Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

BUKAN TUN MAHATHIR, TAPI NAJIBLAH YANG SEBENARNYA MEMALUKAN BUGIS

“Saya tak hina orang Bugis, orang Bugis ada yang baik, tapi penyangak pun ada juga…
“Salah ke cakap begitu? Takkan orang Bugis nak kata di kalangan orang Bugis tak ada penyangak?
“Ada…?”
Demikian jawapan mudah dan ringkas oleh Tun Mahathir Mohamad berhubung pelbagai luahan tidak puas hati beberapa kelompok orang Bugis yang menuduh beliau telah menghina mereka dalam ucapannya.
Jika difahami dan diteliti ucapan beliau dalam Himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptoktasi baru-baru ini, itulah sebenarnya maksud yang mahu disampaikan oleh Tun Mahathir.
Hanya orang Bugis tertentu saja yang jadi terlebih sensitif kerana mereka jelas ingin membodek dan mengampu Najib Razak.
Jika mereka rasional, ucapan Tun Mahathir itu sebenarnya tidak ada apa-apa yang salah. 
Dalam kelompok mana pun, ada yang jahat dan ada yang baik. Ada yang rajin beribadat dan ada juga yang penyangak.
Orang Arab yang merupakan keturunan Nabi Muhammad SAW  pun begitu juga – ada yang baik dan ada yang jahat. 
Yang kita ikuti dan jadikan teladan ialah peribadi baik seperti Nabi, bukannya seperti Abu Jahal atau Abu Lahab.
Kalau orang Bugis tidak boleh dikritik, bermakna orang Arab jauh lebih tidak boleh disentuh.
Adakah begitu yang yang kita mahu?
Dalam hal ini, oleh kerana Najib telah dikaitkan dengan pelbagai skandal kewangan terbesar di dunia sehingga digelar pencuri, perompak dan penyamun wang rakyat, malah Tun Mahathir sendiri berkali-kali menyebut ungkapan tersebut, yang sebetul-betulnya telah memalukan keturunan Bugis ialah Perdana Menteri sendiri.
Beliau mengaku berketurunan Bugis setelah tembelang skandal 1MDB dan kemasukan berbilion wang ke dalam akaun peribadinya terdedah kepada umum.
Jika Najib tidak melakukan semua perkara itu, nama Bugis tidak akan tercemar. Mereka sebelum ini dikenali sebagai pahlawan yang kuat. Hanya kerana adanya Najiblah, baru Bugis mula dikaitkan dengan perkara-perkara tidak baik itu.
Maka, bukan Tun Mahathir yang memalukan Bugis, sebaliknya Najib yang menjadikan nama kaum Bugis menjadi buruk. 
Orang Bugis patut mula berasa malu dengan Najib dan berterima kasih kepada Tun Mahathir kerana beliau kini sanggup berjuang mahu membuang “orang itu” yang telah memalu dan memberi nama buruk kepada seluruh Bugis.
Hanya setelah “orang itu”  dapat disingkirkan dan seterusnya diadili, barulah nama Bugis akan kembali harum dan wangi seperti sebelumnya. (ShahbudinHusin 21/10/2017)
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

266 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
266
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x