Month: September 2017

TRUMP MENGECEWAKAN NAJIB??

Selepas kunjungan Perdana Menteri, Najib Razak ke White House bertemu Donald Trump pada 12 September lalu, heboh diperkatakan kemudiannya bahawa Presiden Amerika itu akan melakukan kunjungan balas ke Malaysia, November ini. Kunjungan itu dianggap sebagai mengesahkan lagi hubungan akrab Najib dengan Trump dan akan dipergunakan untuk manfaat pilihanraya, meskipun di sebaliknya DOJ terus melakukan siasatan […]

KETUA PESURUHJAYA SPRM ANGKUH DAN BIADAP, WAJIB LETAK JAWATAN, BIDAS TAMRIN GHAFAR

Angkuh, biadap, tak faham peraturan dan wajib letak jawatan, demikian bidas bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Tamrin Ghafar kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad. Menurut Tamrin, tindakan Dzulkifli membantah dan menunjukkan kemarahan secara terbuka berhubung penubuhan  Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara atau JITN yang sudah diluluskan kabinet adalah sesuatu yang tidak wajar dan tidak […]

SIAPA PEMIMPIN PAS YANG TERLIBAT DALAM PERNIAGAAN KOSMETIK?

Dalam tulisan terbaru oleh Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin di blognya yang melontarkan enam persoalan kepada sesiapa yang ada jawapan, salah satu pertanyaan beliau adalah berbunyi “Apakah benar duit yang KONONNYA dibagi oleh Najib/Umno kepada Pas digunakan untuk berniaga (antaranya kosmatik) tetapi rugi? Pertanyaan beliau itu tentu saja menimbulkan seribu persoalan, termasuk antaranya siapakah […]

BENARKAH SEMUA INI? KENAPA PMO, MINDEF BEGITU LEMBAB BUAT PENJELASAN?

Masya Allah….benarkah semua ini? Jika benar seperti yang dilaporkan ini dan sebagaimana yang tersebar luas di media sosial, kita tentunya bersetuju dengan kenyataan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian bahawa tidak sepatutnya penghulu dan ketua kampung tersebut diperlakukan sedemikian rupa. Kenapa mereka dijemput untuk datang ke ibu negara dengan tujuan dikatakan untuk bertemu Perdana Menteri dengan […]

BAPA PEMBANGUNAN KAUM INDIA SUDAH, BAPA MUSANG KING JUGA SUDAH, BAPA APA PULA SELEPAS INI?

Nampaknya ada sesuatu tidak kena dengan Perdana Menteri, Najib Razak sejak akhir-akhir ini. Keadaan tidak kena itu secara automatik menjadikan dirinya sangat berbeza dengan mana-mana Perdana Menteri sebelum ini. Beliau kebelakangan ini didapati suka memuji dirinya sendiri dan gemar berkelakuan masuk bakul angkat sendiri. Jika minggu lalu Najib mengangkat bakul dirinya sendiri sebagai “Bapa Pembangunan […]

1MDB SAH ADA KESALAHAN, SIASATAN PELBAGAI AGENSI PENGUATKUASA LAIN WAJIB DIBUKA SEMULA

PAKATAN HARAPAN GESA BANK NEGARA GUNAKAN SEPENUH KUASA AMBIL TINDAKAN KE ATAS INDIVIDU TERBABIT DI DALAM 1MDB  Saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Bank Negara Malaysia yang memberi maklumbalas rasmi kepada satu memorandum dari ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan yang dihantar pada 2 Ogos lalu.  Sementara saya terkejut dengan jumlah penalti yang dikenakan iaitu RM115.8 juta, […]

