KALAU DI TANGAN SUDAH ADA BUKTI, KENAPA MASIH MEMILIH SELESAI LUAR MAHKAMAH?

Selesai tapi tak selesai – barangkali itulah ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan kemelut terbaru berkaitan 1MDB sekarang ini.
Di sebalik 1MDB berjaya dan berbangga dapat menyelesaikan pertikaian di luar mahkamah dengan IPIC berhubung bayaran bagi terbitan bon  yang dituntut oleh syarikat daripada Abu Dhabi itu, rentetan daripadanya nampak lebih membingungkan.
Bukan saja penyelesaian luar mahkamah itu dilihat sebagai bukti pengakuan daripada 1MDB bahawa pembayaran AS$3.5 bilion sebelum ini memang diselewengkan daripada Aabar PJS kepada Aabar BVI, pertanyaan juga bertalu-talu berkaitan ke mana perginya wang yang telah dibayar itu.
Persetujuan luar mahkamah jelas memperlihatkan 1MDB akan membayar dua kali kepada IPIC dan seperti ingin melupakan begitu saja wang yang telah dibayar kepada syarikat klon, Aabar BVI sebelum ini.
Bukan saja pemimpin-pemimpin pembangkang yang riuh menuntut penjelasan berkaitan perkara itu, malah wakil BN dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC, Abdul Aziz Sheikh Fadzir turut menuntut penjelasan yang sama.
Kita setuju dengan penyelesaian yang dicapai antara 1MDB dengan IPIC itu, tetapi  kerajaan perlu menjelaskan kepada PAC ke mana perginya wang yang sudah dibayar sebelum ini, demikian permintaan Abdul Aziz yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Kedah.
Dalam pada itu, di ketika ramai masih bingung memikirkan kenapa penyelesaian luar mahkamah menjadi pilihan sedangkan Najib Razak pernah mengatakan kerajaan tidak terikat dari segi undang-undang untuk mengambil alih bon tersebut serta Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan Kedua pula melahirkan keyakinan 1MDB boleh menang dalam prosiding timbangtara dengan IPIC, apa yang terus didedahkan oleh Johari lebih memeningkan lagi.
Johari memberitahu, sebenarnya terdapat sepucuk surat yang mengesahkan Aabar BVI adalah anak syarikat milik IPIC, namun beliau tidak menyebut ia daripada siapa.
Malah kata Ahli Parlimen Titiwangsa itu lagi, berdasarkan rekod yang dibekalkan 1MDB kepada PAC sebelum perjanjian penyelesaian,  mereka juga mengesahkan Aabar BVI ialah anak syarikat IPIC.

“Ia kemudian disahkan oleh Pendaftar Hal Ehwal Korporat British Virgin Islands dalam surat bertarikh 11 Ogos 2016,” kata Johari.Berdasarkan bukti yang dimiliki itu jugalah, tegas Johari, Kementerian Kewangan bertegas dengan pendirian meneruskan menuntut keadilan di Tribunal Timbangtara Antarabangsa.Melihat kepada penjelasan Johari mengenai bukti tersebut, apa yang menjadi persoalan ialah mengapa penyelesaian luar mahkamah masih menjadi pilihan?Jika bukti sudah cukup kuat dalam tangan, kenapa masih  tidak berani terus berjuang ke arah kemenangan, sebaliknya memilih untuk menyelesaikannya di luar mahkamah?Tidakkah, jika menang, tiada apa-apa pembayaran perlu dibuat oleh 1MDB kepada 1PIC?Siapa yang berkehendakan penyelesaian luar mahkamah yang membuatkan 1MDB terpaksa membuat bayaran sebanyak dua kali kepada IPIC?Adakah hanya Kementerian Kewangan saja yang mahu terus dengan prosiding timbangtara, manakala pihak lain termasuk Najib, tidak berminat dengannya?Kenapa dalam rundingan penyelesaian itu, sebagaimana yang disebut sendiri oleh Johari beberapa hari sebelum ini, Kementerian Kewangan tidak dilibatkan sama-sekali, sebaliknya hanya diwakili oleh 1MDB dan pegawai daripada Pejabat Perdana Menteri sahaja?Dalam pada itu, kiranya benar juga terdapat surat yang mengesahkan Aabar BVI adalah milik IPIC, mengapa syarikat itu masih membawa isu pertikaian dengan 1MDB ke Tribunal Timbangtara Antarabangsa?Apa kong kali kong dan misterinya dalam hal ini?Bagaimanapun, yang menariknya, di sebalik Johari mengatakan beliau dan Kementerian Kewangan tidak terlibat dalam rundingan penyelesaian dan enggan memberi komen lanjut, tetapi dalam masa yang sama turut mendedahkan sedikit demi sedikit maklumat lain seolah-olah ada yang tidak kena di sebalik gambaran kononnya program rasionalisasi syarikat pelaburan paling bermasalah itu semakin menunjukkan kemajuan.Apa lagi yang Johari akan dedahkan selepas ini sebagai petunjuk bahawa beliau bukan saja disisihkan dalam banyak perkara, sama seperti yang dialami Husni Hanadzlah sebelum ini, tetapi juga untuk menunjukkan kemelut 1MDB masih jauh dari hakikat penyelesaian yang sebenar-sebenarnya. (ShahbudinHusin 27/04/2017).

Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:47 pm

104
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
diny yusofFan TunPerak ManAnonymousjohn doe Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Fan Tun
Guest
Fan Tun

Terbaek, bro Perak Man dah jawap
Tak sokong pemimpin dianggap kurap
Konon syurga dia dah garap
Walaupun sokong pemimpin corrupt

Inilah masalah kononnya syurga
Tapi sokong pemimpin derhaka
Sekampit dedak nilainya harga
Pemimpin gembira rakyat berduka

Fan Tun
Guest
Fan Tun

Mr J saya nak kata
Kenapa pulak kamu terasa
Situkang songlap ramai cerita
Tolonglah dia ingat agama

Mr J mungkin berjawatan
Apa dibuat kat anak watan
Ceramah percuma ada berikan?
Masuk kampung keluar pekan?

