Month: May 2017

AIKKK…DAH TAK BOLEH PULAK?

Kata Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah, semua pihak terutama Ahli Parlimen bukan Islam tidak seharusnya menyalahgunakan masjid sebagai pentas untuk ceramah politik. “Kalau dia pergi sebagai seorang wakil rakyat bagi saya itu tak jadi masalah…(tapi) tak sepatutnyalah kalau guna untuk (tujuan) politik,” katanya. Aikkk…tak boleh pulak? Bukankah sejak berpuluh tahun lamanya sebelum ini […]

BENARKAH FLORENCE GOH HANYA "BAYANGAN" KEPADA SUAMINYA?

Akhirnya seseorang yang bernama Florence Goh muncul mendedahkan dirinya yang sebenar. Beliau yang nama penuhnya Florence Goh Siew Boy menafikan dirinya ada kaitan dengan Godfrey Group Limited yang didakwa membayar lebih RM1 kepada pelobi di Amerika Syarikat bagi pihak kerajaan Malaysia. Berikutan itu dan setelah menyedari kesilapannya, Rafizi Ramli turut memohon maaf atas kesilapan mengaitkan […]

FLORENCE GOH PERLU TAMPIL DEDAH SIAPA DIRINYA YANG SEBENAR

Siapa sebenarnya Florence Goh yang syarikat miliknya, Godfrey Group Limited didedahkan menandatangai dan membayar lebih RM1 juta kepada bekas pegawai kempen Donald Trump untuk melobi bagi pihak Malaysia dengan negara kuasa besar itu? Meskipun Pejabat Perdana Menteri ada menafikan sebarang penglibatan beliau dan kaitanya dengan apa yang didedahkan itu, tetapi bukti-bukti yang ditampilkan berkaitan bayaran […]

MEMANG PATUT TUAN IBRAHIM MENEGUR

Bukan merupakan kebiasaan bagi pimpinan utama Pas menegur pemimpin bawahan mereka yang didapati mengeluarkan ucapan dan kata-kata yang melampau atau menyinggung pihak lawan. Selalunya, perbuatan itu didiamkan begitu saja. Tetapi, Tuan Ibrahim Tuan Man yang kini memangku jawatan Presiden Pas berikutan Hadi Awang sedang menerima rawatan pemulihan kerana pembedahan injap jantung, telah melakukan sebaliknya dan […]

HAMIDAH OSMAN MASUK PARTI EZAM?

Naib Presiden Bersatu, Hamidah Osman dipercayai akan meninggalkan parti itu dalam waktu terdekat ini untuk menyertai Parti Bebas Rasuah pimpinan Ezam Mohd Nor. Hamidah yang kini bermasalah dengan Bersatu dan semalam didesak oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar meletakkan jawatan kerana didakwa menjadi dalang dalam isu perpecahan parti itu di peringkat negeri Perak, dikatakan […]

ALAHAI IDRIS AHMAD…..

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad nampaknya mengeluh mengenai apa yang didakwanya sebagai pilih kasih tentang hubungan parti itu dengan UMNO berbanding pemimpin DAP berbuat perkara yang sama. Kata beliau, jika ada pemimpin Pas bergambar atau minum teh bersama pemimpin UMNO, ia segera dituduh mereka mahu masuk UMNO.  Tetapi, tambahnya,  jika pemimpin DAP berpegang tangan dengan […]

KJ KELIRU

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, jabatan agama Islam tidak perlu mengawasi dan menangkap mereka yang tidak berpuasa pada bulan Ramadan. Menulis di Twitternya, kata beliau lagi, walaupun umat Islam diminta mematuhi lima rukun Islam termasuk berpuasa pada Ramadan, tidak ada peruntukan bagi pihak berkuasa untuk mengawasi mereka yang tidak berpuasa. “Wajib anda patuhi rukun yang […]

KENAPA GUAN ENG SAJA MAHU DILARANG BERBUKA PUASA?

Sudah menjadi amalan dan kebiasaan di seluruh dunia, orang bukan Islam akan turut sama meraikan setiap kali hadirnya Ramadan.  Ia tidak saja melibatkan pemimpin-pemimpin dunia, malah juga orang-orang biasa. Mereka tidak sekadar menghargai ketibaan Ramadan dengan memberi ucapan kepada rakan-rakan yang beragama Islam, malah turut mengambil peluang untuk merasai nikmat berbuka puasa bersama umat Islam. […]

SATU LAGI CABARAN BUAT NAJIB

Berbeza dengan banyak pendedahan lain yang saya buat kebelakangan ini, saya agak terkejut apabila Setiausaha Media Perdana Menteri, Dato’ Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad semalam mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan dakwaan bahawa Pejabat Perdana Menteri pernah melantik bekas pembantu Presiden Trump untuk melobi Kerajaan Amerika Syarikat. Saya memetik satu perenggan kenyataan rasmi tersebut yang diterjemahkan seperti di […]

MATI DALAM UMNO

Salah satu impian Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa dalam  meniti usianya yang semakin lewat ini ialah agar kematiannya nanti ketika beliau masih kekal bersama UMNO. Ini kerana katanya, beliau benar-benar yakin bahawa UMNO berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Annuar juga menceritakan bagaimana beliau sekarang ini kerap ditanya mengapa  hampir setiap hari memakai baju sama […]

