Hmmmm…..Dalam waktu yang sama, ramai perwakilan Dewan Ulama juga meluahkan pandangan dengan nada yang sama.Menyoroti perkembangan itu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, Pas perlu membuat keputusan muktamad tentang tahaluf siyasi dan kedudukan mereka dalam kerajaan negeri Selangor sekarang ini.”Saya sentiasa memantau perjalanan Muktamar PAS memandangkan ia berkait dengan strategi PKR dan Pakatan Harapan dalam PRU14 akan datang.”Tambahan pula, sebarang keputusan PAS mengenai tahaluf siyasi dengan PKR akan ada kesan kepada penyertaan PAS dalam Kerajaan Selangor.”Saya juga ambil maklum usul yang diluluskan tanpa bahas oleh Dewan Ulama PAS dan tidak terkejut jika usul yang serupa akan terus diluluskan sepanjang berlangsungnya Muktamar PAS,” ujar beliau lagi.Maka, apa perlu Pas buat sekarang?Bawa usul, bahas, kutuk sana kutuk sini, kemudian setuju putus hubungan tapi akhirnya keputusan muktamad masih di tangan Majlis Syura.Berapa lama selepas itu Majlis Syura mahu buat keputusan?Tidakkah ia terlalu lambat dan banyak membuang masa?
Jika mahu dan benar-benar serius, hari ini pun boleh dihantar surat perletakan jawatan itu atau buat dahulu pengumuman melalui sidang akhbar sempena muktamar yang sedang berlangsung di Kedah?Putus, putus, putus…tapi apa tindakan konkritnya?Susah sangatkah membuat surat berhenti itu atau sebenarnya masih mengharap tahaluf siyasi berpanjangan lagi? (ShahbudinHusin 28/04/2017)