Terima kasih menasihat kita
Saya juga Islam beragama
kemungkaran pemimpin kita cerita
Tak kan nak sorok begitu lama?

Pantun nasihat tentang kebaikan
Buku saya ada paparan
Kalau dikedai tak jumpa sakan
Bagi alamat, percuma poskan

Kita berbakti negara bangsa
Mr J nak ikut saya?
Jelajah kampung, pendalaman dan desa
Tanpa bayaran demi negara!

Perak Man
Guest
Perak Man

Terbaik bro fan tun..

Mr J, ramai orang boleh berdoa
Tapi tak semua doanya Allah makbulkan
Hati yang kotor penyebabnya jua
Doanya ditolak, gagalnya permohonan..

Kalau mr J orang yang fakih
Mengapa pemimpin penipu diikut masih
Kemungkaran dilakukan ditegur tak boleh
Gunakanlah ilmu tuan untuk memilih..

Anonymous
Guest
Anonymous

kerajaan memilih untuk menyelesaikan isu tersebut di luar Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London (LCIA) walaupun mempunyai bukti yang cukup untuk meneruskan pertikaian itu di mahkamah kerana kerajaan melihat kepada skop yang lebih besar, dari segi hubungan antara Malaysia dan Abu Dhabi. PM telah membuat keputusan untuk negara.

Anonymous
Guest
Anonymous

En sahabat, please remind your goodself too.

Fan Tun
Guest
Fan Tun

Unknown Sahabat orang dah gelak
Konon hebat isi keladak
Dia ingat kita ni budak
Dia tentulah gembala badak

Kata IPIC MDB sudah selesai
Ini namanya cuba memandai
Konon songlap dah tutup kedai
Tak lama lagi turunlah badai

Banyak fakta seluruh dunia
Pakar siasat orang wibawa
Khadem Al Qubaishi dah didakwa
Palit emdibi dia terbawa

Si Arab Khadem siapanya dia
Berbillion duit berjuta harta
Di kapal mewah bersama 'member'
Rembat wang negara bukannya nista

Wang songlap mengalir laju
Siapa ketua dunia pun tahu
Berbagai helah mahu diaju
Rakyat dengar percaya tak mahu

Unknown Sahabat salam ya salam
Pemimpin yang jahat bermuka talam
Dia serigala kamu yang kelam
Masih menyanjung siang dan malam!

Perak Man
Guest
Perak Man

Unknown sahabat putarmu hebat
Katanya kes ipic 1mdb sudahlah tamat
Selesai luar mahkamah sudah sepakat
Bayaran 1.2b yg dipersetujui tu hanyalah faedah sahaja, kau kena ingat..

Takkan kes 10 tahun selesainya singkat
Info yang kau tulis tu memang tak tepat
Kamu ingat orang disini nak terima percaya bulat bulat
Seperti cakap tuan politikmu yang kau jilat..

Salam ya salam unknown sahabat
Disini teman nak beri nasihat
Elok le kamu pergi berubat
Dedak menyebabkan kapilari otak mu terus tersumbat..

Anonymous
Guest
Anonymous

aku hanya mampu tersenyum tatkala membaca segala komentar golongan yang menolak kebenaran seperti kamu Tak mungkin runtuh bukit di salak anjing – demikian ibarat keadaan kalian yang terus di palu lidah' pembawa fitnah akan perihal 1MDB. Setiap yang bermula pasti akan tiba saat terakhirnya – siasatan SPRM dan PAC adalah benar walau di letak dibawah akta rahsia (ISO). Kisah 1MDB telah hampir menemui titik noktahnya – dan kamu bagaikan keldai yang terus memikul segala fitnah. Bersihkan hati dan niat – in Shaa Allah akan kamu kenali diantara yg HAQ dan yg BATHIL. apakata kamu mulai merasa bimbang pada gerak hala… Read more »

john doe
Guest
john doe

Aku juga tersenyum melihat hebatnya kedua-dua sahabatku pejuang kebenaran ini mampu menyampaikan ulasan di dalam pantun-pantun yang hebat.

Tambah senyum melihat si sahabat terkulat-kulat hendak membeli diri dengan cara cover line padahal nampak sangat isinya hampas.

Anonymous
Guest
Anonymous

Khas utk sahabat.

A well educated mind will always have more questions than answers.

Anonymous
Guest
Anonymous

Sahabat akan translate…telaga berpelajaran minda akan sentiasa ada lebih soalan dari jawapan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Khas utk 12:27 ( 2:67 )   And [recall] when Moses said to his people, "Indeed, Allah commands you to slaughter a cow." They said, "Do you take us in ridicule?" He said, "I seek refuge in Allah from being among the ignorant."( 2:68 )   They said, "Call upon your Lord to make clear to us what it is." [Moses] said, "[Allah] says, 'It is a cow which is neither old nor virgin, but median between that,' so do what you are commanded."( 2:69 )   They said, "Call upon your Lord to show us what is her color." He said, "He… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

En Shahbudin, syabas kerana masih bertahan memperjuangkan kebenaran.

Pada pandangan saya isu ini has generated more questions than answers.

Anonymous
Guest
Anonymous

Salam sahabat, toksah buat aku gelak. Nampak sangat hang pandai buat cerita. Lepas pru ni hang boleh lah buat buku bagi kanak kanak. Buku cerita dongeng.

