang dibentangkan di Parlimen hari ini  sekali lagi menyaksikan banyak persoalan timbul daripadanya. Rasanya tidak perlu dihuraikan lagi apa keputusan atau hasil siasatan RCI forex yang dibentangkan itu kerana ia sudah pun menjadi berita yang heboh […]

KENAPA NAJIB PERINTAH ROSMAH MEWAKILINYA DAN BUKAN TPM ATAU MENTERI2 LAIN?

Ada dua perkara yang selalu menjadi perumpamaan atau percontohan dalam dunia pemberitaan atau persuratkhabaran. Pertama, kalau anjing gigit orang, itu bukan berita namanya tetapi jika orang yang gigit anjing, itulah yang sebenar-benarnya berita. Pemberita atau wartawan selalu diingatkan agar mencari berita atau menulis laporan yang tinggi nilai beritanya umpama penemuan orang menggigit anjing dan bukannya […]

KENAPA SPRM TAK SIASAT MB JOHOR?

Berikutan SPRM kini membuat laporan polis untuk mengetahui siapa yang membocorkan dokumen keterangan seorang saksi dalam kes rasuah melibatkan bekas Exco Johor, Abdul Latif Bandi yang mengaitkan Menteri Besar Johor, Khaled Nordin dengan dakwaan menerima wang sebanyak RM12 juta, beberapa persoalan lain mula menjadi perbualan ramai. 1 – Apakah Khaled pernah disiasat oleh SPRM berkenaan […]

KALAU BENAR TIDAK TERLIBAT, KHALED TAK PERLU BERDIAM DIRI TERLALU LAMA

Selain Najib Razak yang terus dibelenggu skandal 1MDB dan kemasukan wang RM2,600 juta ke dalam akaun peribadinya, sekarang ini tumpuan yang juga melibatkan wang berjuta-juta tentunya terarah kepada Menteri Besar Johor, Khaled Nordin.  Berdasarkan dokumen seorang saksi kes rasuah bekas Exco Johor, Abdul Latif Bandi yang bocor di internet, Khaled didakwa telah menerima sekitar RM12 […]

JIKA JAMAL JADI CALON, PEMIMPIN2 UMNO AMPANG SENDIRI AKAN PASTIKAN KEMENANGAN AZMIN ALI

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal Md Yunus yang sebelum ini pernah menyatakan tiada keinginan untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang, kini nyata sudah berubah fikiran. Beberapa hari lalu beliau secara terbuka membuka mulut mengenai hasrat mahu bertanding itu, tetapi bukan di kawasannya sendiri, sebaliknya di DUN Bukit Antarabangsa yang sekarang diwakili oleh Menteri Besar […]

SERAMAI 447,890 PEMINJAM PTPTN DISEKAT KE LUAR NEGARA, HARUSKAH MEREKA INI MENGUNDI BN?

Menurut apa yang dilaporkan, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Mustafar Ali memberitahu, daripada sejumlah 790,186 orang rakyat Malaysia yang disenarai-hitamkan untuk ke luar negara, lebih separuh daripadanya adalah peminjam PTPTN atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara. Jumlah sebenar peminjam PTPTN yang mengalami sekatan meninggalkan negara itu ialah seramai 447,890 orang. Mereka dihalang daripada pergi ke luar […]

TETAPI MAHFUZ PULA TERBUKTI LEBIH 'GENTLEMAN' DARIPADA PAS….

