Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

BENARKAH FLORENCE GOH HANYA "BAYANGAN" KEPADA SUAMINYA?

Akhirnya seseorang yang bernama Florence Goh muncul mendedahkan dirinya yang sebenar. Beliau yang nama penuhnya Florence Goh Siew Boy menafikan dirinya ada kaitan dengan Godfrey Group Limited yang didakwa membayar lebih RM1 kepada pelobi di Amerika Syarikat bagi pihak kerajaan Malaysia.
Berikutan itu dan setelah menyedari kesilapannya, Rafizi Ramli turut memohon maaf atas kesilapan mengaitkan wanita tersebut dengan Godfrey.
Namun demikian, Rafizi tetap meminta Florence Goh yang sebenar yang merupakan pemilik Godfrey agar segera tampil kepada khalayak menjelaskan mengenai isu yang timbul sekarang ini. 
Beliau seterusnya turut menghargai sekiranya Timbalan Presiden MCA, Wee Ka Siong dapat mengaturkan sidang akhbar untuk kemunculan Florence Goh yang sebenar itu, sebagaimana beliau mengadakan sidang akhbar bersama Florence Goh Siew Boy, padi tadi.
Dalam erti kata lain, sebenarnya terdapat dua atau lebih daripada seorang yang bernama Florence Goh yang beralamat di Jalan Molek, Johor Bahru. Kesilapan Rafizi bukan bermakna Florence Goh itu tidak wujud atau butiran dakwaannya tidak benar.
Rafizi hanya tersilap mengaitkan orang yang salah dengan Godfrey, tetapi hakikatnya wanita yang bernama Florence Goh yang namanya diletakkan dalam borang Jabatan Kehakiman AS itu memang benar-benar wujud.
Siapakah dia Florence Goh sebenar yang ada kaitan dengan Godfrey itu?
Dua Ahli Parlimen di Johor, Shahrir Samad dan Nur Jazlan secara terbuka mengakui mengenali Florenca Goh yang banyak terlibat dalam aktiviti amal, cuma mereka tidak mengetahui kaitannya dengan Godfrey yang didakwa membayar kepada pelobi di Amerika Syarikat itu.
Malah, Nur Jazlan sebagaimana dipetik dalam sebuah portal mengatakan beliau sudah terlibat dengan aktiviti amal bersama Florenco Goh sejak kira-kira 10 tahun yang lalu.
Dalam hubungan ini, saya ada menerima email daripada seorang kenalan yang pernah aktif di peringkat Pemuda UMNO Malaysia serta diketahui mempunyai ramai kawan-kawan yang berjawatan dalam UMNO dan juga kerajaan.
Sekiranya kandungan email itu benar,  ia bukan saja mengesahkan lagi kewujudan Florence Goh yang  dikaitkan dengan Godfrey, tetapi juga menyebut bahawa wanita tersebut hanyalah “penama”  atau “bayangan” dalam syarikat itu di mana yang sebenarnya mempunyai hubungan rapat dengan orang atasan ialah suaminya yang dipercayai bernama Jaya Sudhir.
Jaya Sudhir dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, Pengerusi Boustead sekarang dan terlibat dalam banyak urusniaga dengan syarikat tersebut.
Sebelum ini, Tan Sri Lodin juga pernah dilantik menjadi Pengerusi 1MDB oleh Najib, tetapi sudah melepaskan jawatan itu.
Dalam email itu juga diberitahu bahawa Jaya Sudhir mempunyai hubungan rapat dengan Tun Abdullah Badawi ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan didakwa memperolehi banyak projek kerajaan waktu itu.

(Jika rajin google, lebih banyak lagi maklumat mengenai Jaya Sudhir boleh diperolehi, termasuk beberapa blog dan portal juga pernah menulis mengenainya suatu ketika dahulu)

Selain didakwa masih mengekalkan hubungan baiknya dengan Tun Abdullah, Jaya Sudhir juga dikatakan mempunyai hubungan agak rapat dengan Najib.

Apakah kemunculan Florence Goh dan Godfrey ini sebagai sebahagian usaha Jaya Sudhir untuk meletakkan dirinya mendapat lebih kepercayaan dan seterusnya bagi tujuan menjalin hubungan lebih kukuh dengan kepimpinan Najib?
Apa pun, Florence Goh yang sebenar tidak harus terus mendiamkan diri atau menyembunyikan dirinya lagi. Dengan “Florence Goh palsu” telah mendedahkan dirinya, Florence Goh yang sebenar semakin kesempitan ruang untuk mengelakkan dirinya daripada terus menyembunyikan diri. (ShahbudinHusin 31/05/2017).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

58 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
58
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x