PAKATAN HARAPAN JANGAN BUANG MASA MELAYAN, ROYAN PAS HANYA MAHU TARIK PERHATIAN….

Terbaru ini Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Samad pula melibatkan diri dalam cubaan mahu mengugut Pakatan Harapan.
Tuan Ibrahim meletakkan syarat agar parti-parti pembangkang lain jangan ganggu Kelantan serta kerusi tradisi yang biasa ditandingi Pas jika mahu pertandingan tiga penjuru dielakkan dalam pilihanraya akan datang ini.
Jangan ganggu kerusi Pas. Bila ada kerusi Pas diganggu, kita bebas bertanding di mana-mana saja kerusi yang ditandingi Pakatan Harapan, ujar beliau.
Dalam nada yang hampir sama, Iskandar berkata, kerusi pembangkang lain di Selangor bebas untuk ditandingi oleh Pas jika tiada persetujuan dicapai berkaitan pembahagian kerusi dengan mereka.
Sehubungan itu, tambahnya, Pas Selangor sudah sedia untuk bertanding di 45 kerusi DUN dan 15 kerusi Parlimen di negeri itu.
Apakah makna semua ini?
Daripada mahukan parti-parti lain jangan bertanding di 80 kerusi Parlimen yang akan ditandingi parti itu dan kemudian meluahkan keghairahan menguasai beberapa negeri, Pas kini nampaknya sudah mula main ugut-ugut pula.
Sebagaimana yang disebut dalam posting sebelum ini, siapa Pas dalam Pakatan Harapan atau di kalangan parti-parti pembangkang untuk mereka berkelakuan sedemikian?
Tidakkah mereka adalah blok ketiga yang lebih merupakan sekutu UMNO dan BN, berbanding sebagai rakan kepada Pakatan Harapan?
Teruskan sajalah dengan Gagasan Sejahtera yang selama ini kononnya mampu mengubah dunia!
Jadi, kenapa nak main ugut-ugut terhadap Pakatan Harapan?
Adakah Pas sekarang sudah mula terasa akan kalah di Kelantan dan di banyak kerusi yang akan ditandinginya, lalu cuba menggunakan taktik ugut untuk melindungi kelemahan,  sambil dapat juga menjaga ego sendiri yang begitu tinggi?
Siapa peduli jika Pas mahu bertanding di mana dan banyak mana kerusi sekali pun?
Apabila setiap hari makin kuat melatah, lebih-lebih lagi menjelang Muktamar Tahunan pada 28 April ini, itu adalah tanda paling nyata Pas sebenarnya semakin lemah, tetapi masih cuba menarik perhatian seolah-olah mereka masih penting.
Jika tidak lemah, kenapa berkelakuan begitu?
Kenapa Pas masih ingin berunding dengan Pakatan Harapan, bukankah Najib Razak dan UMNO adalah sahabat karib mereka sekarang ini?
Siapa yang sebelum ini mengatakan tidak mahu berebut kuasa dengan UMNO, ingin menjadi penasihat dan meminta ahli-ahli Pas tidak bermusuh dengan UMNO sehingga ke akhirat?
Kepada Pakatan Harapan, tak usah dilayan latah dan royan Pas kali ini. Kukuh dan kekalkan pendirian bersama parti-parti sedia ada iaitu PKR, DAP, Amanah dan Bersatu dengan matlamat utama menyingkirkan Najib,  menumbangkan UMNO dan BN serta menyelamatkan negara ini.
Lupakanlah Pas, lagi kuat mereka meroyan dan melalak, itu tandanya mereka semakin lemah dan ditolak. Biarkan saja parti itu dengan dunia barunya.
Berbagilah kerusi antara empat parti yang ada dalam Pakatan Harapan. Selepas pembahagian selesai, tumpukan kepada gerak kerja pilihanraya dengan segera menubuhkan jentera di peringkat negeri, bahagian dan peti undi. 
Itu jauh lebih penting daripada melayan Pas yang karenahnya tidak sudah-sudah dan tiada titik penamatnya.
Bagi majoriti rakyat, bukan saja Najib, UMNO dan BN yang mereka mahu tolak, malah sekutu dan sesiapa yang dilihat membantu juga akan ditolak sama. Jangan sesekali dihampakan harapan rakyat yang rata-ratanya inginkan perubahan. (ShahbudinHusin 24/04/2017).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:47 pm

85
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousTajulSr AzamiUPSalwah Abdat Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Dewi Rumapea
Guest
Dewi Rumapea

Salam sejahtera!Nama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Sakit hati dgn pas ni. Kita rakyat ni sudah merana, dah banyak sgt bala bertimpa2.. sudah ade peluang tuk singkirkan najibi tapi PAS buat hal. ape kita ptut buat ni shah? Pakatan?tell us what we as teh rakyat yang dh tak nak sengsara ni boleh tlg kamu semua? kita tau yg di pdalaman makcik2 pak cik2 ni msih mnyokong kuat umno.

Anonymous
Guest
Anonymous

Statememt mcm tgh Mas Turbit doh!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya baru balik bercuti kerumah saudara di K'tan. Banyak sungguh sampah sarap yg tidak dikutip disana. Malangnya sampah sarap yg busuk itu cuba dilambak kedalam blog ini seperti the Unknown oka sahabat. Sahabat lidah hang dah semakin bercabang. Tang mana lidah (Shahbudin.com) membawa fitnah. And do practice what you preach, itu lah sifat orang beriman. Dengan lafaz Allahurabbi belum tentu lagi hang saorang yg beriman. "Allahurabbi – PAS sedang kembali kepada saudaranya (UMNO) dan membuatkan musuh' ISLAM gementar dadanya." Bila pas kata dia sedang kembali kepada umno. Jika hang tak faham maksud statment Tuan Ibrahim, by all means stop giving… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

nnt ada masa translate bg kt sahabat angkuh tapi bodoh tu. Dia manala nak tau baca english.

