Month: August 2017

PENJELASAN PEGUAM TENTANG DAKWAAN SARAWAK REPORT GAGAL KEMUKA PENYATA PEMBELAAN

PENJELASAN UNDANG-UNDANG BERHUBUNG KEDUDUKAN KES FITNAH HADI AWANG (PAS) vs CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) DI LONDON, UNITED KINGDOM !!! 1. Sebenarnya, sebelum ini, saya telah diminta untuk memberi pandangan saya berhubung kesan dan efek Perintah 02.08.2017 yang dibuat oleh MAHKAMAH TINGGI di United Kingdom itu, selepas pendengaran permohonan bertarikh 16.06.2017, seperti yang dilaporkan oleh MALAYSIAN […]

SUDAH MERDEKAKAH KITA?

Merdeka, merdeka, merdeka… Sudah 60 tahun kita menyambut merdeka, tapi kali ini ada yang bangga dan merasakan kemerdekaan sebenar ialah apabila 1MDB dapat membayar hutangnya sehari lebih awal daripada yang dijadualkan. Apakah itu patut dibanggakan? Bukankah ia memang janji yang perlu ditunaikan? Lagi pun,  31 Ogos iaitu tarikh akhir pembayaran perlu dibuat adalah cuti umum, […]

PAKATAN HARAPAN MAJU SETAPAK LAGI, PAS TIADA PILIHAN LAGI SELAIN SEGERA "BERKAHWIN" DENGAN UMNO

KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN Majlis Presiden Pakatan Harapan telah membuat ketetapan berkenaan Pengerusi-Pengerusi Pakatan Harapan bagi negeri-negeri seperti berikut: Selangor – YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali Pulau Pinang – YAB Lim Guan Eng Johor – YB Tan Sri Muhyiddin Yassin Kedah – YB Dato’ Seri Mukhriz Mahathir Pahang – YB Dato’ Fauzi […]

BERAPA TEBAL KULIT MUKA NAJIB KETIKA MELAWAT AMERIKA KALI INI?

Di sebalik saman sivil dan siasatan jenayah DOJ berhubung penyelewengan dana 1MDB yang masih lagi berjalan dan tidak pernah dihentikan, Najib Razak mungkin berasa paling bangga menerima jemputan melawat Amerika Syarikat pada 10 hingga 12 September depan. Dari segi politik dalaman Malaysia, lebih-lebih lagi berdepan PRU 14 paling mencabar baginya, setidak-tidaknya undangan Donald Trump itu membuatkan Najib […]

APAKAH ADA ALASAN YANG LEBIH BAIK UNTUK TERUS MENGEKALKAN NAJIB?

Hancur luluh hati Tun Razak kalau hari ini beliau masih hidup – ini bukan kata-kata yang diucapkan oleh orang biasa, tetapi oleh Sultan Nazrin Shah, Sultan bagi Negeri Perak. Beliau menggariskan empat sebab luluhnya hati Tun Razak itu. Pertama, perpaduan rakyat yang telah dirosakkan oleh pemimpin-pemimpin politik. Kedua, Dasar Pelajaran Kebangsaan gagal menjadikan sekolah sebagai […]

PKR KINI PERLU SEIRING DENGAN PAKATAN HARAPAN DAN TIADA KEPERLUAN LAGI TERUS MELAYAN PAS

KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN Pendirian Majlis Presiden Pakatan Harapan berkenaan kerjasama dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah seperti berikut: 1) Pakatan Harapan tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14); dan 2) Pakatan Harapan sedang merangka strategi untuk kemungkinan menghadapi pertandingan tiga penjuru dalam PRU-14. YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad Pengerusi […]

MASYA ALLAH…APA PUNYA PESANAN TU?

Dalam majlis mengucapkan selamat jalan kepada sekumpulan jemaah haji yang diadakan di Kompeks Tabung Haji semalam, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamdi antara lain menitipkan pesanan-pesanan berikut:- 1. Kepada beberapa menteri dan ahli politik yang turut menunaikan haji dan diraikan dalam majlis tersebut, Zahid Hamidi berpesan agar mereka jangan berpolitik atau berbual-bual kosong ketika waktu […]

SEMUANYA TAK BOLEH PAKAI!!

Satu pihak bercakap tiada lagi sebarang rundingan, tetapi satu pihak yang lain seolah-olah merasakan mereka sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor. Mana satu nak diikut? Atau adakah Pas sekarang sudah terbelah dua? Untuk kesekian kalinya, diingatkan kepada PKR khususnya dan Pakatan Harapan amnya, mereka tidak perlu lagi membuang masa  terus melayan karenah dan telatah Pas dalam […]

UMNO SAH BUKAN LAGI SATU-SATUNYA PEMBELA MELAYU, NAJIB "DITAMPAR" MB NEGERI SEMBILAN

Demi takut kehilangan kuasa dan tindakan undang-undang mungkin bakal menantinya jika tidak lagi menjadi Perdana Menteri, Najib Razak adalah pemimpin paling kerap memainkan sentimen seolah-olah UMNO satu-satunya parti pembela kepada orang Melayu. Antara kata-katanya ialah orang Melayu akan jadi bangsat jika UMNO kehilangan kuasa, di samping mereka juga didakwanya tidak lagi menjadi kaum yang akan […]

NAJIB SEMAKIN PANIK, PERTUKARAN KERAJAAN KIAN MENAKUTKANNYA

Baru dua hari lalu Najib Razak menulis di blognya dengan menyatakan bahawa negara kini berada dalam mood positif untuk beliau mengadakan pilihanraya umum, namun nadanya kini berubah dengan tiba-tiba. Tidak cukup dengan itu, Najib turut menyatakan Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan 5 hingga 9 Disember depan boleh ditangguhkan kiranya pilihanraya perlu diadakan terlebih dahulu. Kata-kata Najib itu […]

APA PENDIRIAN UMNO DAN PAS SEKARANG MENGENAI AMANAT HADI?

Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka. Percayalah saudara-saudara sekelian, […]

JANGAN TERPERANJAT DENGAN ANNUAR MUSA…..

Beberapa rakan menghantar pesanan melalui whatsapp berhubung kenyataan Ketua Penerangan UMNO,  Annuar Musa yang mengatakan kerugian forex adalah benar, manakala kerugian 1MDB sekadar di atas kertas sahaja. Kata mereka, apa sudah jadi dengan Annuar?  Kenapa sanggup memperbodohkan diri sebegitu rupa? Yang lain pula berkata, kalau ia pun mahu membodek Najib Razak, takkan sehingga ke tahap […]

PAS MESTI DIBUANG SEGERA DARIPADA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Semalam ,Pas Selangor mengumumkan untuk bertanding di 42 daripada 56 kerusi DUN di negeri itu.  Selain itu, Pas juga nampaknya sudah tidak berganjak lagi untuk benar-benar memastikan berlakunya pertandingan tiga penjuru. Dalam masa yang sama, Pas juga terlihat amat ghairah untuk turut serta bertanding di Parlimen Gombak, DUN Bukit Antarabangsa dan DUN Kajang. Gombak dan […]

SELAGI TUN MAHATHIR SIHAT, SELAGI ITU UMNO TERUS SAKIT

Tun Mahathir Mohamad adalah ketakutan utama bagi Najib Razak dan UMNO. Selagi beliau sihat, cergas,  boleh bertemu rakyat dan menyampaikan ucapan, selagi itulah ketakutan terhadapnya tidak akan padam. Diserang, dihina, dikecam, disiasat dan kini mahu dicari kesalahannya melalui RCI, tetapi keyakinan dan pengharapan rakyat terhadapnya sentiasa menggunung tinggi. Di Kepala Batas dan Ipoh baru-baru ini, […]

APAKAH NAJIB KINI "MELUTUT" KEPADA AMERIKA?

Sejak  dua tahun kebelakangan ini, bermula dengan pendedahan bertali arus media antarabangsa mengenai skandal 1MDB dan kemudian diikuti dengan tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memfailkan saman sivil untuk merampas pelbagai aset yang dikaitkan dengan wang  yang dicuri daripada syarikat pelaburan negara tersebut, serta-merta hubungan Malaysia dengan kuasa besar dunia itu bertukar menjadi dingin dan “suam-suam […]

"SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG, NAJIBLAH PALING BERKUASA MENENTUKAN HARGA MINYAK"

Ulasan Blog – Tulisan saya pagi tadi tentang kenyataan Najib Razak bahawa beliau tiada kuasa menentukan harga minyak, diterima dengan reaksi yang berbagai oleh pembaca blog ini. Ada yang setuju, menyokong, tidak setuju, tidak terkecuali ada yang melenting marah. Untuk pemahaman yang lebih lanjut, di bawah ini diperturunkan huraian oleh Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan […]

PERDANA MENTERI TIADA KUASA, BERMAKNA TIDAK PERLU LAGI KITA KEKALKAN KUASANYA

Semua orang ingin dan perlukan kuasa. Bagi mereka yang berjuang dalam politik khususnya, lebih-lebih lagi untuk jawatan Perdana Menteri, perkara utama yang diperlukan ialah kuasa. Melalui kuasalah, rakyat dapat dibantu. Melalui kuasa juga, pembelaan dan perjuangan nasib rakyat dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Tanpa kuasa, perjuangan jadi tidak berguna. Malangnya, kita punya Perdana Menteri yang […]

UMNO, PAS TERMALU SENDIRI

Dua bekas Ketua Polis Negara akhirnya bersuara mengenai ura-ura kerajaan, dan kemudian disokong oleh Pas untuk mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja atau RCI berhubung tragedi Memali. Tun Hanif Omar melontarkan tiga persoalan berhubung hasrat menubuhkan RCI Memali itu – apa lagi yang mahu dicari, apa yang masih tidak puas hati dan apakah perkara penting yang belum […]

MAMPUKAH SUKAN SEA MEWUJUDKAN "FEEL GOOD FACTOR" UNTUK MEMBANTU NAJIB MENANG PILIHANRAYA?

Sukan SEA ke 29 di Malaysia kali ini dilihat amat penting untuk memberi sedikit sinar tambahan kepada Najib Razak untuk memenangi PRU 14 yang akan menentukan hidup matinya sebagai Perdana Menteri paling dipertikaikan kewibawaannya oleh rakyat. Motto “Bangkit Bersama”  yang dipilih bukan saja menjurus ke arah merangsang atlit untuk memenangi pingat sebagaimana jumlah yang disasarkan, tetapi juga […]

PAS TERLEBIH GHAIRAH

Pas kelihatannya tidak sabar-sabar lagi untuk melihat sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja atau RCI ditubuhkan berhubung tragedi Memali. Selain menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang akan berperanan untuk berurusan terus dengan Putrajaya ke arah penubuhan RCI itu, Pas juga bercadang untuk membawa keluarga mangsa tragedi Memali bertemu dengan Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam […]