Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

SIAPA YANG PATUT BERCERMIN DULU?

Susulan tulisan Tun Mahathir Mohamad dalam blognya semalam yang meminta pemimpin dan ahli Pas bertaubat kerana mendokong perbuatan jenayah, rasuah dan mencuri yang dilakukan oleh Najib Razak, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan hari menulis sepucuk surat terbuka kepada Pengerusi Pakatan Harapan itu.
Saya siarkan surat terbuka beliau itu untuk tatapan kita bersama.
Lanjutan daripadanya pula, Hanipa Maidin, Ahli Parlimen Sepang yang dulu bersama Pas, tetapi kini bersama Amanah, kemudian menjawab surat terbuka Tuan Ibrahim itu.
Juga saya siarkan jawapan penuhnya untuk tatapan dan penilaian yang saksama.
Maka, marilah kita baca kedua-duanya dengan lapang dada dan hati yang terbuka.
1) Surat Tuan Ibrahim Tuan Man.
Salam berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad,
PAS melihat Umno sebagai perompak dan penyamun sudah berdekad-dekad lamanya. 
Untuk makkuman Tun, Umno dilihat sebagai perompak dan penyamun ini bukankah baru sekarang. Dari dulu lagi PAS berlawan kerana pelbagai kerosakan yang dilakukan oleh Umno-BN di negara ini.
Malah, di zaman Tun, Umno sudahpun menjadi perompak dan penyamun, cuma Tun tidak sedar. Sesiapa yang mempertikaikannya perlu berdepan dengan senjata yang bernama ISA yang sedia digunakan Tun dengan sewenang-wenangnya. Malah sehingga hari ini, semua rakyat masih melawan sistem yang ditinggal Tun termasuk Tun sendiri.
Ketika Tun menjadi Perdana Menteri, pembangkanglah paling hebat ditekan, ditindas sehingga pelbagai tragedi berlaku. Royalti minyak Kelantan tidak diberi, malah royalti minyak Terengganu dijadikan wang ehsan sejurus PAS mengalahkan Umno di Terengganu. 
Di zaman Tun, semua timbalan Tun yang Tun rasa tak sesuai dipecat dengan pelbagai tuduhan. Sebahagian mereka kerana menentang rasuah, salahguna kuasa dan kronisme yang berlaku di waktu itu. Kini istilah itu bertukar kepada kleptokrasi. Gunalah apa istilah sekalipun hakikatnya penyelewengan terus berleluasa. Ia menjadi budaya di dalam Umno yang kekal sehingga hari ini sehinggalah Tun sendiri pun terasa meluat melihatnya.
Di bawah PM Datuk Seri Najib Razak, Umno-BN hampir tumbang di PRU13. 
Rakyat mempunyai peluang keemasan untuk menumbangkan BN bersama Pakatan Rakyat di PRU13, tapi ketika itu Tun memilih bersama Umno melalui Perkasa untuk mengekalkan kekuasaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga BN.
BN kekal berkuasa sehingga hari ini adalah disebabkan Tun dan juga sistem yang berat sebelah yang dikekalkan oleh Tun. Umno yang ada hari ini adalah hasil didik Tun.
Sudah berdekad-dekad lamanya sejak Merdeka. PAS melawan Umno. Di zaman Tun, kamilah yang lawan Tun. Ketika Tun memilih Tun Abdullah Badawi sebagai PM, kami tetap melawan Umno dan terus melawan Umno meskipun kami hampir kehilangan segalanya. Ketika Tun memilih Najib menjadi PM, kami membantah dan terus melawan Umno sehingga hari ini. 
Malah susah dinafikan bahawa PAS adalah pembangkang utama kepada Umno sejak sebelum Merdeka sehingga kini. PAS merupakan parti yang terus berkembang dengan keahlian hampir sejuta, dengan hampir lapan ribu cawangan dan 195 kawasan seluruh negara.
Kini baru dua tahun Tun menjadi pembangkang, Tun baru terasa peritnya menjadi pembangkang. Hari ini, Tun mahu menurunkan Najib sebagai PM setelah menyedari kerosakan yang ada. Malah, Tun bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi PM ke 8. Alangkah baiknya kalau Tun sedar 20 tahun lebih awal, bukankah Anwar kini sudah menjadi PM, Najib tidak menjadi PM, keluarga Datuk Seri Anwar tidak perlu melalui keperitan yang berlanjutan sehingga hari ini dan rakyat tidak perlu bersusah-payah bergelut hari ini di bawah kerosakan yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin Umno-BN pilihan Tun?
