MATI DALAM UMNO

Salah satu impian Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa dalam  meniti usianya yang semakin lewat ini ialah agar kematiannya nanti ketika beliau masih kekal bersama UMNO.

Ini kerana katanya, beliau benar-benar yakin bahawa UMNO berjuang untuk agama, bangsa dan negara.

Annuar juga menceritakan bagaimana beliau sekarang ini kerap ditanya mengapa  hampir setiap hari memakai baju sama ada yang berlogo UMNO atau BN.

“Saya kata itu yang hanya nampak pada baju tapi kalaulah anda boleh belah dalam hati saya,  darah yang mengalir dan jantung yang berdenyut ini dalamnya penuh dengan semangat Umno,” katanya lagi.

Wahhh….hebat betul gaya “ampu dan bodek” beliau kali ini!!

Sewaktu jadi menteri dulu pun tak pernah begini nada kata-katanya.

Apa lagi yang beliau harapkan agaknya dengan mengatakan ingin meninggal dunia dalam UMNO ini?

Apakah juga yang beliau bangga sangat dapat meninggal dunia dalam UMNO sedangkan tiga bekas Presiden UMNO, termasuk pengasas UMNO iaitu Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra Alhal dan Tun Hussein Onn pun tidak mati ketika bersama UMNO?

Apakah tiga bekas Presiden UMNO itu tidak sedar parti yang pernah mereka terajui berjuang untuk agama, bangsa dan negara?

Dan sekarang, Tun Mahathir Mohamad, seorang lagi bekas Presiden UMNO juga sudah “berpatah arang, berkerat rotan” serta “membakar jambatan untuk selama-lamanya”  dengan parti itu dan mempunyai kebarangkalian yang tinggi juga untuk meninggal dunia di luar UMNO.

Bermakna, kemungkinannya dalam sejarah tujuh Presiden UMNO, empat daripadanya meninggal dunia di luar UMNO.

Jadi, apa hebatnya meninggal dunia di dalam UMNO seperti impian Annuar itu, lebih-lebih lagi jika di dalam UMNO itu sendiri penuh dengan segala macam perkara yang tidak baik dan jijik di hati rakyat?

Lagi pun, bukankah  kerana terlalu banyak perkara jijik dan tidak baik itulah juga menyebabkan UMNO sendiri dalam keadaan tenat dan bakal “meninggal dunia” atau hilang kuasanya  tidak berapa lama lagi?

Sebelum Annuar menghembuskan nafas terakhirnya dan beliau berharap untuk meninggal dunia ketika bersama UMNO, sebaliknya majoriti rakyat lebih mengharapkan UMNO itu sendiri “meninggal dunia”  terlebih dahulu.

Jika UMNO “meninggal dunia”  lebih dulu, masihkah Annuar mahu meninggal dunia bersama UMNO? (ShahbudinHusin 27/05/2017).

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:48 pm
Subscribe
Notify of
guest

85 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
28 May 2017 12:54 pm

Annuar dgn umno akan mati bersama. Dont worry be happy. Hahahaha

Anonymous
Anonymous
28 May 2017 10:30 am

kenapa orang islam suka mencemarkan islam?

Mus M. S.
Mus M. S.
28 May 2017 5:37 am

Biarlah dia mati dalam UMNO, asalkan kita meninggal dalam Iman.

Fan Tun
Fan Tun
28 May 2017 3:12 am

Oh 'adik mat' confirmlah nama
Bro Perak Man dah bagi percuma
Tukarlah anon jangan diguna
Jika blog Budin mahu bersama!

Oh adik mat apalah sukar
Kita takde bukan bertukar
Cuma kerja komen tak siar
Abangmu Mat Singapork apa khabar?

Bro Perak Man kita teruskan
Komen kita tak cari makan
Ramai rakan2 komen berkesan
Para pencacai kita tibaikan!

Perak Man
Perak Man
28 May 2017 5:10 am
Reply to  Fan Tun

Terbaik bro fan tun..

