Month: October 2017

KENAPA UMNO DAN PAS TAK BOLEH BERSABAR, APA PERLUNYA AMBIGA DEDAHKAN SEKARANG?

Sabarlah UMNO… Sabarlah Pas… Kenapa UMNO dan Pas tak boleh bersabar? Kiranya editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown sudah memasukkan nama S Ambiga sebagai sumbernya berhubung dana yang didakwa diterima Pas daripada Najib Razak berdasarkan maklumat boleh dipercayai yang ada padanya, bermakna beliau bukan saja bersetuju namanya dimasukkan dalam kenyataan pembelaan itu, bahkan juga bersedia untuk […]

SIAPA BERANI NAFIKAN PERKARA INI? BILA LAGI BEKAS TIMBALAN PRESIDEN PAS NAK MULAKAN SAMAN?

Dalam kenyataan pembelaan yang difailkan berhubung saman Presiden Pas, Hadi Awang terhadapnya, editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Browm antara lain merekodkan perkara-perkara berikut:- – Najib Razak menyalurkan lebih RM200 juta kepada bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa sejak 2014 dengan tujuan mendanai sekumpulan pihak dalam Pas. – Dana rahsia itu diberikan secara berterusan sepanjang 2015, […]

KENAPA SUSAH SANGAT NAK MELENGKAPKAN SIASATAN 1MDB?

SATU DUNIA SELESAI DAN SUDAH AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG PADA YANG TERLIBAT DALAM KES SKANDAL 1MDB TETAPI DI MALAYSIA PIHAK PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG MASIH MAIN ‘TARIK TALI!!’ Persoalan utama yang ingin saya tanya Apandi Ali selaku Peguam Negara ialah kenapa beliau tidak mahu menjalinkan kerjasama dalam isu ‘Mutual Legal Assistance’ dengan Pejabat Peguam Negara Switzerland?! Di Singapura […]

MEMANGLAH TUN M MAHUKAN KUASA….

Kata Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa, agenda Tun Mahathir Mohamad mahu menjatuhkan Najib Razak bukan kerana bangsa atau negara, sebaliknya semata-mata disebabkan kuasa. Kata beliau, agenda itu bermula pada 2013 iaitu setelah anaknya, Mukhriz Mahathir kalah dalam pemilihan untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO. Bukan soal agama atau bangsa, tetapi disebabkan dia mahu kekal berkuasa, […]

APA KHABAR KP SPRM?

Di mana Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzuklifli Ahmad ketika ini agaknya? Bagaimana keadaan dan apa khabar dirinya?  Adakah beliau dalam keadaan sihat walafiat seperti selalu atau tidurnya tidak lagi lena seperti dahulu? Adakah beliau sedang bercuti atau masih menjalankan tugas serta datang ke pejabat seperti biasa? Jika sedang bercuti, adakah beliau berehat di rumah saja atau […]

MASIHKAH KAU INGAT, NAJIB?

Sudahlah janji Najib Razak berkenaan penurunan harga kereta dinikmati oleh rakyat Malaysia? Kalau kita masih ingat, janji tersebut pernah dilafazkannya menjelang PRU 2013 yang lalu. Tetapi, sekarang sudah tahun 2017, bagaimana harga kereta ketika ini? Turun, naik atau cukainya masih tidak berubah? Masihkah kau ingat, Najib? Atau kita berhak sekali lagi meragui janji-janji beliau dalam […]

WOWWW…INI BARULAH SESUAI JADI PRESIDEN PAS!!!

Wowww…hebat juga cadangan Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung Bajet 2018 yang dibentangkan Najib Razak semalam. Sekurang-kurangnya, dengan mencadangkan tol Gombak dan Karak sepatutnya dimansuhkan sama oleh kerajaan, cadangan beliau ini tidaklah begitu jauh tersasar berbanding Pakatan Harapan yang mahu memansuhkan semua tol di negara ini. Alangkah beruntungnya ahli-ahli Pas jika beliau jadi presiden mereka ketika […]

BAJET 2018 ADALAH BAJET PILIHANRAYA, PRU 14 BAKAL DIADAKAN SELEPAS JANUARI TAHUN DEPAN

Apa yang menarik dalam bajet kali ini? Itu adalah pertanyaan yang paling banyak terdengar di mana-mana sejak petang semalam lagi. Bersapaan di mana saja atau dengan sesiapa, soalan sedemikian hampir tidak terkecuali terpacul daripada mulut kebanyakan orang. Ramai yang mengharapkan bajet yang dibentangkan Najib kali ini terdampar harapan dan bunga-bunga indah, bukan semata-mata untuk memenangi […]

ADAKAH PEMIMPIN PH HANYA SUKA-SUKA MERANGKA BAJET ALTERNATIF?

Petang ini Najib Razak selaku Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2018 yang dilihat banyak pihak tidak lebih sebagai “gula-gula pilihanraya” untuk memastikannya terus berkuasa, di sebalik skandal mega 1MDB yang membelenggu dirinya. Mahu tidak tahu, Najib harus memastikan beliau menang pilihanraya akan datang dan Bajet 2018 adalah senjata terakhirnya bagi tujuan itu, setelah satu lagi […]

SATU LAGI PENDEDAHAN, JADI ATAU TIDAK FELDA NAK SAMAN RAFIZI?