Bagi PAS, menurunkan Najib sahaja tidak cukup. Selama ini, kami menentang agar rakyat bangkit menukarkan Umno-BN dan menggantikannya dengan parti yang akan menukar sistem yang korup dan rasuah dengan dasar Islam yang diturunkan Allah untuk keselamatan negara dan rakyat yang berbilang kaum ini.
Hari ini, Tun menuduh PAS kononnya menyokong Umno kerana kecewa apabila PAS tidak mahu bersama dalam Pakatan Harapan. Kerana itu PAS dituduh, difitnah dan diserang. 
Biasa PAS diserang oleh Umno, nampaknya kini bertambah satu lagi kumpulan yang bersama Umno menyerang PAS. Namun, PAS tidak gentar. Serangan-serangan ini menunjukkan betapa paniknya Tun dan PH pada kebangkitan kepada sokongan PAS ketika ini.
PAS akan terus melawan Umno di PRU14 seperti pilihanraya-pilihanraya yang lalu. Suka hatilah siapa yang ingin masuk gelanggang di kerusi-kerusi tradisi PAS untuk menjadikan ia peperangan tiga penjuru, itu hak demokrasi masing-masing. 
Perjuangan PAS tidak pernah berubah. PAS meletakkan Islam di tangga teratas di dalam perjuangannya kerana ia agama yang lengkap, adil dan sempurna. Kami tidak menerima Islam hanya sekadar ibadah dan aqidah kerana Allah memerintahkan kita menganut Islam seluruhnya.
Kalau nak dituduh PAS perosak, lihatlah cermin dahulu siapa yang konsisten, siapa yang sentiasa U-turn.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
12 September 2017
(Dipetik daripada FB Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man)
2) Jawapan balas oleh Hanipa Maidin.
1. Timb Presiden parti suci dilaporkan oleh M’kini cadang Tun M cermin muka dulu.
2. Dilaporkan juga dia kata parti suci melihat Umno parti perompak dan penyamun.
3. Dia juga dilaporkan kata parti suci konsisten lawan Umno sejak sekian lama.M’kini juga lapor dia kata bagi parti suci sekadar turunkan Najib tak cukup utk selesaikan masalah negara ini tapi apa yg diperjuangkan oleh parti suci utk ganti sistem yg korup dan rasuah dgn dasar Islam utk keselamatan negara dan rakyat berbilang kaum.
4. Sorry , nak komen..tapi panjang sikit.
a. Baguslah tahu dan sedar Umno parti perompak dan penyamun..jika dah tahu, awat masih nak rapat dgn perompak dan penyamun dan x ada semangat nak lawan Umno? Contohnya isu 1MDB ..itu rompakan dan samun harta rakyat yg mega..awat dlm parlimen..tak nampak parti suci lawan?
b. Faham ke makna konsisten sdr? Saya setuju dulu parti suci kuat lwn Umno..so jika konsisten maknanya dulu lawan skrg terus lawan..skrg ni sdr ingat rakyat tak nampak ke apa yg parti suci buat dgn Umno? Jgn lah assume rakyat x nampak dan tak dengar apa yg berlaku sdr.
c. Setuju x cukup sekadar turunkan MO 1. Tapi kena ingat MO1 dan Umno/BN tu orang putih kata ” two sides of the same coin”. MO 1tu ketua No 1 Umno/BN…dia ibarat pengawal/custodian Umno/BN..so nak jatuhkan BN kena jatuhkan dia sekali sdr..bila nak jatuhkan MO1 pun parti sdr tak lalu mcm mana org nak percaya parti sdr nak jatuhkan Umno/BN?..lebih teruk lagi kadangkala statement parti sdr dilihat menyokong MO1 ..e.g. kes DOJ.. Presiden sdr yg x faham saman DOJ boleh kata itu campurtangan asing….sukalah MO1 sdr.
d. Nak tukar dasar negara ? Ha yang tu drp zaman tok kaduk parti sdr dok ratib.. Nak tukar dasar bukan mcm tukar baju sheikhul kabeer..kena menang p’raya dan jatuhkan BN dulu..nak menang p’raya kena dpt undi dan sokongan rakyat semua kaum..nak dpt undi semua kaum..depa kena percaya pada pari suci…this is so elementary sdr..
e. la ni nak percaya mcm mana..bila sblm menang ckp lain dan bila menang ckp lain..dpt perintah negeri pun dah kelam kelibut masih ada hati ckp lawa ( guna bahasa almarhum P.Ramlee ) nak tukar dasar negara.. Gini lah saya rasa sdr lah kena lihat cermin dulu!
Amacam?
(Dipetik daripada FB Peguam Pas – Dulu kepunyaan Hanipa Maidin)
Sudahkah baca kedua-duanya?
Akhirnya, siapakah yang sepatutnya mencermin diri terlebih dahulu? (ShahbudinHusin 12/08/2017).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

245 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
245
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x