KESEDIHAN TUN MAHATHIR DAN MALAYSIA JUAL SATU, CHINA DAPAT DUA

Tidak sukar memahami kesedihan Tun Mahathir Mohamad berikutan penjualan saham Proton sebanyak 49.9 peratus kepada sebuah syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd kerana syarikat kereta nasional itu adalah ibarat ‘anaknya’  yang selama ini diasuh dan dibesarkan, tetapi kini sudah pun berpindah milik ke tangan asing. Bekas Perdana Menteri itu turut membayangkan, dengan Proton […]

JAWAPAN KEPADA NAJIB BAGAIMANA PAKATAN HARAPAN BOLEH TADBIR MALAYSIA TANPA GST

Dua hari lalu ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara 2016, Najib Razak memperkecilkan keupayaan Pakatan Harapan mentadbir negara ini sekiranya mereka meneruskan rancangan menghapuskan cukai GST sebanyak 6 peratus. Beliau seterusnya mempersoalkan daripada mana Pakatan Harapan akan memperolehi pendapatan sekiranya sifar GST dilaksanakan kerana ia akan menyebabkan kekurangan sebanyak RM42 bilion dalam pendapatan kerajaan. “Lalu […]

NAJIB "MENGHINA" PAK LAH?

Dalam satu majlis perasmian Syarahan Tun Abdullah Badawi di Putrajaya hari ini, Najib Razak mengumumkan pemberian dana kerajaan sebanyak RM5 juta kepada bekas Perdana Menteri itu. Pemberian itu diberikan kepada Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Badawi yang baru ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri itu. “Saya ingin menghargai kesetiaan Pak Lah selama ini yang walau apa pun […]

ANWAR PM KE-7, ADAKAH IA MESEJ PKR TAK MAHU MENANG PRU 14?

Tidak cukup dengan mencetak plakad bertulis “Anwar PM ke-7” semasa Kongres PKR pada Ahad lalu, usaha mempromosi semula bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan diteruskan lagi melalui kajian oleh Invoke, sebuah NGO yang diterajui oleh Rafizi Ramli. Dalam kajian itu, dapatan umum dilaporkan mendapati Anwar kekal sebagai calon Perdana Menteri […]

SATU LAGI KEPELIKAN DI SELANGOR

Berikut adalah kenyataan media Biro Politik PKR yang bermesyuarat malam tadi berhubung kedudukan tiga Exco Pas yang enggan melepaskan jawatan mereka dalam kerajaan negeri Selangor, meskipun kedua-dua parti tiada lagi hubungan politik. Kenyataan Media Biro Politik KEADILAN malam ini telah mendengar taklimat dari YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan […]

HARI MALANG KJ….

Semalam barangkali adalah hari yang agak malang bagi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Pada sebelah tengahari beliau mengeluh tentang kelakuan seorang pemimpin kecil UMNO di peringkat cawangan yang sering menuduhnya macam-macam, termasuk menggelarnya sebagai Bangla. KJ jelas kelihatan kecewa dengan sikap individu berkenaan serta menyifatkannya sebagai “gila”. “Baru saja malam tadi dia menggelar saya […]

PATUTLAH NAJIB TAK DAPAT BERSELFIE DENGAN TRUMP DI RIYADH!!

Tak disangka-sangka, dalam kita menduga Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mempunyai imej buruk dan paling tidak popular, rupa-rupanya kedudukan Najib Razak lebih teruk lagi daripada itu.  Menurut majalah antarabangsa Time, Najib adalah antara lima pemimpin dunia lain yang kedudukannya lebih teruk daripada Trump yang dianggarkan kadar penerimaan rakyat Amerika Syarikat terhadapnya cuma 40 peratus saja. […]

MENANG PRU 14 DULU ATAU NAMAKAN CALON PM DULU?

Tiba-tiba saja Pakatan Harapan bagai dilanda angin perpecahan berikutan munculnya semula isu siapa calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya memenangi pilihanray akan datang. Isunya bukan kerana Pakatan Harapan tidak bersetuju nama Anwar Ibrahim dicalonkan, tetapi siapakah calon Perdana Menteri interim atau peralihan sementara Ketua Umum PKR itu dibebaskan dari penjara? Kongres PKR Ahad lalu […]

PENDIRIAN JELAS TUN MAHATHIR TENTANG KEWUJUDAN GOLONGAN "HAMLAU" DALAM BERSATU

1. Terdapat ramai yang mendakwa saya sokong mereka. Nama saya diguna untuk memberi kekuatan kepada apa yang hendak dilakukan oleh mereka. Ini termasuk kempen untuk menggagalkan usaha saya untuk mengalahkan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib. 2. Tindakan mereka secara langsung atau tidak langsung akan memesongkan tumpuan ahli Parti Peribumi Bersatu Malaysia daripada menjatuhkan Najib kepada […]

JANGAN EGO, UTAMAKAN KEMENANGAN BERBANDING BILANGAN

Kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, parti itu tidak akan berkongsi atau menyerahkan mana-mana kerusi yang pernah ditandinginya kepada rakan-rakan lain dalam Pakatan Harapan. “Kami tidak akan serahkan mana-mana kerusi kepada sesiapa, walaupun di tempat yang kami kalah. Kami tak boleh berikan kepada sesiapa. “30 kerusi  yang kita menang, kita tak akan serah kepada […]