Betul tu, komen kita tak cari makan
Tapi macai ingat kita seperti diaorang kan
Janganlah macai dok sangka yang bukan bukan
Demi kebaikan kita semua, kleptokrat mesti ditumbangkan..

Fan Tun
Fan Tun
28 May 2017 2:09 am

Anoy sembilan belas tiga puloh tiga
Nang butinang lu tibai janda
Janda tua gigi tak ada
Masuk ke Budin nak cari suaka

Ini anon sakit hatinya
Konon pantun mencaci semua
Terkena batang hidung dia selsema
Sakit hati kat pantun, kita dihina

Mana ada pantun mencaci
Cuma terasa oleh balaci
19.33 penakut mampus tak berani
Suruh bubuh nama dia sembunyi!

Lama tak masuk masa terhad
Orang bertugas tak buat jahat
Wang negara kita tak sebat
Samsung A9 kita tak minat!

Didalam umno dia nak mati
Terbayang syurga dah masuk kaki
Bersama 19.33 dia dah ready
Tetiba ke neraka sokong pencuri!

Perak Man
Perak Man
28 May 2017 2:51 am
Reply to  Fan Tun

Hahaha, terbaik bro fan tun..

Bila kita berdiam diri
Dikata pulak kita bersembunyi
Ini manusia suka mendengki
Tak peduli bulan ramadhan yang mulia ini..

Sudah sudahlah membuat dosa
Mr J kata, adik mat kamu muflis disana
Takkan kamu pun nak ikut sianuar musa
Didalam umno mati bersama..

Ini merupakan nasihat teman
Jangan adik mat kata ini cacian
Kalau adik mat masih lagi dok terperasan
Mesti ada something dalam kepala adik mat yang kurang kan?..

eri
eri
27 May 2017 2:24 pm

kalau mati dalam UMNO dapat syurga tingkat berapa nyer??

Anonymous
Anonymous
28 May 2017 1:04 am
Reply to  eri

tingkat 4

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 11:31 am

Bila Ph menang mat sabu akan jd pm kit siang pula jadi tpm.Gandingan yang mantap dimana mat sabu akan menerima arahan dari kit siang.pertama kalinya tpm lebih berkuasa dari pm

mahathir mohamed
mahathir mohamed
27 May 2017 11:24 am

pelik pelik la org umno skrg.elok la bungkuih buang.pigirahhh.tuiiii

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 11:16 am

Org nak mati dalam iman…dia nak mati dlm UMNO

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 10:37 am

Anuar Muso ni kali ini jangan harapla nak menang diKelantan….bukan saja rakyat Kelantan tetapi puak2 bola Kelantan pun dah menyampah benar dah dengan siNuar ni…..tunggu masa je lah kau Nuar Musang…

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 10:12 am

Anuar Muso memang nak mati dlm umno…Anuar muso takut tanye najib 1mdb…kalo tanye kena pecat….tak mungkin boleh mati dlm umno…jadi lebih baik Anuar muso bersekongkol dengan perompak….tak tahu ayat quran mana satu Anuar muso pegang…ato kitab mana Anuar ikut…

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 10:22 am
Reply to  Anonymous

Patut ckp pasal mati, kalu ditimpa jumlah duit mcm ni ,mau mati tu. Antara money trail sah..
"….two days before the election RM10,000,000 was extracted processed made out to Dato Hanafi Bin Mamat an UMNO senator from Kelantan".
A fox dpt cut tak ni?

Perak Man
Perak Man
27 May 2017 10:04 am

Salam ramadhan teman ucapkan
Pada teman rakan seperjuangan
Kita hidup mencari keberkatan
Hanya Allah sahaja yang dapat berikan..

Jangan diikut segala sangkaan
Memilih parti sebagai anutan
Risau akan rosaknya keimanan
Bukankah sepatutnya islam itu jadi ikutan..

Bila didalam kubur nanti
Tidak ditanya apa cop parti
Cuma amalan menjadi saksi
Untuk dikira diakhirat pasti..

