Month: June 2017

BERANIKAH KETUA PENERANGAN PAS MENYAHUT CABARAN?

Susulan kenyataan Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan semalam yang mengecam pihak-pihak tertentu yang pergi “meronda” membuat aduan ke beberapa negara mengenai 1MDB, beliau kini dicabar untuk berterus-terang mengenainya. Dua individu yang sebelum ini diketahui membuat aduan mengenai 1MDB di Paris, London, Switzerland, AS, Hong Kong dan Singapura sehingga ditangkap dan dipenjarakan di bawah undang-undang Sosma, […]

TIDAK MALUKAH MEMBELA PERKARA2 MUNGKAR?

Membangkitkan isu laporan Jabatan Keadilan Amerika (DOJ) berkaitan penggubahan wang haram dari aliran akaun 1MDB dan dikait dengan perbelanjaan kepada individu tertentu yang dinamakan MO1 dan isteri MO1 sebagai  campur tangan asing adalah suatu yang sangat memalukan.  Komen-komen dari pemimpin parti UmnoBN serta segelintir pemimpin pembangkang termasuk PAS serta berapa orang mufti adalah dilihat sebagai […]

EHHH….SIAPA YANG PANIK?

Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa berkata, tindakan pembangkang cuba memanipulasi laporan DOJ adalah bertujuan mengalih tumpuan daripada isu penubuhan Suruhanjaya Diraja berkaitan urusniaga mata wang asing atau forex yang ditubuhkan kerajaan. Kata beliau, keputusan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja itu telah mewujudkan keadaan panik di kalangan pembangkang. Benarkah pembangkang sedang panik? Sebelum panik, mari kita fahami […]

ALAHAI PAS….

Susulan saman sivil terbaru oleh DOJ yang secara asasnya meletakkan kehilangan wang 1MDB adalah mencecah RM20,000 juta, Pakatan Harapan memutuskan untuk mengadakan program jelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan serta kefahaman yang lebih jelas kepada rakyat mengenai isu tersebut. Serentak itu, Pakatan Harapan juga mengajak parti-parti pembangkang lain untuk mengenepikan segala perbezan dan bersatu […]

SIAPA APANDI ALI? BUKANKAH BELIAU JUGA PEGUAM NEGARA YANG BERSIFAT POLITIK?

Reaksi Peguam Negara, Apandi Ali yang menyifatkan saman sivil Jabatan Kehakiman AS atau DOJ sebagai bermotif politik, bukan saja memualkan, tetapi hanya menambahkan lagi ketidakyakinan rakyat terhadap beliau. Alasan beliau bahawa saman itu bermotif politik adalah disebabkan DOJ tidak pernah membuat sebarang permohonan rasmi kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan sebarang keterangan atau maklumat lanjut […]

41 BILIK PRESIDENTIAL SUITES DI BALI, SIAPAKAH LAGI YANG IKUT BERCUTI BERSAMA DENGAN NAJIB?

Setelah terdedah percutian lima hari Najib Razak dan keluarganya di Bali bermula bermula 2 Syawal yang lalu, persoalan terbaru yang kini timbul ialah siapakah yang turut bercuti bersama dengannya? Menurut laporan media Indonesia, Metronews.com, Najib yang menginap di Hotel St. Regis akan tinggal bilik yang sama yang pernah ditempah oleh Raja Salman dari Arab Saudi […]

ISTERI MO1 AKAN SEGERA MERAIH SANJUNGAN DUNIA KIRANYA….

Kalau ikut logik Pengarah Komunikasi Strategik BN, Abdul Rahman Dahlan yang mengatakan “Malaysian Official 1” adalah Najib Razak dan hanya orang bodoh saja tidak mengetahui fakta tersebut, bermakna “isteri MO1”  sudah tentulah Rosmah Mansor. Ikut logik yang sama, hanya orang bodoh saja yang berani mengatakan “isteri MO1” bukan Rosmah, satu-satunya suri yang ada dalam hati […]

AKHIRNYA SABAH, SARAWAK TOLAK CUKAI PELANCONGAN, DIMANA SUARA "MENTERI JANTAN"?

Pada 15 Jun lalu, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan isu cukai pelancongan yang mencetuskan perbalahan antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz dengan Sabah dan Sarawak, telah selesai.Menurut Zahid, isu itu telah dibawa ke mesyuarat Kabinet pada Rabu dan persetujuan telah dicapai bahawa tiada lagi kenyataan dikeluarkan berhubung perkara tersebut. “Perdana Menteri telah […]

TAK MASUK AKAL ATAU MATI AKAL?

