Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

ALAMAKK….RAFIZI BUAT PENDEDAHAN LAGI!!

Ulasan Blog – Alamak, Rafizi Ramli nampaknya buat pendedahan lagi!
Apa yang disiarkan  di bawah ini adalah sambungan daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Rafizi Ramli pada semalam. Oleh itu, sebahagian daripada kandungan kenyataannya yang sama dengan semalam, tidak disiarkan semula dan hanya kandungan yang baru saja disiarkan.
Di bawah ini adalah pendedahan baru yang dilakukan oleh Rafizi berkaitan dana SRC International. Oleh kerana beberapa nama atau badan disebut, maka adalah menjadi kewajipan mereka yang berkenaan untuk tampil memberi penjelasan.
Pilihanraya sudah dekat, maka sebagaimana yang dituntut oleh Rafizi dan tentunya dipersetujui oleh sebahagian besar daripada kita, berdiam diri atau menyembunyikan diri bukanlah jawapan dalam era keterbukaan dan ketelusan ini.
Kepada yang berkenaan atau disebut namanya, tampillah dengan segera dalam sehari dua ini. Rakyat sedang menanti jawapan anda. (ShahbudinHusin 16/05/2017).


Kenyataan media Rafizi Ramli (sambungan semalam)

Apabila tidak ada seorang pun yang saya telah namakan secara terbuka menafikan atau membuat laporan polis, saya semakin yakin bahawa kesemua pendedahan itu dari dokumen SPRMInsider adalah benar.
 
Apatah lagi apabila Peguam Negara sendiri enggan menafikan kesahihan dokumen itu dan menukar tajuk perbualan apabila ditanya.
 
Maka, pada hari ini saya ingin meneruskan pendedahan mengenai individu dan pihak lain yang menerima wang secara terus dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib seperti yang didedahkan melalui dokumen-dokumen tersebut.
 
Rujuk kepada lampiran disediakan untuk senarai penerima-penerima dari kalangan pimpinan Umno dan Barisan Nasional.
Berdasarkan dokumen itu, ada 8 urusniaga yang boleh dikenalpasti terus bahawa penerimanya adalah bahagian-bahagian Umno sendiri, atau parti Barisan Nasional atau pun individu yang merupakan pemegang jawatan di dalam Umno.
 
Saya senaraikan penerima-penerima wang SRC (yang bermula dari wang pencen rakyat) seperti yang terkandung di dalam dokumen SPRMInsider yang berkait dengan Umno:
 
i. Pada 22 Julai 2014, Barisan Nasional Bandar Tun Razak dilaporkan menerima RM170,000 dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak
 
ii. Pada 22 Julai 2014, UMNO (saya andaikan ini ibupejabat UMNO) dilaporkan menerima RM1.5 juta dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak
iii. Pada 24 Julai 2014, UMNO Pulau Pinang dilaporkan menerima RM1 juta dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak
 
iv. Pada 26 Ogos 2014, UMNO (saya andaikan ini ibupejabat UMNO) dilaporkan menerima RM5 juta dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Wang ini datangnya dari SRC yang dipindahkan ke dalam beberapa syarikat sebelum sampai ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib.
 
Dalam bulan Februari 2015, ada beberapa bayaran lagi kepada parti Barisan Nasional atau tokoh-tokoh/bahagian Umno seperti berikut:
i. Pada 17 Februari 2015, parti UPKO dilaporkan menerima RM1 juta dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib. Nama naib presiden UPKO, YB Datuk Dr Marcus Mojigoh disenaraikan sebagai individu yang bertanggungjawab
 
ii. Pada 17 Februari 2015, seorang bernama Asmadi Talib dilaporkan menerima RM50,000 dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib. Semakan mendapati Ketua Umno Padang Serai, Kedah adalah seorang yang bernama Asmadi Talib
 
iii. Pada 26 Februari 2015, Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang dilaporkan menerima RM1 juta dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib
 
iv. Pada 3 Mac 2015, Umno Bahagian Johor Bahru dilaporkan menerima RM300,000 dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib
Pembayaran di dalam Februari 2015 adalah lebih sensitif kerana dalam bulan Disember 2014, anak-anak syarikat Putra Perdana Berhad telah memasukkan wang sejumlah RM140 juta ke dalam akaun SRC bagi menggantikan wang yang telah diambil beberapa bulan sebelum itu. Dalam bulan Disember 2014 juga, Tabung Haji telah menyuntik sebanyak RM193.5 juta wang ke dalam kumpulan Putra Perdana Berhad.
 
Ini menimbulkan tanda tanya besar sama ada wang yang dipindahkan dari SRC ke akaun Dato’ Seri Najib selepas Disember 2014 adalah dana dari Tabung Haji, yang kemudiannya dilaporkan digunakan untuk membayar parti Barisan Nasional seperti UPKO dan tokoh-tokoh/bahagian Umno yang lain.
 
Jumlah yang dipindahkan dari akaun Dato’ Seri Najib kepada tokoh-tokoh Umno, Umno sendiri dan parti-parti Barisan Nasional adalah RM10,020,000 seperti senarai di atas.
 
Saya dengan ini mendesak supaya semua yang dinamakan di atas memberi maklumbalas mengenai dokumen ini dan membersihkan nama mereka.
 
Saya juga menggesa supaya mereka memulangkan kembali wang ini kepada SRC, terutamanya UPKO yang berisiko tinggi berkemungkinan besar menerima wang Tabung Haji untuk perbelanjaannya; jika mereka tidak dapat membuktikan mereka tidak menerima wang ini seperti yang didedahkan dokumen.
 
Dokumen rujukan boleh didapati di blog saya: http://rafiziramli.com/
RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

145 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
145
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x