Bukan dah banyak contoh teladan
Kisah kisah didalam quran
Jangan digadai iman untuk keduniaan
Bila dah mati nanti jadi sesalan..

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 10:10 am
Reply to  Perak Man

Lagi satu gua hailan…

Apasal lama hilang..

Fan Tun sama doe mana peligi…

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 11:33 am
Reply to  Perak Man

fun t.. dan insaf dia dh mula sedar pantun mencaci dia tu tak betul.Tinggal orang tua perak yang belum insaf

Mohd Azam Mohd Yusof
Mohd Azam Mohd Yusof
27 May 2017 10:02 am

Admin tak nak mati dalam pelukan dapigs kafir laknat ke..tak habis2 dgn hasad dengkinya..

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 10:07 am

Nakkk…..

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 10:11 am

Kan dalam DAP ada orang Islam?
Kan dalam Umno ada Cadre CCP?
Kan dalam PAS ada lobai lahanat?
Kan siapa2 pun tak nak mati beriman parti?
…Melainkanlah A Musang dan ko Azam 1802.
Moga sempat lah ko taubat, dlm bulan yg mulia ini. Kesian .

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 10:14 am

Mohd Azam mati bak pelok perompak 1 mdb…bulan posa pon Azam sokong kemungkaran…

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 10:21 am

Elok kau masuk geng PIGS la bro….konfirm tak dak dengki kot…

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 10:33 am

Azam ni geng samsung A9.. Yg penting ameno dan pas boleh cemolot..masing masing dpt duit..sorang perompak sekor lg pencuri balak..kelantan banjir tiap tahun pun x kesah..janji walaunta walaunti..tahi unta lg baik

Anonymous
Anonymous
28 May 2017 1:01 am

pas kat kedah pun pencuri balak jugak
la ni jadi balik bila bn perintah
hahaha

SalamHamKa
SalamHamKa
27 May 2017 9:53 am

Ingatkan dia berdoa mati dlm Islam, rupa2nya UMNO lebih penting.
Fikir2 kan.

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 10:13 am
Reply to  SalamHamKa

Dalam islam tak dak badak…

Dalam umno ada…

Itu yang membezakan antara islam dan umno…

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 9:40 am

Bukan kita semua nak mati dalam iman ke?

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 10:01 am
Reply to  Anonymous

Mati ni tak tentu dik oiii…

Ada mati dalam sungai, dalam parit…

Ada mati dalam rumah urut…

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 9:37 am

Habis tu yg meninggal dalam PAS mcm mana pulak?

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 9:56 am
Reply to  Anonymous

Nak buat macamana lagi…

Kebumikan saja la….

Lagi satu duit brim dah tak boleh dapat la…

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 8:10 am

dia minta simpati dgn najib la ni………apple polisher……

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 8:13 pm
Reply to  Anonymous

Mu ni Nuar boleh mati bersama umno lepas pru!4 ni.
Jange lupo gali kubur ye?…..

Malaysiabaru
Malaysiabaru
27 May 2017 7:49 am

Nuar

Hidup hanya sekali

Bawa kawan komunis ko dalam kubur

Umno dah BUBAR yang ada PARTY KOMUNIS UMNO CCP

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 8:05 pm
Reply to  Malaysiabaru

Lepas pru14….bubar umno.
Jual aset umno bayar hutang.
Setuju?

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 7:40 am

kenapa annuar musa tak mau mati dlm pas? dia tak mau syurga ke?

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 7:49 am
Reply to  Anonymous

syorga pas untuk golongan ularmak je mcm ayatollah lobai heidi bawang

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 9:53 am
Reply to  Anonymous

Dia tak mau masuk syurga sebab dalam syuga tak dak team bola…

Yang ada ostad saja…

Mohamed Noor
Mohamed Noor
27 May 2017 10:14 am
Reply to  Anonymous

takde team bola tapi ostad kan ada bola.boleh gentel sorang sorang.

