JIKA TUN M BOLEH DIKAITKAN, KUCING NAJIB MATI PUN TAK MUSTAHIL AKAN DITUBUHKAN RCI JUGA

Jika boleh dikata sebagai musim, selain musim panas, musim hujan atau musim durian, sekarang ini wajar juga disebut sebagai musim RCI atau musim Suruhanjaya Siasatan Diraja.
Semua perkara yang menjadi perbualan umum atau pertikaian awam, penyelesaian yang dinampak ialah perlunya RCI ditubuhkan sebagai jawapannya.
Ia bermula dengan permintaan banyak pihak agak RCI ditubuhkan untuk menyelesaikan skandal 1MDB. Tetap, oleh kerana Najib Razak sedang berkuasa dan beliau bimbang jika RCI ditubuhkan, bukan saja mungkin dirinya terkait, malahan juga rakan karib keluarganya, Jho Low dan anak tirinya, Riza Aziz, maka desakan itu “dibutakan mata” dan “ditulikan telinga” begitu saja.
Sebaliknya, akibat kemerosotan sokongan rakyat dan beliau sendiri sedang berhempas pulas untuk memastikan kemenangan dalam pilihanraya akan datang, RCI lain iaitu berkaitan kerugian urusniaga forex yang telah berlaku hampir 25 tahun dulu pula yang dipersetujuinya.
RCI forex itu tidak lain ialah semata-mata bertujuan untuk mengenakan Tun Mahathir Mohamad yang kini merupakan musuh nombor satu kepada Najib. Jika hari ini Tun Mahathir masih menyokong Najib dan tidak menjadi Pengerusi Bersatu dan Pakatan Harapan, tentulah tidak mungkin RCI forex tersebut ditubuhkan.
Selepas RCI forex, bermula dengan Zahid Hamidi melambung isu Memali untuk perbualan awam dan sekali lagi menyalahkan Tun Mahathir berkaitan tragedi itu, ia juga akhirnya menjurus kepada desakan agar ditubuhkan RCI mengenainya.
Oleh kerana tragedi Memali boleh dikaitkan dengan Tun Mahathir dan mungkin Najib percaya dapat menambahkan bantuan untuk memenangi pilihanraya, tidaklah mustahil RCI Memali akan menyusul ditubuhkan selepas ini.
Tambahan lagi, memandangkan Pas sekarang tidak lagi menganggap UMNO sebagai kafir, perlembagaan UMNO serta perlembagaan negara tidak lagi dilihat sebagai perlembagaan jahiliyah, malah Hadi Awang sudah “bercium mulut”  dengan Najib, menubuhkan RCI Memali tentu saja merupakan hadiah yang dapat menggembirakan parti Islam tersebut.
Hari ini, 21 Ogos, RCI forex akan memulakan penyiasatan awamnya dan mereka diberi tiga bulan untuk menyiapkan laporan untuk diserahkan kepada kerajan.
Tidaklah sukar menjangka kenapa tempoh tiga bulan itu diberikan. Ia barangkali bersesuaian untuk Najib mengadakan pilihanraya umum selepas RCI forex itu mengumumkan hasil penyiasatannya nanti.
Sekiranya dua isu iaitu forex dan Memali yang ditubuhkan RCI, tetapi masih belum mampu memastikan kemenangan dalam pilihanraya, tidak mengejutkan jika Najib juga akan turut menubuhkan beberapa RCI yang lain berkaitan isu-isu yang boleh dikaitkan Tun Mahathir dengannya.
Najib tidak akan peduli walau berapa banyak sekali pun RCI yang perlu ditubuhkan. Matlamatnya ialah mahu menang pilihanraya. Jika tanpa banyak RCI dan Tun Mahathir terus memacu sokongan rakyat ke arah kemenangan Pakatan Harapan, sudah tentu pilihan Najib ialah menubuhkan seberapa banyak RCI lagi.
Tidak mustahil perkara seperti Perwaja, kos pembinaan KLCC, KLIA, Litar F1 Sepang, Cyberjaya, Putrajaya, Lebuhraya Utara Selatan dan banyak lagi yang berlaku ketika era kepimpinan Tun Mahathir dulu, termasuk kekayaan anak-anaknya, akan diwujudkan RCI sama.
Selain itu, jika dalam sehari dua ini kucing kesayangan Najib mati, antaranya yang dinamakan Kiki dan Leo,  pasti ada macai-macai yang mendesak agar ditubuhkan RCI juga. 
Kematian kucing kesayangan itu yang selalu dikongsi dalam laman sosialnya pasti membuatkan Najib kesedihan dan manalah tahu, entah-entah Tun Mahathir pun dapat dikaitkan sebagai puncanya.
Pokoknya, apa saja isu yang boleh dikaitkan dengan Tun Mahathir, tidak kira berapa lama ia sudah berlaku atau sekecil mana kesannya, RCI adalah jalan mudahnya untuk menjadikan Najib dilihat suci dan bersih dari segala dosa dan noda.
Dalam masa yang sama, semua pihak haruslah juga berlapang dada menerima hakikat bahawa hanya membuang masa untuk terus mendesak RCI ditubuhkan untuk 1MDB dan beberapa isu lain yang terkait dengan Najib seperti Felda, FGV, Altantuya, kapal selam Scorpene dan sebagainya.
Sekarang adalah musim RCI untuk mengenakan Tun Mahathir, maka RCI yang lain-lain yang tidak boleh dikaitkan dengan Tun Mahathir akan dianggap tidak penting atau tidak perlu sama sekali.
Musim RCI untuk Najib hanya  tiba gilirannya setelah UMNO dan BN ditumbangkan dan Pakatan Harapan membentuk kerajaan baru. Kuasa itu ada ditangan kita sebagai rakyat dan pengundi. (ShahbudinHusin 21/08/2017)
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:52 pm

275
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
BloggerOthaman AhmadAnonymousbugis toyoldiny yusof Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Blogger
Guest
Blogger

Quantum Binary Signals

Professional trading signals sent to your cell phone every day.

