Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

APA NAK UGUT-UGUT PULAK NI, KENAPA TAK KELUAR TERUS SAJA?

Kali ini giliran Bersatu Perak pula nampaknya bergolak. Sekumpulan mereka yang mendakwa sebagai pendaftar, wakil pendaftar dan ketua penaja di negeri itu menuntut perletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Bersatu.
Mereka seterusnya memberi tempoh untuk Bersatu memberi respon dan jika tiada apa-apa maklumbalas, mereka mengugut mahu keluar meninggalkan Bersatu.
Adoiii…apa pulak ini?
Kenapa main-main ugut pulak? 
Siapa mereka nak desak Presiden Bersatu untuk meletakkan jawatan?
Kenapa tidak mereka saja yang terus keluar meninggalkan Bersatu jika sudah hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin?

Jelas bahawa sama sebagaimana individu atau kelompok tertentu yang berperangai sama seperti sebelum ini, mereka ini juga adalah “hamlau-hamlau” yang hanya mementingkan jawatan serta kedudukan dan bukan benar-benar ikhlas dalam perjuangan mahu menyingkirkan Najib Razak, mengalahkan UMNO dan seterusnya menyelamatkan negara.
Sebaiknya, dengan perangai seperti yang  diserlahkan ini, mereka sebenarnya tidak perlu memberi tempoh atau main ugut-ugut kepada sesiapa.
Keluar dan tinggalkan saja Bersatu dengan segera. Ramai lagi rakyat yang ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa dalam perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia  ini, selain negara ini mampu memberi kebaikan kepada generasi-generasi seterusnya.

Bersatu dan perjuangan menyelamatkan Malaysia bersama Tun Mahathir dan Pakatan Harapan akan lebih berkesan dan diterima rakyat tanpa mereka yang sebenarnya hanya oppurtunis ini. (ShahbudinHusin 20/05/2017).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

246 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
246
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x