SALLEH 100 PERATUS SALAH

Salleh Said Keruak dilapor membidas segelintir pemimpin pembangkang yang didapati menggunakan bahasa kesat mencaci penyokong UMNO dan BN. Beliau mengambil contoh Mohamad Sabu yang menggelar agamawan yang menyokong UMNO sebagai berfahaman celaka, Tun Mahathir Mohamad yang menganggap berdosa mengundi Pas serta BN dan Muhyiddin Yassin yang didakwanya pernah menggelar jahiliah kepada orang UMNO dan BN. […]

ANCAMAN SEBENAR NEGARA BUKAN DAP, BUKAN JUGA ISU KAUM DAN AGAMA

Negara ketika ini pada hakikatnya tidak diancam oleh oleh isu kaum atau agama, meskipun di kala tertentu, kedua-dua perkara berkenaan selalu timbul dan menjadi perbualan semasa di kalangan rakyat. Realitinya kehidupan pelbagai kaum masih lagi aman dan harmoni. Hidup berjiran, sesama rakan sekolah, universiti, sepejabat atau dalam meneruskan banyak aktiviti seharian lain, hubungan kaum dan […]

MEMENANGKAN PAKATAN HARAPAN MAMPU MEMBAWA UNTUNG BERGANDA KEPADA RAKYAT SARAWAK

Berikutan sambutan hangat kepada program Pakatan Harapan di Kuching Ahad lalu yang disertai buat pertama kalinya oleh Tun Mahathir Mohamad atas kapasiti sebagai pembangkang, negeri yang selama ini dianggap sebagai simpanan tetap BN itu nampaknya akan terus menjadi tumpuan. Tidak saja dirasakan Tun Mahathir mungkin akan pergi ke beberapa tempat lain di Sarawak selepas ini […]

MEREKA SENDIRI TUMBANG DAN TIDAK MAMPU BERTAHAN, MACAM MANA NAK MENYUMBANG KE ARAH KEJAYAAN?

Berbual dengan rakan-rakan dalam UMNO Selangor ketika ini, jelas terpancar ketidakyakinan mereka bahawa kerajaan negeri Pakatan Harapan pimpinan Azmin Ali dapat dikalahkan dengan bergantung kepada tenaga tiga bekas Menteri Besar terdahulu. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar beberapa hari lalu mengumumkan gandingan tiga bekas Menteri Besar, Muhammad Mohd Taib, Abu Hassan Omar dan Khir […]

SYABAS RAKYAT SARAWAK

Kunjungan pertama Tun Mahathir Mohamad ke Sarawak atas kapasiti sebagai Pengerusi Pakatan Harapan bukan saja tidak mengecewakan, malah sangat-sangat memberangsangkan sambutannya. Ribu-ribuan yang hadir membuktikan pengundi Sarawak nyata terbuka kepada perubahan dan sedia bersama penduduk Semenanjung dalam menunjukkan kematangan bagi menyelamatkan negara yang sama-sama disayangi ini. Gambar-gambar di bawah ini bukan palsu atau rekaan, sebaliknya […]

JIKA BUKAN UNTUK MENGACAU, BUKANKAH LEBIH BAIK PAS BERTANDING 40 KERUSI SAJA?

Hasrat Pas untuk bertanding 100 kerusi Parliman dalam pilihanraya umum akan datang bukanlah perkara baru sebenarnya. Beberapa pemimpinnya sudah bercakap sebelum ini mengenai perkara itu. Begitu juga, daripada 100 kerusi yang ditandingi itu, keyakinan Pas untuk menang sebanyak 40 kerusi bukanlah juga perkara baru. Beberapa pemimpin Pas sebelum ini sudah selalu memperkatakannya. Apa yang disebut […]

KUASA IMIGRESEN KEPADA SABAH DAN SARAWAK WAJAR DIKAJI SEMULA

Kuasa imigresen yang dimiliki oleh Sabah dan Sarawak kembali menjadi perbualan hangat apabila beberapa pemimpin Pakatan Harapan dihalang memasuki Sarawak semalam. Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian dihalang sebaik tiba di Miri, manakala Adun Kuala Sepetang, Chua Yee Ling diusir keluar meninggalkan Sarawak ketika sedang menghadiri program […]

PAS BUAT HAL LAGI!!!