Follow our trades NOW & make up to 270% a day.

Blogger
Guest
Blogger

GPS robot tripled the $100k deposit [live proof]

I just finished a webinar with Mark and his partner, Antony, two days ago and it was GREAT.

During the webinar Mark and Antony shared their secrets to success and answered questions about their new version of the GPS Forex Robot that is coming out TODAY!

Blogger
Guest
Blogger

Forex Trendy is an advanced program capable of recognizing the most profitable continuation chart patterns. It scans through all the forex pairs, on all time frames and analyzes every possible breakout.

Blogger
Guest
Blogger

eToro is the ultimate forex broker for beginner and pro traders.

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya rasa Tun M dan Ds Anwar sedang bersedia untuk bertindak balas terhadap serangan yang ditujukan kepada mereka..saya pasti ada banyak nama akan dikeluarkan terutama Tan Sri Noh Mohammad Yaacob..malah kemungkinan besar barisan jemmah menteri pad masa tersebut juga turut akan dikaitkan

bugis toyol
Guest
bugis toyol

pagi pagi burung bercicip
mencari makan yang tak sudah
bila besar jangan jadi macam najib
perdana menteri kelas haram jadah

Cahaya Al Majid
Guest
Cahaya Al Majid

Salam Mencari kesalahan amat mudah dan menuduh juga mudah tetapi sekiranya tujuan dan niat bukan untuk memperbaiki keadaan tetapi sebaliknya mahu menyalah dan menghukum seseorang..Takut takut bala tertimpa pada diri sendiri. Jangan sampai "bala" menjenguk didepan pintu.

Anonymous
Guest
Anonymous

RCI on BNM forex scandal summary for Monday 21st Aug 2017 1. Mahathir's lawyer made a lot of noise asking the RCI panel for documents today so that lawyers do not need to interrupt the RCI panel tomorrow. He was denied, which made him even more insistent. He was then asked to sit down. Again, Mahathir's lawyer buat hal. 2. Former Bank Negara assistant governor Abdul Murad Khalid.revealed that Anwar said that if the real losses was revealed to public, he would have to resign as Finance Minister – this suggest that there was an attempt to hide the figure.… Read more »

diny yusof
Guest
diny yusof

Who's the heck this LSS ??

I suppose this chee bye is Lancau Sama Saya !

Anonymous
Guest
Anonymous

DIN PUDU PAN MENGAMOK AZMIN JUMPA HJ HADI TANPA KEBENARANNYA Salahuddin Ayub mengingatkan PKR bahawa parti itu terikat dengan perjanjian bersama Pakatan Harapan dan sebarang rundingan dengan pihak lain perlu terlebih dahulu dirujuk kepada Mesyuarat Majlis Presiden PH. “Itu adalah pandangan parti untuk mengadakan rundingan mana-mana pihak. Namun keputusan mesyuarat Presiden PH adalah mana-mana perundingan selepas tertubuhnya PH akan dibawa ke mesyuarat Majlis PH untuk dibuat keputusan. “Itu persetujuan kita capai bersama,” katanya yang ditemui pemberita. Salahuddin dipercayai merujuk kepada tindakan tiga pimpinan tertinggi PKR iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail, Mohamad Azmin Ali dan Dr Shaharuddin Badaruddin yang mengadakan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

'Projek' pelaburan menabur dedak macai supaya kebencian pada DS Najib dan DS Rosmah oleh Mahakutty sekarang melantun-lantung dengan bergandanya kembali pd Mahakutty. Seakan buta dan bodoh macai penjilat Madey mendewakan Madey seperti 'rahib'. Mereka ini silap2 boleh bertukar ganas seperti IS sebenar.. demi rahib tua tersebut. Fikiran semakin tak waras..membuak2 benci org ini org itu dengan muka Najib Rosmah menjadi ratib kebencian dan 'punching bag' di dalam otak tak waras mereka. Mereka2 ini macai2 Mahakutty pasti akan musnah tak lama lagi kerana kesesatan dan ketaksuban mereka akan menjahanamkan mereka seperti kaum2 sesat terdahulu. Jika ada jenayah atau kes2 melibatkan cubaan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Sebenarnya bagi kita yang faham dengan ketentuan dan pentunjuk Allah SWT, semakin jelas keburukan Dr mahathir sedang dibuka satu persatu. Hanya pentaksub sahaja yang masih menipu diri mereka dan orang lain seolah Madey ini sangatlah baik dan tidak mungkin melakukan jenayah dan kezaliman tersebut.Sebaliknya macai Madey terus menambah geram pada Najib, sedangkan rekod kejahatan dan kezaliman Madey Laknatullah ini dicatatkan dan direkodkan olah Madey sendiri dia ia kekal sebagai sejarah hitamnya! Berbeza dengan Mahathir Laknatullah dimana zaman pemerintahannya dia sendiri yang merekabentuk tuduhan dan menangkap musuh-musuhnya. Najiblah sebenarnya sedang membela pihak-pihak yang dizalimi oleh kejahatan Mahathir Laknatullah dengan membenarkan sistem… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Sebenarnya bagi kita yang faham dengan ketentuan dan pentunjuk Allah SWT, semakin jelas keburukan Dr mahathir sedang dibuka satu persatu. Hanya pentaksub sahaja yang masih menipu diri mereka dan orang lain seolah Madey ini sangatlah baik dan tidak mungkin melakukan jenayah dan kezaliman tersebut.Sebaliknya macai Madey terus menambah geram pada Najib, sedangkan rekod kejahatan dan kezaliman Madey Laknatullah ini dicatatkan dan direkodkan olah Madey sendiri dia ia kekal sebagai sejarah hitamnya! Berbeza dengan Mahathir Laknatullah dimana zaman pemerintahannya dia sendiri yang merekabentuk tuduhan dan menangkap musuh-musuhnya. Najiblah sebenarnya sedang membela pihak-pihak yang dizalimi oleh kejahatan Mahathir Laknatullah dengan membenarkan sistem… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Mahathir Bakal Di Nobatkan Penyangak Ulung Hari pertama Inkues Suruhanjaya Di Raja (RCI) berkaitan perdagangan forex oleh Bank Negara Malaysia (BNM) merumuskan sekurang-kurangnya RM31.5 billion kerugian telah dicatatkan di antara tahun 1991 hingga 1994. Ini dinyatakan sendiri oleh kakitangan BNM sebagai saksi pertama, Abdul Aziz Abdul Manaf. Dibandingkan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM135 billion pada masa itu, jumlah berkenaan adalah sebanyak 23% daripada nilai KDNK. Jumlah RM31.5 billion adalah satu jumlah yang amat tinggi pada tahun 1990an. Berbanding dengan 1MDB, jumlah baki hutang 1MDB adalah RM27 billion dan hanyalah merupakan 2.0% daripada jumlah KDNK sebanyak RM1.32 trillion… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Lepas ni ahli keluarga Ust Ashaari Al-Arqam pulak akan cari Madeykutty sampai liang kubur!
di ISA kan Allahyarham sehingga keluar jd 'separuh bengong', bibir mengalir air liur. sedangkan sebelum itu dia sihat.