Meskipun barangkali hanya bertujuan menyembunyikan kesedihan berikutan tindakan tidak disangka-sangka Ketua Pembangkang Kedah, Amiruddin Hamzah menyertai Bersatu, Pas dengan nada berbeza memuji tindakan beliau itu sebagai “gentleman”. Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah berkata, keputusan Amiruddin itu juga adalah sesuatu yang baik untuk Pas. Kata beliau, dengan berani meninggalkan Pas, Amiruddin terbukti seorang ahli […]

JANGAN MARAH, SEBENARNYA MEMANG WAJAR JASA DIBAYAR LEBIH TINGGI BERBANDING GAJI MENTERI

Ketua Pembangkang, Dr. Wan Azizah Wan Ismail mempersoalkan bagaimana Ketua Pengarah JASA mendapat gaji yang lebih tinggi berbanding apa yang dibayar kepada seorang menteri. Berdasarkan rekod, Dr. Puad Zarkashi yang mengetuai agensi propaganda kerajaan itu memperolehi gaji bulanan sehingga maksima sebanyak RM20,592 berbanding Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang menaungi JASA hanya mendapat […]

INSYA ALLAH, ADA SYURGA MENANTI BUAT KETUA PEMBANGKANG KEDAH

Sekalung dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ketua Pembangkang Kedah dan Adun Anak Bukit daripada Pas, Amiruddin Hamzah yang telah membuat keputusan paling berani dengan meninggalkan Pas untuk menyertai Bersatu. Jika beliau keluar Pas lalu menyertai Amanah, ia barangkali tidaklah terlalu menghairankan kerana Amanah adalah pecahan daripada Pas. Begitu juga jika beliau menyertai PKR atau DAP, […]

MUNGKINKAH PEMBATALAN BERSATU AKAN JADI HADIAH KEPADA PERHIMPUNAN UMNO?

Ruang bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau Bersatu untuk terus hidup dan bernafas dengan selesa nampaknya semakin sukar dan tidak mustahil berdepan hukuman dibatalkan pendaftarannya. Meskipun minggu lalu ketika Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin bersama rombongannya bertemu dengan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran atau RoS, Surayati Ibrahim dan dilaporkan jabatan itu memberi jaminan untuk membantu menyelesaikan […]

TENGKU ADNAN CIPTA SATU LAGI SEJARAH UNTUK UMNO

Rasanya ini pertama kali kita pernah dengar ada orang mendapat hidayah untuk berubah disebabkan oleh UMNO, sebuah parti politik yang dulunya digelar Pas sebagai taghut dan assabiyah. Tetapi, tanpa kita sangka, rupa-rupanya Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor yang dahulunya suka berfoya-foya telah berubah kehidupannya semata-mata kerana UMNO. “Dahulu, saya hidup berfoya-foya sana-sini, kapal […]

MESKI JIKA PENDAFTARAN BERSATU DIBATALKAN, UMNO BELUM TENTU BOLEH MENANG PRU AKAN DATANG

Ketika era kepimpinan Tun Mahathir Mohamad, dua parti serpihan UMNO telah ditubuhkan iaitu Semangat 46 dan Parti Keadilan Rakyat. Tetapi, adakah ketika itu kita pernah mendengar Pendaftar Pertubuhan atau RoS berperangai pelik-pelik, termasuk mengadakan sidang akhbar untuk mengancam pembubaran kedua-dua parti itu? Semangat 46 dan PKR waktu itu bukan saja tidak menghadapi banyak masalah ketika […]

ADAKAH LAGI YANG MASIH GHAIRAH DENGAN CALON2 UMNO?

Bekas Menteri Besar Selangor, Muhammad Mohd Taib yang baru-baru ini kembali menyertai UMNO dengan diraikah secara besar-besaran berkata, untuk menang dalam pilihanraya akan datang, parti itu mesti meletakkan calon yang tahapnya seperti Miss World. Kata beliau, hanya dengan meletakkan calon sedemikian saja akan membuatkan pengundi ghairah untuk memilih mereka. “Calon-calon yang kita hantar mestilah macam […]

APA FAEDAHNYA DIUNGKIT SEJARAH SILAM TUN MAHATHIR?