Anonymous
Guest
Anonymous

sungguh hebat fitnah' yg dibawa oleh lidah' jelik (Shahbudin.com) – seperti biasa si jahil akan menari rancak. IPIC yang menuntut – mengapa memilih untuk akur penyelesaian bersama 1MDB ? 1MDB tidak membayar dua kali ganda seperti apa yang difitnah oleh lidah' yang buruk lagi jelik' – sila rujuk fakta jika benar kamu adalah kaum yang mahu berfikir. Secara mudahnya (tanpa menyentuh butir terperinci) 1MDB akan menggunakan dana daripada Aabar BVI untuk dibayar kepada IPIC. Kerajaan Abu Dhabi membeku aset pemilik Aabar BVI (khadem Al Qubaishi dan CEOnya) setelah IPIC melaporkan bayaran yang dibuat oleh 1MDB telah dilencongkan oleh khadem Al… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

si khadem telah dijadikan kambing hitam untuk selamatkan MO1..mmg le tak bayar kat IPIC dua kali sbb duit yang dikatakan telah dibayar dulu telah dilencongkan ke beberapa akaun..skrg baru sedar ke? SR dah cakap lama dah..tp juak2 penyokong 1mdb cakap dah bayar..kalau dulu dah bayar, sekarang lagi kena bayar, sbb tu org cakap bayar dua kali bro berdasarkan pe yang puak2 MO1 cakap..lain dari puak2 MO1 ni dah tahu duit yang dikatakan dibayar sebelum ini memang telah diseleweng..

Anonymous
Guest
Anonymous

11:54 – sedikit info mengenai Khadem Al Qubaishi adalah org ke-14 paling berjaya di dalam dunia Arab pada tahun 2015. dia bukan kambing hitam seperti Adam Rosly. Selaku Pengarah Urusan IPIC, Khadem Al Qubaishi memiliki kuasa penuh terhadap segala keputusan IPIC dan termasuklah ketika dia mengarahkan 1MDB membayar kepada Aabar BVI yang sebenarnya bukanlah anak syarikat IPIC. SR adalah lidah' pembawa fitnah untuk dipercayai oleh golongan yang jahil seperti kamu. bertahun-tahun SR menyebarkan fitnah – Perdana Menteri yang memesong bayaran 1MDB dengan kerjasama Khadem Al Qubaishi , Jho Low, Reza dan CEO Aabar BVI. 1MDB bukan dikendalikan oleh orang bodoh… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Sahabat.. mana link dari bloomberg pasal ipic? Dah 3 hari aku minta. Kalau masih tak ada…aku akan labelkan kau sebagai lembu.

Anonymous
Guest
Anonymous

12:53 – sila paut kepada link blog daengselili.com atau terus blog snapshot 2016.com atau Lim Sian See

Dari sini kamu akan boleh klik terus kepada sumber Bloomberg dan sumber-sumber yang disahkan benar.

Cukup-cukuplah kamu diperbodohkan oleh lidah' pembawa fitnah.

Salam ya salam
Ikhlas dariku unknown aka sahabat

Anonymous
Guest
Anonymous

Sahabat oh sahabat….aku minta link terus ke bloomberg, bukan pautan blog orang.

john doe
Guest
john doe

Unkniwn sahabat menjawab dengan cara memutarkan lidah. Ini cara yahudi.

Persoalan tuan Budin tentang bayar dua kali mudah saja. Ia bukan tntg Aabar menerima bayaran sebanyak dua kali, tetapi adalah tentang 1MDB membuat bayaran sebanyak dua kali. Kali pertama kepada syarikat palsu di Virgin Islands dan kali kedua barulah kepada syarikat yang asli.

So, bayaran pertama tu kira burntlah ye? Hanya penyamun dan geng penyamun sahaja yang akan redha dengan rompakan sebegini.

Putar lagi lidah tu sahabat, bersukarialah kamu sementara masih diberi tempoh kerana tempoh tersebut tetap akan sampai masa tamatnya.

Anonymous
Guest
Anonymous

14:37 – daripada pautan blog yg aku berikan itu, kau akan sampai kepada pautan berita Bloomberg berkait IPIC-1MDB. Sahabatku John Doe – pertikaian di antara IPIC-1MDB bermula tatkala Khadem selaku Pengarah Urusan IPIC memesong bayaran daripada 1MDB dan cuba sedaya upaya untuk menyembunyi penyelewengan sehinggalah Khadem Al Qubaishi dipecat oleh IPIC. IPIC selepas Khadem dipecat melapor kepada kerajaan Abu Dhabi pecah amanah yang dirancang oleh Khadem berhubung bayaran yang dibuat oleh 1MDB dan hasilnya dibekukan segala aset Aabar BVI (aset Khadem dan CEO Aabar BVI). Bayaran yang dibuat kepada Aabar BVI akan di tebus oleh 1MDB setelah segala aset pemilik… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

BETUL spt AKANDIKATA oleh TV3 suku Media Primates dan Media Kecut Perdana.
BETUL spt AKANDIKATA oleh LOBAI2 CELEBRETI yh lebih kuah ceroi dari lemak bahawasanya;

Puak Brahmim2 Partai Kebangsaan dan Lobai2 Partai puraIslam Samalaysia. TIDAK BERSALAH.
Yg khianat Malayssa SEBETULNYA adalah 2.9 juta kotak2 tissue lap jari dan tangan Brahmin.
Yg khianat Islam SEBENARNYA adalah TALIBAN yg tak dapat beza antara KENCING dgn Sirap kuning. L9BAI TETAP MAHSUM.Kawalam.kunci surgawi selamat ditangan Priesthood Parati.

Maka dgn itu Attack Team Singsang_A9 akn kambinglingkan dgn
Squid_ CyberSTUD_KIUSeben utk bantu keselutuhan Media Perdana dan MEDIA PRIMATES utk hantam blog pro Pembangkan spt blog budin ni.

Anonymous
Guest
Anonymous

Demokrasi vs Kleptokrasi

Anonymous
Guest
Anonymous

Tolong tanya Anwar mengapa selesaikan samannya terhadap KJ diluar mahkamah, padahal RM 100 M sudah ada dalam tangan???