Pas sekali lagi buat hal yang menyerlahkan siapa mereka sebenarnya ketika ini. Jika semalam Pas Selangor bersama 30 NGO mengadakan demonstrasi membantah pesta arak dan gay yang kedua-duanya sudah pun dibatalkan beberapa hari sebelum itu, hari ini Pas Pulau Pinang pula tampil membuat laporan polis terhadap kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Lim Guan Eng berikutan banjir […]

LIMA PROJEK GAGAL, NAJIB BINGUNG PILIH TARIKH PILIHANRAYA?

Najib Razak dilaporkan masih bingung untuk menentukan tarikh pilihanraya umum akan datang berikutan beberapa “projek” yang dijangka memberi kelebihan kepadanya tidak mencapai sasaran yang diharap-harapkan. Setelah dibelenggu dengan skandal 1MDB yang semakin menjerut leher politiknya, pergantungan Najib kepada China adalah pilihan yang diharapkan bukan saja membantunya menyelesaikan hutang-hutang syarikat pelaburan itu, tetapi juga bertujuan mendekatkan […]

APA NI SHEIKH…BENDA DAH BATAL PUN MASIH NAK BUAT DEMO LAGI???

Dilaporkan, hari ini 22 September 2017, selepas solat Jumaat tadi, Pas Selangor bersama 30 NGO telah mengadakan demonstrasi  aman membantah penganjuran pesta arak dan gay di luar Masjid Shah Alam, Selangor. Dianggarkan 1000 orang terlibat dalam demonstrasi itu. Secara umumnya, memang baguslah Pas Selangor dan 30 NGO tersebut buat demo sebagai tanda bantahan dan meluahkan […]

KENAPA PAKAI ORANG PENCEN JUGA? ADAKAH PEMIMPIN2 UMNO SELANGOR SEDIA ADA TAK CUKUP WIBAWA?

UMNO Selangor, seperti yang disebut oleh Noh Omar semalam, akan menggabungkan tenaga tiga bekas Menteri Besar dalam usaha merampas kembali negeri itu pada pilihanraya umum akan datang ini. Tiga bekas Menteri Besar itu iaitu Muhammad Mohd Taib, Abu Hassan Omar dan Khir Toyo akan berganding bahu bersama Noh sendiri selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor […]

BELI ATAU PAJAK…BERAPA LAMA LAGI CEO MAS INI BOLEH KEKAL ATAU NASIBNYA JUGA AKAN JADI SEPERTI NOR MOHAMED YAKCOP?

Ketika bertemu Presiden Amerika, Donald Trump baru-baru ini, antara perkataan yang dilafazkan Najib Razak mengenai pembelian kapalterbang untuk MAS adalah seperti berikut:- “Kami mahu membantu memperkukuh ekonomi AS. Saya datang dengan tiga cadangan khusus.  “Pertama, kami mahu mempertingkat pembelian Boeing oleh MAS. “Kami bersedia untuk 25 pesawat 737 MAX 10 dan lapan 787 Dreamliners. Dan […]

SAMA ADA MAT TAIB DIRAIKAN BEGITU MERIAH ATAU 7 ADUN PKR IKUT MASUK UMNO BERSAMANYA, IA TETAP PELIK

Walaupun Muhammad Mohd Taib ketika ini sedang berada di London bersama keluarganya dan pemergiannya yang dilihat tergesa-gesa malam Ahad lalu iaitu hanya beberapa jam setelah disambut meriah untuk kembali semula ke pangkuan UMNO, pelbagai pihak masih bertelagah mengenai kemasukannya itu. Di dalam UMNO sendiri, perbezaan itu cukup ketara menjadi perbualan di kalangan pemimpin dan ahli-ahlinya. Satu pihak […]