Zalim Madey ini hanya Allah SWT sahaja tahu. Kezalimannya akan memakan dirinya sebelum mati!

Allahu Akbar!

Anonymous
Guest
Anonymous

Tun M put BNM scandal under OSA? Ohhhh. Nothing2hide, right? Is this why Tun M already trried using the courts to stall the RCI hearings three times already? PUTRAJAYA, Aug 21 — The Royal Commission of Inquiry (RCI) into Malaysia’s foreign exchange losses scandal started today with a request from Bank Negara Malaysia (BNM) for the inquiry to be held behind closed doors due to the confidential nature of some of its reports. Lawyer for BNM Datuk Tan Hock Chuan said several reports that were involved in the investigations have been designated as under the Official Secrets Act (OSA) and… Read more »

Macy
Guest
Macy

Count me in! Esok kalau bgun pagi kecoh najib tumbuh sayap jadi malaikat pun aku tetap akan undi pakatan. Sbb apa? Korang pun tahu jawapan dia!

Anonymous
Guest
Anonymous

Hadi oh Hadi Awak kat mana?

Kertas putih memali (rci) suahpun dibuat pada 1986.
mung ada baca ka!!!

"aJARAN HADI MASA ITU,DIKATAKAN AJARAN SESAT.

mENGARAH KEPADA TIDAKKAN tERRORIST,kerajaan pada masa tu,terpaksa membedungnya,takut merebak ketempat lain

Hadi kamu kat mana?

Anonymous
Guest
Anonymous

Woiiii haji eddy tak tgok ker rakaman video tu dulu2. Dah macam kwna sampuk pun ada org2 kampung tu..

sorry to say la..ini hakikat tey la rujuk mana2 bukti bergambar atau video tragedi memali.krg tgok sendiri dimana islam mereka

Anonymous
Guest
Anonymous

zombie?

Anonymous
Guest
Anonymous

Bini PM yg paling hebat sekali adalah bini najib.

Ada MAS/AIR ASIA:Dia taknak naik katanya tak standard.Dia ada jet peribadi sendiri.
Beg-tangan,woow berjenama perkins.
Dia membeli-belah di jacob smith,cicncin,pink diamond.
Anak kawin/hari jadi berbelanja sakan guna duit kerajaan.
INILAH BINI PM PERTAMA MENJADI THE FIST LADY-mENGAMBILNYA DARI ISTERI YG DIPERTUAN AGONG.

hEBATKAN bINI PM INI……….siti hasmah apa class.

umnototok.com

Macy
Guest
Macy

Izinkan saya buat sedikit pembetulan! Najib adalah bini kepada Rosmah! Harap maklum

Anonymous
Guest
Anonymous

Jasa najib pada rakyat selepas PR13.

mENGHADIAHKAN gst pada semua rakyat,menyebabkan harga barang murah.Pergi giant bawa rm50 penuh trolly.Harga rumah teres 2 tinggkat kat kl hanya rm120k shaja.

PM malaysia sebelomnya tak pernah buat GST,buatkan harga barang mahal,pergi giant bawa rm50..trolly tak penuh.Harga rumah zaman mahathir rumah teres dua tingkat hampir 1 juta.

Idupppppppppp ajib……..idup ajibbbbbbbb

umnototok

Anonymous
Guest
Anonymous

Jasa Najib pada felda.Lebih 100,000 lebih peneroka buat hutang.Sebab kena tipu dek isa samad orng kepercayaan najib.Saham fge dari 4.60 tinggal 1.60.

Idup aajibbbbbbbbbbbbb,jasamu dikenang hingga akhir hayat.

balaci amenototok.

Anonymous
Guest
Anonymous

Bapaq buat Felda,Anak hancurkannya.