Sr Azami
Guest
Sr Azami

Saya setuju dengan Cik Din dll. PH tak perlu ambil pusing pasal ugutan atau apa2 statement drp PAS.Anggap segala statement drp sesiapa drp PAS sebagai statement yg angkuh, sombong dan yang tak islamik…

Tajul
Guest
Tajul

Betul tu en azami

Statement2 org pas dah selevel statement nakhoda sewel, graduan mabok, suhaili dan langsuir kikiki je skg ni

Anonymous
Guest
Anonymous

Persoalan yang paling besar,

Apakah sumbangan pada rakyat yang boleh dibuat lebai-lebai PAS dalam Parlimen kalau hendak bertanding sampai 80 kerusi.

Lebai-lebai PAS tak pandai ekonomi dan ilmu sains dan teknologi.

Bolehkah lebai-lebai PAS menyelesaikan masalah ekonomi rakyat, harga kos sarahidup yang semakin naik?

Hutang negeri Kelantan sudah sampai lebih satu billion, antara yang tinggi di Malaysia walaupun Kelantan kaya dengan hasil balak.

Kalau Kelantan pun lebai-lebai PAS tak boleh tadbir dengan baik , tak payahlah nak menyibuk minta kerusi sampai 80 di Parlimen.

Anonymous
Guest
Anonymous

Eh budin.. seblm ni beriya iya kutuk pas itu ini bila pas nk bertanding byk kerusi. Hari ni dh cakap lain pulak. Betul2 lalang la kau ni. Dh meroyan pulak ke mcm kebykan pentaksub PH.

Anonymous
Guest
Anonymous

Sah 924 gagal TASKI.Nak balas hujah pun terlalu low.
Teruskanlah besemadi dlm dimensi bunianmu

Tajul
Guest
Tajul

Org bodoh memang begitu cakapnya wahai saudara 1045

Anonymous
Guest
Anonymous

Nasihat buat penganut pas yang masih lagi siuman

Barang di ingat bahawa pas kini menjadikan medan politik sebagai medan cari makan yang mudah dan peluang mengumpul harta dan memunggah hazanah negara semau2 nya.. pas jadikan ameno sebagai tok guru untuk menghalalkan cara dan berkongsi matalamat duniawi,,, Justru masih belum terlambat utk pas kembali kepangkal jalan asal nya untuk memperkasakan syiar islam,,Jika tidak amat di kuatiri pas akan di pinggirkan oleh masyarakat dan ahlinya malah didalam pas hanya yang tinggal adalah dikalangan mereka2 yang tidak siuman

Tajul
Guest
Tajul

Ramai lg pas totok kat ulu2 yg masih xsedar hal ni

Anonymous
Guest
Anonymous

Mahathir , Asmin Ali, Mat savun misti dah terketar2 takut
…. Tengok ke misai Dan jamggut pun bergerun.

UP
Guest
UP

TITM/PAS ni…bercakap tanpa ada data terperinci, kajian menyeluruh.PAS bercakap sedap ikut mulut sahaja. realiti nya nanti, PAS bukan nya ke hadapan..tapi PAS akan kebelakang…

Allah SWT jadikan Malaysia ni..umat2nya berbilang bangsa dan agama. sebelum nak sound, berlagak pandai…buatlah kajian..first PRU hingga PRU 13.

Anonymous
Guest
Anonymous

MAHPOD TU SRP AJER
DLM PAS DIKETEPI DAH LAMA
TERPEKIK TERLOLONG DEPA SUMA
SEKO PAS PUN TAK DENGAR KAN DIA

… mahpos tu bahagian dia pun seko pun x peduli lagi akan dia. ..

.. berambus barua [email protected]….

Anonymous
Guest
Anonymous

Setakat ini Mahfoz banyak sokong Pakatan.

PAS tak berani buang Mahfoz kerana nampaknya dia sorang saja dari PAS yang pandai berdebat di Parlimen. Yang lain dah cabut lari masuk Amanah.

Nampaknya yang tinggal lebai-lebai PAS banyak termenong dalam Parlimen kerana tak pandai berdebat untuk kepentingan rakyat.

Lebai-lebai PAS tidak tahu pasal ekonomi negara dan dunia.

Lebai-lebai PAS memang pandai dalam bidang hukum sebat 100 kali di khalayak ramai.

Anonymous
Guest
Anonymous

100 kali tu tercatat bersyarat.
Denda RM100k dan 30 Tahun tu WAHYU terkini yg turun pada Ayoh Eddy Peng Kingcin Teko Besar.
PENGANUT PAS yg masih belum SIUMAN anggap ciri2 RUU buku 35 ini adalah update SAH WAJIB dlm Al Quran revision terkini.
Masyarakat siuman harus jauhkan diri dari Lobai2 Kingcin dan CyberOzSTUD versi spt SOMI_Q7 ini.