Sejak kebelakangan ini seperti wujud suatu keghairahan yang makin menjadi-jadi untuk mengungkit semula sejarah silam kepimpinan Tun Mahathir Mohamad sewaktu menjadi Perdana Menteri dahulu dengan dua topik utama yang kerap menjadi perhatian iaitu penahanan di bawah ISA dan kes liwat melibatkan Anwar Ibrahim. Jika UMNO atau mana-mana pihak yang pro kepada Najib Razak menimbulkannya tentu […]

BAGAIMANA NAJIB NAK PERTAHAN HADI DARIPADA DAKWAAN ARAB SAUDI?

Walaupun agak terlewat, tetapi sebagai rakan baik, Hadi Awang tetap menunaikan tanggungjawabnya dengan tidak ketinggalan turut membela Najib Razak daripada serangan Tun Mahathir Mohamad berkaitan isu keturunan lanun Bugis yang masih berlarutan sehingga kini. Cara pembelaan Hadi terhadap Najib pula bukanlah main-main, malah mengaitkan tuduhan seperti itu sebagai mencerminkan pemikiran orientalis Barat, walaupun beliau juga […]

JANGANLAH KECEWAKAN KAMI, KAK ROS!!!

Kegembiraan menyambut penurunan harga minyak sebanyak 8 sen semalam, barangkali sedikit terganggu bagi majoriti rakyat negara ini apabila dalam masa yang sama, isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor mengumumkan beliau tidak berhasrat untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang. Pengumuman beliau  itu adalah berita sedihnya sebenarnya, malah difahamkan ramai yang menitiskan airmata dan hilang selera makan […]

SUDAH JADI KAWAN, APA SALAHNYA PAS BERTOLAK-ANSUR DENGAN UMNO?

Tidak patut Pas buat begini kepada UMNO? Apa salahnya jika Speaker DUN Kelantan, Abdullah Yaakub memberi sedikit pertimbangan dan bertolak- ansur kepada Ketua Pembangkang, Norzula Mat Diah dengan memberi laluan kepada beliau membahaskan Bajet Kelantan 2018? Lagi pun, seperti yang ditegaskan beliau, apa yang mahu disampaikannya ialah hanyalah berkaitan kepentingan rakyat, bukan mengenai dirinya atau […]

BENARKAH NAJIB TAK DAPAT DISINGKIRKAN ATAU BELIAU HANYA MAHU SEDAPKAN HATI SENDIRI?

Wahhh….begitu yakin nampaknya Najib Razak bahawa Tun Mahathir Mohamad tidak mampu menyingkirkannya. Benarkah begitu? Kata Tun Mahathir pula, Najib sebenarnya takut kalah, sebab itu kelulusan pendaftaran Pakatan Harapan sengaja dilengah-lengahkan. Atau lontaran keyakinan Najib itu sekadar untuk menyedapkan hati sendiri, sedangkan apa yang dirasa hanya Tuhan saja yang tahu? Kalau sudah begitu cakap besar, kenapa […]

KENAPA TUNGGU 3 BULAN BARU NAK BERTINDAK? UNTUK MODAL KEMPEN PILIHANRAYA KE?

Sebagai usaha menangani kenaikan harga minyak yang dijangka berterusan, kerajaan pada mulanya mahu mempertimbangkan kemungkinan menaikkan subsidi bagi bahan bakar itu. Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara. Kita sedang mengkajinya, kata Zahid Hamidi pada Ahad lalu. Bagaimanapun, mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara berkaitan […]

ANTARA BERKECUALI DAN SEDAR DIRI, ADAKAH DUA AHLI PARLIMEN PAS TAK PEDULI DERITA PENGUNDI SENDIRI?

Jika tidak kerana sikap berkecuali dua Ahli Parlimen Pas dalam pengundian peringkat jawatankuasa untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Dewan Rakyat malam tadi, Bajet 2018 pasti akan menyaksikan ia ditolak buat pertama kalinya. Dalam pengundian belah bahagi yang dijalankan, itu pun setelah dilengah-lengahkan oleh Timbalan Speaker untuk membolehkan beberapa Ahli Parlimen BN […]