Anonymous
Guest
Anonymous

PATUT LAH MEREKA TAK RASA SUSAH MACAM YANG RAKYAT TANGGUNG…..tengok ni… Gaji Ahli Parlimen naik 40%FMT Reporters | April 10, 2015 Kenaikkan gaji diluluskan sebulan suara selepas mendapat sokongan padu Ahli Parlimen dari kerajaan dan pembangkang. PETALING JAYA: Gaji dan elaun untuk semua Ahli Parlimen dinaikkan kepada RM16,000 sebulan iaitu peningkatan yang mencecah 40 peratus.Kenaikkan itu akan memberi tambahan kepada belanjawan negara sebanyak RM17.2 juta setahun.Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 itu telah dilulukan di Parlimen pada Khamis.Ia dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan diluluskan selepas mendapat sokongan sebulat… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

RCI korek cerita basi hanyelah senjata akhir umno untuk menjatuhkan imej madey….umno sudah terdesak tidak dapat meyakinkan rakyat keburukan yg di londehkan oleh madey…wang 2.6 billion dlm akaun najib dan 230 jota dimiliki zahid disusuli plak masalah fgv dan felda keatas peneroka tidak dapat meningkatkan keyakinan rakyat kpd umno…brim yg diagihkan tidak dapat meringankan beban kos kehidupan rakyat miskin.. Kes rasuah yg blm diselesaikan yg sepi begitu sahaja memualkan rakyat golongan pertengahan…umno tersepit…RCI hanye untuk menunjukkan kesalahan madey

Anonymous
Guest
Anonymous

Kan PM Najib kata dengan duit BR1M rm1200 tu boleh cukup untuk makan setahun
=rm120 sebulan
1-beras 1 pack 5kg= rm2.50
2-minyak masak 1 pkt= rm0.50
3-ikan cap cai 1kg= rm1.00
4-sayur kangkong 5helai=rm0.10
5-garam 1 peket=rm0.30
6-gula pasir 5butir=0.05
jumlah se hari = rm4.45
sebulan = rm133.50

adussss….macam ni punya murah harga barang …masih terhutang rm13.50

tok jig….kena tambah nilai lagi …tak cukup ni….adus……..

Anonymous
Guest
Anonymous

Jasa mahathir tak ternilai bdg dengan pemimpin selepasnya, bagi mereka yg dengki dgn mahathir saja menyatakan mahathir tak meninggal legasi pada negara. Namun rakyat bukan mudah di kelentong dgn cerita yg tidak berpaksi pada fakta yg ditayang setiap kali menghadapi pilihanraya

Macy
Guest
Macy

Ni menunjukan hapraknya benda yg nama umno ni. Once you stepped out of organisation, you're dead man. X kira lah sebesar mana sumqbangan kepada negara pun x ada makna sebab kau bukan umno. Tapi kalau kau umno, buatlah apa saja, kau disanjung walaupun satu dunia kutuk. Mmg jilake!

Anonymous
Guest
Anonymous

Sekiranya berlaku aktiviti yang menyalahi undang2. Wajib di jatuhkan hukuman yang setimpal.Tidak kira Kes FOREX,MEMALI dan 1MDB. Kalau macam tu senang lah.Hari ini buat [email protected] salah @ merancang membuat salah esok lusa kita maafkan.Saudara takpe lah hidup senang semasa pemerintahan Tun Mahathir. Jawatan Ketua penerangan Wilayah tak kan tak de projek masa tu. Harap semua setuju denagan catatan saya ini.

Anonymous
Guest
Anonymous

RCI Felda.

Tgn masuk poket,seolah digari?
150k jamin saja?
Masih pengerusi SPAD?
Tiada teguran dari pihak berkuasa dan agama?
hmmm….
Kalau tak ada juga keadilan,
maka dipohon ditunggu pertolongan dari Allah. Moga pemerintah petualang pelahap lupa diri tammatkan kuasa, dan disiksa setimpal didunia akhirat.
Tidak lupa dipohon basmikan lah puak pembawa dusta dan penjana coverup seperti Lobai2 ,cyber trompah jamban Tahek Low, Kojola,Mr J dan seangkatan.

Aamin.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ini wayang opera umno saje..

Dennis The Menace
Guest
Dennis The Menace

Bangang terlajak 20.55 RM 1,000 peneroka dapat zaman Mahathir, Felda takde masalah yg melibatkan Peneroka. Peneroka seronok. RM 1,500 zaman Najib ,pelbagai masalah Felda yg melibatkan Peneroka.Peneroka bimbang dan gelisah. Tak nampak ye?. Bangang, zaman Mahathir dulu kakak aku diFelda boleh beli kereta baru tunai. Hari ini, nak tunggu bayaran bulanan pun seksa, lambat dibayar. Duit elek.Duit dah habis beli hotel kat negeri omputih tu. Ko dah dok kat hotel tu lom cai? Cai, Walau apa pun khazanah lama, kau cuba nak hikayatkan kat sini, orang dah tak percaya dah. Mahathir tetap disokong. Buatlah 1,001 RCI hanya untuk kenakan Tun,… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

setuju sangat sekiranya ditubuhkan rci utk memali. siasat betol2 apa sebenarnya yg terjadi? mengapa pegawai keselamatan diserang? apa kesalahan2 pengikut ibrahim libya? mengapa tingkah laku mereka berbeza? mungkinkah sudah ada penggunaan pil kuda atau ketum pd masa itu? diharap rci siasat secara telus tanpa bias..

Anonymous
Guest
Anonymous

Tgok video depa masa tu macam dah tgh menurun jer…islam ke cmtu ??