Anonymous
Guest
Anonymous

good…good…good…

Fan Tun
Guest
Fan Tun

Masuk Arjuna, Bagero. Mr J
Semua ini orangnya pandir
Samsung sebijik buatnya cair
Dikerah serang Pakatan Mahathir

Kita disini ramai berilmu
Bro John Doe, Malaysia Baru
Di blog Tuan Budin kita bertemu
Kalau bertumbuk, tentu dah biru

Tanpa dedak kita membela
Bukannya budak semua dah tua
Takut nak sokong pemimpin yg gila
Masyuknya banyak, kenyang sendawa

Blog Tuan Budin ini popular
Menentang kleptokrasi secara berkala
Pendedak Samsung dah naik gila
Kalau tak serang diketuk kepala

Kita menunggu dia menyerang
Sekali masuk kita bersarang
Biar kita berpatah arang
Pakatan disini bukan sebarang..

Perak Man
Guest
Perak Man

Terbaik bro fan tun..

Entah kenapa semenjak dua ni
Blog tuan budin macai kerumuni
Ntah dari mana datang kesini
Pada pakatun tunjuk berani..

Berbagai hujah serta madah
Tapi semuanya punya fakta yang salah
Suka sangat bermain helah
Macam perangai yahudi tak ubah ubah..

Apalah yang macai perjuangkan
Bukan mencari keadilan dan kebenaran
Tapi untuk sedikit dedak mencari makan
Tidakkah malu mereka kepada tuhan..

Pada negarawan mereka tak hormat
Akal tak guna sokong kleptokrat
Ingatlah pada hari akhirat
Akan dikira segala yang diperbuat..

Anonymous
Guest
Anonymous

Aku ..anon first pas pis pus tak nk kire ke

Mr J
Guest
Mr J

Pandai berpantun Fan Tun. Kalau pantun menyeru taqwa dan iman kan lebih baik? Pantun menghasut dan naikan kebencian akan menyebabkan sengsara akhirat. Isu ini dah selesai dan akan sejuk tak lama lagi. Macam fitnah PM bunuh Altantuya dan cincin 24juta. Tapi fitnah yg dihasilkan akan dibawa dan dihisab diakhirat. Satu peringatan ikhlas untuk saudara se Islam.

Perak Man
Guest
Perak Man

Mr J,sedikit nasihat dari teman
Apakah guna ilmu ugama yg ada pada tuan
Kalau sekadar diblog budin dibuat seruan
Pegilah nasihat kepada pasangan pemimpin pujaan..

Walaupun katamu pantun bro fantun mengadu domba
Ketahuilah, agama tidak mengikut pandangan mata
Niat dan amalan itu Allah yang kira
Kamu pikir kamu tu siapa?..

Mr J
Guest
Mr J

Perak Man, terima kasih atas nasihat. Sebenarnya saya setiap hari doakan Allah beri petunjuk dan satukan hati pemimpin dan umat Islam khususnya di Malaysia. Dan berdoa Allah buang dendam dan benci sesama Islam dan selamatkan kita dari tipudaya musuh Islam.

PutraKraken
Guest
PutraKraken

Syaaban hadir…Ramadhan menjelangRejab berlalu…bau bangkai 1MDB tetap menusuk tanpa henti. Negara KuTanah tumpahnya darah kuRakyat hidup bersatu dan maju Rahmat bahgia Tuhan kurniakanRaja kita selamat bertahta Rahmat bahgia Tuhan kurniakanRaja kita selamat bertahta Pilu hati bila mendengar dan menyanyikan lagu ini. Sungguh menyayat hati…Dulu lagu ini membakar semangat dan amat membanggakan…Namun kini terasa sungguh menyayat hati. NEGARA KU(Hanya satu negaraku Malaysia) TANAH TUMPAHNYA DARAH KU(Disinilah aku dan zuriatku dilahir dan dibesarkan…perjuangan hidupku bermula dan insyaAllah akan tetap berakhir disini jua…semoga zuriatku akan meneruskan perjuangan ini) RAKYAT HIDUP BERSATU DAN MAJU(Masihkah ada semua itu?…suatu ketika dulu…semuanya itu benar dan kami hidup… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

RAJA KITA SELAMAT BERTAHTA selamanya dan selamanya dan selamanya,walaupun demokrasi sudah bertukar menjadi kleptokrasi.Mana dia Kedaulatan Undang-Undang?Atau lebih berdaulat di bawah sistem kleptokrasi?

Anonymous
Guest
Anonymous

Johari, jual ayam goreng kentaki orang putih lagi untung daaaa…customer makan jerrr, tak maki.

Anonymous
Guest
Anonymous

Johari ni tumpang cari publisiti murahan saja.Apa pun dia tak tahu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ringkasnya melihat kepada kebangkitan reformasi rakyat terhadap pemerintah UMNO-BN sejak penghujung era Tun M juga Pak Lah dan terkini Najib kebimbangan kerajaan akan jatuh ke tangan pembangkang jadi segala aset-aset dan kepentingan kerajaan yang menjadi punca kewangan UMNO-BN dipindah milik..kalau tanya Tun M lebih arif…ingat lagi di zaman Pak Lah apa dengan cerita telaga minyak petronas di beri kepada kerajaan Brunei..sedangkan didalam zon Malaysia? di zaman Najib pula segala aset-aset kepentingan kerajaan di urus oleh 1MDB…untuk apa?

Anonymous
Guest
Anonymous

johari to leave? why did he reveal the existence of the letter that seemed to contradict the decision to rreach a settlement?……

waiting for great news before 1st may….hello fren from JASA….i still believe you:)

Anonymous
Guest
Anonymous

Kepanasan penipuan 1MDB terlalu tak tertanggung. Lari adalah keputusan terakhir

Anonymous
Guest
Anonymous

.
.

Johari macam Husni, tak tahu apa-apa. Dia main bantai jawab.

Johari ingat Aabar itu hanya satu identiti sahaja. Dia tak sedar ada dua Aabar ia itu PJS kepada BVI.