Untuk hijab kurang cerdik,,mereka ini bakal bawa masok elemen Taliban dlm budaya Melayu.
Sudah jelas budaya Arab masih kasar dan bodoh sombong. Sama spt yg mahu dibawa penganut PAS sekarang.
Sudah2la dok bodohkan diri buat apa lagi…

Anonymous
Guest
Anonymous

Mengikut kata Mahfoz ahli Perlimen PAS, PAS Selangor mungkin tak akan ikut keputusan putus Tahalus Sarsi di Muktamar PAS. Maknanya PAS Selangor mungkin tak akan mengamalkan Wala Unta kepada Hadi Awang. Pihak akar umbi PAS banyak yang sokong Pakatan. Pakatan boleh berbincang dengan PAS supaya PAS tumpukan pilihanraya di negeri Kelantan. Pakatan boleh berikan syarat sekiranya PAS mahu terus perintah Kelantan, PAS mesti ada Tahalus Siasi dengan Pakatan, bukan lagi dengan DAP, PPBM, PKR dan Amanah. PAS hanya boleh tumpukan kerusi DUN dan Parlimen di negeri Kelantan saja. Di Selangor, Pakatan boleh menawarkan 2 kerusi DUN Di negeri lain, Pakatan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

What a joke.
PAS is nothing.
Only talk.

Anonymous
Guest
Anonymous

Hai nada mengugut pula puak Pas agar parti pembangkang lain tidak bertanding di kerusi2 mereka konon.Bila parliment dibubar adalah hak mana2 parti utk bertanding di kerusi yg dipilih. Saya adalaah warga emas yg dulunya mengundi pas kerana tiada pilihan demi utk tidak memberi undi kpd umno. Insyaallah, Pru 14 warga emas akan memastikan pas kalah deposit di kerusi Dun Kelantan.

Anonymous
Guest
Anonymous

PERAK MAN GI BALIK SINGAPORE LAA..
TERPEKIK TERLOLONG JADI BATU API
BAWAK BAWAK BERISTINJA DULU LAAA
SOLAT DUHA DULU BERAMBUS SINGAPORK @DAP

… kikikikiki…

perak man berambus duduk singapork sana… sini kemain terkinja kinja… sampai seberang tambak bisu…..amos lee lagi bagus dari lu ….. puuiiii…

Anonymous
Guest
Anonymous

Umno has lost its glitter. Looking at "attacks" by umno in the media, a clear and obvious signs of fear, anxiety, panic, irrelevant issues as rakyat are aware and responding to umno/bn faults by shunning the party and the coalition. Ground swell for the oppositions is something you cannot deny and find before in malaysian polititics. Likewise, PAS is also in no longer a favourite party for muslim malays living in reality, backed by truth and facts. "Shouting and threats" by PAS is common daily showing sign of panic and instability. Leaders being not coherent, each shooting at dufferent directions…..… Read more »

Perak Man
Guest
Perak Man

Kalo begitu kata tuan ibrahim tuan man
Udah sah parti pas meroyan
Pasai apa ugut pakatan
Tentu dah tahu tumbangnya kelantan..

Sebenarnya amaran khas ditujukan
Kepada parti pecahan iaitu PAN
Kerana kes tanah orang asli dah dapat keputusan
Tentu dikelantan hilang sokongan

Apakah ini sikap tuan ibrahim tuan man
Jadilah seorang yang gentleman
Jangan bersikap kebudak budakan
Tiga penjuru pun pakatan tetap lawan..

Umno dan Bn parti khianat
Pas pulak kaki subahat
Mintak diadakan Pru 14 ni cepat cepat
Keputusannya nanti, kita tengok sapa yang melompat..

Anonymous
Guest
Anonymous

FUYOOO MACAI BERMADAH PEPAGI BUTO
UMPAMA BAHTERA HILANG PEDOMAI BAGAI….
CAP BUNGA TU HANYO CINO BUTO AJO
BELUM BERTANDING PARTI DAH TERBARAI

… KIKIKIKKIKI…. BARUA MAMAK [email protected] SILA BERAMBUS….!!!!

UBAH & SIMEN

Anonymous
Guest
Anonymous

723.
ikhtiar la berubat, parah dah nampak ko ni.

Anonymous
Guest
Anonymous

Umpama sabuah bahtra yang hilang pedoman dilautan yang tenang akibat nakhoda baru tidak dapat menentukan arah tujuan perjalanan,ribut mungkin melanda dalam masa terdekat maka pegawai padu arah pun kalam kabut mana mau pi.senang cakap caca marba

Anonymous
Guest
Anonymous

Pas kini telah menjadikan parti baruah Umno berikutan duit curi 1mdb rm90juta yg diberi pd lebai2 yg guna agamanya utk kayakn diri & utk tipu orang melayu ygbodoh shah.
Pedulikan dan Pas..Yg Pas..tiiii…lingkup.

Anonymous
Guest
Anonymous

CERITA LAMA DI UNGKIT UNGKIT
BARANG YANG LEPAS USAH DIKENANG
PAS DAH LAMA UBAH DAN BANGKIT
MACAI BARUA JER YANG SEMBANG BANGANG

GST DI JAJA KE HULU PELUSOK
DULU TOLAK SEKARANG JILAT
MAMAK DAH MAMAI NYANYUK
MAUT DAH SAMPAI BAWAK BERINGAT…

Barua [email protected] berambus …..

ini kali lah

Anonymous
Guest
Anonymous

Kes hina Agong semalam Anjing Najib MO1 ini belum merafak sembah ampun lagi. Bangla sungguh hina Melayu guna Samsung A9 dedak MO1!

Anonymous
Guest
Anonymous

Teringat cite 3 abdul arahan p ramle. Khadam2 n chief khadam memakai serban. Tamak pubya pasal sampai kena lelong. Alhir cite masih tamak lagi. Ini tak adil ana anak yang sulung kata2 hj mahadi. Itulah lqmbang parti blok 3 1/4. Jadilah punaisihat 25%. Ayahanda marah tak. Kesian rupanya jadi pencacai najis.

Anonymous
Guest
Anonymous

PAS JADI BAHAN CAP BUNGA
AHLI YANG ADA BERAPA KERAT
SEMBANG FITNAH KEMAIN KUAT
DAH NAMPAK PRU14 KALAH TENAT

…..berambus je [email protected] nih…

Anonymous
Guest
Anonymous

Nak sembang pasai parti bernama pas ni sambil esok pun tak habis..Banyak keburukam dari kebaikan bila ularmak pas ni claim parti mereka lebih Islam dari org lain.. Sedangkan terang terangan pemimpin mereka menggunakan kopiah Dan serban utk Kumpul kekayaan Dunia…Kekadang aku terpikir tak takut ker geng pas ni nak menjawab dgn Allah nanti sedangkan mereka dgn jelas belit ayat Al-Quran dan hadis utk membolehkan mereka berkuasa..Pas bertanggungjawab menyebabkan wujud 2 kariah dlm satu kawasan,Adik beradik putus Tali silaturahim,Laki bini bercerai,yg paling sadis Jenazah dikebumikan tepi rumah gara2 tak mau tanam satu tanah perkuburan dgn parti lain..Sbb pas jer Islam..Org lain… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Ya Allah !! DUNGGU JUMUD sungguh pemikiran puak Melayu Jumud sebegini. Patutla Teko dan kapal Ayoh Pin pun diyakin.Buluh lemang boleh tangkis Nuclear Korea Utara.
Kingcin Ayoh Eddy Peng pun dihirup enak.
Malu , kesian..nak gelak pun ada. Bab bangsa pun dimomok berak 60 tahun pun masih wangi.
Alahai Melayu, hari dah tinggi, bangun belum juga…

Anonymous
Guest
Anonymous

ROC perlu adakan undang2 dgn SEGERA.

PARTI POLIT9K DILARANG SAMA SEKALI GUNA NAMA AGAMA !!

Jngan la subahat dgn menghina Islam. JAKIM mana ?

Anonymous
Guest
Anonymous

Pas ni sembang tak mau jatuh..Nak mentadbir..Ilmu tak Ada..Bila tersempit mula lah guna ayat Al-Quran dan hadis yang memihak kepada parti mereka..Contoh terbaik Kat Kelantan..Hasil utama kerajaan negeri dari Sumber balak..Habis hutan gondol..Dulu Masa Kat trg pun sama 2×5..5 thn hj Eddy pegang jasa yg nampak tol seringgit Kat jambatan kena sodok..Tu jer..Dulu sblm dpt trg sembang bukan main Hebat..Masa tu zaman Tun,tuduh tun Bela kroni la..Dpt trg Kat hj Eddy..Balak Kat Hulu trg habis company pas yg bedal..Atas kepala..Kopiah,serban tak Tanggal..Ckp pasal Islam pung,pang,pung,pang..tp realitinya..Jenis ularmak ular sawa..Kaki belit..Bwk2 la bertobat..Nak Jadi Ulama,ustaz Jadi betul2..Nk Jadi politikus jgn duk… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Kerusi Parlimen adalah untuk berkhidmat untuk rakyat.

Bukan hak mana-mana parti.

Kalau Parti PAS, tidak peduli dengan kebajikan rakyat yang semakin hari semakin sukar disebabkan ekonomi.

Kalau PAS sibuk dengan kepentingan parti sahaja, tidak peduli dengan nasib rakyat.

Tak payahlah melarang orang kacau kerusi kerana kerusi parlimen adalah milik rakyat Malaysia, bukan PAS yang punya.

Anonymous
Guest
Anonymous

Agreed. Pas is greddy, filthy, hungry leechers. Or just in a simple description …
pelacur politik yg pakai serban n jubah! Pelanggan terkini Najib Razak!

Anonymous
Guest
Anonymous

lidah' pembawa fitnah (Shahbudin.com) – satu-satunya sebab mengapa tuan politik kamu terus 'berharap' kepada PAS ialah kerana inginkan PAS sekali lagi menjadi keldai tunggangan (kuasa undi) diberi kepada mereka. seruanmu agar Pakatan Harapan BAHARU berbahagi (berebut) kerusi merupakan urusan penuh tipu muslihat – ia ibarat meletakkan seketul daging di hadapan kawanan Serigala Lapar. Para politikus berhati serigala sangat mengetahui PAS adalah sebuah gerakan yg terikat sebagai jemaah yang di ajarkan syari'at ISLAM agar taat pada panglima yang diberikan bai'ah. Allahswt Maha Besar – PAS mendapatkan kifarah dan hikmah akibat bersekongkol dengan seburuk-buruk pertolongan yang jelas memusuhi ISLAM dan daulatnya BANGSA… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Hehehe…Dah Mai dah..Kalau PH tu serigala lapar,umno pulak biawak..Pas pulak ular.. Sembang berbelit..Ni lah contoh terbaik sembang ularmak pas..Takdernya pas memperjuangkan Islam..Pas sebuah parti politik..Jgn nak karut pas memperjuangkan Islam.. Ularmak dlm pas hanya pandai putar Dan belit tafsir Al-Quran dan hadis utk kepentingan politik..Elok lah pas kembali ke umno.. Sorang penyamun,yg satu lg Penyangak..Keahlian yg paling banyak tak menjalankan kemenangan..Contoh dah Ada dpn Mata..Kat parlimen berapa kerat kerusi pas menang?Dgn DAP pun kalah,berapa byk negeri PAS perintah?Hanya Kelantan..Tu pun sebab Arwah TGNA masih Ada..Tunggu tgk PRU 14,dgn keadaan pas skrang Kelantan pun boleh terlepas..Sbb dlm pas dah tinggal ularmak… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

yang sembang kencang hanya pemimpin pas yang takut kehilangan 90% dedak emas dari umno. ahli bawahan dan pengundi pas dah meluat tengok badut sarkis pemimpin pas main wayang.. petanda malang buat pas dlm pru14..