Anonymous
Guest
Anonymous

22 Tahun Dulu Felda Hampir Digadai Mahathir Sebuah badan yang masih dimiliki oleh kerajaan. Tidak seperti kebanyakan GLC yang lain, hampir kesemua syarikat yang satu ketika dahulu milik kerajaan telahpun diswastakan semasa era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad. Pasti ramai yang tertanya-tanya, kenapa Felda tidak diusik atau diswastakan semasa pentadbiran Mahathir? Sebenarnya, sebelum syarikat milik kerajaan pertama yang diswastakan iaitu Jabatan Telekom Malaysia (kini dikenali sebagai Telekom Malaysia (TM)), Felda adalah sebuah badan yang ingin diswastakan oleh Mahathir semasa tahun-tahun pertama dia berkuasa. Alasannya, kerajaan pada ketika itu tidak mampu untuk menanggung kos atau menanggung hasil yang dikeluarkan oleh Felda… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Mmg sial puak umno..klu lah btul tun salah puluhan tahun lampau kenapa menteri2 umno PAKAT BUAT BODOOHHHHHHHH…KE MMG DEPA BODOHHHHHH..??

Bila tun dah ada setahun dua sebelum mghadap illahi pakat nak ungkit abis..dulu pakat tido makan gaji buta ke menteri menteri???

Anonymous
Guest
Anonymous

Itu hanye cadangan sesuai dengan program penswastaan…cadangan bukan mesti dilaksanakan kerana perlu kajian lanjut…penswataan jabatan kerajaan bukan berhalan serentak…

Anonymous
Guest
Anonymous

Kasi bungkus umno kali ni…

Anonymous
Guest
Anonymous

Aku dah tak kesah felda ke,forex ke,tabung haji ke aku dh tak nak undi umno

Anonymous
Guest
Anonymous

Betul tu anon 21.02
Dulu para jemaah mentri tun dok buat apa kalau benar tun ada buat salah.awatnya pakat nganga mulut makn elaun buta bulan2.
Harap rakyat faham sikap pemimpin parti umno ni.

Anonymous
Guest
Anonymous

ko punye pasal lah xnk undi UMNO. Ko xpikir pulak org lain yg xnk undi Pakatan Haprak + Madeykutty?

Ko ade kira tak berapa ahli PAS yg akan tidak undi Pakaton?? Ko xpikir pulak berapa banyak swing undi Cina yg akan ajar DAPig sbb kasi Mahataik muka?

Ko xpikir pulak sokongan padu org2 pantai Timur kepada Najib?

Selamat mampos PH!

Anonymous
Guest
Anonymous

Kelantan pun ph tapau derrrr….harap sorban jer bosar

Anonymous
Guest
Anonymous

RCI siasat dari mana datang wang 230 juta milik Zahid komedi patut di tubuh jugak..
RCI tabong memali jugak patut di tubuhkan..
RCI 2.6 billion dan 42 jota peu jugak di tubuhkan…
RCI kesahihan Jebat derhaka kpd sultan melaka patut jugak ditubuhkan…

Anonymous
Guest
Anonymous

Sekutu DAP-Mahathir Isytihar Harta Palsu 13 Januari 2012 Lim Guan Eng dan Kerajaan DAP dengan bangganya mengumumkan perisytiharan palsu harta milik Exco untuk tempoh 8 Mac 2008 hingga 31 Disember 2011. Kenapa PALSU? Dalam pengumuman itu Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh diumumkan sebagai Exco yang paling kaya berdasarkan borang perisytiharan harta Kerajaan Negeri itu. Antara yang diisytiharkan Phee Boon Poh ialah;i. Memiliki beberapa rumah dan tanah di Pulau Pinang dan New Zealand dengan nilai keseluruhan RM1.39 juta.ii. memiliki sebuah kereta jenis Alphard yang bernilai RM169,000.iii. Memiliki beberapa unit saham antaranya 7,667 unit saham Amprop,… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Ko sedar tak media yg siar berita palsu nak disaman oleh exco penang…hehehe..

Anonymous
Guest
Anonymous

Biar la phee tu kalu dia makan rasuah tangkap la..apa nak simpan.itulah cara yang betul dah salah kasi kick out.

Jgn macm umno siasat pun idok trus declare bersih..hampehhhhhhh

Fan Tun
Guest
Fan Tun

"Saya Moorthy Hindraf mari
Dulu taon jumpa jibby
Senator dia suda kasi
Panggil sokong estet undi!

Sekjap saja timbalan muntri
Banyak bohong itu jibby
Tolong estet tada kasi
Saya worang suda binci!

Banyak janji tada betul
Sendri angkat masuk bakul
Cakap busar api petrol
Tolong estet macam tunggul!

Skrang Mahathir saya jumpa
Banyak baik macam Appa
Boleh saya tolong sama dia?
Tuntu.. estet undi Pakatan suda ada!

Lu amno punya worang..jangan sibuk
Skrang saya tahu amno banyak busuk
Dulu ajak sokong,saya kapla kasi angguk
Saya Pakatan sokong..amno pigi mabuk!"

Perak Man
Guest
Perak Man

Terbaik bro fan tun.. Ari tu dulu ceramah sudah kasiItu bijan kata dia tolong india lebih banyak dari itu bekas perdana menteriApa dia tolong pun itu worang india pun kurang pastiLagi tengok gst, itu wang juga dia ada curi.. Ini worang janji takda tepatiSana janji juta, sini juta, itu wang mana mari pun kita tak pastiPru lepas punya janji pun masih ada lagi, belum jadiIni worang belit lebih teruk dari itu cheti.. Ini worang kalo cakap berapi rapiSurupa itu sana enjin india punya keretapiBunyi kuat tapi itu jalan slow macam siput babiSekarang semua orang india mau tolak ini worang pigi… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