Mungkin selama ini Najib dan kuncu rapatnya bila berbincang hanya menyebut Aabar .. dengan sengaja .

Anonymous
Guest
Anonymous

Diamlah johari. Kalau tak tahu buat cara tak tahu. Jgn nak berlagak pandai.

arjuna
Guest
arjuna

ini semua fitnah-fitnah pembangkang untuk memburukkan imej kerajaan. kita perlu dapatkan semua maklumat dari sumber yang tepat untuk kebenarannya

Anonymous
Guest
Anonymous

apabila hati dah hitam…..quranic truth boleh ditidakkan!

hati hitam sebab dibakar dedak yang diterima dan dimakan

berdosa kalau kita tidak tumnbangkan pemerintah kleptocratic dan munafiq

Anonymous
Guest
Anonymous

.

Yang mempersoalkan mana pergi duit itu ialah pemimpin UMNO..

Ahli Ekonomi dunia bukan bodoh-bodoh..

Dalam hal hutang, selalunya sengaja di bayar lambat tapi kerajaan Malaysia bukan lambat dibayar dua kali. Dalam subjek ekonomi tak tahu nak di panggil Bloody Fool atau nak panggil Lembu Fool..

Anonymous
Guest
Anonymous

arjuna..sumber mana nak yg tepat tu..dulu SR dah cakap duit yang dikatakan dibayar kepada IPIC telah diseleweng..so dengan persetujuan luar mahkamah tu membuktikan yang duit yang 1mdb kata dah bayar tu, mmg IPIC tak terima..yang terima sebenarnya MO1, jho low dan beberapa org yang 1 dunia dah sedia maklum..suci sungguh ye MO1 sampai dipertahankan dengan sebegitu rupa

Anonymous
Guest
Anonymous

Dah sah duit sebanyak tu dlm akaun siapa. Nak berdolak dalik lagi buat apa. Pas lainlah dia buta huruf dan buta kayu

Anonymous
Guest
Anonymous

CAP MUNGA DITUBUH UNTUK AHLI
OOPPPS…DITUBUH UNTUK KRONI
RASUAH BAILOUT AMALAN KUTTY
TUA BANGKA MASIH TAK SEDO DIRI

…. KIKIKIKIKI… BERMBUS ANJINH [email protected]

Anonymous
Guest
Anonymous

8.13,

semoga Allah swt membalas apa yang anda cakap fikir dan lihat semasa……lailla hailla anta subhanakainni kuntuminazzalimiin

Anonymous
Guest
Anonymous

Kikiki.. Barua anjing rosy menyalak tuan bila tuannya disesah.

Berambus barua umnopork @ singapork.

Kikikiki.. Tetek sulah panas lg ada goyang yanggg..

Nukilan ikhlas red bean army.

Hidup hadee bawang!!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Eddie Ah Wang 90 juta. Raja pop yeh yeh negara

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau penyelewengan berjuta juta saya rasa tak akan wujud BERSATU..ni melibatkan billion..yg tubuh BERsaTu ni pun bukan tak biasa rasuah rasuah ni..masing masing ada pengalaman makan duit haram..
Apa pun alhamdulillah dihujung usia mereka..tuhan detikkan betapa buruknya rasuah di hati mereka..

Anonymous
Guest
Anonymous

apa kaitannya pengurusan 1mdb dgn parti politik bersatu?

Anonymous
Guest
Anonymous

Kerana 1mdb wujudnya bersatu..tu pun nak kena bgtau ka

Anonymous
Guest
Anonymous

8 45 dia masih tak faham.

BERSATU tertubuh kerana penyelewangan yang dahsyat bukan sebab politik.

Bezakan antara BERSATU dengan AMANAH.

Pemimpin UMNO tidak akan tinggalkan UMNO disebabkan politik, contoh Zahid Hamidi.

Anonymous
Guest
Anonymous

SELESAI LUAR MAHKAMAH PUN SALAH
KALAU TAK SELESAI MEMACAM DIFITNAH
KALAU MCM TU MAMAK BAWAK MAHKAMAH
MAMAK SILA SAMAN KE MAHKAMAH HARAMJADAH
…..!!!!!

…cukup2 la buat fitnah duit yg diguna pun duit 1mdb… urus niaga ada untung rugi.. bukan bailout memanjang….

.. BERAMBUS ANJING [email protected] DAP..

INI KALI LAH…

Anonymous
Guest
Anonymous

cara 1mdb buat penyelesaian luar mahkamah dgn ipic ialah dengan bersetuju membayar usd1.2 billion utk melangsaikan bunga hutang yg 1mdb dakwa telah dibayar masa dulu.

Ini jelas menunjukkan bahawa 1mdb kena bayar dua kali utk hutang tersebut

cuba guna akal logik ko, penyelesaian sebegini salah ke tak salah?

Anonymous
Guest
Anonymous

7.50

adakah kamu manusia yang tak dapat berfikir secara rasional. nak kata buta celik, nak kata bisu nyanyi, nak kata pekak dengar….adakah ini akibat wang haram yang dimakan??????

Anonymous
Guest
Anonymous

Barua umnopork melolong dan terkinja2 bila tuannya di sesah.

Kikiki.. Berambus umnopork @ singapork haram jadah.

Kikiki.. Tetek musti sudah goyang yanggg..

Anonymous
Guest
Anonymous

.
.

Bila PAC persoalkan.. jawab lah.

Jangan semata-mata beri kenyataan saja pada para wartawan.

Ini bukan pasal bawa ke mahkamah atau tidak.. tapi hutang di bayar dua kali ..

Dalam hal macam ini selalu nya yang bodoh ialah si pembayar.. kalau dah bodoh macam ini, kalau si penghutang minta bayar sekali lagi pun, dibayar..

