Month: July 2017

SEDIAKAH ZAHID HAMIDI MINTA MAAF DENGAN TUN M ATAU LEBIH SELESA DIGELAR "KAKI PEMBOHONG"?

Sejak awal lagi memang disedari bahawa serangan Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi kepada Tun Mahathir Mohamad bukan saja bersifat perkauman dan memperlekeh sesuatu kaum, tetapi yang lebih berat kerana ia juga berbentuk pembohongan. Apabila Zahid mengatakan bekas Perdana Menteri itu dalam kad pengenalan birunya bernama “Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty”, ramai yang tidak ragu-ragu mengatakan […]

ZAHID HAMIDI, TIMBALAN PERDANA MENTERI PALING LEKEH DAN MERAPU

Pada 28 Julai lalu, bermakna genaplah tempoh dua tahun Ahmad Zahid Hamidi menjadi Timbalan Perdana Menteri sejak dilantik pada tarikh yang sama pada 2015 yang lalu. Beliau dilantik memegang jawatan itu menggantikan Munyiddin Yassin yang dipecat kerana mengkritik Najib Razak dan bertanya banyak soalan tentang 1MDB. Tidak seperti semua yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri […]

AWAS!!!…GOLONGAN MAMAK DAN INDIA MUSLIM BAKAL KENA 'PANCUNG' MASA DEPANNYA OLEH ZAHID HAMIDI?

Semua orang tahu Zahid Hamidi berketurunan Jawa dan dalam satu temubual dengan stesen televisyen Indonesia tidak lama dahulu,  nampaknya beliau berbangga dengan keturunannya yang berasal dari negara jiran itu. Namun, Zahid Hamidi rupa-rupanya tidak sekadar berketurunan Jawa, tetapi juga sepertinya anti dengan golongan mamak dan keturunan India Muslim di negara ini. Tidak seperti Najib yang […]

PAS SEMAKIN TERTINGGAL DAN MEMANG PATUT DITINGGALKAN

Jika kita perhatikan, tidak banyak berita mengenai Pas tersiar di dada-dada media sejak minggu-minggu kebelakangan ini. Kalau ada pun satu dua berita yang melintas, tidak lagi ramai yang peduli mengenainya. Tulisan Hadi Awang yang dibuatnya ketika beliau sedang sakit sehingga hampir pasti menyebabkan Akta 355 tertangguh sekali lagi pembentangannya, turut tidak berapa dihiraukan, bahkan tidak […]

DUA SEPUPU YANG "KE LAUT"

Presiden UMNO, Najib Razak menegaskan, parti itu tidak pernah bermain dengan dimensi politik yang menakut-nakutkan rakyat, sebaliknya sentiasa memberi keyakinan dan pengharapan kepada mereka. Katanya, parti yang memainkan politik menakut-nakutkan rakyat ialah pihak yang tidak ada kuasa dan mahu menumbangkan parti yang sedang memerintah negara. Sehubungan itu, tegas beliau ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO […]

BENARKAH HANYA LOGO JADI MASALAH UNTUK MENDAFTARKAN PAKATAN HARAPAN?

Berdasarkan apa yang dilaporkan di media-media, ternampak seperti proses untuk mendaftarkan Pakatan Harapan secara rasmi tidak menghadapi banyak masalah yang memungkinkan ia mengalami kegagalan sebagaimana yang dijangka oleh banyak pihak. Sebagaimana yang disebut oleh Tun Mahathir Mohamad setelah beliau bersama beberapa pemimpin PKR, DAP, Amanah dan Bersatu yang lain mengemukakan permohonan dan mengadakan perbincangan dengan […]

TIDAK PERLU TUN M KEMBALI SEMULA KEPADA UMNO, SEBALIKNYA RAMAI AHLI UMNO AKAN MASUK BERSATU

Kata-kata bahawa Tun Mahathir Mohamad akan kembali menyertai UMNO semula sekiranya Najib Razak tidak lagi memimpin parti itu bukanlah perkara baru sebenarnya. Ia selalu kedengaran, bahkan kerap diulang-ulang mengikut masa dan kesesuaian. Mereka yang melakukan propaganda demikian tidak lain hanyalah bertujuan melemah dan memporak-perandakan Pakatan Harapan yang memang diketahui amat berpotensi dan sedang berada di […]

PRESIDEN MCA 'BALUN' PRESIDEN UMNO?

Presiden MCA, Liow Tiong Lai menyifatkan isu mahu mengiktiraf komuniti India Muslim sebagai Bumiputera tidak lebih sebagai mainan politik untuk kepentingan sendiri sedangkan perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet. Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, BN mempunyai saluran tersendiri untuk membincangkan apa-apa perkara berhubung isu atau dasar yang melibatkan kepentingan negara. “Ini bukan […]

MENGHARAP JUMAAT YANG BERKAT

Esok, Jumaat 28 Julai 2017, permohonan untuk mendaftarkan Pakatan Harapan  dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan akan dikemukakan secara rasmi. Beberapa pimpinan Pakatan Harapan dijangka akan mengemukakan permohonan tersebut pada jam 10 pagi di pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya. Mudah-mudahan sempena hari Jumaat yang berkat, permohonan untuk mendaftarkan Pakatan Harapan itu tidak menimbulkan banyak masalah dan akhirnya diberikan kelulusan secara […]

SIAPA ANTI MELAYU DAN ISLAM?