2 otai pantun ni mme kita tabek la….
syabbas bro semua…
salam perjuangan/

Anonymous
Guest
Anonymous

Mahathir Menyembah Kaki Pelampau Agama HINDU-HINDRAF JIKA Pakatan Harapan sebuah gabungan yang kuat dan mampu menggugat Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 akan datang, tidak mungkin pakatan tersebut terpaksa mengemis sokongan daripada Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf). Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, tindakan parti BERSATU mengajak Hindraf bersama membuktikan bahawa Pakatan Harapan yang didominasi oleh parti rasis, DAP berada dalam keadaan bercelaru dan masih gagal membentuk gabungan yang kukuh. "Apabila blok pembangkang terpaksa mengemis ehsan dan sokongan Hindraf, bermakna mereka lemah, tidak kuat dan tidak ada hala tuju untuk berdepan dengan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Umno terdesak bimbang kaum india sokong madey…

Anonymous
Guest
Anonymous

Tak abis2 perkuman caiii umno. Kaum hindu diajak tolak najib perasuah. Di sebar tun menyembah hindu la pulak…aduhhh budaya rasis amat kuat puok umno ni

Anonymous
Guest
Anonymous

Hindraf malu kan Najib sebab pemimpinnya letak jawatan timbalan menteri.

Melayu macam-macam alasan nak letak jawatan exco baik PAS baik PKR.

Persoalannya apa yang Najib nak counter offer ?

Anonymous
Guest
Anonymous

Siar berita palsu Exco P.Pinang: Media pro-BN berdepan tindakan saman Pada 21 Ogos 2017oleh Pentadbir GEORGE TOWN, 21 OGOS: Beberapa media kawalan Barisan Nasional (BN) bakal berhadapan tindakan undang-undang ekoran penyiaran berita palsu kononnya empat akaun milik Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh telah dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Phee dalam kenyataannya berkata, beliau telah mengarahkan peguamnya RSN Rayer supaya menghantar notis undang-undang kepada media tersebut demi membersihkan nama dan melindungi keselamatan keluarganya.“Saya dan pihak keluarga amat terperanjat dan marah dengan laporan palsu yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, New Straits Times, The Star, begitu juga akhbar berbahasa Cina; Sin Chew… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

NOTHING TO HIDE BUAT MAHATHIR Dua puluh dua tahun, bukan satu jangkamasa yang pendek. Dalam tempoh sepanjang ini, bukan satu perkara yang menghairankan apabila banyak perkara telah berlaku samada di sengajakan, disedari mahupun tidak. Hanya masa yang akan menentukan samada kesemua perkara samada baik mahupun buruk ini akan terbongkar dengan sendirinya.Inilah ibarat yang boleh dikatakan sedang menyelubungi sisa-sisa kehidupan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad. Satu ketika dahulu, semasa mempunyai kuasa sebagai Perdana Menteri, boleh dikatakan tidak ada sesiapapun yang berani untuk mempersoalkan tentang semua keputusan dan tindak tanduknya walaupun ada yang merasakan ianya salah.Jika ada… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Tg Razali menentang Tun madey tak kena ISA pon malah dilantik jadi menteri…yg kena USA kerana melampau…

Anonymous
Guest
Anonymous

Agong lantik panel RCI atas pilihan Najib…Agong hanye sahkan nama yg dihantat oleh najib..

Anonymous
Guest
Anonymous

Tun madey tak kisah pun nak buat rci. Dia dengah gagah semangat juang yang tinggi tetap pergi berceramah menerangkan kepada rakyat apa yang berlaku pada negara pada masa kini. Malah yang hadir pun ribuan orang tanpa diupah dan dipaksa untuk mendengar ayat keramat beliau yang boleh mengubah lanskap minda orang melayu selama ini daripada bn kepada ph.lagi banyak media kerajaan burukan tun madey lagi bertambah undi ph itu saja yang aku boleh katakan

Anonymous
Guest
Anonymous

kah..kah..kah
hang meroyan apa mcm lah hang boleh rasa adrenalin dalam badan si tua kutuk penyangak tu.

kunun2 lah nk menjilat sampai tahap dewa.. jijik oiii macai kuttylanak.. jeling2 lah sama kt luar tingkap tu..kot2 ko rase sesak nafas..

kekekeke..

Anonymous
Guest
Anonymous

Hadoiiii…sungguh memalukan
Bendera Indo dicetak terbalik di buku program sukan SEA hingga bendera sendiri dibakar orang….

Pemandu bas tak berlesen pula dibenar bawa atelit hingga berlaku kemalangan…..adoi ….kroni….kroni….kenapalah BANGANG ….memalukan boss kau saja….

Anonymous
Guest
Anonymous

Isu remeh di jadikan makan minum macai demi menutup jenayah lampai sang Penyangak Kutty!

Esok biawak mampos dalam lubang longkang pun macai Kutty akan angkat jd HEADLINE news.. desprado!

bendera Indonesia bukan terbalik tetapi warna yang terbalik bukan bendera diterbalikkan

Kemalangan ialah dua bas milik UNIUTAMA-UUM Holdings.. bukan bas KJ atau Najib. Kemalangan tidak sengajakan oleh pemandu terlanggar belakang, itu adalah takdir.. tingkatkan SOP masa depan. kenapa kufur sangat macai??

Bunuh org kampung mati katak tak bersalah tak malu?
ROmpak wang negara 10Billion lepas tu alihkan laporan akuan, OSA kan maklumat, skandal perbankan paling dahsyat pada masa itu tak malu?

Anonymous
Guest
Anonymous

Rompak wang negara 10 billio?…kenapa ko tak repot polis…dah puluh tahun ko baru nak cakap pasal rompak?…ko kaki temberang…

Anonymous
Guest
Anonymous

Kamu memang rakyat Malaysia yg tak berguna, muka tembok tak tau malu, Bendera Negara sendiri dihina / dibakar pun kamu anggap remeh. Bangsa Melayu PASUMNO MEMANG TIADA MARUAH – SANGGUP GADAI NEGARA DEMI KEMEWAHAN DUNIAWI. Bunuh orang kampong yang tak bersalah?Baca ni, Kertas Perintah 21 Tahun 1986 yang berkaitan dengan Peristiwa Memali yang ditandatangani oleh Tun Musa Hitam pada tarikh 25 Februari 1986. anon 2049, berhenti lah jadi BANGANG Rompakan wang negara melalui 1MDB lebih dari 10Billion tak rasa malu pun! Siap pecat Peguam Negara, bunuh pendakwa raya SPRM, bubar jawatankuasa khas siasatan 1MDB, OSAkan laporan PAC 1MDB, OSAkan laporan… Read more »

Macy
Guest
Macy

Boleh terbalik bendera tu! Ishh! Ishh! Ishh! Addehhh! Malu kat minah hendon kilang kat tmpt aku tu.baru nak masuk line

tokio rain
Guest
tokio rain

Kau dah salah, 20:49. Bukan bendera Indonesia dah terbalik dan bukan jugak warnanya dah terbalik tetapi dunia dah terbalik.

Macy
Guest
Macy

Mat anon 2205 tu apa kena bro? Cer pergi check tgok! Tcekik tulang babi jho lo agaknya!

Macy
Guest
Macy

Errr sorry boh, salah tembak , i meant 2049

Anonymous
Guest
Anonymous

hahaha///
bahaya tu bro macy…..
niway yr sorry acceptable….

Anonymous
Guest
Anonymous

aka sahabat 1649Sungguh jahat tuduhan mu – `mensabotaj`,Kamu sesungguhnya seorang pemfitnah tegar meracuni fikiran orang yg tidak mampu berfikir disamping menolak segala realiti fakta di sekeliling kita. Setiap peguam pasti akan menggunakan apa saja kaedah bagi menangkis sebarang pertuduhan membela pelanggannya sebaik mungkin . Terpulang kepada kebijaksanaan hakim memutuskan. Apakah kamu seorang hakim? Biarkan sang doktor yang mengubati pesakit. Sangat huruhara sekarang ini kerana semua orang mahu menjadi doktor , lebih2 lagi aka sahabat mahu menjadi doktor pakar dalam segala hal. Cermin lah diri aka sahabat. Saya nak tanya sikit aka sahabat, Betul ke data / fakta semua Jabatan Kera-jaan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Sahabat jahil tu kaki temberang…madey mintak pengerusi RCI di gantkan tuduh madeu nak sabotaj RCI…tak de orang lain yg lebih layak dilantik jadi oengerusi ker?…pengerusi RCI yg dilantik dari pengerusi panel khas siasatan forex…

Anonymous
Guest
Anonymous

Rci cam na lulus form 3 boleh jadi mb?

Anonymous
Guest
Anonymous

Buatlah banyak mna rci pun yang nyata rakyat sudah tak percaya pada kerajaan. Sekarang rakyat terhimpit dgn kos dan bebanan hidup harian yang melambung tinggi. Rakyat pun sudah tak ada masa nak dengar cerita lampau kerana sibuk cari rezki untuk hidup. Sekarang yang dinanti rakyat adalah mancari satu alternetif kerjaan baru yang betul2 boleh membantu rakyat meringankan kos kehidupan harian mereka. Jika kaerajaan sekarang tak berubah tuggulah masa kamu akan diubah pada oru14 nanti. Usah buang masa dengan hal yang rakyat tak mahu tahu dan dengar tapi tolong bantu rakyat yang tengah mengelupar dengan bebanan kehidupan sekarang ini.

Anonymous
Guest
Anonymous

Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris) dalam kenyataannya baru-baru ini mahu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak bertanggungjawan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagaimana bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam bertanggungjawab dalam menangani isu Memali pada 1986. Dalam kenyataan itu ProWaris mendedahkan pertubuhan itu telah mengkaji Kertas Perintah 21 Tahun 1986 yang berkaitan dengan Peristiwa Memali yang ditandatangani oleh Tun Musa Hitam pada tarikh 25 Februari 1986. Menurut kenyataan itu ProWaris telah menganalisa pengakuan peribadi Tun Musa sendiri dan rentetan perdebatan Pas di Dewan Rakyat. "Ternyata ia berpunca dari 'fatwa sesat' Datuk Seri Haji Hadi Awang… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Bagi orng pas,dato' musa hitam ini orng liberal beristerikan Mat salleh.
Tapi kita TABIK musa hitam dia ada ACCOUNTABILITY.
kITA TUNGGU dari Hadi pulaq??
Haahahahah…Zahid TEMBAK dgn peluru KAPUR lagi,kononnya nak kenakan dr.mahathir.kan Musa hitam menteri dlm NEGERI.

zAHID MANA IC dr mahathir yg kau tuduh tu?/mana 230juta??

Anonymous
Guest
Anonymous

RCI this and RCI that but skipping the most important issues affecting the people presently. What's happening with 1 MDB should be in the forefront of any RCI including the cover up bu MO1 and the cabinet on this. Why such is not properly debated in August House and why the curbs impose on anyone wanting to find out the truth and not half lies given?

Najibbbbbbbbbbbbbbbbb We want the TRUTH..