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 11:36 am
Reply to  Anonymous

team bulapun ada kepten atau ketuah puak dungu mana ada ketua carca merba

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 7:34 am

Pas pis pus ..mcm kentut daa.. xde sape yg nk join parti busok..mkn keliling

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 8:10 am
Reply to  Anonymous

Elok drpd pak hang budin..hidup pun pangkah umno..melingkup negara..menyusahkan orang..haram jadah punya orang..

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 8:18 am
Reply to  Anonymous

yg haram jadah adalah ameno dan pas..sekor kleptorat lagi sekor pencuri balak..pas dan ameno mcm hasben and wife..mcm ensomi yg beli odi q7 untuk wifey

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 11:37 am
Reply to  Anonymous

yang join ph sekejap aja lps pru berkecai ph.

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 7:11 am

Mat sabu kata kalau dia keluar dari pas jgn ikut sebab dia tak betul..

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 9:50 am
Reply to  Anonymous

Masa dia cakap, dia masih dalam pas, itu yang tak betul…

Sekarang dia dah keluar pas…

Maka sekarang apa yang dia cakap betul sebetul betulnya…

Tiada yang tak betul melainkan betul semata mata…

Aku lapaq la…jom pi beli makan…

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 8:01 pm
Reply to  Anonymous

Sesiapa yg menjadi ahli kepada kumpulan yang tak betul….orang itu memang tak betul….

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 5:55 am

sepatutnya dia berniat utk mati dlm iman. iman yg paling lemah sekali ialah mencegah kemungkaran dgn hati; mesti ada perasaan benci pd maksiat.

kalau masih syg pd perompak terbesar dunia, apakah masih beriman?

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 9:44 am
Reply to  Anonymous

Ini worang mana ada hati…

Serigala sudah makan…

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 9:55 am
Reply to  Anonymous

Perompak taik kau lah kuncu2 dapigs..

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 10:04 am
Reply to  Anonymous

Taik aku pun nak rompak….

Terdesak sangat nii…

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 7:58 pm
Reply to  Anonymous

Kepada Ahli umno/pis….
Tolong cakap dgn Nuar Musa bila rasa dekat roh nak keluar…'SENYUM'….P Ramli cakap mati dalam iman.

UP the Moderates
UP the Moderates
27 May 2017 5:26 am

Kalau Pencentus Ummah
duniaku dakwahku

Annuar Musa pula..
Umnoku Matiku

Budaya orang2 Melayu. terutamanya Melayu Umno. mereka memang taksub. taksub mereka kepada bangsa dan pemimpin boleh mengalahkan taksub mereka kepada agama.

Sebelum ni, ketua bahagian Kepong pun nak mati bersama Umno. Mat Over pula..setiap butir,biji beras yang beliau makang..adalah pemberian,usaha dari Najib/Umno..tak ke taksub,bebal ..?

Nota:
Mereka2 yang menjadi taksub sangat ni,  berpunca dari Wang Ringgit.

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 5:36 am

betul. wang ringgit songlapan.
Watak warak ,tak ubah mcm minum arak.
Bicara gegar mcm tak ada otak.
Ingat rakyat budak2.
apa punya haprak.

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 9:53 am

Kau saja yg haprak..

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 10:05 am

1753,ulaslah sikit.
Kan Musang tu kuat songlap?
Kan Musang tu Pongpang gegar?
Kan lakon Warak dh mcm minum arak?
Kan mcm tak ada otak?
Kan mcm dia ingat rakyat bodoh mcm diperbudak2?
Kan itu kerja haprak, mcm ko jugak?

Lontar batu lari, A9 tu mmg ko tak layak !