MCA, salah sebuah parti komponen BN yang sebelum ini diketahui merupakan antara penentang kuat Akta 355 daripada diambil-alih pembentangannya oleh kerajaan sehingga Najib Razak tunduk kepadanya, dalam perkembangan terbaru menyelar DAP kerana memberi lebih banyak bantuan kepada orang Melayu dan perkembangan agama Islam di Pulau Pinang. Kata Ketua Biro Publisiti MCA, Chai Kim Sen, tindakan […]

APA LAGI ZAHID HAMIDI MAHU?

Biar betul? Kata Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, kadar jenayah telah mengalami penurunan sejak Najib Razak mengambil alih kepimpinan negara bermula pada 2009 lalu. Beliau seterusnya menegaskan, penurunan kadar jenayah itu adalah kerana beberapa transformasi yang diperkenalkan oleh “bossnya” itu. Ini cakap betul atau bodek sebenarnya? Tetapi, mengapa masih banyak kejadian jenayah dilaporkan dalam […]

NAJIB MAKIN PELIK DAN TERDESAK, PENYAKIT SALLEH SAID KERUAK SUDAH MENJANGKITINYA

Pelik dan terdesak, itulah gambaran paling tepat mengenai kedudukan Najib Razak kebelakangan dan ketika ini. Semalam, ketika berucap di sebuah program pelaburan antarabangsa, Invest Malaysia,  Najib seolah-olah berdiri dalam program politik tempatan dengan tampil menyerang dan memperlekehkan Pakatan Harapan serta Tun Mahathir Mohamad. Apa perlunya menyerang Pakatan Harapan dan Tun Mahathir di depan mereka, selain […]

BERBANDING TUN M YANG KONON BONEKA DAP, NAJIB JAUH LEBIH BAHAYA UNTUK DIKEKALKAN KUASANYA

Tidak sampai sepuluh tahun menjadi Perdana Menteri, majoriti rakyat Malaysia secara umumnya sudah mula sedar dan terasa betapa paling tidak bergunanya Najib Razak sebagai Perdana Menteri kepada kehidupan mereka. Gemar dengan pendekatan populis tapi menyusahkan rakyat dengan penarikan subsidi dan jerutan tanpa henti melalui GST, beliau sebaliknya membayangi semua tindakan itu dengan menyandarkannya kepada konon […]

SIAPA "HANTU-HANTU RAYA" DI PEKAN?

Menjawab cabaran terhadapnya agar kekal berani bertanding di Pekan, Tun Mahathir Mohamad menyifatkan kawasan Parlimen yang diwakili Najib Razak itu sebagai kawasan “hantu raya”. Ini kerana, ujar beliau, jumlah pengundi kawasan itu berubah dengan jumlah yang agak banyak pada setiap kali pilihanraya diadakan. Itu bukan kawasan pilihanraya, itu kawasan “hantu raya”, tambah beliau. Sebelum ini, […]

PENEROKA PERLU BIJAK, MEREKA JUGA AKHIRNYA PERLU TANGGUNG GULA-GULA YANG DIUMUMKAN NAJIB

Seperti yang dijangka, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan “gula-gula” kepada peneroka-peneroka Felda, yang antara lainnya termasuk:   1. Wang tunai RM5,000 bagi setiap peneroka yang layak melibatkan peruntukan RM475 juta. 2. Sumbangan untuk mengurangkan pinjaman pembelian saham FGV yang ditanggung peneroka melibatkan peruntukan RM128 juta. 3. Pengurangan hutang penanaman semula peneroka sebanyak RM5,000 […]

JIKA MAHU DIKOREK, SEJARAH TUN M ATAU SEJARAH KJ YANG LEBIH HITAM?

Dengan garang, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang dilaporkan mahu merebut salah satu jawatan Naib Presiden dalam pemilihan akan datang berkata, UMNO akan menggali semula sejarah Tun Mahathir Mohamad ketika pemerintahannya dari 1981 hingga 2003 dahulu. Kata beliau, tindakan itu bukan saja sebagai suatu serangan balas, tetapi juga untuk menjadikan bekas Perdana Menteri dan sekutunya […]

ENAM LAWAN ENAM

Rasanya semua orang sudah tahu mengenai enam inisiatif kepada para peneroka Felda sebagaimana yang diumumkan oleh Najib Razak, pagi tadi. Pengumuman itu secara langsung dan tidak langsung memperlihatkan Najib tidak boleh lari daripada amalan serta budaya “cash is king” yang memang sudah sebati dengan jiwanya. Semua yang berkaitan Najib ialah duit, duit dan duit. Semuanya mesti […]

ZAHID HAMIDI 'MENGHASUT' DI SABAH?

Dalam usaha memastikan UMNO dan BN kekal berkuasa lagi di Sabah, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mengumpamakan tindakan atau percubaan memisahkan rakyat negeri itu daripada pemerintahan yang ada sekarang seperti langkah Brexit yang telah berlaku di Britain, baru-baru ini. Kata beliau, tindakan pihak luar termasuk bekas pemimpin UMNO di peringkat nasional dan negeri cuba […]

APA JAMINAN ZAHID HAMIDI KALI INI?

Ketika Parti Pribumi Bersatu Malaysia mahu didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan pada Julai 2016 dahulu, Zahid Hamidi dengan pantas memberi jaminan pihaknya tidak ada masalah untuk meluluskan pendaftaran parti baru itu. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri dilaporkan berkata, jika semua syarat-syaratnya sudah dipatuhi, beliau akan menyegerakan kelulusannya. Katanya lagi, sebarang keputusan akan diketahui […]