Salwah Abdat
Guest
Salwah Abdat

Serigala sawan satu badan

Tajul
Guest
Tajul

Nakhoda sewel bkokok lagi

Dedak dh habis la tu

Anonymous
Guest
Anonymous

Kerusi yang tinggal pada Pas kerusi tradisi anak, menantu, ipar, duai, sedara mara dan geng Hadi Awang sahaja. Jika nak selamat daripada dihalau berambus dan dapat undi 37 sahaja… mesti kowtow kepada TG parti anak menantu Tuang Presideng!

Zack Armstrong
Guest
Zack Armstrong

Umno telah memperbodoh bodohkan melayu. Kononnya kalau umno tidak ada orang2 melayu akan hidup merempat. Orang orang melayu akan ditindas oleh cina.

Pas memperdagangkan agama. Kalau pas menang undang undang lslam akan ditegakkan.

Melopong orang orang melayu yg cetek akal fikirannya. Bertambah gelisah yg jahil. Maka semakin seronok pak pak menteri apabila orang orang melayu menjadi bertambah keliru.

Tolak umno mati melayu. Tolak pas hilang ruu 355.

Di Pulau Pinang dan Selangor berapa ramai dah melayu yg mati tak makan dan jadi gelandangan? Di Kelantan berapa ramai cina yg hidup tertindas dan melayu menjadi kaya raya?

Anonymous
Guest
Anonymous

melayu umno dah screw melayu puluh tahun dah, suparman hew ciplak idea je….

Anonymous
Guest
Anonymous

Jangan salah kan.Umno. org melayu.dari.dulu.memang bodoh.
Tk de kerja, pi lantik manusia jadi Raja/Sultan dn pi sembah manusia ni. Dn buat kerja bodoh lg pi kerja dn cari duit utk bg manusia yg dia sembah makan minum dan tempat tinggal sampai mampos turun temurun. Kan bodoh punya manusia.

Anonymous
Guest
Anonymous

For pas leaders these days their concerns are just two – their hudud laws and the parliamentary and state seats to go for for the next general election. Nothing else seems to matter with them when the country is pretty much at a crossroads and a majority who support the party like pretty much of the rest of country is suffering to no end with a future bleak all around. But these two issues have brought them the spotlight that they very much need to appear relevant to all. And these two issues are also used to divert attention from… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

not once they speak about how to lessen rakyat burden
all they talk about r seats and ruu
come on lah org pas
pikir anak cucu sama
depa tu yg akan tggung hutang 1mdb tu nanti

Anonymous
Guest
Anonymous

Barang di ingat bahawa pas kini menjadikan medan politik sebagai medan cari makan yang mudah dan peluang mengumpul harta dan memunggah hazanah negara semau2 nya.. pas jadikan ameno sebagai tok guru untuk menghalalkan cara dan berkongsi matalamat duniawi,,, Justru masih belum terlambat utk pas kembali kepangkal jalan asal nya untuk memperkasakan syiar islam,,Jika tidak amat di kuatiri pas akan di pinggirkan oleh masyarakat dan ahlinya malah didalam pas hanya yang tinggal adalah dikalangan mereka2 yang tidak siuman

Syed Ahmad Alhabshi
Guest
Syed Ahmad Alhabshi

Pas terpaksa menerima padah apabila gagal mendengar nasihat Almarhum TGNA.

Anonymous
Guest
Anonymous

Silap besar lagi satu apabila sanggup lahap
90J ketulan najis Anak Butir Jho Tahik low tu. Nak sanggah saman pun berusing2 kencin smpai kencun.
Ahli yg paling jumud pun sepatutnya dah boleh nampak mainan wayang kulit geng pura2 OsSTUD_QSeben ni kot?

Anonymous
Guest
Anonymous

Hadi cinta kepada dunia((hubbuh dunia)) terlena dengan segala tipu daya Syaithan hingga tak dapat bezakan halal & haram,,sedih betul kerana manusia boleh pusing 360 darjah dengan sekelip mata…..

Anonymous
Guest
Anonymous

Lobaipura2 PAS telah dpt wahyu Doktrin baru TABAHLOL SIBASI Wal KINGCUN (*Kincin Lencun).
CyberSTUD_QSeben kini memgalami keroyanan melampau.
Memangpun ROC perlu adakan undang2 bahawa parti Politik TIDAK boleh masuk nama Agama.
Sudah2la kesucian Islam dirogol sewenang2nya oleh OsSTUD2 pura2.

Anonymous
Guest
Anonymous

Aku ahli Pas hingga kini, tapi pru 14 commfom x undi lagi. Pemimpin yg sentiasa betserban dan kopiah bercakap pakai kepala lutut.
Mungkin pru14 adalah …….

Anonymous
Guest
Anonymous

Tahniah atas kesedaran sedara dengan permainan ahli agama yang bersekongkol dengan kleptokrat cuba memusnahkan impian rakyat Malaysia membina semula negara yang dijatuhkan MO1 dan Hadi. Pakatan kini didoakan semoga tiada lagi pengkhianatan seperti Pas di bawah Hadi!