Anonymous
Anonymous
28 May 2017 12:56 am

wang ringgit yg tidak berkat
sebab tu perangai supa hamlau

khairulryezall osman gay
khairulryezall osman gay
27 May 2017 5:18 am

Awww awwww..💋💋💋💄💄💄👠👠🍆🍆🍆

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 5:15 am

Korang jangan salah faham…. Maksudnya ialah dia tak mau baki hayatnya berada dalam parti lain seperti pm22 tu…

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 5:44 am
Reply to  Anonymous

Dia pm ka…

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 7:48 am
Reply to  Anonymous

mcm lobai hadi..presideng seumur hidup..lps mati bolih jadi ayatullah lobai heidi bawang

Anonymous
Anonymous
28 May 2017 12:55 am
Reply to  Anonymous

x penting pun mati dlm parti mana
yg penting mati dlm iman

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 5:06 am

Azeez tabung haji dh mula kempen pakai fb bagai. Kununnya bela anak yatim fakir miskin bagai. Azeez hang jawab nanti kenapa beli tanah yg tak boleh maju pakai duit tabung haji.

Annuar musang tunggu masa je nk kena angkut dgn SPRM.

Kalau pegawai dan anggota PDRM boleh kena angkut, kenapa ahli politik tak kena angkut oleh SPRM.

Jujur.tekun. ikhlas

Kawan,lu apa macam ingat..

Wa ada rindu sama akak cifut babi

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 5:29 am
Reply to  Anonymous

Semua mereka ini dkrindui…kakak cifut babi ,mr Jahanam, Sahabat subahat,Singapork, dan anai2 A9 maharaja komunis CCP. Tak lupa juga team Lobai Talibanana Kiseben Ayohbetullah Eddy Wang.Kalau nak fokus pada beribadah datang lah sini perkemaskan iman dgn menyalur maklumat benar demi menegak kebenaran, dan meruntuhkan kemunggkaran.Apakah yg ditakuti itu , maklumat team UmnoPas penuh dengan muslihat dan sekongkol menegak Mungkar. Maka sebab itu tidak.mahu dibincang dibukan mulia? Apakah ditakuti mereka akan hanya dapat lapar dan dahaga?Perkara elok,Masa depan mampan patut dipertahankan, dimusyawahkan, biar ia positif pelbagai hala. Bukan lagi dok sedap tipu 1 Hala. Itu dah serupa menyambah berhala.Tak kan nak… Read more »

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 5:36 am
Reply to  Anonymous

Gua ingat….

Hali ni bukak posa mau makan hati seligala cicah lendir akak cifut babi..

Lu amacam ingat…

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 8:41 am
Reply to  Anonymous

Setahu aku azeez ni lulus spm. Ijazah Preston U dia ok ka? Mr j yg ada MBA sila bagi pencerahan

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 5:05 am

KALU(KALAU) TAK PANDAI BELAWOK(BERBOHONG) JANGAN MASUK POLITIK.
JIKA TAK SANGGUP BERLAKON JANGAN JADI AHLI POLITIK.

Malaysiabaru
Malaysiabaru
27 May 2017 7:48 am
Reply to  Anonymous

MATI LA KAU DALAM FULUS

Mati dalam timbunan noda dosa dan cash is king

Bawa #umnopork kamu ke dalam kubur sekali

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 9:51 am
Reply to  Anonymous

Kau mati dalam kehinaan dgn kerja jahat kau..

zaharuddin Ahmad
zaharuddin Ahmad
27 May 2017 4:45 am

Hari hari terakhir.nya seorang "hamlau"….
seperti kata-kata Dr Mahathir .."they would be willing to eat dog shit"…smiling and without any guilts..

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 5:46 am

satu ketika dulu seorang sastrawan negara menukilkan novel satira bertajuk 'shit'.kepada siapa ianya di tujukan?.masih ada kah yg terus mahu menjadika pengikut kepala taik?.yg masih ada segelintir iaitu mereka yg menjadi ahli dan penyokong ppbm,bergelumang dgn kepala taik dalam sistem pengkumuhan.