FELDA ISYTIHAR BAYAR £34 JUTA BELI TANAH, TETAPI HANYA £20 JUTA YANG DIBAYAR Pelaburan Felda yang terbesar di United Kingdom ialah hartanah-hartanah di Wembley, London dengan membeli bangunan sedia ada dan membina bangunan baru untuk disewakan kepada pelajar-pelajar. Setakat ini, dua buah bangunan sedemikian telah siap dan beroperasi iaitu Felda House di alamat 575 North End […]

SERONOKNYA JADI JHO LOW….

Tidak cukup dengan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi yang sudah membersihkan Jho Low dengan mengatakan siasatan terhadap ahli perniagaan playboy yang dipercayai dalang dalam  skandal 1MDB itu sudah ditutup dan tidak lagi bantuan Interpol diperlukan untuk menangkapnya, kali ini seorang lagi pemimpin UMNO, Nazri Aziz tampil berbuat demikian. Kata Menteri Kebudayaan dan Pelancongan itu, […]

BAJET PAS DIBENTANG ESOK SEBELUM SOLAT JUMAAT?

Sekarang ini adalah musim pembentangan bajet. Pihak yang ingin menjadi kerajaan dan parti yang sedang menguasai kerajaan, inilah masanya membuat tawaran masing-masing kepada rakyat. Semalam Pakatan Harapan telah membentangkan bajet alternatifnya sebagai tawaran kepada rakyat jika mereka berjaya mengambil alih kerajaan. Tentu ramai yang teruja dengan tawaran menarik PH itu terutamanya pemansuhan GST dan penghapusan […]

JHO LOW MASIH BELUM TERLEPAS

Perdana Menteri, Najib Razak barangkali amat gembira dengan pengesahan timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan siasatan pihak polis terhadap Jho Low sudah pun ditutup dan tiada lagi bantuan Interpol diperlukan untuk menangkapnya. Ini bermakna, dari sudut Malaysia yang di ketika era kepimpinan Najib ini dikenali juga sebagai negara kleptokrasi, Jho Low adalah manusia paling bebas […]

MEMBANTU KELANTAN LEBIH BERMAKNA JIKA DISUSULI UMNO TIDAK BERTANDING MELAWAN PAS DI NEGERI ITU

Susulan saranan veteran Pas, Mustaffa Ali agar parti itu berunding dengan UMNO bagi menjalin kerjasama menghadapi pilihanraya akan datang, kenyataan Najib Razak untuk lebih membantu Kelantan tentu saja merupakan satu lagi perkembangan positif ke arah itu. Kata Perdana Menteri, berikutan Kelantan dianaktirikan dan disekat dana pembangunan serta tidak dinaiktaraf infrastruktur airnya selama beberapa dekad, Putrajaya […]

ZAHID HAMIDI BIKIN MALU LAGI….

Sejak semalam, nama Ahmad Zahid Hamidi menjadi perbualan di mana-mana. Ia bukan saja mengenai jawapannya di Parlimen berhubung misteri pencarian Jho Low, tetapi juga berikutan tindakannya mengeluarkan kenyataan media pada lewat petang untuk membetulkan jawapannya sendiri di dewan yang mulia itu. Sementara Zahid Hamidi mengatakan beberapa portal berita telah memanipulasi kata-katanya, tetapi sesiapa yang menonton […]

MESKI JIKA DZULKIFLI DIDAPATI TIDAK BERSALAH, KEDUDUKANNYA UNTUK TERUS MENGETUAI SPRM TETAP TIDAK LAGI SESUAI

Sejak Peguam Negara, Apandi Ali mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas untuk memantau siasatan pihak polis terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad, apa yang nyata penyiasatan kes tersebut seolah-olah telah terhenti dengan tiba-tiba. Tiada lagi apa-apa berita atau perkembangan siasatan mengenai kes berkenaan yang boleh kita baca di media-media.  Kita juga tidak tahu sama ada Dzulkifli […]

PAS WAJIB TERIMA CADANGAN INI JIKA IMPIAN MENANG 40 KERUSI DAN MENDUDUKI PUTRAJAYA BENAR2 MAHU DICAPAI

Segera berunding dengan UMNO, demikian gesaan veteran Pas, Mustaffa Ali kepada parti Islam itu. Beliau yang sebelum ini pernah menjadi Setiausaha Agung dan Pengarah Pilihanraya Pas berkata, Pas wajar menyahut pelawaan yang sudah beberapa kali diluahkan UMNO untuk bekerjasama demi kepentingan negara ini. Katanya,  kerjasama itu tidak semestinya memerlukan Pas masuk BN, tetapi parti itu […]

KETUA POLIS NEGARA PERLU SEGERA BERSUARA

Sejak Peguam Negara, Apandi Ali mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas untuk memantau penyiasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad, belum terdengar lagi reaksi pihak polis mengenai perkara itu. Dzulkifi, sebagaimana yang disebut oleh Ketua Polis Negara, Mohamad Puzi Harun sebelum ini, sedang disiasat dibawah Seksyen 489 Kanun Keseksaan iaitu memikat wanita yang sudah bersuami dengan […]