Anonymous
Guest
Anonymous

Aku second..pas pis pus..abihlah kena marah nge orghe pah..

Anonymous
Guest
Anonymous

PAS dh start meroyan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Aku first.pas pis pus..

Anonymous
Guest
Anonymous

Lupa nk tambah..mana ostad odi q7 tu?., sombong gila

Anonymous
Guest
Anonymous

Malas nak sembang pasai pas ni. Pemimpin otak sejengkai. Pengikut ada otak tak guna.

Anonymous
Guest
Anonymous

Otak depa ada kat kepala lutut.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ketika kelantan di serang setiap penjuru tuduhan pembalakan tidak terurus oleh UMNO kini di ambil alih oleh PAN Kelantan di anugerahkan ISO pengurusan balak berhemah Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 tahun 2016 Ketika kelantan di lebel tidak pandai tadbir urus oleh lulusan pak2 lebai yg tak profesional Kelantan menerima hasil bumi 60 juta berupa perlombongan emas mulai tahun hadapan. Ketika kelantan di serang dan di tuduh mengabaikan kaum orang asalKetua2 orang asal telah membuat report ke atas campurtangan pihak luar menggangu keharmonian orang asal setempat akibat adudomba pihak penakluk kuasa 10. Ketika mereka menyerang kelantan kerana memusnahkan air terjun… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Lebai nak sambung sedikit lagi pasal anak butir tahik. Tulisan lebai berkenaan "Butir tahik, kepala tahik kenapa bodoh sangat dengan Bahasa Melayu? rasa memadai nak tutup mulut cybertropper PAN, PH yang jahil dengan bahasa sendiri. Minggu lepas lebai ada jumpa seorang kawan daripada negeri Terengganu yang dah pencen cikgu. Dia seorang ustaz sekolah… kira golongan lebai juga. Jadi kesempatan untuk lebai tanya apa maksud ANAK BUTIR TAHIK bagi orang TERENGGANU. Kawan lebai kata, zaman dulu orang makan buah-buahan mereka kadang kala tertelan butir (biji) buah-buahan tersebut. Bila buang air besar, mereka ini buang dalam semak berhampiran rumah rumah. Semasa dulu… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Ahok memang dikenali sebagai seorang pemimpin yang rajin ­bekerja dan tidak pernah terpalit dengan skandal rasuah namun tindakannya yang mempertikaikan ayat 51 surah al-Maidah sesuatu perkara yang tidak boleh diterima oleh umat Islam di Jakarta dan republik itu secara keseluruhannya. Malah umat Islam di Malaysia sendiri tidak boleh menerimanya. Agama adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi dan tidak boleh dihina bukan sahaja di Indonesia malah di mana-mana negara Islam termasuk Malaysia. Justeru sensitiviti agama ini perlu dipelihara oleh sesiapa sahaja lebih-lebih lagi jika melibatkan agama Islam. Satu perkara lagi yang perlu diberikan perhatian, adalah kurang bijak jika seseorang pemimpin atau… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menyelar sikap DAP yang tidak mengambil sebarang tindakan disiplin ke atas dua pemimpin Melayu parti itu yang berdepan dakwaan perbuatan tidak bermoral, baru-baru ini. "Kata DAP parti yang 'bersih, berintegriti dan moral tinggi', kenapa parti itu tidak ambil tindakan ke atas Zairil (Khir Johari) dan Dyana (Sofya Mohd Daud) kerana melakukan perbuatan tak bermoral dan salah di sisi agama Islam. "Walaupun Zairil dan Dyana tak mengaku, tetapi persepsi orang ramai termasuk penyokong pembangkang percaya 100 peratus dua individu itu adalah mereka berdua," kata beliau dalam catatan di laman Facebook miliknya. Sebelum ini,… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Apabila presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang berkata,"Kita boleh berunding dengan Umno, berunding dengan siapa sahaja untuk melaksanakan Islam. Ramai yang menilai kenyataan yang keluar daripada mulut Presiden Pas, termasuk ahli akar umbi dan penyokong parti Islam se Malaysia itu. Sesetengah sudah buat keputusan yang mereka sokong Pas, akan tetapi sangat tidak bersetuju dengan nahkoda yang melayari bahtera itu. Mengapa mereka sangat tidak bersetuju, malah ada yang berkata sekali kali tidak setuju dengan nahkoda yang berbaik baik dengan umno. Mengapa mereka tidak bersetuju presiden pas berbaik baik dengan umno. kerana umno zalim, termasuk pernah menzalim orang orang Pas,iaitu… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Apabila Nabi saw mengutarakan ajaran Islam sebagai cara hidup di Mekah maka ramai pemimpin dan ahli korporat Arab Quraisy yang kafir menentang ajaran Islam ini dan dakwah Rasulullah SAW kerana ianya bertentangan dengan wawasan dan gagasan serta potensi ekonomi negara yang sedang membangun. Ulamak sirah menyatakan pemimpin kafir Quraisy dalam perdebatan di sidang DUN mereka (Darul Nadwah) sekiranya Islam yang dibawa oleh Muhmmad itu diterima maka. 1- Berhala terpaksa dimusnahkan dan diharamkan untuk diletakkan di dalam dan luar Kaabah sedangkan amalan meletakkan berhala di dalam dan di luar Kaabah telah menaikkan nilai harga berhala itu. Menurut Ibnu Hisyam dalam kitab… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