Desakan dan luahan Majlis Peguam cukup mudah – jangan sesekali meremehkan tuduhan serius yang terkandung dalam saman sivil DOJ berkaitan 1MDB. Tindakan meremehkan itu, jika diperhati, tergambar berdasarkan semua reaksi pihak berkuasa Malaysia terhadap tindakan DOJ tersebut. “Dakwaan dalam saman DOJ itu melibatkan pegawai 1MDB, keluarga mereka dan rakan sekutu yang lain, termasuk juga yang […]

LAWAK ZAHID HAMIDI….

Pandai Zahid Hamidi, hari raya pertama lagi dah buat lawak jenaka – katanya kehadiran  orang ramai di Seri Perdana adalah tanda sokongan kepada Najib Razak. Dilaporkan jumlah yang hadir untuk berhari raya di Seri Perdana tahun ini ialah seramai kira-kira 75 ribu orang. Adakah 75 ribu itu tanda sokongan yang memadai buat Najib? Adakah semua […]

SELAMAT HARI RAYA

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca dan penjenguk blog ini, juga kepada seluruh umat Islam di mana juga berada. Setelah sebulan berpuasa, Hari Raya adalah hari kemenangan dan ruang untuk kita saling bermaaf-maafan. Namun, dalam konteks Malaysia, di sebalik Hari Raya dan bermaaf-maafan, ia sama-sekali tidak […]

ADUHHH….JANGAN MALUKAN DIRI SENDIRI, TOK GURU!!!

Umpama hadiah hari raya kepada Najib Razak,  Presiden Pas, Hadi Awang dalam tulisan terbarunya berkata, isu 1MDB perlu diselesaikan secara dalaman tanpa menjemput pihak asing untuk menyelesaikannya. “Apa pun keputusan isu dalaman kita, biar mahkamah kita sendiri menyelesaikan atau mahkamah rakyat kita menyelesaikannya. “Sebodoh-bodoh dan sezalim-zalim pihak dalaman kita, biar kita yang tanggung sendiri dan […]

DITUDUH PENCURI DAN MELAKUKAN JENAYAH, BILA LAGI NAJIB NAK SAMAN TUN MAHATHIR?

Tun Mahathir Mohamad terus konsisten dan terbuka mengkritik serta menyerang Najib Razak.  Sementara Najib hanya berani main sindir-sindir dan menggunakan kiasan untuk memperlekeh musuh politiknya itu, Tun Mahathir sebaliknya melakukan semua serangan secara terang-terangan dan nyata. Jika sebelum ini beliau menuduh Najib sebagai pencuri, kali ini dalam tulisan terbaru di blognya, Tun Mahathir lebih terbuka […]

NAJIB LEBIH MENCEMAR NAMANYA SENDIRI

Siapa pun faham dan mengakui tujuan penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat urusniaga matawang asing yang berlaku 23 tahun lalu tidak lain ialah untuk mencalar dan mengenakan Tun Mahathir Mohamad. Di sebalik skandal 1MDB yang lebih besar dan memalukan kerana menjadi berita di seluruh dunia,  Najib Razak, melalui penubuhan suruhanjaya itu, berharap dapat mengalihkan pandangan orangramai […]

PERINTAH DARURAT BOLEH DIELAKKAN JIKA…..

Apa yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir Mohamad mengenai kemungkinan perintah darurat ini bukanlah mustahil sebenarnya, malah disedari dan mula diperkatakan oleh banyak pihak. Ini kerana rata-rata menyedari, berbanding semua Perdana Menteri sebelum ini, Najib Razaklah yang paling takut untuk kalah dan hilang kuasa. Lantaran itu, ramai yang menyuarakan kebimbangan bahawa perintah darurat mungkin akan dilaksanakan […]

"YANG BERBAU GAJAH MATI DI DEPAN MATA, YANG DICARI BANGKAI NYAMUK DI SEBERANG LAUT"

Hasil cadangan Pasukan Petugas Khas yang menyiasat berhubung kerugian urusniaga matawang asing pada 1980an dan 1990an, kabinet semalam telah bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi meneruskan siasatan mengenai perkara itu. Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, keputusan menubuhkan Suruhanjaya Diraja kerana mendapati wujud elemen menyembunyikan fakta sebenar kerugian dengan mengemukakan maklumat yang bertujan mengelirukan Jemaah Menteri dan […]

KARTUN APAKAH INI?

Hari ini (Rabu) jam 10 pagi, bekas Pengerusi Felda Global Ventures atau FGV, Isa Samad dan isterinya, Bibi Shahriza Mohd Khalid dilaporkan akan hadir ke pejabat SPRM dinPutrajaya untuk memberi keterangan berhubung siasatan terhadap syarikat tersebut. Kehadiran mereka difahamkan adalah atas arahan SPRM setelah sebelum ini agensi tersebut turut melakukan serbuan ke pejabat FGV di Menara Felda. […]