Anonymous
Guest
Anonymous

7.50 tu dedak tak terlampau banyak..latest dapat samsung A9 lagi..sel otak dah tak dapat berhubung. dulu beriya cakap duit dah bayar. ni kena bayar lagi..duit dulu dah masuk poket org bro..skrg yg nak kena bayar pulak, lu, gua, anak2 lu nanti, anak2 gua dan ramai lagi nak kena bayar.lu suka x pe le..gua tak suka bro..

Anonymous
Guest
Anonymous

Nak ambil peduli buat apa kat mamat singapork tu. Dia tu lemah akal fikiran

Anonymous
Guest
Anonymous

Interesting

Ministers/Umno goons said NO DOUBLE PAYMENT

Ministers/Umno said proof of no money went to najib's account

Ministers/Umno suggested 1MDb should sue IPIC and tore down all agreements signed earlier

You can never lie all the time. Allah works in mysterious ways

Anonymous
Guest
Anonymous

1. Betul atau tidak Aabar anak sykt Ipic tiada kena mengena dgn pembayaran.

2. Bila sykt A nak bayar pd sykt B, dia kena check dan teliti nama sykt, no akaun dan signatories yg betul. Sykt A tak boleh sesukahati bayar pd anak sykt B. Sykt A kena bayar ikut loan agreement yg dipantau oleh peguam. Laporan pembayaran sebelum dan selepas disahkan oleh akauntant dan juruaudit.

3. Siapa yg arahkan supaya pembayaran ke Ipic melepasi semua prosidur pembayaran yg digunapakai satu dunia??

4. Semasa menteri cuba menegakkan kebenaran dan rakyat mencari kebenaran, penyamun senyum berjaya membodohkan satu negara.

Anonymous
Guest
Anonymous

.
.

Kesilapan berlaku kerana Wang di bayar secara TUNAI.

Kebetulan ke dua-dua PJS dan BVI mempunyai kakitangan yang kembar, hampir semua.. setiap satu kembar berkerja di PJS atau BVI.

Masa itu lah berlaku kesilapan kerana yang terima wang TUNAI tersebut ialah si kembar yang lagi satu bukan yang sepatutnya.

Ini macam pun tak mustahil bagi pemimpin negara..

diny yusof
Guest
diny yusof

Kalau betul berlaku kesilapan , ini membuktikan berapa bodoh dan biolnya individu yang menjadi penasihat dan para pengarah syarikat itu .

Anonymous
Guest
Anonymous

.
.
.

Bukti ada.

Bukti apa kau orang nak?

Bukti dah bayar.. ada.
Bukti tak bayar.. ada.

Bukti mengenai AAabar PJS, ada.

Bukti mengenai Aabar BVI, ada.

Semua ada.

mahathir mohamed
Guest
mahathir mohamed

khalid tweet..
urm.aku suka gelaran tu.

Anonymous
Guest
Anonymous

.

Bekas KPN yang bakal jadi Bekas Banduan Kedua..

Fan Tun
Guest
Fan Tun

Semua sudah caca dan marba
Wang negara dah Ali Baba
Perompak lanun sudah pun tiba
Di Putrajaya mengumpul laba

Bermacam cara dia lakukan
Wang negara bershopping sakan
Rakyat susah nak cari makan
Harga barang terus menekan

Tutup lubang sini dan sana
Hasil cukai entah kemana
Bercuti keluarga seluruh benua
Berjoli sakan rakyat merana

Saya terjumpa makcik di Felda
Dulu mewah sekarang tiada
Bayaran lewat wang tak ada
Bertanak nasi tumbuklah lada

Apa nak jadi negara tercinta
Harapkan pemimpin membolot harta
Wang dibelanja membabi buta
Untuk kesenangan dia sahaja!

The Phantom
Guest
The Phantom

Tu semua salah Mahathir dan Kit Siang…….semua salah Pakatan bro……

Perak Man
Guest
Perak Man

Terbaik bro fan tun..

1mdb dikatakan satu fitnah
Pakatan pembangkang sabotaj ekonomi
Nak tanya sikit, sekarang ni siapa yang memerintah
Perkara basic camni pun macai tak fahami..

Walaupun ada bukti anak syarikat
Apakah duit yang dibayar dulu boleh didapat
Kalo betul katanya dah bayar 4 peringkat
Takkan dibawa ipic ke tribunal untuk menyakat..

Inilah sebenarnya rancangan jahat
Oleh jho low dan pemimpin kleptokrat
Duit dilencong untuk diserbat
Memang betullah diaorang ni lahanat!!..

rahman jpc
Guest
rahman jpc

Demi tugas,semua menteri 'berpeluh kering' kerana terpaksa memikul 'biawak hidup'. saya percaya menteri yg tidak terlibat secara langsung senentiasa berharap sangat agar mereka tidak d tanya mengenai isu 1MDB ini kerana jika salah guna 'bunga silat' sumbang akibat nya. perkara ini tidak akan d biar utk d lupakan olih warag yg sudah 'celik akal'. dato jo yg sedang memeras otak utk mencari respon yg nampak semcm waras, mungkin akan terperangkap dgn menggunakan fakta2 yg bercanggah yg akhir nya akan membelit dirinya sendiri. inilah akibat nya jika perkara yg terang lagi bersuluh cuba d tutup dgn 'kelambu nyamuk' dgn harapan bilik… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Jangan lupa tindakan2 undang2 yg perlu di ambil sekiranya PH dapat membentuk Kerajaan.
Najib mesti di dakwa kerana salah guna wang scri rm42million dan Apandi serta Khalid tweet dituduh bersubahat dlm melindungi Najib dari pendakwaan. Kalau mereka disabitkan, Kerajaan boleh dpt 5x42million drp tiap 2 seorang.
Untuk kes rm2.6billion, semua menteri juga patut dituduh bersubahat dgn Najib termasuk Pandi dn Khalid. Kalau didapati bersalah, Kerajaan boleh dapat 5xrm2.6billion drpd tiap 2 seorang.