PKR Sabah dan Sarawak menolak Rang Undang-undang ahli persendirian yang dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355. Keputusan itu ditegaskan, meskipun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyatakan pendirian bahawa ia adalah hak Abdul Hadi untuk membentangkan RUU berkenaan. "Kami merujuk kepada pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin PKR yang sependapat dengan (Ketua Umum PKR) Anwar Ibrahim dalam 'menghormati hak' Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk membentangkan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355). "Kenyataan-kenyataan ini telah diterima secara negatif… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Bersatu perlu bertindak bagi menyingkirkan segera budaya kotor yang dicedok daripada parti-parti tertentu bagi memastikan perjuangan berada di landasan tepat untuk menjadi parti alternatif kepada rakyat. Ahli Bersatu Johor, Datuk Ahmad Faizal Mohd Salim berkata, jika budaya kotor seperti ini ada dalam Bersatu, ia sedikit sebanyak akan melunturkan kepercayaan akar umbi dan pengundi. “Saya khuatir perjuangan Bersatu semakin lari dari landasan kerana tindakan tidak bertanggungjawab oleh sesetengah pemimpin peringkat pertengahan. Pilihan raya umum semakin dekat. Jika masalah-masalah dalaman masih belum selesai, bagaimana mahu menang? “Oleh sebab itu, saya memohon pemimpin tertinggi turun padang dan bertanya sendiri akar umbi, apakah masalah… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin hari ini memohon maaf kepada orang Hindu yang “tersalah faham” maksud “puisi Jumaat” yang mencetuskan kontroversi dalam kalangan orang bukan Islam. “Perkataan dalam puisi ialah MEMPERTUHANKAN bukan menyembah seperti yang diubah oleh sesetengah pihak,” kata Asri, yang membesarkan huruf sebagai penekanan kepada pembaca Facebooknya. “Dalam bahasa Melayu antara makna ‘mempertuhankan’ ialah mengagungkan secara berlebihan. Ini seperti seseorang menyebut ‘dia mempertuhankan nafsu’ maksudnya dia melebihkan nafsu atas segala.” “Kepada bukan Islam yang tidak terbabit dengan isu ini khususnya penganut agama Hindu yang tersalah faham maksud puisi saya itu, saya secara ikhlas mohon maaf kepada… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

KEHARMONIAN bermasyarakat dalam sebuah masyarakat wajib dipelihara, kata Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali. Beliau berkata, ia berlaku dengan masing-masing tidak melakukan tindakan bersifat provokasi terhadap agama lain atau tokoh agama lain. Justeru, katanya apabila Dr Zakir sebagai tokoh pendakwah muslim diganggu dengan beberapa tindakan provokasi, maka ia tentu mengundang tindak balas daripada pihak muslim yang lain. Menurutnya, puisi Dr Asri mungkin salah satu tindak balas atas tindakan provokasi terhadap Dr Zakir Naik. "Pelbagai pihak mungkin ada sudut pandang berbeza dalam mentafsirkan suatu ungkapan bernilai sastera kerana ia membuka ruang tafsiran bersifat subjektif," ujarnya… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

PAS Selangor sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Tapi kita tunggu selepas keputusan PAS Pusat untuk memfokuskan gerakerja. Dalam masa sama kita cuba untuk mengelak masalah yang kita hadapi menjelang pilihan raya tetapi jika itu tidak boleh diselesaikan, PAS Selangor pastinya terpaksa berhadapan dengan segala kemungkinan. Penjelasan Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, YB IR MOHD HASLIN HASSAN ketika diwawancara oleh Pengarang Berita, SAIDAH HAIRAN dan Jurugambar, FIKRI YUSOF. Bagaimana YB melihat senario PAS di Selangor? Secara peribadi saya melihat PAS di Selangor menjadi salah satu parti yang memang diperlukan dalam kerajaan. Ini kerana PAS dilihat oleh pejawatpejawat awam terutama excoexco berbeza… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Adakah PAS Selangor bertegas akan meletakkan calon di Dun DAP? Ya, kita akan letak calon dan sudah mengenalpasti Dun yang berpotensi PAS bersaing untuk kemenangan. Bagaimana dengan Dun PKR? Kita juga bersedia. Kita tunggu selepas keputusan PAS Pusat. Kita cuba untuk mengelak masalah yang kita hadapi menjelang pilihan raya tetapi jika itu tidak boleh diselesaikan, kita (PAS Selangor) terpaksa berhadapan dan inilah formulanya. Kenapa PAS Selangor tidak bertanding semua kerusi Dun dan Parlimen? Jika kita hendak bertanding di semua Dun dan Parlimen orang akan ketawakan kita. Buat apa kita bertanding untuk kalah. Lebih baik kita bertanding untuk mencapai kemenangan secara… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

R ECENTLY S Thayaparan of Malaysiakini penned an article with a provoking heading asking: ‘Islam for Muslims or Islam for all?’ As a Muslim, it was a call for me to try to answer it even though I was a layman…but ‘side stepping’ the issue discussed by the columnist, I would go for a straight answer based on his questioning-header. When I was in Standard Four in 1972 (barely 10 years old then), I found an English book on Islam in my school library and since then I opened up my mind from my previous thinking that Islam is only… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Right guidance has become clearly distinct from error. Anyone who rejects false gods and believes in Allah has grasped the Firmest Handhold, which will never give way. Allah is All-Hearing, All- Knowing.” As for some non Muslims such as members of PAS Supporters’ Congress (DHPP), they willingly accepted that Islam brings benefits for all. In fact, DHPP chairman, N Balasubramaniam said the 40,000 strong members of the PAS wing support of amendments to the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965, also known as Act 355. He was quoted saying: “If DHPP that is made up of non-Muslims trust and fully… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