Anonymous
Guest
Anonymous

BETUL TU!!! rci SINI rci SANA,Tapi najib buat "DEK" pada ISSUES yg terpenting yg berlaku pada rakyat sekarang.Sepatutnya rci 1 MDB dulu.kenapa najib buat dek di parlimen tentang issue ini di parlimen.

dad
Guest
dad

rci pink diamond, rci ikan kembong naik harga, rci kangkung naik harga, rci felda, rci tabung haji, rci mas hilang kapalterbang, rci jo taik, rci tungku kayu nan seluar londeh, rci sign dokumen tapi tak baca, rci knp isa ketot tak kena gari, rci kenapa bendera terbalik, rci cium keris lepas tu mintak maaf, rci kenapa kat blog macai jibo nak komen tak boleh, rci j banyak temberang…

dah macam sarkas…ni jibo punya kerja la semua….

the ultimate….rci kenapa rambut kak mah makin lama makin besar……one of it kerana dah tak boleh simpan duit kat bank..

dad
Guest
dad

never before malaysia in a real stupid mess, full of stupid ministers, a joke of the 21st century….

this morning i was in jakarta….hot issue..the flag….an update, even a brunei flag was wrongly displayed…..what is kj doing? playing with his balls?…no wonder, Rm100jt easily gone and he remains ignorant…

last time malaysia was famous but now infamous…..anyway, both are the same except in different order…

Macy
Guest
Macy

Kj ain't got no balls maaa! He may have lumps here and there just like his boss. He's probably try to show his boss whatever his boss did badly, he can do worse. Bodek la katakan

Anonymous
Guest
Anonymous

mARI kITA cipta SEJARAH PR14 ini.

Jika kita boleh dapat simple majority Kedah,johor,penang,selangor,nismilan,kelantan,Pahang,malacca..Dgn 112/122 parlimen….PH punya.
Jika sabah boleh beri 20 parlimen..
Bonus jika serawak menyeberang…20 parlimnen dah jadi MAJORITY PARLIMEN.
Kedatangan Mahathir /PPBM/WARISAN…solving Jig-saw puzzle…Membawa GRASS-ROOT orng2 melayu dan bumiputra sabah……….
…………….ABUP…INI KALILAH………………

mahathir mohamed
Guest
mahathir mohamed

rci kes najib lagi mengerikann

Anonymous
Guest
Anonymous

mARI kITA cipta SEJARAH PR14 ini.

Jika kita boleh dapat simple majority Kedah,johor,penang,selangor,nismilan,kelantan..Dgn 112 parlimen….PH punya.
Jika sabah boleh beri 20 parlimen..
Bonus jika serawak menyeberang…20 parlimnen dah jadi MAJORITY PARLIMEN.
Kedatangan Mahathir /PPBM/WARISAN…solving Jig-saw puzzle…Membawa GRASS-ROOT orng2 melayu dan bumiputra sabah……….
…………….ABUP…INI KALILAH………………

Anonymous
Guest
Anonymous

Lain jalan short-cut ka syurga.

80an Menentang umno adalah JIHAD
Mati kita mati SAHID

2015–above.Bersama umno dan membela umno adalah JIHAD
Mati kita adalah mati……

REALITY POLITIK MALAYSIA HARI-INI.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kami tak akan sekongkol dengan segala macam kerenah dilakukan pemerintah sekarang dan baru, justeru pru14 nanti merupakan titik peralihan pada alaf baru dan kerajaan baru yg rakyat ramai yg menunggu…..

Anonymous
Guest
Anonymous

Najib boleh buat apa saja yg dia suka sekarang sewaktu masih di izinkan Allah berkuasa. Kuasa yg dianugerahkan oleh Allah kepada sesiapa yg dia suka. Sudah tentu ianya ujian. Jika gagal ujian Allah maka tunggu lah pembalasan dari Nya.

Dengan ucapan cash is king sudah menampakan keangkuhan terhadap kuasa Allah swt. Yang berkuasa hanya Allah dan tiada sekutu baginya.

Wallahu A'lam Bishawab

Anonymous
Guest
Anonymous

TUN : Ada WOOW FACTOR.
nAJIB //; bELIT FACTOR
Hadi: Ada :yeeeeeeeeeeooooooow factor.

Anonymous
Guest
Anonymous

FIX DEPOSIT najib umno sekarang ni dah kering.
Sabah dah confirmed akan JATUH,Warisan akan sapu habis.
dgr ceritanya di serawakpun akan menyeberang.

INILAH PUNCANYA NAJIB HOLD ON PR14,Tunggu sea game?tunggu lepas budget? atau tunggu BANTUAN ALLAH yg dibawa oleh Hadi.

Anonymous
Guest
Anonymous

Hadi sebenarnya nak liwat UMNO tu, nak kaut pengundi2 atas pagar yang dulu sokong BN..nasibla ko Najib. Diorang tu ko bagi duit dia kaut, lepas tu belakang ko pun dia kaut jugak……

Malaysian Cybertrooper
Guest
Malaysian Cybertrooper

Betul tu Sdra,

Fix Deposit Najib dah sama kering dengan kantung kewangan Negara. Hadi memang akan datang dengan bantuan…. Tapi bantuan dia ada "price tag" kat belakang tu.

Macy
Guest
Macy

Tapi yg x tahan kita la..dok tengok hadi ngan najib ni french kiss manjang. Eiii. Buruk betul perangai org tua dua orang ni

UP the Moderates
Guest
UP the Moderates

Jangan bimbang…Najib the klepet sudah serahkan tugasan kepada Mr J. Beliau akan handle this problem( fix deposit, bayar hutang negara) caranya…Mr J akan jual emas.

Ekonomi Malaysia, fix deposit Umno/BN dijangka pulih sepenuhnya selepas sukan sea. Ringgit pula dijangka kukuh berbanding dollar.Jangkaan ini berdasarkan pingat emas yang akan diperoleh atlit malaysia disukan sea yang berlangsung sekarang.kementerian kewangan bercadang untuk menjual semua pingat emas tersebut untuk membayar hutang malaysia.Jadi doakan lah semoga atlit malaysia memungut seberapa banyak pingat emas.

tokio rain
Guest
tokio rain

Baek punya replies, everybody. Hahaha!