Anonymous
Guest
Anonymous

. . Sebagai pemimpin mereka bukan sahaja sekadar jadi wakil rakyat di Parlimen termasuk lah Ketua Bahagian dalam UMNO bukan sekadar jaga parti tetapi menyelamatkan negara apabila berlaku nya perkara seperti ini. Kalau tidak, berhenti lah berlagak jadi pemimpin atau malu lah bila rasa diri itu sebagai pemimpin. Pandai cakap minta rakyat sayang kan negara tetapi sendiri lepas kan diri. Sehebat mana sebaik mana pun seseorang tetapi jika mengelakkan dan buat tidak tahu mengenai isu besar ini, mereka dalam golongan pak turut yang berlagak… Wahai orang agamawan yang bertanggung jawab menjaga agama, orang berkedudukan tinggi bergaji besar kerana politic dan… Read more »

Mr J
Guest
Mr J

Kes 1MDB dah selesai saudara. Terimalah hakikat. Ringgit mengukuh tanda dunia kewangan dah terima penyelesaian. Lepas bertahun menyiasat US,Swiss,Singapore, Hong Kong tiada kes yg timbul terhadap kerajaan dan PM. FINMA Swiss dah tamatkan siasatan. Bloomberg berpendapat kes DOJ terhadap individu di US bertambah lemah ekoran penyelesaian ini. Hatta DOJ yg sepatutnya menyaman individu di mahkamah pada Aug 22 tahun lepas tidak berlaku hingga hari ini. Terimalah hakikat saudara. Memutar isu dan memburukan individu dlm blog ini tidak membawa kebaikan akhirat. Jangan jadi muflis di hari hisab.

Anonymous
Guest
Anonymous

Perlantikan menteri tugas2 khas kini nampaknya sudah membuahkan hasil….auuww..bravo2..

Anonymous
Guest
Anonymous

Hangus!!! "Ini semua mesti salah Lim Kit Siang!" bisik hati Hadi presiden parti anak butir taik UMNO tu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Allah telah membuntukan otak mereka yang menyokong kemungkaran supaya kejahatan mereka dapat didedahkan sebagai pengajaran bagi umat islam di negara ini. sebab itu kita dapati ramai di kalangan pemimpin dan pentadbir negara menggunakan kepala lutut untuk berkata-kata..

Syed Ahmad Alidrus
Guest
Syed Ahmad Alidrus

Menjelang Ramadhan insya'allah semua rahsia MO1 akan terbongkar

Anonymous
Guest
Anonymous

Pas pis pus..maana ostazz pah

Anonymous
Guest
Anonymous

Kebenaran makin terserlah..

Anonymous
Guest
Anonymous

Ini semua fitnah teranchang PH. Pembayaran yang dulu tu dimasukkan ke akaun PH. Sila tunggu pencerahan dari aka sahabat salam ya salam.

The Phantom
Guest
The Phantom

Semua ni salah Mahathir orang tua nyanyok tu. Sebab Mahathir nak naikkan Boboi jadi PM maka dipaksa semua orang ikut telunjuknya buat penyelesaian diluar mahkamah dan bayar IPIC sebanyak 2 kali…….bayaran pertama lesap tah ke mana…..sape yg pulun duit tu pon tak diambik peduli……..bayaran ke2 dipersetujui dibayar kepada company original IPIC.

Apa bangang Mahathir ni…….gagal uruskan kewangan negara tapi ada hati nak tadbir negara.

Semua tu salah Mahathir. Eloklah kalo ditubuhkan RCI siasat 1MDB dan dedahkan laporan audit yg diOSAkan.

Anonymous
Guest
Anonymous

.
.

Semua ini salah Anwar Ibrahim.

Anwar Agen Arab.

Duit yang telah di bayar telah di ambil oleh Agen-Agen Arab yang dengki dengan Najib

Anonymous
Guest
Anonymous

Tak sebenarnya semua ini salah DAP. Tony Pua mulut puaka banyak sangat buat bising pasal 1MDB menyebabkan duit 3.5 billion tak sampai ke destinasi yang hendak di tuju. Sekarang ni depa tengah tekan Tony Pua pasal banyak sangat bunyi.
Besar kemungkinan beliau akan senasib dengan Lim Guan Eng dan bakal diheret ke mahkamah. Lepas tu Rafizi dan pemimpin2 kanan parti pembangkang. Bijan can no longer can take the heat…

Anonymous
Guest
Anonymous

No no no..aku rasa yang salah tu kerbau tok anjang aku kat sawah..dia la heret peti duit 3.5b tu dari ipic..cilaka punya kerbau, orang suruh heret bajak, dia heret duit..minta ds najib ambik tindakan atas kerbau ni..

Anonymous
Guest
Anonymous

Bukan kerbau la lembu yang buat beli condo tu

Anonymous
Guest
Anonymous

Kerbau, lembu ke yang salah…..bukan badak ke?

Anonymous
Guest
Anonymous

Ini semua salah Parameswara, sir hugh clifford, templer, mountbatten dan churchill.

Anonymous
Guest
Anonymous

Bukan..bukan.. yg atas sumer x bersalah. Yg bersalah ialah Yahudi Zionis Cina Kapir.

Najib adalah manusia suci dari dosa. Xder sapa orang yg berkedudukan berani cakap Najib dan Rosmah = bukan maksum.

Anonymous
Guest
Anonymous

Bukan kerbau bukan lembu dan bukan badak.
Tapi ini sotong punya salah! Sotong punya salah!! Sotong punya salah!!!!
Ini semua kerja sotong!!!

diny yusof
Guest
diny yusof

Sejak menjak Joe "finger licking good " ni berkawan rapat dengan Arul Kanda Sami , tindak laku dan tutur kata yang keluar dari mulut dia pun dah macam Arul .

Dulu Arul Kanda Sami kata …" the money is there , I saw it with my own eyes " . Lepas tu kata , it is just units @ toilet paper , not real money .