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 6:24 am

Aku ada baca buku tu…

Aku nak bagitau…

Dia tujukan shit tu kat najib…

Padan muka najib…

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 7:20 am

Anon 13.24,
Kau ada baca ka kisah si Shahnon Ahmad tu, kau tau apa jadi pada dia sekarang….dia hidup dalam kesesalan dlm perjuangan parti yang dia percaya betul..dan sekarang dia terlantar sakit hanya baring ..sedang Tun M yg dia keji Alham duLILLAH sihat sejahtera semoga dilindungi Allah sentiasa.

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 8:54 am

Anon 13.24..kelakar !!…tapi saya sokong tuan….padan dengan muka anon diatas.

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 8:57 am

Maaf kesilapan…..yang saya maksudkan anon 14.24.

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 9:42 am

16:54

Makasih…

Anonymous
Anonymous
28 May 2017 12:53 am

pi la baca blog zamkata
sasterawan negara shahnon ahmad bernada kesal dgn apa yg dia buat semasa terlibat dlm politik (pas)
itu lebih baik iaitu menyesal dan sempat bertaubat dari nak mati dlm keburukan

kluangman
kluangman
27 May 2017 4:44 am

Cabaran pertama annuar ialah tidak dicalonkan semula di Parlimen Ketereh atas faktor bukan calon yang boleh menang.

Sebagai calon yang disiasat SPRM, tidak molek annuar turut bertanding kerana merosakan imej umno kelantan yang bakal menawan Kelantan.

Di situ saja, annuar kena fikir semula kot

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 5:15 am
Reply to  kluangman

Biar lah itu urusan Umno,bagaimana pula dgn calun-calun PPBM terutama Mahathir ,yg sendang berhadapan dgn siasatan urusniaga forex BNM.Boleh ke PPBM mencalunkan beliau?.Ini calon PM dan proksi DAP ni kalau menang,kena hati hati,supaya DAP tidak marah.

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 5:31 am
Reply to  kluangman

Ruangan ini telah di tempah oleh akbar haramkah…..

Harap kosongkan….

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 5:50 am
Reply to  kluangman

Kalau Anuar Musa u turn spkpmg <ahathir dan join PPBM,sekelip mata je dia hilang dosanya bertukar menjadi hiro oleh penyokong PPBM,termasuklah oleh si Buddin.

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 6:21 am
Reply to  kluangman

13:50

Apa yang kau kata aku sokong…

Aku pun sependapat dengan kau…

Macam ni lah…

Ibaratnya kalau orang kafir, banyak buat dosa….

Kemudian masuk islam…

Maka dosanya memang diampunkan…

Salam Ramadhan buat kau….

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 7:12 am
Reply to  kluangman

Anon 13.15,Ada beza antara disiasat SPRM dan badan siasat forex yg najib sendiri tuboh dan pekuda…hihi itu pun belum tentu dapat bukti kecuali sekadar cuba memburukkan imej Tun M biasa la kerja orang orang munafiq . Tun M pun dah berulang kali beritahu dia tak kebulur untuk bertanding dlm PRU 14 CUMA orang macam kau dan penyokong najib yang bodo..tentang DAP menjadi power master dlm PH itu rekaan puak umno untuk kekal membodoh kan melayu macam kau. Bila dapat kuasa pemimpin umno ini lah akan cari taukey cina DAP pi sembah jual projek kerajaan untuk cepat kaya , contoh NAJIB… Read more »

Anonymous
Anonymous
27 May 2017 8:06 am
Reply to  kluangman

tuan anon…..yang siasat forex tu di tubuhkn oleh najib dan term of reference, cuma siasat dan buat lapuran. tidak boleh prosecute. sprm siasat dan prosecute. ada beza…..jadi kalau dlm siasatan sprm, faham2 je la…..

Bekas Ameno
Bekas Ameno
28 May 2017 2:43 pm
Reply to  kluangman

Pada kebiasaan nya orang-orang Islam berdoa agar mati dalam beriman dan dalam beragama Islam namun bagi Annuar Musa lain pula yang dimintanya,,Inilah sandiwara dunia..!!!