1. PENDAKWAH Islam yang membawa misi kedamaian perlu dilindungi apatah lagi oleh sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Memberikan taraf PR kepada Dr Zakir Naik adalah tindakan yang tepat dan benar oleh kerajaan Malaysia bagi melindungi pendakwah. 2. Dakwah beliau menimbulkan kecemburuan banyak pihak di peringkat antarabangsa sehingga dicipta dan direka pelbagai tohmahan bagi menimbulkan persepsi terhadap dakwah harmoni yang beliau bawa. 3. Kenyataan seorang menteri yang mempertikai pemberian taraf pemastautin tetap kepada beliau sangat mengecewakan. Ia juga menunjukkan kegagalan dalam kebertanggungjawaban bersama oleh menteri kerajaan dalam membuat keputusan. 4. Saya bimbang ada menteri kerajaan yang sudah mengikut… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Oleh TUAN IBRAHIM TUAN MAN Ali telah mengambil keputusan untuk menyelesaikan pertelingkahannya dengan Baba di mana Ali bertegas telah membayar AS$3.5 bilion kepada Baba, tapi Baba bertegas bahawa Ali telah tersilap bayar kepada orang lain. Ali dan Baba telah mencapai keputusan untuk menunda pertikaian mereka ini ke tahun depan, di mana perundingan akan berlangsung dan wajib diselesaikan pada tahun 2020. Di dalam tempoh bertenang ini, Ali berjanji akan melangsaikan hutangnya yang satu lagi bernilai AS$1.2 bilion sebelum tahun ini berakhir dan kedua-dua pihak berhenti mencemuh sesama sendiri. Ali mengumumkan bahawa pertelingkahannya dengan Baba telah selesai. Kisah pendek ini ibarat hubungan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Datuk Adam Rosly yang didakwa memberi keterangan dan dokumen palsu kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dibebaskan pada saat akhir selepas wang ikat jamin dibayar sebelum kaunter pendaftaran di kompleks mahkamah dekat sini ditutup pada Jumaat. Kaunter tersebut yang kebiasaannya dibuka sehingga 4.30 petang hanya ditutup kira-kira 5.30 petang bagi membolehkan Adam membayar RM300,000 dengan isterinya, Puteri Balqis Omar sebagai penjamin. Sebelum itu, beberapa ahli keluarga Adam dilihat membuat pengeluaran wang di mesin ATM sebelum tampil membayar wang ikat jamin yang ditetapkan mahkamah. Adam, 30, seorang ahli perniagaan dibebaskan kira-kira pukul 5.40 petang. Sebelum… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Cadangan PBT Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKBRI) mengenakan peraturan para peniaga pasar malam menutup urusan perniagaan mereka menjelang masuk waktu Maghrib pada asasnya satu peraturan yang baik. Itulah sepatutnya dilakukan sebagai menghormati waktu solat. Tidak perlu perkara itu menjadi kontroversi dan menjadi polemik sehingga orang melihat Islam itu menjadi huduh dan diberi gambaran ianya kasar. Walhal peraturan atau syariah Islam itu bertujuan baik dan membawa maslahat kebaikan untuk semua tanpa mengira penganut agama apa. Tetapi kenapa ia menjadi masalah, sehingga ia menjadi polemik ialah kerana silap teknik. Kesilapan teknik ini bagi saya berlaku kerana kurang hati-hati Exco yang bertanggungjawab dengan… Read more »

Tajul
Guest
Tajul

Macam nak gila mengopipes

Petanda:

1) Dah cemas terasa2 nak kalah
2) Blog sendiri xlaku
3) Dah gila

Anonymous
Guest
Anonymous

Hello Budin.. tolonglah delete berita harakah x laku kat atas ni. Setiap kali berita sangkut PAS dah nyanyuk, setiap kali tu la editor harakah datang dgn perangai kopipes dia.

Org PAS ni depa x paham apa itu realiti. Tok guru dah wayar putus sekejap, wayar sambung sekejap pun, masih boleh ikut lagi. Terang2 cakap berbolak balik pun, masih sayang dan dok sokong gitu jugak la.

Anonymous
Guest
Anonymous

Lebai 840 kena tipu hidup2 dengan geng Ganu. Ambe hok geng Ganu pung gelok pah ceroh bace pencerohan lebong geng Lebai… Lebai tak tengok gamoknye dalam video TG tahik butir sendiri mengaku mulut suci berzikir setiap hari dia telah berkata kasar. Kata kesat dan biadap. Sebutan anak butir tahik itu tak perlu rujuk ustaz atau kamus untuk tahu maksudnya sangat kotor, lucah dan biadap. Kesian cikgu BM TG tahik butir .. Dia yang ajar peribahasa lebih sopan. TG tahik butir Dapat ilmu tapi tidak berguna. Tak bermanfaat ilmu cikgu BM TG tahik butir dan tiada pahala sampai kepada beliau. Anak… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Pekerja Harakah dah dapat gaji ke?

Ada naik lebih gaji minimum tak?

Copy paste hasil kerja pekerja Harakah ada bayar honorarium tak?

Yang paling wajib kena bayar setiap kos iklan pada Tuan Shahbudin

sebab ambil ruang komen untuk copy paste.

Curi jarak batu asas tanah pun.. mati akan dituntut, apa lagi curi ruang komen copy paste!

Parti Islam Pas tapi gerak kerja macam Yahudi kafir laknatullahi alaik. Main rampas hak komen orang dengan rencana dan berita sendiri.

Anonymous
Guest
Anonymous

aku x baca pun
tak tergamak nak baca artikel2 bodoh mcm dlm harakah
laju jer aku scroll down