Kalau dah asyik banyak sangat belit , ni lah jadinya terbelit diri sendiri . Malaun malaun ni tak mampus pulak terbelit . Yang jadi mangsanya rakyat jelata ( tidak termasuk barua barua MO1 ) .

MatMinTanjung
Guest
MatMinTanjung

Betul ke kanda kata unit bukan husni?

MatMinTanjung
Guest
MatMinTanjung

Betul ke kanda kata unit bukan husni?

Anonymous
Guest
Anonymous

Pas sama sekali tidak mempercayai kajian yang dilakukan oleh NGO, Invoke Malaysia, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali. Menurutnya, daripada mempercayai kajian yang dibuat oleh badan luar itu , adalah lebih baik Pas mempercayai kajian dalaman yang dilakukan parti itu. “Rafizi Ramli (Naib Presiden PKR) seorang yang tidak boleh dipercayai, sudah banyak penipuan yang di buat. Begitu juga, Invoke Malaysia, bukan pusat kajian yang boleh dipercayai. “Pas pun ada kajian sendiri, kita ada tiga pusat kajian. Tapi, kita buat untuk maklumat dalaman, bukan untuk hebahan umum,” ujarnya. Mohd Khairuddin berkata, kajian dilakukan Pas adalah… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

A political analyst has warned Pakatan Harapan against underestimating PAS and taking for granted the findings of a two-month telephone survey by Invoke involving 10,000 voters. Invoke, a Pakatan Harapan policy research initiative, said on Tuesday that BN would have the advantage in three-cornered contests in Malay-majority areas in the coming general election and that PAS would get fewer votes than Amanah. However, Awang Azman Pawi, an associate professor at Universiti Malaya, told FMT that PAS had strengths that could not be ignored. One of these strengths, he said, lay in its election machinery. He said the Pakatan parties could… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Sebanyak 22 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam hari ini mendesak kerajaan mengharamkan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) yang disifatkan rasis, ekstremis dan boleh mengancam keselamatan negara. Barisan Bertindak Melayu Islam (Bertindak) turut menyifatkan Hindraf sebagai pertubuhan biadap dan boleh membawa malapetaka serta merosakkan hubungan antara kaum. Ketua Sekretariatnya, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy ialah individu berbahaya dan memberi amaran supaya tidak campur tangan dalam urusan agama lain. “Perjumpaan tergempar yang dihadiri NGO Melayu Islam hari ini berikutan kecewa dan mengutuk keras kebiadapan beberapa individu dan Hindraf yang jelas cuba menggugat keamanan negara. “Perjumpaan… Read more »

Zack Armstrong
Guest
Zack Armstrong

Siakap senohong gelama ikan duri.
Ini lah kata2 dan pesanan orang orang tua2 dulu kpd semua anak cucu mereka.

Orang tua2 dulu2 tak bersekolah tinggi mana pun. Tapi mereka kenal siakap senohong ikan duri ni.

Kita yg ada diploma berijazah master dan phd ni sanggup pi letak tengkuk kpd orang2 umno/bn yg penuh dgn skandal tu buat apa??????

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa ni Budin.. komen yg xder kene mengena ngan tajuk pun, masih menyemak kat sini.

Anonymous
Guest
Anonymous

Terdapat kebarangkalian Malaysia dilanda gempa bumi pada masa hadapan sungguhpun negara ini terletak di luar kawasan Lingkaran Api Pasifik, kata seorang penyelidik hari ini. Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Sabah Prof Dr Felix Tongkul berkata berdasarkan kajian, pihaknya mendapati Malaysia berkemungkinan dilanda gempa bumi pada kekuatan sederhana iaitu 6.0 pada skala Richter pada masa hadapan. "Daripada kajian yang kita lakukan, Malaysia mungkin tidak akan ditimpa gempa bumi berskala kuat, tetapi setakat rekod yang kita ada negara mungkin ditimpa gempa bumi berskala sederhana. "Gegaran pada tahap itu sudah cukup untuk merosakkan bangunan dan harta benda," katanya kepada Bernama pada… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Diriwayatkan oleh imam Tirmizi daripada Sayyidina Ali Karramallahu wajhah di mana katanya bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : ” Apabila umatku telah membuat 15 belas perkara maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu : 1. Apabila hasil kekayaan negara hanya beredar di kalangan golongan tertentu sahaja 2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber dalam mengaut keuntungan 3.Zakat dijadikan hutang 4. Suami menurut sahaja kehendak isteri 5. Anak derhaka terhadap ibunya 6. Sedangkan anak tadi dalam masa yang sama terlalu mementingkan kawannya 7.Anak juga menjauhkan diri daripada bapanya 8. Suara sudah ditinggikan dalam masjid (berbual kosong tentang keduniaan) 9.… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Dewan Ulama PAS hari ini mendesak agar siasatan penuh dijalankan semula ke atas skandal firma pelaburan negara 1MDB yang menyaksikan negara kehilangan jumlah wang tang teramat besar.

Ketuanya, Datuk Mahfodz Mohamad, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak seharusnya terus berada dalam sindrom penafian.

"1MDB, satu Malaysia dalam bahaya. Pelabur mula hilang kepercayaan terhadap ketelusan kerajaan dalam menangani krisis 1MDB.

"Ini apabila ia sukar membayar hutangnya yang diselaputi riba yang diharamkan. Dewan Ulama PAS mendesak kerajaan agar tidak terus berada dalam sindrom penafian.

"Penyiasatan sangat diperlukan dan mereka yang bersalah dituntut dihukum jika sabit kesalahan," katanya.

Anonymous
Guest
Anonymous

dh dpt dedak dduk diam2 je la…nnt kene tarik blk kn melopong

diny yusof
Guest
diny yusof

Matmin Tanjung .

Arul Kanda yang berkata terlebih dahulu . Selepas itu Husni khabarkan cerita itu di Parlimen .